Thursday 29 August 2024

Sayangilah Isteri Seikhlas Habis

 29.08.2024 | Khamis



No caption.. Cuma ucapan terima kasih kepada isteri teman yang setia bersama teman since 2002 until now.. Alhamdulillah syukur terima kasih Allah..


#mystory

Tuesday 27 August 2024

Restoran Gulai Omak Den [masakan Negeri Sembilan original]

 27.08.2024 | Selasa 

Harini aku nak review sikit kedai makan yang sedap di tekak aku dan famili aku. Kalau hangpa mai belah Nilai, N.Sembilan atau nak pi KLIA, boleh singgah mai makan kat sini. 

Inilah menu yang memang aku selalu order


Restoran Gulai Omak Den ni parent kepada bekas pelajar aku dulu. La ni dah ke sekolah menengah. Menu masakan Negeri Sembilan nya memang kena sangat dengan tekak aku. Hangpa yang teringin gulai lemak daging salai, boleh mai turun kat sini. 

Pada kebiasaannya, menu yang aku pilih:

πŸ—Nasi putih

πŸ—Gulai lemak daging salai

πŸ—Sambal tumis udang

πŸ—Gulai lemak ikan tenggiri

πŸ—Sayur bendi goreng cili api

πŸ—Ayam goreng pun sodap haih 




Sedap tak??

Udang sambal

Banyak lagi menu pilihan yang ada tapi pada kebiasaannya, menu yg aku tulis diatas memang menu pilihan aku. Kakak aku kalau mai turun Nilai, mesti akan ke Gulai Omak Den ni sebab nak pekena gulai masak lomak daging salai sebab depa dok Penang selalu dah pekena nasik kandaq 😁. Selalunya kalau aku nak pi Gulai Omak Den, aku wasap tokey dulu bgtau menu yg nak diorder. Bila sampai kedai, 5 minit dah dapat makanannya. Lagi 1 lupa nak bgtau, kat sini memang air sirap disediakan secara percuma. Dalam erti kata lain, order saja makanan, air tak perlu order. 

Kepada yang berhajat nak cuba, boleh lah datang ke Restoran Gulai Omak Den yang terletak di kawasan Felda LBJ, Nilai, Negeri Sembilan. 


#mystory

Gulai lemak daging salai

Gulai lemak tenggiri

Ayam goreng panas²

Tersandaq 3 minit lepas masuk perut

Monday 26 August 2024

Selepas 6 Bulan Di Sekolah Baru

 18.07.2024 | Khamis

Harini hari yang ke-176 aku di SKBB atau shortname nya SeHeBat.. semakin hari semakin faham suasana dan situasi di stesen kerja baru. Banyak jugak benda baru yang aku follow di sini. Alhamdulillah.. 

Bila imbas balik, ibarat gugurnya jantung bila nama aku naik utk redep ke sekolah lain walaupun sekolah tu tepi jamban rumah aku sendiri. 😁😁😁.. Kemurungan hanya Allah SWT saja yang tahu.. Rasa down.. Rasa sedey.. Rasa nak benamkan kepala org yg pilih nama aku tu dalam sos black pepper chicken grill.. Rasa selera nak makan pun hilang [tp la ni asyik nak makan sesaja].. dan macam² lagi perasaan.. Aku selalu bertanya.. "Kenapa aku?"

Tapi.. siapalah aku utk menidakkan perancangan Allah SWT.. siapalah aku nak mempertikaikan kehendak Allah SWT.. Aku cuba belajar berdamai dengan takdir walaupun menerima dalam keterpaksaan.

Semoga hari² esok, lusa, bulan depan dan 140 hari yang mendatang lebih baik untuk aku dan anda semua yang membaca cerpen aku ni. Mudah²an..

#mystory




Thursday 22 August 2024

Naik ETS dari KL Sentral ~ Batu Gajah, Perak

 22.08.2024 | Khamis 

Jam 6.50am gerak dari PCH

Harini aku cuma menulis tentang trip solo aku ke Seri Iskandar menggunakan ETS dari KL Sentral. Ni kira pengalaman pertama naik ETS la yer komer.. 😁😁😁 

2 minggu lepas nak dijadikan cerita, rumah aku di Tronoh dah tiba giliran untuk tambah rod pada earth chamber nya [kesilapan developer]. Kalau aku tak ada dirumah, giliran rumah aku tak pasti bila boleh buat sebab kena tunggu pulak rotation dengan rumah² lain. Hasil perbincangan dengan mem aku, kami decide untuk mama Dina dan Dina gerak dulu ke Seri Iskandar pada hari Jumaat pagi. Yang membawa maksud, Dina buat pertama kalinya akan drive hampir 300km ke Seri Iskandar dengan mama Dina. Aku tak boleh join sebab Jumaat pagi ada Dialog Prestasi bersama ibubapa murid & esoknya Sabtu ada tuisyen sekolah. 

Inilah koje kontraktor.. wujudkan lubang


Jadi, berbekalkan semangat dan keyakinan Tecer Bella Irdina, dan juga persetujuan dari Dina, pi lah depa berdua ke Seri Iskandar pada Jumaat pagi sebab dah deal appoinment dengan technician supaya kontraktor mai buat waktu petang. Alhamdulillah Dina berjaya bawak kereta sendiri ke Perak dengan ditemani mama di sebelah. Keberanian dan keyakinan Dina memandu ni memudahkan urusan akan datang Dina sendiri. Akhirnya sampai lah ke S.I.. bukan main lagi dua beranak ni ronda² S.I malam tu. 

Monitor driving Dina

Aku pulak esoknya lepas kelas tuisyen, terus gerak ke KL Sentral sebab tren ETS jam 3.00pm. Dari rumah, aku ambik Grabcar RM8.. Kemudian ambik tren Komuter dari Batang Benar ke KL Sentral RM5.60 dan akhir sekali belian tiket ETS dari KL Sentral ke Batu Gajah RM40. Tren komuter memang dah biasa naik tapi ETS ni kali pertama naik. Tapi tak ada lah teruja apa² sebab macam biasa saja. 

Komuter Station Batang Benar

KL Sentral

Ni turun nak ke tren ETS

Perjalanan dari KL Sentral ke Batu Gajah lebih kurang 2 jam 20 minit.. Tapi naik tren lama² ni dapatlah tengok pemandangan yang macam². Ok lah.. 😁😁. Sebaik sampai di Stesen KTM Batu Gajah, Dina dan mama Dina ambik aku. Bukan main lagi anak aku ni dah boleh drive kat kawasan Perak. Lepas pickup aku, terus pi cari Nasi Kandar Majedia sebab banyak review kata sedap. Memang sedap pun. Alhamdulillah..



Acah-acah pengembara 🀭🀭


Lepas makan, ronda² sekejap di Ipoh, dan terus ke Seri Iskandar dalam 35 minit perjalanan. 

Conclusion nya.. Alhamdulillah.. Allah SWT berikan keyakinan dan kekuatan serta keberanian kepada Dina untuk memandu kereta. Dengan bilangan jam dan kilometer yang dibawa Dina termasuk sebelum tu dari S.I terus drive ke Brinchang, Cameron Highland, rasanya dah hampir melebihi 2000km.. 

Basuh dulu kat depan niiii..




Dah wujud di Seri Iskandar

Bye bye rumah


Next... 


#mystory