Tuesday, 19 February 2013

Dimanakah Anda Mengundi?

Assalamualaikum w.b.t..



Hari ini ingin berikan sedikit pandangan tentang tanggungjawab dan hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk membuang undi. Bercakap mengenai mengundi ni, terasa bahang pilihanraya umum ke-13 yang akan muncul dalam masa beberapa hari saja lagi. Undi anda akan menentukan kerajaan yang bakal dibentuk untuk masa depan negara kita Malaysia yang tercinta. Salah pilih 'bendera', bermaksud terimalah apa saja yang akan berlaku kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara. 

Bagi pandangan aku yang terlibat secara tidak langsung dalam urusan politik di kawasan Nilai ini berpandangan, pengundi di Nilai sekarang dah mencecah 20,010 orang pengundi. Jika, pemaustatin2 baru seperti di Nilai Impian, Desa Ria, Taman Mulia, Perdana College Heights dan lain2 penempatan baru di Nilai menukar alamat serta tempat mengundi, maka bilangan pengundi mungkin akan berlaku penambahan besar. Yang ingin aku 'highlightkan' disini adalah, situasi ini berlaku:

SOALAN: Hang mengundi di mana?
JWPN: Aku mengundi kat kampung..
SOALAN: Kenapa tak tukar tempat mengundi kat sini? Kan dah beli rumah kat sini..
JWPN: Mana boleh.. aku mesti mengundi kat kampung.. Kalau tak, kalah nanti.. Undi aku penting kat sana..

Pernahkan berlaku atau kedengaran situasi mcm ni? Teman rasa mesti pernah kan..? Atau diri kita sendiri yang akan berpihak di pihak JWPN (seperti dialog diatas).. Terpulang lah pada selera masing2. Ini pandangan peribadi aku la. 

Bila kita dah membeli sebuah rumah kediaman dan mensasarkan untuk tinggal disitu dalam jangka masa yang panjang, eloklah ditukarkan tempat mengundi anda ke kawasan DUN penempatan kediaman baru kita. Ini kerana, kita sebagai rakyat yang bakal tinggal lama dikawasan baru berkenaan perlukan kemudahan infrastruktur yang selesa, jalan raya yang berkualiti, sistem aliran trafik yang baik, perkhidmatan PBT yang sempurna, dan banyak lagi la yang akan ditentukan melalui undi kita dikawasan kita. Wakil rakyat juga akan membuat penafsiran bilangan pengundi disatu2 kawasan penempatan untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Wakil Rakyat amat mengharapkan undi kita untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang disatu-satu kawasan. Sebagai contoh; Jika satu taman perumahan tu mempunyai 800 buah rumah kediaman yang telah didiami dan jika sepasang suami-isteri adalah pengundi, maka akan menjangkau 1600 pengundi dikawasan tersebut. Tapi malangnya, daripada 1600 penghuni itu, cuma 85 orang saja yang mengundi di kawasan DUN kediaman baru itu, selebihnya 1515 penghuni lain mengundi dikawasan luar atau kampung halaman, bagaimanakah seseorang wakil rakyat dapat memberikan perkhidmatan yang baik walaupun memang sepatutnya beliau wajib memberikan perkhidmatan? Kesimpulannya, KITA MENGUNDI DI KAMPUNG, tapi PERLUKAN PERKHIDMATAN KELAS 1 DIKAWASAN PENEMPATAN BARU KITA.. Berbaloi ka? Cuba pulak anda dipihak Wakil Rakyat berkenaan.. Mahukan anda memberikan perkhidmatan yang jitu? Semestinya jawapan anda.. "NANTI SAYA AKAN SELESAIKAN, tapi dalam hati BIAR LA LAMBAT2 SIKIT.. Hal ini lah yang mengakibatkan berlakunya kawasan pilih kasih.. 

Oleh hal yang demikian, teman nak menyeru kepada sahabat2 semua, berfikir2 lah tempat mana untuk anda membuang undi anda.. Berfikirlah demi kebaikan semua pihak.. 

Jom Undi.. Undi apa? Undilah...


Thursday, 14 February 2013

Majlis Serahan Bantuan Persekolahan RM100

Salam Khamis.. 

Ini anak Anuar ni? kata YB..  Tu yang senyum ja Dina..

Terima Kasih Kerajaan

Alamak??? Bapak Dina pun nak shock-off jugak.. Huhhhh!!

Saja nak review sikit pic Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan RM100 @ Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin.. Anak aku salah sorang dr 20 orang murid yang terpilih untuk gimik majlis penyerahan duit secara terus dr kerajaan.. Hari tu Mr. Gan Chee Biow selaku Penyelaras Barisan Nasional Mantin merangkap Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Nilai dijemput untuk merasmikannya..

Kesimpulannya, eloklah kerajaan BN buat mcm ni.. At least semua golongan merasa duit tu termasuk budak2 sekolah.. Mcm aku, duit tu dapat ja terus bwk Dina ke Popular beli buku.. RM94.50.. Baki RM5.50 buat duit petrol abah yaa Dina.. hahahaha.. Masa dpt tahun lepas, aku masa tu guru kelas.. Ada jugak mana2 parent yg aku dah biasa dan aku pun berkata masa bagi duit tu.."Kak, Tok Najib ada pesan dgn saya, undilah BN yaaaa".. Hahahaha.. SUka kakak tu.. Kalau yg serius tu, tak berani la aku nak bgtau mcm tu.. Tapi 2013 aku dah tak jadi guru kelas, jadi tak la merasa aku nak ckp mcm tu lagi.. 

Terima kasih kerajaan... 

Ni Open House Aku ka Mr.Gan? Hehehe...

Salam.. Morning.. Pagi..

Sekali aku tgk gambaq ni nak tergelak pun ada.. Mcm Open House aku pulak dah... Hehehehe..

Tengah bersalam dgn Mr. Yusri Pengerusi JMB Pangsa Pajam

Ni masa aku n Pak Rashid ke Rumah Terbuka YB Gan Chee Biow masa raya ke-3 lopeh.. Utk info, Raya ke-3 CNY tu memang difokuskan untuk kaum Melayu & India..

Apapun, all d best to Mr. Gan Chee Biow untuk kekalkan momentum di Nilai sebelum penamaan calon..

Counting To Bandung

Assalam.. Moga2 sihatlah hendaknya kalian kat sana..



Dengan keterujaan dihati, lebih kurang 100 hari kot aku dok kira nak pi obersea.. Hehehe.. Excited jugak ni.. tak pernah lagi pi Obersea.. Hehe.. Aku dah booked ke Bandung untuk bulan June nanti.. 4 hari kat sana.. Booking bulan Ogos 2012 lagi tuu.. Hahaha.. Pak Supir aku dah bereskan.. Harga pun ok.. Yang menjadi masalahnya adalah dok mencari hotel.. 

Aku sebenaq nya tengah pening kepala dok survey hotel kat Bandung.. Sapa2 yang ada experience mai tolong sikit bg clue-clue kat aku utk pilih hotel.. Memang mcm2 jenis hotel yang ada, tp aku pun ada bajet jugak.. Yang harga tinggi sikit memang la nampak menarik, tp bajet agak lari pulak.. Mcm Aston Tropicana selesa la nampak gayanya, tp sampai RM198 semalam.. huhuhu.. Lepas dah buat duit shopping tu.. Kalau yang murah sikit aku pulak takut tak selesa.. Mcm Harris Hotel boleh la tahan harganya, tapi kena dok menggaru badan ja, mana tahan jugak.. Hehe..

So, kalau ada kengkawan yang pernah terjah ke Bandung, mai syer sikit.. Aku punya bajet RM450 untuk 3 malam.. Nanti aku bg souvenir naaa.. Hehe.. tqvm.. bye..

Monday, 11 February 2013

Sapa la suka buang sampah depan ghumah aku nii?

Asalam.. Kepada blogger yang tgh bercuti, Selamat Bercuti la aku ucapkan.. Okey..



Sampai dalam longkang pun ada.. Huh!!


Hari ni nak bercerita sikit tentang ada bingai mana yg suka buang sampah depan rumah orang ni.. Pagi tadi aku nak pi buang plastik sampah, aku terperasan ada buah limau yang ada mangkuk berayun mana yang pi buang kat depan rumah aku.. Aku tak pasang lagi CCTV sebab cdgn nak pasang pun belum wujud dalam benak pemikiran aku.. hehehe.. Ada ka patut buat lagu ni?? Memang la senang ja aku clearkan sampah tu, tapi sikap mcm ni kurang enak laa..

Harap kwn2 toksah dok ikut perangai mcm ni nooo.. Buang la sampah dalam tong sampah atau simpan dlm poket dulu kalau tak jumpa tong sampah.. hahaha..

Byeee..

Seri Inai Cafe @ Kampung Batang Benar

Salam semua..

Pagi tadi pi beli roti canai kat Seri Inai Cafe, Kg. Batang Benar.. Tengah tunggu mamak tu tebar roti, aku sempat snap 2-3 keping gambar utk post and share dalam blog ni.. Meh aku cerita sikit pasai Seri Inai Cafe ni..





Seri Inai Cafe ni dimiliki oleh Tuan Haji Mohd. Salleh b. Othman, iaitu Pengerusi JKKK Kampung Batang Benar merangkap sahabat otai aku.. Aku kenai Tok Salleh ni sejak 2008 sebab dia ambik aku sbgai AJK JKKK utk wakili taman aku Perdana College Heights. Itu sikit la kenangan dulu2 dgn Tok Salleh.. Sampai ke hari ni still aku ke Seri Inai Cafe...

Lokasi: Terletak di dalam kawasan Kg. Batang Benar.. Berdekatan Taman Bukit Inai.. Kalau dari Nilai ke Mantin, kat traffic light Batang Benar ambik kiri.. Sampai jumpa bulatan.. masuk bulatan dan terus saja.. Nanti nampak la kedainya sebelah kiri.. Kalau dr taman Aku dalam 1km tak sampai rasa aku.. Dekat sangat laaa.. 

Menu: Kalau pagi, mcm biasa la Nasi Lemak, Meehon, Mee goreng, Roti Canai.. Dan baru2 ni Tok Salleh ada bgtau dia dah mula buat Bawan.. Apa benda aku pun tak pasti.. Kalau Tengah hari, mcm2 lauk-pauk ada.. Hangpa pilih la sendiri dan menu harian yang pasti ada sesuai dgn org Nogoghi iaitu Masak Lomak Cili Api mesti ada.. Kalau malam pulak, macam2 ada.. Ala-Carte menu, Western Food, Ikan Bakar (On d Way), Sate (pun masih belum operasi lagi kot), Burger, Ice-Blended... Dan mcm2 laaa.. 

Kemudahan lain : Ada WIFI, TV LCD baik punya, dan ruang makan yang pelbagai dan selesa... Dan yang paling penting, kebersihan amat terjaga di Seri Inai Cafe ni.. Selamat Mencoba...


Saturday, 9 February 2013

Kiriman Cik Puan Isteri aku untuk Aku..


Salam Sabtu.. Dah mula cuti ni.. Planning nak balik kampung merangkap ke Peghelih memborong kat Padang Besaq.. Tp anak aku pulak nak ditakdirkan demam panas.. So, nampak gayanya postpone la holiday kali ni.. Bukan apa, kalau jalan pun mcm tak best jaa.. kan.. Biaq la Dina sembuh dulu laa..

Ok.. Just nak share satu lagu yg bait2 amat terusik jiwa merangkap sanubari aku ni.. Aku bagi lagu Rayuan Di Puncak Genting kat cik puan aku, dan aku dibalas dengan lagi seperti di atas oleh cikpuan isteri aku.. Kata-kata memang menyentuh jiwa.. Huhuhuhu.. Anyway, thanks to my lovely wife.. 

Hangpa layanzz dulu nooooo.. 

Bye2...