Wednesday, 22 April 2015

Team Bola Tampar SK Desa Jasmin a.k.a Jasmin Cobra



Tahniah buat semua players Team Jasmin Cobra kerana berjaya mencapai KPI atau sasaran iaitu mara ke peringkat Suku Akhir Kejohanan Bola Tampar MSSD Daerah Seremban 1, Negeri Sembilan.

Penyertaan kali kedua untuk tahun 2015 ni dapat dilihat dari segi kemajuan berbanding penyertaan pertama 2014 yang lalu. Jasmin Cobra yang ditubuhkan pada 2013 mempunyai sasaran program pembangunan 5 tahun iaitu 2019 berjaya melangkah ke final seterusnya menjuarai kejohanan.

InshaAllah..

Terima kasih kepada Ustaz Fauzi yang bertungkus-lumus melatih team Jasmin Cobra.. Nama memang ganas.. Hahaha.. 

*suku pertama 2015 sangat buzi sampai tak sempat nak update blog.. 

Monday, 2 February 2015

Big Bad Wolf @ The Mines

Assalamualaikum

Post Terbaik My Dina


Kalau tak silap aku, 16 Disember 2014 yg lepas, aku 2 kali pi Book Fair @ Big Bad Wolf kat The Mines, Seri Kembangan.. Punyala banyak buku.. AKu pun pening nak buat pilihan.. Aku sangat teruja dgn ratusan ribu atau silap2 jutaan buku yang dijual dengan harga yang tersangat lah murah serendah RM2. Bukan chokia punya buku.. Semuanya buku-buku yang dijual dibawa dari luar negara rasa aku.

Teruja dengan jumlah buku tapi tak teruja nak baca sebab dulu SPM English pun dapat Gred 6 saja. Haha.. Boleh dikatakan 95% semunya buku dalam Bahasa Inggeris.. Terbeliak jugak bijik mata dan mesin otak nak translate.. Akhir sekali, dapat jugak lah beli 5-6 buku sebagai syarat..

Big Bad Wolf TERBAIK!

Wednesday, 28 January 2015

Januari Yang Buzy

Assalamualaikum wbt



Bulan Januari ni mmg bulan yang sangat sibuk.. Silap.. Bulan mmg tak sibuk, tp aku yang sangat sibuk.. Sampai langsung tak sempat masukkan satu post langsung walaupun byk yang nak berceghita.. So, nanti-nanti lah aku berceghita.. Ni aku masukkan post pun just nak bagi lekatkan satu post untuk Januari 2015. Haha

Sekian.

Monday, 29 December 2014

Suka Kumpul Bisnes Kad

Assalamualaikum..

Sapa suka kumpul bisnes kad? Angkat tangan... -)

Antara kegemaran aku ialah kumpui bisnes kad.. Biasanya tokey-tokey saja suka kumpul biz kad ni.. Walaupun aku bukan tokey, tapi aku suka kumpul bisnes kad..

Antara koleksi bisnes kad aku..





Sunday, 21 December 2014

Buka Aib Sendiri..

Assalamualaikum wbt..



Minggu ini aku di duga satu ujian Allah SWT dalam kepimpinan aku membawa nama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di taman aku..

Sometimes, silence is the best answer for a fool. *raise green card*

Sabda Rasulullah, "Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya." [HR Abu Dawud)..

Bawak2 lah BERSEDERHANA dalam meneruskan kehidupan kita di muka bumi Allah ini.. Harus diingat, setiap apa yang kita nyatakan di dalam media sosial sama ada Facebook, Whatsapp, Telegram & sebagainya adalah 


MENUNJUKKAN KEPERIBADIAN KITA & TARAF 
PENDIDIKAN KITA..










Thursday, 4 December 2014

Bercuti Di Kota Kinabalu Part 2

Assalamualaikum wbt..

Sambung cerita Percutian & Bercuti Di Kota Kinabalu - Kundasang Part 2...

30.11.2014 - Ahad

Pagi ni pukui 5.30am dah terjaga dari tido.. Ambik mood nak ke Kundasang.. Tapi sebelum ke Kundasang, kami memang planning nak pi Pasar Gaya yang terwujud di Jalan Gaya @ KK.. Pasar Gaya ni hanya ada hari Ahad saja bermula pagi - tengah hari (kalau tak salah).. Memang tak dapat dinafikan, barang-barang di Pasar Gaya ni lebih murah daripada Pasar Malam Sinsuran.. Dan ada pelbagai jenis barangan yang dijual.. Mutiara, baju-baju -T Sabahan, cengkerang, kulit-kulit siput, kura-kura, anjing pun ada jual.. Huhu.. Mcm-mcm ada lah.. Dan tak lupa, Kopi Tenom pun ada.. Pengunjung memang ramai sampai nak cari parking pun leceh.. Jam 9am aku dah sampai di Pasar Gaya.. Shopping sikit-sikit sampai jam 10.45am.. Lepas tu, terus bertolak ke Kundasang..






Dalam perjalanan, memang dah planning ke Rumah Terbalik dulu..





Di Rumah Terbalik, ermm.. nak kata best pun, bagi aku, boleh laa.. Memang lah istimewa.. Bayaran masuk untuk Dewasa ialah RM10 dan budak RM5.. Bayaran yang dikenakan boleh dikatakan puas hati jugak sebab memang ada pemandu pelancong kita masa masuk ke dalam rumah terbalik ni. Sebelum masuk, pengunjung diberikan peluang untuk ambik gambar benda-benda terbalik yang ada diluar rumah terbalik.. Lepas tu, masuk di dalam rumah terbalik, kita tak dibenarkan ambik gambar langsung dalam rumah tu.. Ikut saja lah arahan walaupun ada satu mamat yang dalam group aku ni ambik gambar curi-curi.. Sebelum keluar rumah, staff Rumah Terbalik dah sound.. Hahahaha.. Perjalanan dari KK ke Rumah Terbalik ni dalam 40 minit rasa aku sebab Rumah Terbalik ni lokasinya di Tamparuli.. Lepas melawat Rumah Terbalik, terus makan di Mango Restoran bersebelahan Rumah Terbalik.. Bukan apa, lepas ni nak ke Kundasang.. Setahu aku, mana ada restoran dalam perjalanan ke Kundasang tu.. Memang mahal sikit, tapi puas hati jugak la..

Dari KK ke Kundasang, perjalanan dalam 2 jam sebab jalan raya yang berbukit-bukau.. Lepas tu, nak overtake pun payah sebab jalan hanya selorong saja.. Kalau ada lori, terpaksalah ikut dan kalau ada ruang, baru boleh overtake.. Aku ke Kundasang ni main terjah saja.. Mana aku ada GPS / Waze pun tak reti guna.. Jadi, sebelum pi KK, dari rumah aku dah siap-siap print peta seperti di bawah ...

Ada kawan aku kata, THE OLD IS GOLD... Aku setuju..
Dalam jam 2.30 petang, aku dah sampai ke Kundasang.. Pekan Kundasang ni pekan kecil saja.. Kalau nak tau, mcm suasana di Cameron Highland la.. Aku terus menuju ke Kinabalu Pine Resort ( KPR ) yang aku dah buat tempahan.. Dah siap bayaq lagi.. Untuk rekod, sebelum-sebelum ni, mana aku pernah buat bayaran kat hotel sebelum aku sampai kecuali lah Rumah Peranginan Persekutuan. Dah nampak aku signboard KPR ni seperti blogger-blogger dok ambik gambar.. Jarak dari bulatan di Pekan Kundasang dalam 700m untuk masuk ke KPR. Aku pun check-in.. Dan jangan lupa, letak siap2 RM200 untuk deposit bilik.. Disebabkan aku booking atas tiket Kakitangan Kerajaan, maka kena lah serahkan ID Card untuk diphotostat oleh receptionist.. Dah setel, kita akan dapat kunci bilik + remote control TV.. Bilik aku bernombor P2.. Aku pun diberi peta untuk ke bilik aku tu.. Lepas paking kereta, pi lah aku ke pintu bilik.. Fuh!! Memang best sangat bilik ni sebab view nya secara langsung dari Gunung Kinabalu.. Kalau dalam bilik, situasinya biasa saja mcm hotel2 3 bintang yang lain.. Tapi view yang mcm ni memang terbaik.. Takpa.. Layan dulu gambar dibawah untuk menaikkan aura pi KPR ni..

Inilah bilik kami..


My Lovely Wife and Lovely Daughter

Senyum ja yang baju belang merah tu.. Huhu

AKtiviti seterusnya ialah pi Ladang Lembu ala-ala New Zealand tu.. Desa Cattle Dairy Farm.. Dibuka setiap hari bermula jam 8.30am - 5.00pm.. Dan bermula jam 3.00pm, lembu-lembu akan beratur untuk diambil susu nya.. Masa aku pi, hujan dah mula turun renyai-renyai.. Ingat masa lepas keluar ladang lembu, nak la aku snap gambar.. Amat malang sekali sebab hujan dah lebat masa aku keluar dari tempat lembu ni.. Tapi kalau pi, jangan lupa beli aiskrim nya.. RM5.00.. Peh.. Sodap betoi.. Kat situ, tak beli apapun.. Cuma tengok pemprosesan susu lembu.. Lembu-lembu kat situ memang berdisiplin woo.. Lepas melawat ladang lembu ni, aku bercadang nak ke Kg. Luanti nak pi masage kaki.. Tapi bila aku kol, dimaklumkan dah tutup sebab hujan lebat sangat.. Air deras dan keruh.. Jadi, aku tunda lah ke hari esoknya.. 





Balik dari tengok lembu ni, hujan punyalah lebat.. Jadi, kami ambik keputusan untuk balik bilik saja laa.. Rest.. Hujan tanpa henti sampai susah nak keluaq untuk dinner. Akhir sekali, order saja lah kat Restoran Pine Resort ni.. Depa mai hantaq kat bilik.. Walaupun mahal, tp agak berpuas hati la makan makanan yang disediakan oleh Restoran Kinabalu Pine Resort ni.. Bilnya RM60.00 untuk menu seperti dibawah.. Boleh lah..


Layan gambar best di bawah.. Teruja sungguh dengan ciptaan Allah Yang Maha Esa..