| Terliuqqqqq aku.. |
Tuesday, 29 April 2014
Lama Tak Pekena Nasi Beriani Penang
Rasanya.. Lama tak pekena nasi kandaq / nasi beriani original PENANG.. Kat Lembah Klang @ Nilai ni banyak jugak nasi kandaq, tapi ciplak punya... Ghasa hampeh saja.. Takpa.. Ada rezeki, aku nak balik kampung Mei nanti.. InshaAllah..
Bercuti di Langkawi 2014
Assalamualaikum wbt..
Seperti sebelum2 ni jugak, kesibukkan aku dah mengurangkan aktiviti berblogging buat masa ni.. Memang bz sangat sejak 2-3 bulan ni.. Sampai nak jenguk blog pun tak sempat.. Jadi chegu zaman la ni memang mencabar.. Dulu orang kata, senang jadi cikgu.. keja setengah hari.. cuti banyak.. Tapi zaman la ni dah berbeza.. Keja chegu ni dibawak sampai ke malam.. Kadang-kadang sampai 2-3am.. Bukan tak mau selesaikan disekolah, tapi disekolah pun banyak lagi benda nak selesaikan.. Huhuhu..
Cerita holiday aku ni dah basi sebab dah 2 bulan lepas.. Hari ni ngam 2 bulan dah aku pi holiday di Pulau Langkawi.. Apa yg best di Pulau Langkawi? Ntah la.. Tapi aku dan Pn.Isteri suka pi Langkawi.. Terima kasih Air Asia sebab bawak kami terbang ke Langkawi dengan harga yang murah.. Kami 3 beranak cuma RM286 termasuk luggage dan seat.. Ok lah tu.. Kalau naik kereta, mau lebih dari tu termasuk lah kena massage pinggang dengan perjalanan ke Kuala Kedah yang ambik masa 7-8 jam perjalanan dari Nilai..
Penginapan? Mcm tahun lepas jugak, destinasi penginapan ialah Rumah Peranginan Persekutuan @ Federal Villa, Pantai Cenang.. RM55 / malam.. Hotel ni dibawah selenggaraan Holiday Villa.. Tempat mat salleh menginap oooo.. Hahahaha.. Alhamdulillah la dapat dok RPP Langkawi.. Jimat & Memuaskan.. Kalau sapa2 nak booking, boleh lah bukak website Bahagian Pengurusan Hartanah , Jabatan Perdana Menteri.. Klik SINI ... Okey..
Aku nak bercerita panjang pun tak sempat rasanya, sebab dok sibuk buat soalan exam utk PKSR 1 lagi dua minggu.. Kali ni 3 paper aku kena set.. Tak pernah dalam sejarah aku kena buat 3 paper.. Tapi takpa la.. Aku tak kesah pun.. "Saya yang menurut perintah,.." Hahaha..
Jadi, layan dulu la gambar di bawah..
![]() |
| Jom mandi kolam.. |
![]() |
| Harga ni untuk Goverment Rate.. Jangan lupa request bagi kakitangan kerajaan |
Thursday, 20 March 2014
Kad Perubatan Cuepacs Care
Assalamualaikum w.b.t..
Lama rasanya tak update belog aku ni.. Sebab kesibukan yang amat sangat ditambah dengan masalah network Maxis BerukBand di kawasan perumahan aku menambahkan lagi kemalasan aku untuk kemaskini cerita-cerita yang ada didalam kepala otak aku ni..
Tengah dok update fail-fail dalam laptop ni, terjumpa satu gambaq yang snap lama dah.. Gambaq apa?? Gambaq Kad Perubatan Cuepacs Care.. Untuk informasi anda, Cuepacs Care Medical Card ni diusahakan khusus untuk kakitangan awam seluruh negara.. Dengan jumlah bayaran bulanan yang amat rendah, dan perlindungan yang tinggi, mana lah kita nak cari zaman la ni.. Cuepacs Care Medical Card ni diuruskan oleh CIMB Aviva Takaful.. Perlindungan yang diberikan semestinya lah kemudahan rawatan di Hospital Swasta.. Mcm aku dok area Nilai ni, boleh mendapatkan kemudahan hospitaliti di Columbia Asia & KPJ @ Seremban.. Potongan bulanan cuma RM60.00 sebulan untuk cover aku, cikPuan aku dan anak aku.. RM60.00 tu untuk kami bertiga.. Nak tau lebih lanjut, boleh klik CuepacsCare .. Hangpa study la kalau ada kebaikan untuk diri sendiri & keluarga.. Okey..
Kesimpulannya, dah sebagai kakitangan awam, gunakanlah kemudahan yang diberikan dengan memilih Cuepacs Care Medical Card.. Siap promo sekali.. Hahaha..
Saturday, 22 February 2014
Nasib Guru Hari Ini...
Assalamualaikum wbt..
Kebelakangan ni, banyak kisah tentang guru & murid yang menimbulkan mcm-mcm reaksi.. Apalah nasib cikgu-cikgu pada zaman la ni.. Bila nak ajar budak jadi insan berguna, dikatanya TAK BERGUNA punya cikgu.. Ermm.. Entah laaa..
![]() |
| Mcm mana nak jadi chegu ni???? |
Mencabar sungguh tugas mulia cikgu zaman sekarang.. Nawaitu cikgu untuk mengajar dan MENDIDIK murid telah disalah anggap oleh sebilangan mak bapak yang begitu sayangkan anak mereka sehingga sanggup menyalahkan cikgu yang mengajar anak depa tu kalau anak depa didenda atau dimarahi yang tujuannya cuma satu, nak MENDIDIK.. Memang senang kita kata, kalau nak selamat, kalau budak tak buat latihan / kerja sekolah, lantak pi la kat hang... Tapi jiwa seorang cikgu bukan mcm tu.. Rasa ketidakpuasan akan wujud kalau tak mendidik anak murid supaya menjadi insan yang lebih bertanggungjawab..
Kepada mak bapak diluar sana, percayalah.. TAKDAK pun cikgu yang gila nak bagi denda kat anak murid tanpa sebab.. Sebagai pengalaman sendiri, mcm murid aku yang tak boleh hafal sifir.. Bukan murid tu tak boleh hafal, tapi kebanyakkan yang tak hafal tu murid yang pemalas.. Lepas tu tak ada inisiatif mak bapak untuk monitor anak-anak kat rumah utk fokuskan pada sifir.. Yang tau, salahkan cikgu.. Salahkan itu, salahkan ini... Aku sendiri la ni rasa berbelah bagi... Bila tak hafal sifir, mcm aku sekolah dulu, dipukulnya pungkoq aku, tapak tangan.. Denda berdiri atas kerusi... ketuk ketampi la.. Mcm-mcm lagi.. Bila dah takut didenda, maka akan berlaku proses berkeinginan dalam keterpaksaan untuk menghafal sifir.. Akhirnya boleh la hafal.. Itulah kaedah yang berkesan.. Tak payah PSIKOLOGI.. Yang sesuai cuma ROTANLOGI saja.. Hahahaha.. Jadi, aku ada 2 pilihan.. DENDA ( bertujuan mendidik) atau BIARKAN SAJA??
Kesian kat cikgu-cikgu, selalu kena hentam kan.. Susah betoi menjadi guru zaman la ni.. Kalau kakitangan kerajaan lain contohnya di Putrajaya, kerja dalam suasana yang dingin (aircond 24 jam), nampak mcm best saja kan.. Mcm kami guru-guru ni sambil mengajaq, mengesat pulak peluh di dahi.. lepas kesat kat dahi, meleleh pulak peluh kat side burn rambut.. Pastu, dok dalam dalam bilik guru ramai-ramai dengan meja gurunya yang bersaiz kecik.. Sama saja kami.. Gred DG32 ka, DG41 ka, DG44 ka.. Kalau di Putrajaya, gred DG44 dah ada bilik khas.. Menerbang rambut kena aircond... Hahahaha.. Pastu sepanjang 13 tahun aku berkhidmat, tak pernah pun diberikan secara percuma alat tulis mcm pen ka, liquid paper ka.. Semua kena beli sendiri.. Tak tau la sekolah lain mcm mana.. Kalau aku jadi Guru Besaq, Mesyuarat Guru Kali Pertama, aku akan usahakan bekalkan satu set alatulis kepada cikgu termasuk pencil case yang standard.. (angan-angan)...
Sekian dulu la ceghita malam ni.. Dah mengantuk..
Sukarnya Nak Beramal Walaupun Kita Berilmu..
Assalamualaikum wbt..
![]() |
| Terima Kasih En.Google |
Dalam meniti perjalanan kehidupan duniawi menuju ke ukhrawi, ramai diantara kita adakalanya tanpa menyedari akan terperangkap dalam kesilapan walaupun kita mengetahui dan selalu mengingatkan sesama kita bahawa perkara yang salah...
Yang diringkaskan cerita, KITA BERILMU TAPI tanpa disedari KITA TIDAK BERAMAL untuk diri kita sendiri.. Mcm mana tu yaaa??
Tepuk lah dada tanya IMAN... Wallahualam..
Friday, 21 February 2014
Berakhirnya Pertandingan Bowling anjuran KRT Perdana College Heights
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. Post ni dah lama terbenam dalam draf sebab seeebuk sangat la ni.. Berceghita sikit pasai Bowling @ PCH pada 26/1/2014 yang lepas...
| Cuba tgk muka aku.. Muka poyo ja sebab tak berapa sihat.. Suspek denggi masa ni.. |
| BRAVOOOOO!!! |
Selepas beberapa kali bertemuan dengan Biro Sukan & Rekreasi KRT Perdana College Heights, akhirnya program Pertandingan Bowling Tertutup PCH telah berjaya melabuhkan tirainya dengan jayanya. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada penduduk PCH telah menyertai pertandingan ini walaupun promosi hanya berjalan 3 hari, penyertaan sangat-sangatlah menggalakkan.. Sapa kata org PCH takmau main bowling?? Pihak urusetia terpaksa hadkan kepada 15 team walaupun cadangan asalnya utk open kepada 10 team sahaja..
Aku selaku Pengerusi KRT-PCH, nak merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada En. Hazizi & Cikgu Arumugam selaku J/Kuasa Biro Sukan & Rekreasi.. Terima kasih jugak kepada Setiausaha KRT yang begitu komited bekerja iaitu En. Kamarulzaman... Kepada AJK KRT-PCH yang terlibat secara langsung atau tak langsung.. Kepada semua penyumbang dari segi kewangan / hamper.. Kepada semua warga PCH yang amat sporting sebab JOIN aktiviti kemasyarakatan ni, aku merakamkan jutaan terima kasih.. Insha Allah.. Next time kita buat lagi..
SEKALUNG TAHNIAH kepada yang MENANG!!
Kisah Bapak Aku Yang Kurang Sihat
Assalamualaikum wbt..
Rasanya lama sangat tak update blog aku ni.. dah bersawang dah!! Huh.. Bukan apa, sepanjang Februari ni agak sibuk dengan urusan sekolah yang sentiasa nak online tp sistem nya tak la baguih mana.. Menyusahkan jugak lah aku sebagai guru kelas.. Tapi Alhamdulillah selesai jugak basic entry utk SPS (Sistem Pengurusan Sekolah), APDM (Aplikasi Pengkalan Data Murid) dan SMM (Sistem Maklumat Murid).. 3 sistem berbeza tapi isinya sama... Layanzzz..
| Semoga cepat pak sembuh.. Insha Allah |
Sebenarnya aku saja teringat kat pak aku dikampung.. 13/2/2014 yang lepas, pak aku terpaksa potong ibu jari kaki kiri dia akibat kencing manis.. 2 minggu sebelum tu, dah potong isi ibu jari kaki tu separuh... Kita yang tak kena pun rasa amat sakit.. 13/2/2014 tu sebenarnya ngam 1/2 tahun (6 bulan) arwah mak aku meninggalkan kami semua... Mcm serasi ja tarikh kan..? Aku balik jugak ke kampung aku minggu lepas untuk nak tengok pak aku sebab hanya pak aku yang tinggal di kampung la ni.. Walaupun baru 2 minggu lepas dah balik, kena jugak la balik tengok Sabtu lepas sebab kita sebagai anak sedikit sebanyak mestilah teringat kat pak kita. Dah kebetulan balik, dapat jugak aku bawak pak aku ke Klinik Kesihatan untuk cuci kaki dia.. Waktu cuci tu, alahai.... Aku dapat rasakan kesakitannya.. Maklumlah, klinik kerajaan.. Tapi terima kasih jugak lah kat attendan / MA klinik kesihatan tu sebab mencuci kaki pak aku...
Balik kali ni nampak pak aku semakin kurus.. Mungkin kesan dia makan ubat kencing manis rasa aku.. Selera makan pun kurang.. Nasi langsung tak lalu makan.. Aku kesian jugak la kat pak aku.. Mungkin dia rindukan arwah mak aku.. Tapi alhamdulillah lah.. Perancangan Allah kan.. Dulu masa arwah mak aku sakit, sepanjang 13 tahun.. Tak pernah sekalipun pak aku dimasukkan ke wad.. Tapi bila mak dah meninggal dunia, dah 2 kali pak aku masuk wad.. Untuk makluman, pak aku dah ada pengganti arwah mak aku.. Pak aku dah menikah dengan Makcik Manis yang asalnya dari Padang Serai, Kedah.. Menikah hujung Disember 2013.. Dulu masa pak aku sebut bab nak menikah, kami adik-beradik memang pada mulanya kurang bersetuju.. Ia lah kan.. Aura orang tua.. Dia mungkin dapat rasakan yang dia akan sakit.. Alhamdulillah, Makcik Manis yang kami bahasakan diri dia Umi dapat jaga pak aku dengan baik sekali.. Dah hampir 3 bulan menikah, aku dapat rasa kesungguhan umi jaga pak aku.. Terima Kasih banyak-banyak Umi sebab sudi menjaga pak aku dengan sempurna.
Aku doakan pak aku cepat sembuh dah sihat seperti sebelum ni.. Insha Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)








