Monday, 19 September 2016

Antara Pembelian Rumah & Kereta? Mana Yang Diutamakan?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..



Hari ni aku nak share sikit hal rumah & kereta.. Dalam kehidupan kita, kereta & rumah merupakan satu keperluan utama lebih-lebih kepada yang sudah berkeluarga. Kereta sangat menjadi satu keperluan. Cuma kita ada pilihan perlukan kereta jenis apa mengikut kemampuan kita. Ibarat kata pepatah.. "Ukur lah baju di badan sendiri.." Jadi kereta adalah keperluan bagi kita. 



Rumah? Sudah menjadi lumrah manusia terutamanya yang sudah berkeluarga mestilah inginkan sebuah teratak tempat berteduh dari hujan panas demi keluarga tersayang. Pada zaman kini, harga rumah yang sangat melonjak naik menyebabkan ramai golongan tidak lagi berkemampuan untuk membeli sebuah rumah. Jadi, terpaksa lah menyewa rumah. Nilai sewaan rumah teres / apartment masih lagi mampun dibayar oleh kita. Tapi, menjadi persoalannya.. Sampai bila?? Aku sendiri juga pernah menyewa rumah selama 5 tahun di Seri Petaling. Tahun 2002-2007 sebelum berpindah ke Nilai. Dengan nilai sewaan RM500/bulan, boleh lah nak bayar pada masa tu.



Kesimpulannya, bagi yang sudah berkeluarga, sangat-sangat perlukan sebuah kereta dan sebuah rumah demi mencapai kesempurnaan hidup. InshaAllah.. Kepada sesiapa yang belum memiliki kediaman sendiri, masa anda akan datang tidak lama lagi. Cari-carilah rumah mengikut kemampuan kita. Tapi, harga rumah sekarang yang melambung, membuatkan keinginan kita menjadi terbatas.. 

Walaupun kedua-dua benda tadi (rumah & kereta) merupakan keperluan, tapi mempunyai nilaian yang berbeza mengikut masa. Kereta, akan menjadi satu benda yang semakin menurun 'value' walaupun selepas sebulan kita beli. Manakala, rumah pula akan meningkat 'value' walaupun selepas sebulan kita membelinya.

Kiraan di bawah ni merupakan 2 jenis pengiraan yang dapat aku hasilkan daripada tinjauan atau pengalaman sendiri :

Rumah aku : 

Harga rumah    ; RM131,100.00
Tahun siap        : Jun 2007
Nilaian semasa : RM300,00.00
(Jun 2016)

Nilaian peningkatan harga rumah yang aku duduk sekarang ni +- RM170,000.00 yang diambil kira selama 9 tahun dimiliki. 

Dibahagikan jumlah peningkatan tu kepada 9 tahun = RM18,888.00/setahun untuk menunjukkan jumlah 'value' mengikut tahun.

Kereta aku :

Jenis kereta     : Proton Exora
Tahun dibuat   : 2010 (Mei)
Harga belian   : RM60,000.00
Nilaian semasa
(Sept 2016)     : RM20,000.00

Kejatuhan nilaian kereta sangat lah ketara iaitu RM40,000.00 dalam masa 6 1/2 tahun.. Kejatuhan nilai kereta aku tu = +- RM6,154.00/setahun.. Aku dah kerugian RM40,000.00... Belum dikira dengan interest lagi tu.. 

Jadi, walaupun semua sedia maklum, nilai kereta memang lah akan susut nilai yang ketara & sememangnya kita perlukan. Namun, kita masih lagi mempunyai ruang & peluang untuk memiliki sebuah kereta dengan sebuah rumah jika kita bijak mengatur.

Jangan lah kita memiliki sebuah kereta yang 'high-class' yang harganya mencecah RM80,000 - RM100,000 sedangkan kita hanya mampu menyewa disebuah rumah pangsa contohnya. Belilah kereta yang mampu milik (Perodua / Proton ) & beli lah sebuah rumah walaupun sebuah rumah pangsa. InshaAllah boleh..

Nota: Ini adalah catatan peribadi. Tidak ada kena-mengena dengan sesiapapun sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Jadikannya sebagai satu motivasi untuk mencapai impian kita.

Saturday, 17 September 2016

Masalah Aircond Proton Exora CPS

Assalamualaikum wbt & Salam Aidiladha..

Rasanya dah tersemakin lemah untuk mengupdate blog aku ni. Semakin hari semakin banyak tugasan. Lebih-lebih lagi sebelum UPSR baru ni. Sekarang, alhamdulillah.. UPSR dah selesai. Anak aku pun dah happy.. Anak murid aku 6K pun dah happy kot nya.. Tunggu ja lah nanti result hangpa nanti.. Yang penting, utk murid Tahun 6, jangan lupa Trip Ke Terengganu kita bulan Oktober nanti.



Harini aku nak story pasai aircond kereta Proton Exora. Ada tak Exorian yang dok pening dengan masalah aircond yang kurang sejuk? Atau langsung tak sejuk? Okey.. Aku akan story based on my experience..

Aku dah pakai Proton Exora ni 76 bulan. Dalam erti kata lain, dah bayaq installment 76x. Dalam 76 bulan pakai ni, baru-baru ni lah Exo aku ada masalah ketidaksejukan aircond. Simpton-simpton ialah:

1) Kadang-kadang kurang sejuk
2) Kadang-kadang terlebih sejuk
3) Keluaq asap kat serombong aircond
4) Bunyi nyaring sebelah bawah dashboard bila kipas aircond berpusing

Jadi, untuk kali pertamanya aku bawak ke Proton SC untuk checking. Mekanik kata, try isi gas dulu. Jalan dulu.. Tengok mcm mana.. Lepas isi gas, masalah settle buat sementara sahaja. Lebih kurang 2-3 minggu aircond tip-top.. Tapi masuk minggu berikutnya, simpton yang aku sebut diatas tu kembali menyerang kepala otak aku. Aduh.. Pening... 

Kali kedua bawak ke Proton SC.. Mekanik kata, kena check.. Aku tinggai lah kereta aku.. Lepas 2 jam, dapat call dari Proton SC.. Katanya, ada leaking kat CONDENSER.. Condensor tu ialah part yang besaq depan radiotor.. 

Ehsan Google: Lebih kurang mcm ni lah condenser


Aku pun iya kan la.. Nak buat mcm mana.. Kena la buat.. Total cost untuk tukar condenser tu cecah jugak RM916.00 termasuk GST. Pening la kena macam tu. Oklah.. Bayaq ja lah.. Dengan harapan takdak masalah lagi.. Barang yang ditukaq ialah :

1) Condenser & Receiver Assy RM664.16
2) Top up Aircond Gas RM90.10
3) Compressor Oil RM50.88
4) Upah RM111.30

Lepas bawak balik kereta, hati ada sikit senang lah. Harap2 ok lah aircond Exora aku ni. Tapi, lepas sebulan, masalah kembali menikam jiwa.. Jadi balik dengan simpton yang sama. Mulalah membara hati.. Aku bawak balik pi check kat Proton SC. Mekanik kata, nut penyambung gas aircond tutup tak ketat.. Errmmm.. Boleh pulak lagu tu noooo.. Gas diisi lagi dengan kapasiti penuh. Mekanik kata, try bawak dulu.. Kalau kurang jugak, bawak lagi.. Aku bawak dalam seminggu.. Langsung hilang semua gas.. Yang keluar cuma lah angin . Sejuk nya takdak.. Hati memang membara.. Aku bawak lagi ke Proton SC.. Cuba hangpa kira, dah berapa kali dah aku bawak ke Proton SC.

Apa katanya?? Kena buat fully check. Maybe cooling coil.. Ermmm.. Katanya, total cost kalau cooling coil problem, lebih kurang RM1,000.00++.. Oh.. Tidak!! Tahap kepercayaan aku terhadap Proton SC ni dah semakin menurun untuk bab aircond ni. Sebab nampak gayanya, tak selesai bila berulang kali ke Proton SC. So, aku ambik keputusan repair kat bengkel luar. Ada satu pusat specialist aircond kereta kat pekan Salak. Aku pun ada tanya 2-3 org kawan aku. Depa kata ok. Aku pun try la bawak. Semalam dah pi tanya dulu. Kena check.. Ayat biasa la kalau bab aircond.

Harini, pagi2 aku dah tercangak kat depan kedai dia. Nama bengkelnya Kuang Aircond Specialist @ Pekan Salak Lama.. Aku bgtau pomen, yang aku dah tukaq condenser. Dia kata, kalau mcm tu, mungkin cooling coil bocor la.. Tapi dia check dulu.. Maka, proses membuka pun bermula.. 

Nasib baik tak tanggal semua dashboard

Selepas ditanggalkan cooling coil, maka direndam pulaklah dalam air. Dan jelas kelihatan, ada bocor.. Blurp..Blurp.. Blurp.. Naik buih masa dalam air tu. Aku puas hati sebab aku tengok sendiri. Ingat dah settle.. Pomen kata, nak kena check lagi satu cooling coil.. Ish.. Ada dua rupanya.. Kat belah belakang.. Aku ingat satu ja kat depan. Maka, proses membuka diteruskan...

Dicelah tu lah ghupa cooling coil belah belakang
Dilakukan proses yang sama.. direndam dalam air.. Aku pun jenuh tengok.. Maka, keputusannya... selamat poket aku.. Tak bocor.. Sah lah sejenis cooling coil ja ditukar..

Cooling coil yang dah bocor


Diambilnya kalkulator, dia bgtau aku, harga Cooling Coil original brand Patco ni RM480/unit. Kalau nak yang murah ada, harga RM300++ mcm tu.. Takmau la aku.. Aku pilih Patco. Lepas tambah lain-lain, total kos termasuk GST = RM816.00.. Terbang melayang lah wang yang dicari.. Tak apalah.. Demi keselesaan keluarga tersayang..

Cooling Coil brand Patco

Siap warranty card (1 tahun warranty / 20,000km ).. Baru lepas pomen tekan calculator. Nampak??


Selepas hampir 4 jam aku tunggu, akhirnya.. Siap semuanya.. So, sekarang, Proton Exora lah menjadi pilihan aku untuk bertugas sepanjang 2 minggu ni untuk uji keberkesanan penukaran cooling coil ni. InshaAllah..

Semoga, story aku dapat dijadikan panduan kepada semua pemilik kereta Proton Exora yang ada simpton-simpton kenakrosakkan aircond kereta hangpa semua.

Sekian

Wednesday, 3 August 2016

Pengalaman Eksplorasi SK Desa Jasmin ke Gua Tempurung, Gopeng, PERAK

Assalamualaikum wbt & Salam Rabu..

Inilah Team Kami.. XPDC Sejarah Gua Tempurung




Alhamdulillah.. Selesai dah projek Kembara Sejarah ke Gua Tempurung & Kellie's Castle.. Perancangan awal pada bulan April.. Tapi disebabkan musim El-Nino, semua aktiviti luar bilik darjah kena tangguh. Tapi, alhamdulillah.. selepas mohon sekali lagi masa bulan puasa lepas, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dah luluskan.. Terima kasih JPNS..

30 Julai 2016.. Tarikh yang memang ditunggu-tunggu peserta XPDC ni.. Seramai 110 orang aku bawak murid Tahun 6 & 10 orang murid Tahun 5, join program ni termasuklah 14 orang guru. Yang bestnya, Guru Besar aku, En. Mohd. Azhar pun join.. memang sporting habehh.. hahahaha

Bertolak dari sekolah jam 7.10am mcm tu.. Agak lewat 40 minit dari perancangan.. Tak apa lah.. Bukan lewat sangat. Bersama-sama nasi lemak yang aku bekalkan kepada semua  peserta & guru, dapatlah mengenyangkan perut kami semua. Semuanya makan dalam bas sebab nak jimatkan masa. Sasaran jam 10.00 pagi sampai Gua Tempurung.. Alhamdulillah.. Dalam jam 10.30am kami sampai di Gua Tempurung.. Budak semua dah teruja.. Dengan persediaan peralatan, lampu suluh, kasut getah.. semua dah ready.. Sebelum masuk, kami bekalkan sebotol air mineral untuk semua peserta sebab agak meletihkan nanti.

Disebabkan terlalu ramai pengunjung masa tu, group kami agak lewat masuk ke gua. Lebih kurang jam 11.15am baru boleh masuk. Kami dibawa oleh seorang renjer.. nama dia Mat. Ok.. Baguih Mat ni.. Aku orang no.2 belakang Mat.. Yang lain semua follow...

Aku, Toha dan Mat (Renjer)



Mulalah pendakian kami ke dalam gua. Memang cantik Gua Tempurung ni.. Ramai pengunjung dewasa hanya melakukan aktiviti eksplore sampai zon kering saja (Tour 2). Kami ambik pakej Tour 3 yang mana masuk ikut trek, balik ikut bawah ( sungai ). Memang mencabar betoi...

Zon 1: 
Zon 1 ni lebih kurang zon kering. Dapat tengok pembinaan stalatit & staltmait.. Tapi pendakian zon 1 ni boleh tahan jugak la. Banyak sungguh anak tangga kena panjat.. Lepas panjat, turun pulak.. Lepas turun, panjat pulak.. Fuh.. memang menitik-nitik air peluh peserta..


Tengah turun cerun nak ke zon air

Zon 2: ( Gelungsur )

Sebaik saja tamat trek yang bersimen, kami kena menyurus laluan yang mencabar.. Mula-mula, cabaran gelungsur.. Masa kami tengah tunggu Mat di belakang, aku sempat jenguk kawasan gelungsur.. Memang tak sanggup.. Dia kata landai ja.. Sekali, menegak 85 darjah.. Rasa nak patah balik.. hahahahaha... Alhamdulillah.. semua murid aku berjaya mengharungi gelungsur ni walaupun dalam keadaan muka yang pucat.. Tak kurang hebat semua cikgu aku.. Memang Terbaikkkk!!!



Zon 3: ( Air )

Yang ni syok.. Tapi.. Kena menunduk.. Kena merangkak.. Kena berenang.. Huhuhu.. Memang syok gila lah sampai tenggelam walkie-talkie aku dalam ayaq.. Kalau tak menunduk, maka terhantuklah kepala kat batu.. Aku dah kena.. Pening 3 minit.. Dalam ayaq ni tak boleh lah snap gambar sebab boleh menjahanamkan kamera.. Tapi memang mencabar.. Syok gila walaupun keletihan..

Akhir sekali, setelah hampir 3 jam dalam gua, kami nampak lah jalan keluar gua.. Memang rasa lega gila.. 

Boleh la layan dulu gambar2 yang aku download dr FB.. Kredit untuk Ustazah Jazimah.. Kamerawomen terbaik..

Tuan Guru Besar tengah fokus tu..

iNI lah taikowati SKDJ



BERJAYA KAMI!!!!



Thursday, 9 June 2016

Jom 6A UPSR @ Kelas Tambahan Tahun 6 SK Desa Jasmin Jun 2016

Assalamualaikum wbt & Salam Cuti Sekolah..

Alhamdulillah.. Sepanjang dua minggu cuti sekolah ni, dapatlah aku meluangkan masa mengajar murid kelas 6 Kreatif dalam aktiviti Kelas Tambahan Wajib di musim cuti. Salute aku kat semua anak didikku yang mengorbankan masa cuti untuk hadir kelas tambahan.. 

Tuan GB tongah bagi semangat tu.. ! Kredit: Dokumentasi Online SKDJ


Rakan2 guru juga aku nak salute jugak sebab mengorbankan masa & tenaga dikala cuti sekolah untuk mengajar murid tahun 6 demi kejayaan murid dalam UPSR yang ada la 3 bulan lagi. Syabas jugak kat Guru Besar SKDJ yang turut hadir & beri kata-kata perangsang kat murid untuk berjaya. Siap masuk kelas satu per satu untuk naikkan semangat murid. Syabas Tuan GB, Cikgu Rohayan sebagai Penyelaras Tahun 6, cikgu-cikgu & semua murid Tahun 6 yang join Kelas Tambahan masa cuti ni.

Apa tengok-tengok Adil?? Tengok depan daaa..


Anda perlu ingat, berusahalah dalam masa 3 bulan ni kalau nak result yang bagus untuk UPSR nanti. Jangan hangpa menyesal kemudian. La ni masih ada masa. Apapun, aku nak ucapkan TAHNIAH kat 7 orang murid aku yang telah berjaya LULUS subjek Matematik. Satu peningkatan bagi aku, Exam diagnostik 1 orang lulus.. Ujian 1 (Mac) 3 orang lulus.. Dan PKSR 1 ada 7 orang lulus. Graf kiranya naik meningkat tu. SYABAS kepada Wan Afiz, Mirza, Sorfina, Maizatul Alieyah, Ahmad Danish, Syahmie & Afzal.. Yang gagal, bukan bermakna gagal selamanya.. Anda masih boleh berusaha..

Haji Midi tengah pusing idea nak goreng tu..

Cikgu Masni yang pakar

Teacher Farah yang sporting & sempoi

Mano anak den nii?

Teacher Azni yang tengah serius tu..
ALL The BEST To All 6 Kreatif Students!!! (tulih omputih sikit)

Nota: Kredit untuk FB Dokumentasi Online SKDJ atas ehsan gambar

Wednesday, 8 June 2016

Pekena Cendol Sedap @ Seremban

Assalamualaikum wbt ..

Harini dah 3 hari umat Islam melalui ibadah berpuasa.. Tiba-tiba teringat waktu pekena cendol sedap kat Seremban hari Ahad lepas sehari sebelum kita berpuasa. So, saja nak buat review sikit pasal Restoran Cendol Haji Shariff di bandar Seremban.



Kami sefamili, kalau lah ke Seremban, mesti beli cendol Haji Sharif ni. Sedap.. Mantop.. Terbaik..
Aku malas nak makan situ. Bungkus ja.. Bungkus atau minum, beratuq punyalah panjang.. Melayu , cina, india semua ada dok makan pasembur rojak & cendol. Bungkus cendol biasa - RM2.00..

Sapa nak try, boleh la lepas Raya nanti, pi serbu kedai cendol Haji Shariff ni.. Biar gambar yang menceritakan kesedapan cendol Hj. Shariff.. 













Tuesday, 7 June 2016

Sudahkan Anda Mendaftar Sebagai Pengundi ATAU Tukar Tempat Mengundi?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..

Petang tadi pusing-pusing Nilai, nampak satu banner.. Parti DAP DUN Nilai secara senyap-senyap dah anjurkan Kempen Daftar Pemilih sebagai persediaan PRU Ke-14 akan datang. Aku bukan apa, parti DAP ni secara diam-diam pandai atur strategi.

Kerajaan Negeri Sembilan.. Anda mahu parti mana memerintah? Jawapan ditangan anda


DUN Nilai dah 2 penggal dikuasai oleh DAP. Aku puji dengan langkah awal DAP yang berusaha untuk mendaftarkan remaja yang baru mencecah 21 tahun untuk melayakkan mereka mengundi. Mungkin pada pemikiran depa, golongan muda ni akan lebih cenderung memilih parti pembangkang pada PRU akan datang. Sebab tu, depa mulakan langkah awal untuk daftarkan pemilih baru.

Mana BN / PAS /  atau komponen BN mcm UMNO / MCA / MIC.. Bukan aku nak kutuk, tapi nak bagi pendapat saja lah.. Penduduk Nilai pada 2016, kalau dibuat bancian, aku amat optimis pecahan pengundi melayu melebihi pengundi cina dimana banyak penempatan / taman-taman perumahan baru yang diwujudkan skrg, dikuasai oleh pembeli berbangsa melayu. Cuma kebanyakkannya masih belum menukar tempat mengundi kerana alamat kad pengenalan mungkin masih alamat kampung. Kumpulan ni lah yang perlu difokuskan oleh pemimpin-pemimpin parti politik di dalam DUN Nilai. Berusahalah untuk menukarkan alamat didalam kad pengenalan sekaligus menukar tempat mengundi di N.10 DUN Nilai dalam PRU Ke-14 akan datang. 

Masa aku bersama team JKKK Batang Benar, Ketua Kampung & AJK berjaya bawak JPN & SPR sekaligus dalam satu masa dalam satu program di Batang Benar. Jadi, penduduk baru menetap di Nilai ni boleh datang tukar alamat & menukar tempat mengundi.

Pelik!! Tak mau menang ka Barisan Nasional DUN Nilai ni... Aku dah 9 tahun duduk Nilai kalau sebagai orang awam tak dapat merasa tarikan kuasa pemimpin politik di DUN Nilai melainkan dengan Mr. Gan Chee Biow masa PRU 13 dulu.. Pemimpin UMNO ada yang hebat-hebat kat Nilai ni.. Tapi tak dapat 'rasa' kehadiran depa.

Dan kepada warga Nilai yang baru menetap di Nilai, bolehlah berusaha menukar alamat kad pengenalan sekaligus menukar tempat mengundi di DUN Nilai. Aku biasa mendengar, orang kata dia mengundi di kampung. Takmau tukar alamat. Pelik jugak kan?? Kita dah menetap secara tetap di Nilai, eloklah kita mengundi di kawasan tempat tinggal kita. Sebab, kerajaan negeri yang memerintah nanti aalah hasil undian kita.. Segala kemudahan asas, jalan raya, pembangunan yang bakal dimajukan adalah akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri berdasarkan parti politik yang memenangi kerusi DUN. Ni kita tinggal Nilai, mengundi di DUN Alor Pongsu, Perak.. Buat apa?? Kita masih boleh berfikir secara rasional.

ATAU

ATAU

ATAU



Selamat Mendaftar Sebagai Pemilih & Selamat Tukar Alamat - Tempat Mengundi

Monday, 6 June 2016

Dina Bersama Squishy @ Bangi Gateway

Assalamualaikum wbt & Salam Ahad..

Alhamdulillah.. Harini 6/Jun, semua umat Islam di seluruh negara akan menjalani ibadah berpuasa selama sebulan.. Selamat Berpuasa semua..



Haritu bawak Dina ke Bangi Gateway untuk tengok-tengok squishy. Anak aku ni peminat setia squishy. Apa benda tu squishy? macam mainan,picit2,boleh tolong hilang stres...Nanti boleh la layan pic kat bawah. Booth squishy ni Gegulapop @ Beserah, Pahang yang mai bukak kat Bangi Gateway ni.. Hebat kan? Jual squishy pun boleh mai buat sales ke Bangi / Lembah Klang.. Awal tahun ni, masa pi Terenggangu, memang dah sampai dah depan kedai Cikobi ni, tapi dia takdak.. 

Layan la dulu..

"Saye model squishy.. Visit my IG @edina_vanilla_store ,alang2 stalk follow sekali..

Ni baymax squeeze toy,picit picit keluaq kepala putih tu,boleh buat penghilang stres.

ini mini panda toast,yang ini boleh gntung kat handphone,rm6 ja
anak aku ni peminat panda...
Banyak jugak makcik Cikobi ni bawak dari Beserah..nasib kami ni
30 terawal,dpt goodies bag ad squishy lagi,nak tau lagi bukak ig @gegulapop .