Wednesday, 3 December 2014

Tips Bercuti Ke Kota Kinabalu @ 2014

Assalamualaikum..

Hari ni baru balik dari Kota Kinabalu selama 4 hari 3 malam.. Banyak pengalaman yang akan aku konsikan bersama.. So, untuk first entry, aku nak bagi tips untuk bercuti ke Kota Kinabalu versi peribadi aku lah yang mngkin dapat membantu reader untuk buat prepareration sebelum ke Kota Kinabalu..



Tips 1: Booking Flight 
Buatlah pemilihan syarikat penerbangan yang boleh memberikan harga paling minima.. Tapi kalau hangpa ni orang yang berkemampuan, takdak hal lah.. Mcm aku, memang dah lama booking tiket Air Asia.. Aku dapat harga untuk 3 orang ialah RM156.00.. Itu harga basic sebelum ditambah makan-minum, pilihan seat, dan luggage.. Sebenarnya, ok sangat harga mcm tu untuk 3 org.. Yang lain-lain tu, adalah pilihan kita. Mungkin ada diantara kita yang kata AA ni murah tapi takdak luggage, takdak makan-minum, seat kena bayar.. Errmm.. Terpulanglah.. Kalau aku tak mau add-on yang lain2 tu, bermakna, dengan harga RM156.00, dah boleh aku pi KK untuk tiket dua hala.. Amatlah murah.. Cuma aku nak share masa nak buat payment dengan AA ni.. Silalah pilih kaedah pembayaran menggunakan M2U atau perbankan internet yang lain kerana hanya dikenakan charge lumpsum RM4.00 processing fee... Tapi kalau guna Kad Kredit, akan dicharge RM8 seorang / sehala.. Maksudnya kalau mcm aku ni, RM8 x 3 orang x 2 hala = RM48.00 hanya untuk bayaran processing fee.. Kalau hangpa ramai adik-beradik yang pi, maknanya , kiralah sendiri noo.. So, mcm aku kata awai2 tadi, kalau dah memang duit terlebih-lebih, hang pa belasah la apapun.. Tips aku ni berfokuskan untuk orang yang pentingkan bajet low cost.. -)

Tips 2: Hotel / Penginapan 
Kalau di KK, banyak hotel bermula dari 0 bintang - 5 bintang yang boleh dipilih.. Bergantung kepada poket masing-masing.. Mcm aku, sebabkan sebelum ni pernah duduk Hotel Tang Dynasty Park, so, aku selesa dengan hotel ni dan harganya pun murah. Aku booking melalui telefon saja.. Tak perlu bayaq apa-apa pun.. Aku booking 2 hari.. RM124 untuk Bilik Deluxe Famili ( 1 katil king + 1 katil single ) termasuklah 3 orang breakfast.. Harga ni untuk kakitangan kerajaan. Kalau bukan kakitangan kerajaan, harganya RM126.00 tak termasuk breakfast.. So, special price untuk kakitangan kerajaan lah. Dari segi makanan breakfastnya, boleh lah.. Mcm masa aku duduk, menu breakfast nasi lemak + roti + kentang + telur mata + segala jenis telur laa.. Boleh lah.. Dan dijamin halal oleh JAKIM. (aku dah semak di website JAKIM).

Kalau di Kundasang pulak, banyak jugak hotel / homestay / Resort.. Aku pilih Kinabalu Pine Resort sebab banyak blogger review best dok situ.. Dan yang paling penting, view Gunung Kinabalu direct dari balkoni bilik.. Terbaik. Aku pilih bilik Superior Standard. Harga yang aku dapat ialah RM207.00 termasuk 2 breakfast khas untuk kakitangan kerajaan. Kalau bukan kakitangan kerajaan, harganya RM230.00 semalam. Sebelum tu aku dah booked bilik Standard saja.. Tapi aku risau jauh nak berjalan view Gunung Kinabalu.. Bilik tu murah sikit iaitu RM189.00 (utk kakitangan kerajaan).. Aku tukar bilik sebab aku kol tanya.. Nak view ok, memang kena pilih Superior Standard. Bilik aku No. P2.. memang terbaik sekali view GK. Jangan lupa, yang ni booked melalui telefon pun boleh, tapi kena bank-in payment 2 minggu sebelum check-in.. Masa check-in pulak, kena letak deposit RM200.00,.. Okey.



Tips 3 : Sewa Kereta
Ni memang penting sb aku dah terkena. Carilah syarikat sewa kereta yang nampak official walaupun mahal sikit. Disebabkan aku nak bajet, aku google dari blogger lain, aku pilihlah mamat Sabah yang bernama Mr. R ni.. Orang kata baguih, tapi kurang baguih la.. Kereta yg dia bagi pun tak memenuhi spesifikasi yang aku nak.. Salah aku jugak lah sb nak bajet kan. Harga pun memang dia main. Mula-mula kata RM380.00 untuk 3 hari kereta Myvi Auto, aku minta kurang dia bagi RM360.00.. Lepas aku google lagi nama dia, ada yg dapat lagi murah.. Aku guna nombor telefon aku yg lain, memang betoi, dia bagi RM300.00 untuk 3 hari. Murah tapi aku yang pening.. Apa yang pening, nanti aku cerita dalam post seterusnya.. Jadi, aku nasihatkan, pilihlah syarikat sewa kereta yang nampak official sikit.. 

Tips 4 : Tempat Makan
Kalau di KK, banyak jugak tempat makan.. Masa 1st day, aku lunch kat Restoran apa ntha.. Berdepan dengan KK Centre Point.. Nasi ayam = RM5.00.. Standard la.. Malamnya, aku makan ikan bakar.. Memang terbaek.. Medan makan ni kat area Pasar Filipina.. Banyak sangat gerai ikan bakar.. Boleh lah pilih yang mana okey.. Mcm aku, main redah ja lah.. Tapi memang sedap & murah.. Jenahak tu baru RM30 sekilo siap masak / bakar.. Kalau di Bagan Lalang RM60 sekilo.. Beza betoi.. Lokasinya berdekatan dengan bulatan yang ada Ikon Ikan Marlin besaq.. Dah dekat nak sampai Jesselton Point.
Kalau di Kundasang, aku tak pasti la sebab malam tu hujan, aku order makan room service saja di Restoran Kinabalu Pine Resort tu.. Tapi sedappp jugak walaupun mahai la sikit.. 

Tips 5 : Urusan di KLIA2.
Bagi yang belum pernah naik flight kat KLIA2, aku bagi la tips sikit. Mcm aku, dah survey dulu sebelum pi. Hahaha.. KLIA2 di berbeza sikit dengan LCCT dulu.. Ok. Tak kira la hangpa pi airport guna apa pun, naik ke Level 3 (L3).. Kat situ ialah Balai Pelepasan.. Kalau dulu, luggage kena hantar ke Polis Bantuan untuk tagging Security Sticker.. Tapi la ni dah tak payah.. Kalau ada luggage, terus ja ke kaunter utk drop luggage AirAsia (kalau flight AA la).. Pastu.. Boleh la terus masuk Balai Pelepasan.. Masa scanning area sebelum masuk Balai Pelepasan, la ni tali pinggang pun kena bukak.. Nasib baik seluaq aku ketat, kalau dak, mau terlondeh jugak.. Mcm wife aku, kasut pun kena bukak.. Punya la hebat.. Secure la sangat.. Dlm secure2 pun, boleh jugak terlebih bahan terlarang kan.. -(. Dah setel situ, berjalan lah ikut gate yang telah ditetapkan di screen utk kita tgk flight kita base on number flight. Mcm aku, gate J10.. Berjalan lah sambil tengok kedai-kedai yg jual mcm-mcm.. Jauh jugak lah. Kalau warga emas, jenuh jugak.. Ada la escelator, tapi alahai.. ada kot 20 meter ja.. Ha.. Dah sampai kat gate hangpa, tunggu la flight yaa.. La ni tak payah lagi naik tangga.. Canggih dah.. Terus ja masuk pintu flight.

Tips 6: Parking Kereta Untuk Ke KLIA2
Yang ni bab penting jugak. Kalau kita ada org yang nak menghantar & mengambik, no hal laaa.. Tapi kalau yang nak pi sendiri, ada opsyen mcm-mcm.. Kalau aku dari Pajam ni, naik teksi RM50 untuk sehala.. Kalau pi - balik mau jugak RM100.00.. Tiket flight aku pun RM156.00 boleh pi Sabah.. Tak patut betoi... Nak suruh kwn hantaq, rasa mcm menyusahkan pulak.. Nak suruh adik-beradik hantaq, nun juah sangat.. So, aku pilih paking kereta di Station ERL Salak Tinggi. Paking situ RM2 / sehari.. Kalau 4 hari baru RM8... Tapi keselamatan terjamin antara jam 4.00am - 12am sahaja.. Dari 12.01am - 3.59am, kaunter paking tu tutup.. Tapi security ERL ada la akan buat rondaan. Mcm aku, dah kawtim dengan jiran aku sebab dia bekerja di situ.. Naik ERL ke KLIA2, tambang sehala RM3.20 ( dewasa) RM1.60 (kanak-kanak) dan kekerapan tren ialah 30 minit untuk setiap tren transit.. Kalau tren ERL ekspress, memang banyak.. Tapi dari Salak Tinggi ke KLIA2, kita akan naik tren ERL transit.. Perjalanan cuma 11 minit sahaja. So, total cost RM16.00 utk ERL Tiket + RM8.00 untuk paking kereta. So, total RM24.00 sahaja.. Kawtim

Sekian dulu tips untuk ke Kota Kinabalu.. Nanti aku akan update post Bercuti di Kota Kinabalu & Kundasang.

17 comments:

Unknown said...

yang kakitangan kerajaan tu nk kn inform awal-awal ke?bukti yg diorg nk dr kita sbg kakitangan kerajaan tu cmans

Unknown said...

yang kakitangan kerajaan tu nk kn inform awal-awal ke?bukti yg diorg nk dr kita sbg kakitangan kerajaan tu cmans

Chegu Anuar said...

Bukti kita bagi masa check-in saja.. Kalau booking melalui phone, bgtau ja tuan keja djabatan kerajaan. Itu ja. Ok

Unknown said...

dr kk nk ke mabul island kn night flight lak ke

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
cehee said...
This comment has been removed by the author.
cehee said...

Salam,

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa Axia Auto Rm100/day. BCall atau watsapp 012 83 00001.

Tq

cehee said...

Salam,

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa Axia Auto Rm100/day. BCall atau watsapp 012 83 00001.

Tq

Chegu Anuar said...

Sabah terbaekkkk

Anonymous said...

Salam,

Boleh beri no telefon yang u amik kereta sewa tu.,

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum..
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

PAKEJ 3HARI 2MALAM
RM305/Pax Minimum 10 pax

01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*

02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*

03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*

Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi encik Roslan
hp : 0168392919 (whatsapp)

Riko Adryansyah said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Riko Adryansyah
Mobile : +6281365654104 ( WhatsApp )
E-Mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

Unknown said...

Assalamualaikum...

Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

1. Viva RM90
2. Myvi RM120
3 Saga RM120
4. Alza RM140
5. Exora RM150
6. Avanza RM170
7. Vios RM180
8. Urvan RM230

Homestay RM100.00 semalam

Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
0129600702 (Whatsapp)

Unknown said...

Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

Tel : 0129600702 / 0163751978
Assalamualaikum Tuan Puan...
Bercuti la ke Sabah....!!
Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

a) Nissan Urvan RM230 sehari
b) Toyota Innova RM200 sehari
c) Toyota Avanza RM160
d) Nissan Grand Livina RM170
e) Proton Exora RM150
f) Produa Alza RM140
g) Toyota Vios RM160
h) Proton Saga Flx RM120
i) Produa Myvi RM120
j) Produa Viva RM100
k) Proton Waja RM120
l) Proton Preve RM150
m) Viva 660 RM70

* Harga di atas adalah minimum sewa
untuk 3 hari ke atas...
* Penghantaran kereta percuma ke
Airport dan tempat penginapan.
* Kadar harga lebih rendah untuk sewa
secara bulanan.

Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
istimewa daripada kami bermula harga
RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
kundasang...

2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

3. Pemandu Pelancong..
Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
* Banana Boat RM30 (15 mnt)
* FlyFish RM60 (15 mnt)
* Parasailing RM55 (15 mnt)
* Jetski RM140 (30 mnt)
* Sea Walking RM150 (30 mnt)

5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

*Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

Hubungi kami
0129600702
0163751978
Boleh Call atau Whatsapp


Kereta Sewa Sabah said...

Salam,

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Axia Auto Rm100/day. Selesa dan jimat minyak.  Kenderaan lain juga ada. Saga,Myvi, Alza,Exora,Innova, Van Hiace. Perkhidmatan pemandu juga ada. Call/Watsapp 0142011144 untuk tempahan.

Terima Kasih