Assalamualaikum..
Hari ni baru balik dari Kota Kinabalu selama 4 hari 3 malam.. Banyak pengalaman yang akan aku konsikan bersama.. So, untuk first entry, aku nak bagi tips untuk bercuti ke Kota Kinabalu versi peribadi aku lah yang mngkin dapat membantu reader untuk buat prepareration sebelum ke Kota Kinabalu..
Tips 1: Booking Flight
Buatlah pemilihan syarikat penerbangan yang boleh memberikan harga paling minima.. Tapi kalau hangpa ni orang yang berkemampuan, takdak hal lah.. Mcm aku, memang dah lama booking tiket Air Asia.. Aku dapat harga untuk 3 orang ialah RM156.00.. Itu harga basic sebelum ditambah makan-minum, pilihan seat, dan luggage.. Sebenarnya, ok sangat harga mcm tu untuk 3 org.. Yang lain-lain tu, adalah pilihan kita. Mungkin ada diantara kita yang kata AA ni murah tapi takdak luggage, takdak makan-minum, seat kena bayar.. Errmm.. Terpulanglah.. Kalau aku tak mau add-on yang lain2 tu, bermakna, dengan harga RM156.00, dah boleh aku pi KK untuk tiket dua hala.. Amatlah murah.. Cuma aku nak share masa nak buat payment dengan AA ni.. Silalah pilih kaedah pembayaran menggunakan M2U atau perbankan internet yang lain kerana hanya dikenakan charge lumpsum RM4.00 processing fee... Tapi kalau guna Kad Kredit, akan dicharge RM8 seorang / sehala.. Maksudnya kalau mcm aku ni, RM8 x 3 orang x 2 hala = RM48.00 hanya untuk bayaran processing fee.. Kalau hangpa ramai adik-beradik yang pi, maknanya , kiralah sendiri noo.. So, mcm aku kata awai2 tadi, kalau dah memang duit terlebih-lebih, hang pa belasah la apapun.. Tips aku ni berfokuskan untuk orang yang pentingkan bajet low cost.. -)
Tips 2: Hotel / Penginapan
Kalau di KK, banyak hotel bermula dari 0 bintang - 5 bintang yang boleh dipilih.. Bergantung kepada poket masing-masing.. Mcm aku, sebabkan sebelum ni pernah duduk Hotel Tang Dynasty Park, so, aku selesa dengan hotel ni dan harganya pun murah. Aku booking melalui telefon saja.. Tak perlu bayaq apa-apa pun.. Aku booking 2 hari.. RM124 untuk Bilik Deluxe Famili ( 1 katil king + 1 katil single ) termasuklah 3 orang breakfast.. Harga ni untuk kakitangan kerajaan. Kalau bukan kakitangan kerajaan, harganya RM126.00 tak termasuk breakfast.. So, special price untuk kakitangan kerajaan lah. Dari segi makanan breakfastnya, boleh lah.. Mcm masa aku duduk, menu breakfast nasi lemak + roti + kentang + telur mata + segala jenis telur laa.. Boleh lah.. Dan dijamin halal oleh JAKIM. (aku dah semak di website JAKIM).
Kalau di Kundasang pulak, banyak jugak hotel / homestay / Resort.. Aku pilih Kinabalu Pine Resort sebab banyak blogger review best dok situ.. Dan yang paling penting, view Gunung Kinabalu direct dari balkoni bilik.. Terbaik. Aku pilih bilik Superior Standard. Harga yang aku dapat ialah RM207.00 termasuk 2 breakfast khas untuk kakitangan kerajaan. Kalau bukan kakitangan kerajaan, harganya RM230.00 semalam. Sebelum tu aku dah booked bilik Standard saja.. Tapi aku risau jauh nak berjalan view Gunung Kinabalu.. Bilik tu murah sikit iaitu RM189.00 (utk kakitangan kerajaan).. Aku tukar bilik sebab aku kol tanya.. Nak view ok, memang kena pilih Superior Standard. Bilik aku No. P2.. memang terbaik sekali view GK. Jangan lupa, yang ni booked melalui telefon pun boleh, tapi kena bank-in payment 2 minggu sebelum check-in.. Masa check-in pulak, kena letak deposit RM200.00,.. Okey.
Tips 3 : Sewa Kereta
Ni memang penting sb aku dah terkena. Carilah syarikat sewa kereta yang nampak official walaupun mahal sikit. Disebabkan aku nak bajet, aku google dari blogger lain, aku pilihlah mamat Sabah yang bernama Mr. R ni.. Orang kata baguih, tapi kurang baguih la.. Kereta yg dia bagi pun tak memenuhi spesifikasi yang aku nak.. Salah aku jugak lah sb nak bajet kan. Harga pun memang dia main. Mula-mula kata RM380.00 untuk 3 hari kereta Myvi Auto, aku minta kurang dia bagi RM360.00.. Lepas aku google lagi nama dia, ada yg dapat lagi murah.. Aku guna nombor telefon aku yg lain, memang betoi, dia bagi RM300.00 untuk 3 hari. Murah tapi aku yang pening.. Apa yang pening, nanti aku cerita dalam post seterusnya.. Jadi, aku nasihatkan, pilihlah syarikat sewa kereta yang nampak official sikit..
Tips 4 : Tempat Makan
Kalau di KK, banyak jugak tempat makan.. Masa 1st day, aku lunch kat Restoran apa ntha.. Berdepan dengan KK Centre Point.. Nasi ayam = RM5.00.. Standard la.. Malamnya, aku makan ikan bakar.. Memang terbaek.. Medan makan ni kat area Pasar Filipina.. Banyak sangat gerai ikan bakar.. Boleh lah pilih yang mana okey.. Mcm aku, main redah ja lah.. Tapi memang sedap & murah.. Jenahak tu baru RM30 sekilo siap masak / bakar.. Kalau di Bagan Lalang RM60 sekilo.. Beza betoi.. Lokasinya berdekatan dengan bulatan yang ada Ikon Ikan Marlin besaq.. Dah dekat nak sampai Jesselton Point.
Kalau di Kundasang, aku tak pasti la sebab malam tu hujan, aku order makan room service saja di Restoran Kinabalu Pine Resort tu.. Tapi sedappp jugak walaupun mahai la sikit..
Tips 5 : Urusan di KLIA2.
Bagi yang belum pernah naik flight kat KLIA2, aku bagi la tips sikit. Mcm aku, dah survey dulu sebelum pi. Hahaha.. KLIA2 di berbeza sikit dengan LCCT dulu.. Ok. Tak kira la hangpa pi airport guna apa pun, naik ke Level 3 (L3).. Kat situ ialah Balai Pelepasan.. Kalau dulu, luggage kena hantar ke Polis Bantuan untuk tagging Security Sticker.. Tapi la ni dah tak payah.. Kalau ada luggage, terus ja ke kaunter utk drop luggage AirAsia (kalau flight AA la).. Pastu.. Boleh la terus masuk Balai Pelepasan.. Masa scanning area sebelum masuk Balai Pelepasan, la ni tali pinggang pun kena bukak.. Nasib baik seluaq aku ketat, kalau dak, mau terlondeh jugak.. Mcm wife aku, kasut pun kena bukak.. Punya la hebat.. Secure la sangat.. Dlm secure2 pun, boleh jugak terlebih bahan terlarang kan.. -(. Dah setel situ, berjalan lah ikut gate yang telah ditetapkan di screen utk kita tgk flight kita base on number flight. Mcm aku, gate J10.. Berjalan lah sambil tengok kedai-kedai yg jual mcm-mcm.. Jauh jugak lah. Kalau warga emas, jenuh jugak.. Ada la escelator, tapi alahai.. ada kot 20 meter ja.. Ha.. Dah sampai kat gate hangpa, tunggu la flight yaa.. La ni tak payah lagi naik tangga.. Canggih dah.. Terus ja masuk pintu flight.
Tips 6: Parking Kereta Untuk Ke KLIA2
Yang ni bab penting jugak. Kalau kita ada org yang nak menghantar & mengambik, no hal laaa.. Tapi kalau yang nak pi sendiri, ada opsyen mcm-mcm.. Kalau aku dari Pajam ni, naik teksi RM50 untuk sehala.. Kalau pi - balik mau jugak RM100.00.. Tiket flight aku pun RM156.00 boleh pi Sabah.. Tak patut betoi... Nak suruh kwn hantaq, rasa mcm menyusahkan pulak.. Nak suruh adik-beradik hantaq, nun juah sangat.. So, aku pilih paking kereta di Station ERL Salak Tinggi. Paking situ RM2 / sehari.. Kalau 4 hari baru RM8... Tapi keselamatan terjamin antara jam 4.00am - 12am sahaja.. Dari 12.01am - 3.59am, kaunter paking tu tutup.. Tapi security ERL ada la akan buat rondaan. Mcm aku, dah kawtim dengan jiran aku sebab dia bekerja di situ.. Naik ERL ke KLIA2, tambang sehala RM3.20 ( dewasa) RM1.60 (kanak-kanak) dan kekerapan tren ialah 30 minit untuk setiap tren transit.. Kalau tren ERL ekspress, memang banyak.. Tapi dari Salak Tinggi ke KLIA2, kita akan naik tren ERL transit.. Perjalanan cuma 11 minit sahaja. So, total cost RM16.00 utk ERL Tiket + RM8.00 untuk paking kereta. So, total RM24.00 sahaja.. Kawtim
Sekian dulu tips untuk ke Kota Kinabalu.. Nanti aku akan update post Bercuti di Kota Kinabalu & Kundasang.