Saturday, 23 April 2016

Rumah Untuk Disewa di Nilai (Kemasukan MAC/APRIL 2018)

Assalamualaikum wbt..

*ENTRY TERBARU tentang rumah sewa ni, sila klik ------>>>  ENTRY TERDAHULU ....

Hari ni just nak iklankan rumah kediaman apartment kos sederhana yang nak disewakan. Macam ni.. Rumah kami akan siap sepenuhnya pada bulan Julai / Ogos 2016. InshaAllah..  Ni kira buka untuk pre-order untuk sapa2 yang berhajat nak cari rumah sewa dalam masa 3-4 bulan lagi.



Lebih kurang 20% lagi untuk complete construction
Berikut adalah sedikit informasi tentang kediaman kami:

Status rumah : BARU
Keluasan : 798 sqft
Jumlah bilik: 3 bilik 2 bilik air
Lantai : Jubin sepenuhnya
Lantai bilik : Lantai kayu moden
Aras : Tingkat 1 ( ada lif )
Lokasi : Taman Bukit Inai, Batang Benar, Nilai

Kelebihan:
- 60m dekat dengan masjid
- 150m dengan SK Batang Benar
- 100m dengan Dewan Komuniti
- 100m dengan Tabika KEMAS
- 40m dengan Restoran Seri Inai Cafe
- 2km dengan Nilai 3
- 500m dengan LEKAS Highway Pajam Interchange
- 1km dengan Stesen Komuter Batang Benar
 Dan macam-macam lagi lah yang dekat-dekat...

Saya bukak iklan awal ni untuk bagi peluang sesiapa yang berhajat untuk mencari rumah sewa dalam masa akan datang. Ada sesetengah orang tu planning nikah lepas Hari Raya Aidilfitri.. Pastu nak cari rumah sewa.

Gambar diambil dari hadapan Masjid Batang Benar

Sapa-sapa yang baca entri  ni dan berminat, bolehlah hubungi saya di talian 0192526444 untuk disenaraipendekkan.. Whatsapp lagi bagus.

Kemaskini 2/6/2016:

Cuma saya nak bgtau, jika nak bandingkan dengan flat / apartment di kawasan berdekatan, apartment saya ni lah satu-satunya apartment yang ada lif & yang gunakan kad untuk naik lif. Untuk info, sewa di Flat Pajam pun range antara RM400-500.. Dan sahabat saya bgtau, ada yang RM550.. Keluasan lantai Flat Pajam 623sqft kalau tak silap.. Apartment saya 798sqft.. 2 bilik air.. Fully tiles.. Saya bagitau bukan apa, sebab ada yang whatsap saya mcm nak main-main.. Boleh survey dulu. Takdak masalah. 

3 bilik

Ada balkoni

Ruang dapur

Gambar-gambar diatas adalah gambar yang saya ambik unit kediaman saya. Bukan rumah orang lain.. Cuma, keadaan belum siap, memang la nampak tak kemas.. Untung la sapa yang dapat rumah baru ni.. Siapa cepat, dia dapat.. Sekian.

Kemaskini bertarikh 15/12/2016:-

RUMAH SAYA NI AKAN DISERAHKAN KUNCI OLEH PEMAJU LEBIH KURANG BULAN MAC 2017. HARAP MAAF KEPADA YANG NAK SEWA CEPAT..

Pesanan: Agen TIDAK AKAN DILAYAN. Saya akan berurusan dengan direct penyewa


Monday, 18 April 2016

Perginya Ayahanda Perdana College Heights - Allahyarham Tuan Haji Azmi

Assalamualaikum wbt..

Kenangan bersama arwah Haji Azmi ( berbaju melayu hijau )

Tanggal 28/03/2016 bersamaan hari Isnin, Perdana College Heights telah kehilangan seorang insan yang sangat disenangi oleh masyarakat di sini. Aku sebagai seorang jiran, sahabat, anakanda Allahyarham Haji Azmi sangat sangat sedih dah terkilan dengan pemergiaannya menghadap Ilahi. Aku dan rakan2 kejiranan sangat tidak sangka dalam sekelip mata kehilangan arwah yang sememangnya seorang yang ramah, aktif bermasyarakat dan berpengalaman dalam hal-hal keagamaan.

Arwah telah pergi meninggalkan semuanya akibat kemalangan jalan raya. Motosikal yang ditunggangi arwah telah dilanggar oleh sebuah lori. Sangat sedih bila aku menerima Whatsapp gambar kemalangan arwah.. Mcm tak percaya.. Sebab malam sebelum tu, aku ada terima mesej yang menyatakan arwah ajak kami minum. Cuma aku banyak kerja nak selesaikan, jadi tak dapat lah minum buat kali terakhir.

Waktu aku mula-mula aktif dalam urusan komuniti di Perdana College Heights ni, arwah & rakan2 otai la yang selalu mengikut aku ke mana saja aku ajak demi urusan masyarakat. Aku sangat salute depa semua. Banyak sangat kenangan aku dengan arwah Haji Azmi.. Ke hulu - ke hilir selalu nampak kelibat arwah bawak cucu ke sana sini. Sekarang ni, dah takdak lagi..

Kepada ayahanda Allahyarham Haji Azmi, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah serta memberikan kesenangan & ketenangan di 'sana;.. InshaAllah.

Al-Fatihah


Tuesday, 29 March 2016

Service Aircond Murah @ Nilai

Assalamualaikum wbt..

Ni alamat dia..
Hari ni nak share tentang service aircond.. Kan musim El-Nino ni.. Panas sungguh la ni.. Rumah yang tak ada aircond, entah la mcm mana depa tidoq.. Mudah-mudahan dapat tidoq dengan lena..

Semalam aku punya aircond dah mula semput.. Angin tak boleh keluar sepenuhnya.. Untuk info, aku biasanya akan mini service aircond aku dulu.. Macam mana buat? Bukan susah pun.. Beli berus cat paling halus atau guna berus lukisan ka.. Buang la habuk kat blower & cuci la penapis nya.. Hangpa boleh rasa kelajuan angin lepas tu.. Dalam masa 9 bulan, ada kot aku buat proses tu dalam 4-5 kali.. Tapi sampai satu tahap, dah tak boleh lagi buat sebab habuk dah berkumpul kat belakang aircond indoor tu.. Maka, telefon lah Ramesh ni.. Dia ni aku dah banyak kali panggil.. Aku puas hati sebab dia akan bukak indoor tu.. Dalam erti kata lain, dia akan baraikan aircond kita dan cuci satu per satu part yang ada dalam unit indoor tu.. Memang puas hati.. bayaran pun RM100.00 sahaja.. Kalau nak dibandingkan dengan sesetengah cha ya nun alif, memang tak puas hati.. Charge pun dalam RM140-150.. 



Proses akhir Ramesh cuci kompressor..
Sapa nak service aircond area Nilai / Pajam, boleh lah panggil si Ramesh ni.. Dia buat keja sorang2 dia ja.. Tapi steady ja dia.. Tak payah ramai-ramai.. Aku dok tengok ada jiran2 aku panggil orang service aircond, bersembang lagi banyak daripada buat keja.. Sebab yang mai buat tu sampai 3-4 orang.. 

Jadi, la ni sejuk kembali la bilik aku.. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT diatas memberikan kemampuan & kenikmatan aku & famili tidur lena didalam kesejukkan aircond..


Monday, 28 March 2016

Pekena Nasi Kandar Line Clear @ Kampung Baru, KL

Assalamualaikum wbt..

Ermmm.. Terbaik!!
Sapa minat nasik kandaq? Aku angkat tangan.. Dulu, mem aku tak tau makan nasik kandar.. Sekarang bukan takat mem aku, anak aku pun dah turut serta menjadi peminat setia nasi kandar & nasi beriyani.. Tapi yang terbaik tetap di Penang.. 

Pernah pekena Nasi Kandaq Line Clear @ Penang dulu-dulu memang best.. Tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ni aku dah tak pi.. Aku lebih berfokus kat Nasi Beriani Hamediyah.. Lagi best.. Tentang Line Clear ni, aku pun taktau apa permasalahan hal keluarga depa, depa dah berpecah kepada 2 kumpulan.. La ni Nasi Kandar Line Clear dah bukak di KL.. Memang pure Line Clear dari Penang.. Setakat la ni, dah 4 kali aku pi.. Tapi berjaya makan cuma 2 kali sebab tak tahan beratuq panjang.. Semalam, dapat la aku pi makan dengan selesa.. Sebab aku sampai time Maghrib.. Solat tak payah risau, sebab ada surau dalam Restoran Line Clear ni.. Di Kampung Baru, Line Clear ni lebih dikenali sebagai Restoran LC Nasi Kandar.. Memang terbaik!!

Sapa yang tak pernah try, hangpa memang kena pi try sekali.. Berbeza dengan kat Penang dari segi kemudahan & kebersihan.. Tandas pun OK.. Restoran LC KL ni lebih nampak moden.. Harga pun murah.. Semalam, kami 3 beranak makan:




Pinggan 1 : Nasi putih + timun (wajib dia bubuh) + ayam kapitan/ros (saiz XXL)+ telur rebus + tea o ais
Pinggan 2 : Nasi putih + timun + ayam goreng + milo ais
Pinggan 3 : Nasi putih + timun + daging hitam + telur ikan + ais kosong

Total = RM29.90 termasuk GST

Bagi aku, berbaloi la.. Air Tea O ais pun RM1.40 saja.. 

Dari segi rasa, memang baik la bagi aku.. Kiranya, sapa yang nak rasa nasi kandar asli dari Penang, tak payah pi Penang lagi.. Singgah la di Restoran LC Nasi Kandar a.k.a Line Clear Nasi Kandar..

Dari segi paking, memang ok.. Hangpa boleh parking kereta di belakang restoran.. Kalau kat depan restoran, memang la takdak parking.. 



Okey.. Line Clearrrrrrr!!


Sunday, 27 March 2016

Tukar Timing Belt Proton Saga FLX

Assalamualaikum wbt

Ini lah dia Proton Saga mem aku a.k.a BMW


Agak lama tak menulis blog.. Kesibukan tugas & hal-hal lain kadang2 membuatkan tak sempat nak menulis blog ni.. Ialah kan.. Nama pun hobi.. Kalau ada masa terluang, boleh la buat.. Ini tiap2 hari buzzzzy ja.. Sabtu Ahad lagi bizi.. Nak menulis blog ni bagi aku, kena ada masa yang sesuai.. Baru la seronok nak berkongsi..

Pernah tukar timing belt kereta? Kalau kereta yang pakai timing-chain, ok la kot sebab tak perlu tukar.. Contohnya mcm Myvi, Nissan Sentra & Innova.. Kalau kereta jenama Proton, kena lah tukar. Bab timing belt ni aku ada sikit fobia sebab aku ada pengalaman timing belt putus masa atas highway.. Masa tahun 2006.. Kereta aku masa tu Proton Waja.. Cuba lah hangpa bayangkan..... Beribu-ribuan RM kena korek.. 

Oleh yang demikian, sudah tiba masanya aku menukarkan salah satu bahagian yang penting untuk kereta. TIMING BELT.. Kali ni aku tukar untuk kereta Proton Saga FLX sebab milage dah mencecah 77K++ kilometer.. Kalau nak ikut kata Mr.Ryan, boss Proton SC, 80,000km baru tukar.. Tak pa lah.. Aku tukar awal sikit.. Sedikit tips aku nak berkongsi.. Kita tak boleh tunggu ngam-ngam 80,000km baru tukar timing belt.. sebabnya, kita berhenti kereta, enjin hidup pun kita patut kira.. Contohnya, anak tidoq dalam kereta.. Kita pi makan dalam keadaan enjin dihidupkan (jangan lupa buka cermin tingkap sikit).. Satu jam kita makan.. Kat meter milage tak bergerak, tapi timing belt pusing.. Kalau satu jam tu, aku dari Nilai ni boleh sampai Felda Soeharto.. Milage dalam 100km.. Jadi, 100km tu sepatutnya dikira dalam 80,000km tu walaupun dalam meter tak bergerak.. Jadi, aku syorkan, antara 70,000 - 75,000km boleh lah hantar untuk tukar timing belt tu..

Macam aku, lebih selesa hantar di Pusat Servis Proton.. Masuk tahun 2016 ni, untuk Proton Saga wife aku ni, dah masuk tahun ke-5 aku hantar ke SC Lai Hong Ming (LHM) ni.. Biar mahal sikit, asalkan puas hati.. Macam aku post sebelum ni la.. Bayar mahal, tapi dapat perkhidmatan yang memuaskan hati.. Dapat tengok Astro, Free WIFI, minum percuma, ruang solat, tempat menunggu berhawa dingin.. Sebab tu la bayar lebih.. Dan yang paling penting, kereta kita akan dapat diselenggara dengan baik.. Ada masalah ka apa ka, hantaq balik.. Haha..

Untuk kali ni, aku hantar ke SC untuk tukar timing belt & minor service.. Kalau dia suruh major pun, aku selalunya kata nanti.. Duit tak cukup.. hahaha.. Ok ja LHM ni.. Boss dia pun OK.. Aku pi hantar Sabtu jam 8.15am.. Aku suruh pulak staf SC hantar aku ke sekolah sebab aku ada meeting AJK PIBG. Mau ja dia hantar lepas boss dia suruh.. Itu pun perkhidmatan tu.. Aku malas nak tunggu 2-3 jam.. 

Bercakap soal kos, memang tinggi la untuk costing tukar timing belt ni.. Untuk pagi Sabtu tu saja, aku dah melepaskan RM1,034.00 untuk minor service & tukar timing belt.. Tapi kalau cosing untuk timing-belt sahaja aku rasa dalam RM750++.. Hangpa boleh refer kat bil aku di bawah untuk rujukan... Boleh standby duit.. Murah tak?? Kereta kecik berjiwa besaq.. Inilah dia Proton Saga FLX.. Tak apa lah.. Janji aku berpuas hati.. Dan janji aku & famili selamat gunakan kereta ni.. So, bayar lah dengan hati yang gembira!!

Perkara 1-6 sahaja untuk urusan Timing Belt & tambah RM150 untuk labour charge



Monday, 8 February 2016

Bercuti Ke Kuala Terengganu

Assalamualaikum wbt & Salam Tahun Baru Cina..

Happy Chinese New Year buat rakan2 yang berbangsa Tiong Hua..

2 minggu lepas, aku sampai ke Kuala Terengganu. Percutian tak planning detail pun. Saja ja sebut-sebut nak pi Kuala Terengganu. Akhirnya sampai jugak.. Last aku pi Kuala Terengganu 3 tahun lepas. 



Bertolak sebelum Subuh.. Ikut jalan Kuala Pilah - Batu Kikir - Palong - Keratong - Muazdam Shah - Gambang - LPT 2.. Kool.. Sejuk la sebab keluaq pagi-pagi buta. Perjalanan tak la bosan sangat sebab ikut jalan kampung. Kalau ikut highway Karak, mungkin lebih bosan kot sebab dok ateh highway saja.. Hahaha..

Aku sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 12.00pm.. Perjalanan ambik masa dalam 6-7 jam jugak la termasuk berenti-berenti solat, mandi, rehat dan lain2.. Ok la.. Sampai Gambang, baru start masuk balik highway LPT.. Teruih ja sampai Kuala Terengganu. Aku nak pesan siap2, kena isi petrol siap2 sebab sepanjang perjalanan di LPT2 memang takdak stesen minyak petrol. Tol dari Gambang tu ke Kuala Terengganu cuma RM4.30 sahaja sebab tol belum mula kutip. Yang RM4.30 tu dia kira sampai Jabo saja.Ok la kan.. Tapi nanti dah ada tol, rasanya mau RM30-40 jugak tu.. Jauh wooo..

Ah Lan Wal Sahlan..



Sampai di Kuala Terengganu, aku menginap di Grand Puteri Hotel. Memang tengah bandar. Ada swimming pool, bilik puun okey, makan okey.. 4 bintang aku bagi.. Boleh check-in awai pulak tu. Boleh la aku rest sikit.. Harga RM156.00/malam... Ok tak?

Di Kuala Terengganu ni bab makan agak mengecewakan.. Mahai sungguh la.. Makan tengah hari, aku Google, orang kata Restoran XX Selera xxxx best.. Aku pun Waze la.. Jumpa kedainya.. Lauk dah kurang.. Aku ambik jugak la sebab lapar.. Cuba bayangkan.. Nasi putih + ikan kembung + telur rebus 1 biji = RM9.20... Tak campuq air.. Sumpah tak tipu punya.. Mahai ka? Ka murah?? Hangpa pikiaq la sendiri.. Anak & mem aku makan nasi ayam.. Puih.. Haram tak sedap.. RM5.00/pinggan.. Apa daaa.. Teruk betoi... Aku makan kalau mahai, tapi sedap, aku takdak hal.. Hadoiii.. Taktau la masa aku makan tu, jadi tak sedap.. Ntah laaa.. Memang tak kena tekak aku.. Sorry la Tuan Kedai..

Makan malam pun sama.. Depan hotel aku aku satu warung untuk makan goreng-goreng la.. Aku order nasi goreng kampung, nasi goreng payata & nasi goreng ayam.. Milo ais, teh air & air suam = RM32.00... Amcam? Ok ka?? Menyesai aku.. Bab makan di Kuala Terengganu, memang gagal.. Penang / Utara jugak yang best bab makanan ni..







Untuk shopping, ok la.. Pasar Payang, Kraf Noor Arfa, Masjid Kristal, Kopok Lekor Tok Beng.. Semuanya okey.. Dapat jugak mem aku beli sutera 2 pasang buat kenangan.. Harga ok la.. Yang aku terkejut, kain samping songket.. Kat Pasar Payang tu juai sampai RM4,000.00??? Pehhh.. Kalau Kat Nor Arfa Kraf, aku boleh la terima akai jugak.. Ni kat Pasar Payang tu.. Harap Kerajaan Negeri dapat lah upgrade sikit Pasar Payang tu... Sejak dulu dok mcm tu ja... Ok Tok MB..

Jam 3.00pm hari esoknya aku gerak balik Nilai.. Tu pun ikut laluan jalan lama dulu sebab nak tengok pantai.. Memang cantik pantai sepanjang laluan aku balik sampai ke Rantau Abang.. Aku naik balik LPT2 kat Kuala Dungun.. Aku nasihatkan pengguna, supaya jangan la naik highway ikut Kuala Dungun tu.. Dari jalan lama nak ambik tol PLT2, mau jugak 14-15km ke dalam.. Hadoiii..

Sampai Kuantan, singgah sat jumpa Faris, anak buah aku.. Sempat la borak sat & bagi sikit bekalan makanan & minuman kat Faris.. 

Dalam jam 10malam aku bertolak dari Kuantan.. Jam 1.30am sampai rumah.. Peh.. Letihnya badan.. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Thursday, 21 January 2016

Alhamdulillah.. 8A untuk Dina @ UPKK 2015

Assalamualaikum wbt..

Tak ada kata-kata yang lebih bermakna selain ALHAMDULILLAH syukur pada Allah SWT sebab dengan izin-Nya, anak aku dapat 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang diambik tahun 2015 lepas..

Syukur sangat.. Berkat usaha anak aku sendiri.. Mama Dina.. Ustaz Ustazah sekolah KAP @ SK Desa Jasmin & semua sekali lah..

You are THE BEST Dina!!! Jangan lupa usaha yang gigih untuk UPSR 2016 niii.. 

Abah nak bagi hadiah apa?? Huhu.. TAHNIAH Dina..

35 orang murid yang dapat 8A

Terima Kasih Cikgu Azhar #GuruBesarSKDJ