Monday, 29 September 2025

Rumahku "88Slowmart"


Semalam kemas stor rumah. Kumpul barang keperluan rumah. Rupanya bila dikumpul-kumpul, banyak pulak tisu dapur, tisu muka, ubat gigi, sabun mandi, sabun basuh kain 😁😁😁

Barang takdak expired date, takdak masalah.. Kalau barang makan, rugi kome. 

#mystory


Thursday, 25 September 2025

BUDI95: Petrol Bersubsidi

1. Bermula 30 September 2025, rakyat Malaysia yang layak akan menikmati petrol RON95 pada kadar RM1.99/liter dan dapat menikmati subsidi kerajaan sebanyak RM0.61/liter. Macam² pandangan daripada masyarakat terhadap kaedah baru pengisian petrol ni.

2. Aku cuma berkongsi dalam bahasa mudah sebagai pengguna petrol RON95. Bila aku fikir secara mendalam, bagus juga kaedah baru jualan petrol RON95 ni. Kerana apa?:

Khas untuk Rakyat Malaysia

- tentunya yang menikmati cuma warganegara Malaysia yang memang layak kebanyakannya.

Warga asing memang TAK LAYAK

- warga asing yang tentu tiada MYKAD tidak akan lagi merasai subsidi yang memang sepatutnya untuk rakyat Malaysia.

Lesen motosikal / motokar perlu ada

- Kepada yang tiada lesen kenderaan, pasti lah tak perlu gunakan petrol kan. Dah tak ada lesen, takkan nak bawak motosikal pi isi petrol. Dah terang² menyalahi undang².

Hanya 300L sebulan

- isian bersubsidi 300L sebulan atau lebih kurang RM600/bulan. Untuk kereta biasa [Nissan Almera], untuk RM600 tu boleh jalan sehingga 3,600km. Untuk jarak 3,600km tu, diibaratkan ulang kerja Seremban - KL - Seremban sebanyak 30 kali. Kalau kerja sebulan 22 hari [Isnin-Jumaat], bakinya boleh lah jalan² bawak keluarga.

- Jika masih tak cukup juga, terpaksalah bayar sebanyak RM2.60/liter.

3. Kesimpulannya, memang nampak agak rumit untuk permulaan, tapi aku rasa puas hati sebab subsidi kerajaan tak dinikmati oleh warga asing. Aku jugak harapkan, kerajaan kuatkuasakan penjualan minyak masak bersubsidi sebab dah terang² peniaga menyalahi undang kerana beli minyak masak subsidi untuk berniaga. Minyak masak bersubsidi hanya untuk masak dirumah. Warga asing pun banyak dilepaskan belian minyak masak bersubsidi.

Akhir kata, aku tidak pro kepada mana² parti politik. Cuma penulisan aku lebih kepada apa yang aku rasa mengikut pemikiran aku dan apa yang bakal nikmati. Yang benar, kita katakan benar mengikut sudut pandangan aku.. Yang tak betul, tetap aku pertikaikan.

#mystory


Monday, 22 September 2025

Sejarah beli rumah Tronoh, Perak

 21.09.2025 | Ahad

Aku masih terbayang² macam mana aku boleh beli rumah di Perak dan masa belum dapat kunci rumah dulu. Kadang², pembaca posting aku mesti rasa aku asyik mengulang benda yang sama iaitu bercerita tentang rumah di Tronoh. Bukan apa, cuma rasa happy, teruja, enjoy sangat dengan rezeki Allah izinkan keluarga aku beli rumah di Tronoh ni. 

Inilah text pertama aku tanya rumah Tronoh

Sebelum ni pun 2 kali beli rumah. Rumah yang pertama di Nilai, memang teruja sangat sebab nak duduk rumah sendiri dan ketika tu usia pun baru 26 tahun. Rumah kedua pun teruja cuma tak rasa sangat sebab memang plan untuk disewakan. Beli rumah ketiga ni memang diluar jangkaan. Lepas tu dah isi barang² rumah. Yang banyak bermodal isikan barang² rumah ni ialah isteri aku 😘😘😘 .. Happy bukan apa, selalu balik jumpa adik beradik, kena tumpang tidur rumah depa. Segan sebenarnya kalau selalu ganggu privasi depa lebih² lagi anak² buah aku semuanya dah remaja belaka. Aku sebenarnya tak dapat nak gambarkan macam mana suka nya aku dan famili aku.. bersyukurnya aku dan famili aku dengan rumah di Tronoh ni. Bila teringat nak jumpa kakak² aku, atau adik aku, cuma 1 jam 30 min drive dari rumah ni ke Nibong Tebal, Penang. Jumpa adik beradik, borak², makan², balik lah rumah sendiri untuk tidur. Tak dak lah mengganggu sangat. Cuma sesekali nak bermalam tak apa lah macam baru ni. Event Sabtu anak buah bertunang, Ahad ada kenduri kahwin pulak, so bermalam lah 1 malam rumah kakak aku.

Teringat dulu².. lepas sain SPA rumah, boleh dikatakan kurang² 2 bulan sekali mesti datang Tronoh / Seri Iskandar sebab nak tengok progress rumah. Kalau memang nak jalan² ke Penang, wajib lah singgah. Tapi kalau dari Nilai ke Tronoh, kadang² aku akan menginap di D Hotel, Seri Iskandar. D'Hotel Seri Iskandar ni antara hotel yang bertaraf berbintang² sikit la sebab antara hotel yang bangunan tertinggi di Seri Iskandar. Not bad la duduk sini dengan harga dalam RM150+-/malam termasuk sarapan.

D'Hotel, Seri Iskandar, Perak.

Tapi kadang², nak ubah selera, aku stay di Symphony Suites & Hotel di Ipoh. Kat sini pun dalam 3x aku menginap rasanya sampai boss nya belanja aku voucher meal sb promo hotel nya dalam Tiktok. Kadang² jugak, aku buat daytrip saja Nilai ~ Tronoh/Seri Iskandar.

Symphony Suites Ipoh

Aku masih ingat bila kali pertama nak view rumah contoh. Aku dah booked 1 hotel di kawasan Kampar. Dalam gambar bukan main elok tapi bila sampai, memang tak boleh nak duduk. Terus aku check-out. Terpinga² reception. Aku tak marah pun, cuma keadaan bilik tu memang aku tak boleh nak bagi anak dan wife aku tidur untuk malam tu. Memang lepas aku view rumah contoh, terus balik ke Nilai.

Semuanya kisah yang dah berlalu hampir 4 tahun yang lalu. Apapun yang berlaku, aku bersyukur kepada Allah SWT kerana berikan aku peluang untuk memiliki sebuah rumah yang selesa dan semakin hampir aku dengan keluarga, sanak saudara aku sebelah Perak dan Penang. Semua rahsia ini ada aturan dari Allah SWT. Aku turut doakan kpd yang belum memiliki kediaman sendiri, akan memilikinya pada masa akan datang. Insyaallah.

#mystory #mynameisanuar

Saturday, 20 September 2025

Bercuti Bersama Keluarga (September 2025)

 20.09.2025 | Sabtu

Cuti sekolah 13 hingga 21 September 2025

Menunggu Dina datang dari KL dengan ETS

1. Alhamdulillah.. Semalam [19/9], hari Jumaat dah selamat pulang ke Nilai selepas 8 hari 7 malam di luar kawasan. Bercuti lama sebab cuti sekolah selama seminggu. Terima kasih Mama Dina sb turut ambik cuti tambahan selama 3 hari untuk sama² menikmati hari cuti bersama keluarga.

2. Jumaat minggu lepas lagi, lepas mama Dina balik kerja, kami mulakan journey cuti balik ke Felda Soeharto. Balik sekejap ziarah mak mentua aku di kampung. Masa balik, intai² jugak pokok durian belakang rumah mentua aku, tapi belum nampak bunganya. Mungkin lambat lagi lah nak merasa buah durian.

3. Hari Sabtu, aku gerak ke Tronoh dari Felda Soeharto. Kali ni saja ikut jalan belakang (jalan ke Sungai Besar) sebab dah selalu ikut laluan depan (Slim River ke Kampar). Ikut jalan belakang memang rileks sikit sebab tak banyak kereta. Sambil santai² memandu, singgah breakfast di Bagan Terap. Pekena roti canai bubuh ikan sardin sekor. Boleh tahan sedapnya 😁😁.

4. Teruskan perjalanan ikut WCE dari Hutan Melintang. Terus sampai ke simpang Felcra Seberang Perak. Map tunjuk laluan Felcra Seberang Perak - Lambor - Bota sebab lebih dekat berbanding ikut WCE ke exit Changkat Cermin. Alhamdulillah selamat sampai rumah kami di Tronoh. Walaupun tiap² bulan balik ke Tronoh, tp bukan setiap kali balik aku potong rumput. Jadi nampak rumput dan pokok² liar tumbuh agak tinggi. Memandangkan tak ada urusan harini, petang tu aku mula lah operasi pembersihan rumput dan pokok² kecik termasuk pokok semalu yang banyak menjalar. Bila guna mesin rumput bateri, tak boleh la lama. Sebab 1 bateri boleh tahan lebih kurang 12 minit. Bila ada 3 bijik bateri, lebih kurang 30-40 minit bateri dah habia. Ambik la masa pulak mengecas nya. So, esok pulak lah menyambung kojenyer.

Tinggi pokok apa ntah ler..

Jenuh jugak nak mesin ni 

Selesai sikit dulu..


Ni dah clear.. alhamdulillah..

5. Bila duduk rumah sendiri ni, Allah saja yang tahu nikmatnya. Boleh la buat apa saja yang rasa nak buat. Keesokkannya aku ke paso Batu Gajah cari lauk simple² sikit untuk masak. Dah 3-4x aku ke pasar Batu Gajah, memang aku rasa harga lauk mentah agak mahal. Jarang sangat sotong saiz besar sikit sampai RM64/kg. Memang mahal betul. Balik ke rumah, aku berdua laki bini sama² sibuk di dapur ler kome sebab masak. Dina masa ni belum dtg ke Tronoh sb ada urusan lain.

Paso Batu Gajah

6. Menjelang petang Ahad, aku meronda² ke arah Kellie Castle dan Gopeng sebab nak cari kedai makan budak² aku untuk trip ke Perak nanti. Dapat jugak la jumpa 4-5 kedai makan untuk dishortlistkan. Aku akan deal semula nanti. Dah kebetulan di Gopeng, teman lajak lah meronda² ke Ipoh. 😁😁.

7. Hari Isnin, masak awal pagi utk bekal sebelum masuk ke Hat Yai, Thailand. Jam 11.15am Dina sampai KTM Batu Gajah, aku pickup Dina dan terus gerak ke Bukit Kayu Hitam sebab akan masuk ke Hat Yai harini. Jam 5.00pm tepat siap cop di Imigresen Malaysia. Tapi malang sungguh untuk.ke border Sadao, Thailand, aku sangkut 2 jam 45 minit. Jam 7.45pm waktu Malaysia baru boleh selesai urusan di border. Alhamdulillah. Berjaya masuk ke Thailand. Lebih kurang jam 9.30pm, aku sampai lah hotel di Hat Yai. Check in dulu kemudian pi la dinner di kedai makan area hotel.

8. Lepas 3 hari 2 malam di Hat Yai, balik la aku ke Malaysia. Bila masuk Malaysia di border Padang Besar, alhamdulillah syukur. Pi lah mana² pun, Malaysia jugak tetap dihatiku 😘😘.Sengaja pilih exit Padang Besar sebab aku dah lama tak pi Perlis. Boleh la singgah Tasik Timah Tasoh, arked Padang Besar, dan pekena Laksa Mak Su di Kuala Perlis.

9. Balik dari Perlis, sempat jumpa dengan kakak² aku dan adik aku di Nibong Tebal, Penang. Jadi lah dapat jumpa 2 jam lebih kurang, dapatlah sembang macam². Dalam jam 9.30pm aku gerak balik ke Tronoh. Bila ada rumah sendiri di Perak ni, syukur sangat. Walaupun adik beradik ajak bermalam dirumah depa, tapi bila ada pilihan rumah sendiri, seronok lagi balik tidoq rumah sendiri. Memang sebelum beli rumah di Tronoh, selalu jugak aku tidoq rumah kakak² aku. Cuma la ni dah tak perlu sangat lah sebab cuma 1 jam 30 min lebih kurang untuk aku drive dari Nibong Tebal ke rumah kami di Tronoh. Alhamdulillah lebih kurang jam 11mlm lebih sikit, sampai lah rumah.

10. Berbaki 2 malam di Tronoh lepas keluar dari Hat Yai. Stay dulu. Rehatkan badan sambil menikmati baki cuti yang ada. Hari Jumaat, kami pun balik lah ke rumah kami di Nilai. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT kerana diberikan ruang dan peluang untuk menikmati kehidupan dan merasai kebesaran Allah SWT. Semoga ada rezeki, teman akan kembali ke rumah singgah kami di Tronoh. Insyaallah.

#mystory

#myjourney

#mynameisanuar

Wednesday, 10 September 2025

Mengopi Petang² Dengan Isteri

Bila tinggal berdua.. petang² lepas mama Dina balik kerja, mesti kami mencari idea untuk ngetea, ngopi atau healing² petang. Teringin nak makan cucur udang, goreng pisang atau lepak² dan kadang² terus saja makan malam diwaktu sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tu.

Lempeng panas² cicah kari 😋

Mungkin masa dan ketika nya dah sampai untuk aku dan Mama Dina buat aktiviti macam ni. Sebenarnya, bukan nak minum sangat pun. Kalau nak sebut minum tea, kat rumah pun ada tea, ada gula, ada susu yang boleh dibancuh. Tapi selebihnya nak berborak² suami isteri sambil menghirup tea dan cicah roti jala bersama kari ayam. Bila mula ngetea, macam² lah cerita apa yg berlaku di tempat kerja, apa plan esok lusa, apa nak buat weekend, sembang² hal anak. Itu lah sebenarnya walaupun boleh sembang dirumah, tapi nak jugak healing di kedai makan. Kedai yg nak ngetea pun kena tengok jugak. Tak boleh duduk rileks kedai yg ramai org, so, biasaanya aku akan ke Beranang sebab ada satu port yg memang best untuk ngopi ngetea 😁😁

Begitulah rutin yang mungkin bagi anda yang anak dah besar.. anak dah keluar belajar.. anak yang dah berumahtangga dan yang penting dah tamat tanggungjawab ambik anak balik sekolah. Kalau masih ada anak yg masih bersekolah, nak healing² ni memang tak ada masa dan kesempatan. Maaf ya!! 😁😁

Jenis macam aku pulak, bila menuju ke usia 50an, aktiviti aku lebih kepada aktiviti keluarga sendiri atau sanak saudara sahaja. Nak merancang aktiviti dengan bukan ahli keluarga memang tak berlaku lagi sebab mungkin juga, semasa aku diusia 20an-30an, aku dah puas buat semua tu.

Port lepas aku

Nak ride dengan motor besar, 20 tahun lalu dah puas aku melenjan bersama Yamaha TZM 150cc aku. Ulang alik KL - Bagan Serai.. Nak kata aktiviti luar dengan kawan², dah selalu aku balik rumah jam 1-2am masa zaman anak kecik dulu. Merata² aku dah berkawan sebelum ni. Tapi semuanya kisah hidup aku. Setiap orang, kepuasan hidup berbeza² la kan.

Jadi, bila dah usia begini, aku memang hanya fokus kepada kehidupan bersama keluarga aku sahaja. Jadi, moh ler kiter ngetea healing² petang² yer.

#mystory

Monday, 8 September 2025

Jarak Nilai ke Tronoh, Perak

Nilai --> SI

Beginilah jarak antara rumah kami di Nilai dengan rumah kami di Tronoh, Perak. Maps dalam kereta ni auto keluar mana² tempat yang selalu aku guna Google Map.

Jauh yer.. 274km & perjalanan 3 jam 30 minit lebih kurang.. Tu kalau non stop.. Kalau stop sana sini, lajak ke 5 jam 😁😁. Biar lah 5 jam pun, asalkan boleh rileks² tenang² di Tronoh. Susah nak ceritakan perasaan macam mana bila Allah bagi rezeki utk miliki rumah singgah ni sebab rumah kami ni boleh dikatakan dah separuh lengkap untuk bermalam berapa malam pun tak ada masalah.

2 bulan tak potong rumput

Syukur alhamdulillah.

Saturday, 6 September 2025

Kisah printer Brother

Minggu ni minggu ke-2 Dina praktikum. Dalam dua minggu ni, habis 4 katrij ink printer HP 682 sebab banyak guna untuk print aktiviti murid. Dina memang jenis suka buat macam² aktiviti murid walaupun tanpa observation dari guru pembimbing atau pensyarah. 

Teringat aku pada kata² kawan aku, Cikgu Joe.. "Bang, apo salah nya, Nabilla budak cemerlang masuk IPG jadi cikgu.. Biar lah dia dapat delivered anak² murid dia something yang special sebab dia mmg budak rajin dan cemerlang.." 



Bukan nak puji anak sendiri tp aku nampak kesungguhan Dina. Dia beli mesin laminate, dia beli mesin cutter, dia beli mcm² stationery utk preparation sebelum praktikum. Aku dan mama Dina mmg support apa saja keperluan untuk dibeli. Tapi byk jugak yang dibelinya sendiri hasil duit Dina meniaga.



Tadi mencari printer baru utk print dengan lebih byk keping. Print kat luar pun mahal jugak. Lebih² lagi yang berwarna. So, lepas discuss antara aku, mama Dina dan Dina, akhirnya decide beli printer baru. Brand Brother orang kata mmg tahan lama dan boleh print byk helai. Model Brother 530 ni boleh print warna sehingga 5,000 helai dan print hitam sehingga 7,000 helai. Kalau nak banding printer HP yg Dina guna skrg ni, print warna sekitar 150 helai saja. Memang berbeza sangat la.

Cuma aku just nak sharing saja. Walaupun printer kata boleh print sehingga 5,000 helai, tak semestinya sehingga 5,000. 5,000 helai tu bermaksud kalau penggunaan warna 1/2 muka atau 1/4 muka saja. Kalau full print warna, maybe boleh dalam lingkungan 2,000+- helai lebih kurang.

Aku dan mama Dina harap, mulai minggu ke-3, Dina lebih bersemangat untuk menjalani praktikum lebih² lagi mgu lagi satu dah cuti 1 minggu.. 😁😁😁

Walauapa sekalipun, keperluan anak memang kami berdua utamakan. Diibaratkan, biarlah aku pakai baju lusuh asalkan anak dapat merasai memakai pakaian yang cantik berseri. 😁