Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..
Pengalaman aku sebagai insan bergelar cikgu mungkin tidak sehebat cikgu zaman yang terdahulu daripada aku. Namun, 14 tahun lebih aku menjadi guru, pelbagai kehangatan aku merasai. Sungguh seronok menjadi guru walaupun pada zaman sekolah dulu, tak terlintas sekelumit pun untuk menjadi seorang guru. Iya lah.. Inilah yang dinamakan ketentuan. Ada hikmahnya aku ditakdirkan menjadi seorang guru.
Daripada gaji aku bermula RM862.40, walaupun mungkin ada cikgu yang pengalaman lebih hebat daripada aku dengan gaji yang lebih kecik, tapi aku menceritakan pengalaman aku ketika itu. Tahun 2001. Menyewa di Kuala Lumpur dengan pendapatan yang sebegitu, bukanlah sesuatu yang membanggakan. Hari ni, orang berkata, "Cikgu gaji besar.. Cuti banyak.. Keja Senang..".. Iyalah.. Gaji besaq sebab puas 4 tahun sambung belajar...
Cuti banyak? Betul ka?.. Memang cuti banyak kot... Jom kita buat calculation sikit..
Guru = Kerja wajib = 190 hari persekolahan + Sabtu kdg2 ada program (+- 10 hari setahun) + Mesyuarat persediaan tahun baru termasuk operasi pembersihan bilik darjah sebelum masuk sesi persekolahan tahun baru = 5 hari... So, total ada lebih kurang = 205 hari / tahun.. Itu belum dikira kerja sampai lewat malam dirumah.. Sebab selalunya kerja office, jam 5.00pm otak dah free.. Cikgu sampai malam tak habis kerja..
Kakitangan awam lain = 1 Tahun = 365 hari - 104 hari (sabtu & ahad cuti) - cuti umum = 16 hari/tahun - dan kakitangan awam ada cuti tahunan 30 hari setahun.. So, total hari bekerja ialah = 215 hari / tahun..
Kesimpulannya: Secara TOTAL, perbezaan cuti antara guru & kakitangan kerajaan yang lain cuma 10 hari sahaja..
Setuju tak dengan pengiraan aku?? Terpulang lah kalau tak setuju..
Ehsan Google.Tkasih |
Pada hari ini, kita tak boleh klasifikasikan kerja guru separuh hari lagi.. Rabu mmg tetap ada Ko-Kurikulum sampai jam 4.00 / 4.30 pm.. Masuk kerja jam 7.30am..
Kalau hari-hari lain, ada kalanya ada mesyuarat.. dan mcm2 lagi.. Begitulah rutin kerja sebagai seorang pendidik pada masa ini, Amat mencabar.. Adakalanya, dengan mcm-mcm input terkini daripada KPM amat membebankan tugas hakiki guru sebagai seorang pendidik sudah lari daripada sasaran akibat bebanan tugasan lain.
Cikgu..
1) Mengajar anak murid
2) Mendidik anak murid
3) Merawat anak murid jika sakit
4) Menjadi jururias untuk hias bilik darjah (duit sendiri)
5) Menjadi jurulatih sukan
6) Menjadi kerani pentadbiran murid
7) Mengemop lantai bilik darjah jika murid muntah / air tumpah
8) Menjadi rakan murid jika murid bermasalah
9) Menjadi setiausaha panitia
10) Menjadi juruteknik membaiki mcm2 kerosakan fasilitis
dan macam-macam lagi sebenarnya..
Terima kasih lah kepada ibu bapa yang memahami tanggungjawab & bebanan guru pada hari ini. Ada juga ibu bapa yang sporting & appreciate tugas seorang guru.. Namun, sebaliknya, ada juga yang lebih suka mengeji daripada memuji sedangkan cikgu lah yang akan mengajar.. mendidik anak nya dari pagi hingga jam 5.30petang kalau anak nya itu bersekolah KAP (Kelas Agama Petang). Cikgu juga manusia biasa.. Tak lari daripada buat kesilapan.. Ada cikgu yang rajin & sporting, dan juga cikgu yang malas & unfriendly.. Kita buatlah penilaian.. Marilah sama-sama kita menilai bagaimana ibu bapa kita mendidik kita dahulu.. Kembalilah kita ke zaman kanak-kanak kita.. Rotan jangan ceritalah..
Tapi, murid aku di Kelas 4 Dinamik tahun ni, memang TERBAEKKK!!
Bak kata kawan aku, Mr. Tan @ SK Puchong Jaya...
"THE OLD IS GOLD"
No comments:
Post a Comment