Thursday, 11 October 2012

Suatu Ketika Dulu Aku di Perdana College Heights

Salam to sahabat2 , makcik2, pakcik2, abang2, kakak2, adik2 dan sapa2 saja laa..

Ada 15 minit masa lagi untuk aku mengupdate blog sebelum anak aku balik sekolah agama petang.. Hehehe..

Just nak berkongsi kesah hidup aku sejak 2008 - 2012 sebagai manusia aktif dalam komuniti.. Aku mungkin telah ditetapkan untuk menjadi sebagai salah seorang ahli masyarakat yang aktif untuk berkhidmat tanpa bayaran gaji di taman aku iaitu Perdana College Heights, Mantin, N9... Sejak mula duduk sini, aku dah terjebak dalam pelbagai aktiviti masyarakat... Memang aktif tahap Otromen Taro laa... Berikut adalah jawatan2 yang pernah aku pegang di dalam pertubuhan komuniti , tapi sekarang 'zero'... AKu dah tarikh diri ...:

1. Setiausaha Persatuan Penduduk Perdana College Heights ( 2008 - 2009  )
2. Pengerusi Persatuan Penduduk Perdana College Heights ( Mac 2010 - Mac 2011 )
3. Setiausaha Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah, Perdana College Heights.
4. Pengerusi KRT Perdana College Heights ( Januari 2012 - Jun 2012 ) 
4. Ahli Jawatankuasa JKKK Kampung Batang Benar.
5. Ahli Jawatankuasa PERKASA Daerah Seremban
6. Ketua Penaja UMNO Cawangan Perdana College Heights 
7. AJK Tabika KEMAS ( walaupun anak aku tak bertabika disitu)

Haaaa... bukan nak menyeksyen, cuma nak meng shock off saja.. Kahkahkah... 

Banyak kan? Tapi semua jawatan tu aku dah tinggalkan.. dah letak jawatan.. Agaknya aku ni tak boleh menyerap tekanan daripada masyarakat kottt? Aku memang suka berkerja dalam masyarakat dengan syarat takdak org dok mengata dan mengutuk aku.. Mungkin ada yang cemburu sebab aku bukan anak tempatan tapi aktif di sini.. Walaubagaimanapun, cuma satu jawatan saja yang aku masih dilantik iaitu AJK Tabika KEMAS.. Okla. masih berkhidmat sehingga kini... '

Bersama AJK KRT

Bersama Mr. Gan Chee Biow, bakal calon BN DUN Nilai


Bersama YB Dato Dr. Yeow, Ahli Dewan Negara

Bersama MB Negeri Sembilan


Sekian.. Wassalam.. anak aku dah nak balik.. Bye

8 comments:

Anum said...

sweet memory

are_lin@yu said...

bagusnya..skrg kt perlis kn?

Chegu anuar said...

Boleh la Num.. now I'm feel free... hahaha

chegu anuar said...

Ayu.. ghasanya dah 2 tahun tak pi Peghelih... Kalau pi, boleh la Ayu belanja den n family pekena Laksa Peghelih.. Hahaha

JunAina said...

Salam ukhwah...

Salam kenal, membalas kunjungan kesini juga menjadi pengikut.

Membuat bakti kadang2 tak perlukan jawatan yg penting kita ikhlas. Saya jugak suka join aktiviti masyarakat tapi tak ada ketokohan utk jadi pemimpin jadi pak turut jelah...:)

Mala @ Mama Sapit said...

salam dari sabah....saya pun AJK Tabika Kemas..:)

chegu anuar said...

Thanks follow den.. Jun.. mnusia ni kdg2 ckp sampai tembus 7 lapis langit, tp zero.. hahaha

chegu anuar said...

Ok tak jdi AJK KEMAS.. kami kat sini masih menyewa rumah utk jadikan Tabika.. tanah ada, tapi kelembapan yang terserlah dr pihak jabatan.. hahaha