Monday, 5 August 2013

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum..

Ni last post sebelum balik kampung.. Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua anda semua.. Berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat tiba dikampung.. Jadikanlah lebaran ini hari penuh bermakna buat kita semua. InsyaAllah...


p/s: Jangan gelak nooo.. gambaq crop tak best langsung.. baru habis fasa 1 daripada 28 sesi pembelajaran.. Hahaha

Sunday, 4 August 2013

Kacau Dodol @ Jalan PCH 8 & 9 Perdana College Heights

Assalamualaikum...

Jumaat lepas (2/8/2013), geng2 lama Fasa Orchid @ Perdana College Heights yang diketuai oleh Chef Fadzil telah berjaya menganjurkan aktiviti membuat dodol.. Kami 11 orang sama-sama pakat, sama-sama tong-tong duit, sama-sama mengacau dodoi.. Alhamdulillah, menjadi jugak dodoi PCH ni.. Hahaha..

Pak Rashid dok kacau gula merah & gula Melaka

Aktiviti penyediaan bahan2 untuk buat dodol ni semuanya disediakan oleh Fadzil.. 2 kawah besaq, bahan2 masakan, dapur, tong gas dan sebagainya.. Fadzil ni memang suka masak-memasak.. Dibantu jugak oleh pakar2 pembuat dodol seperti Pak Sharip dan Mizi.. Aku ni pulak ikut ajo arahan.. Orang kata campak, aku campak.. Orang kata kacau, aku kacau.. Sebab aku ni tak pakar bahagian masak-memasak ni.. Hahahaha...

Kami mula membuat dodol ni jam 10.00 malam.. 10.15malam dah masuk santan semua.. Melalui proses yang biasa, akhirnya.. Dodol PCH berjaya siap jam 3.30am.. Huhuhu.. 5 jam lebih kugak la.. Pastu, nak clearance, masuk dalam rumah jam 4.10am.. Akhirnya dapat jugak sorang 4 bekas (dlm 4 kg).. Kalau nak beli tu, mau jugak RM80-100.. Sedap belum tentu sebabnya orang meniaga mestila nak untung kan.. Aku puji semangat yang terjalin diantara kawan2 di fasa Orchid @ PCH sebab kami lah antara penduduk PCH yang mula duduk di sini pada bulan Julai 2007.. Dan 6 tahun kami duduk, akhirnya berjaya hasilkan 2 kawah dodoi yang mana satu kawah dodoi durian.. Dulu, kami selalu buat aktiviti sendiri di Jalan PCH 8 & 9 nii.. Mesti pot belakang rumah Haji Azmi.. Haji Azmi ni memang baguih dan sporting.. Masa kami mula kacau dodoi, dia siap ambik radio pasang CD lagu ghaya.. Terbaek la haji.. Hahahaha...

Yang baju merah tu la Chef Fadzil.. Tengah kacau dgn Ramzi

Amir, Din & Mizi..

Yang baju putih tu otai, Pak Sharip..

Berpeluh dah ketiak bang.. Hahaha

Nampak tak?? Elok ja tu..
Semua kwn2 aku.. dr muda, sebaya sampai ke otai yang masih berbisa..

Brader Mizi tengah test tu..

Nah.. dah settle... Alhamdulillah
Sapa nak rasa dodoi home made, mai rumah aku.. Aku bagi sikit.. Free lagi tu.. Hehehe.. Thanks to all my friends @ Jalan PCH 8 & 9.. Anda semua terbaekkkk...


Kacau bang, jangan tak kacau.. -)

Majlis Khatam Al-Quran & Pra- Hari Raya @ SK Desa Jasmin

Assalamualaikum w.b.t

Pada Jumaat lepas (2/8/2013), hari terakhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri merangkap sambung cuti persekolahan pertengahan penggal 2. Panitia Agama Islam telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah. Alhamdulillah majlis ni berjaya dengan jayanya...

Selain daripada itu, menjadi tradisi SK Desa Jasmin untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf (yang susah).. Berkat keikhlasan seluruh warga SKDJ dan ibu bapa, kutipan sumbangan ikhlas telah berjaya dipungut sebanyak RM10,950.00.. Terima kasih kepada semua yang bermurah hati memberikan sumbangan ikhlas.. 

Layan dulu gambar yang sempat disnap sempena aktiviti SK Desa Jasmin yang berlangsung Jumaat lepas...



"Saya nak duit ghaya.."

Beratuq nak pi salam semua chegu

Geng chegu laki SKDJ

Jumpa Ironman kat Nilai 3

Assalamualaikum wbt..

Tadi waktu dok ronda2 kat Nilai 3, terserempak dengan Ironman.. Sempat jugak la pi snap gambar dengan dia.. Tapi tu pun kena bayar RM5 sebab depa bawak Ironman mai Nilai 3 untuk promotion "Dari Hollywood ke Seremban"... 

Tak payah pi Hollywood.. 

Thursday, 1 August 2013

Takziah buat keluarga Mendiang Chua Boon Huat

Assalamualaikum wbt..



Hari ni aku nak ucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang Chua Boon Huat, pemain hoki kebangsaan.. Sebelum ni aku jarang sangat nak bercerita tentang hal selain dari diri aku kat dalam blog ni.. Tapi disebabkan aku memang meminati pemain hoki kebangsaan ni sebab dari dulu lagi aku suka tengok penampilan dia masa tengah bertanding.. Tubuh badan dia yang mcm badang lebih menyerlahkan kekemasan dalam penampilan mana-mana perlawanan hoki..



Semalam, Chua Boon Huat, 33, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lebuahraya LDP dekat Kelana Jaya pada jam 3.00 pagi pada 1.8.2013.. Trivia angka 3 pun mcm misteri sebab semuanya 3.. Sejarah penampilan Chua Boon Huat dalam mewakili jersi pasukan hoki kebangsaan pun 337 kali.. Sejak bermain dgn pasukan kebangsaan, Chua Boon Huat memang menyarung jersi nombor 3.. Kalau la tak salah, nombot plat keretanya pun bermula angka 3 (kalau tak salah la).. Kemalangan berlaku selepas majlis berbuka puasa pasukan hoki kebangsaan dengan Presiden PHM, Yang Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tunku Abdullah Sultan Ahmad Shah.. 

Apapun, semoga pasukan hoki kebangsaan teruskan perjuangan untuk menghadapi Piala Asia akan datang walaupun tanpa kelibat Chua Boon Huat.. Salam Takziah dari saya sekeluarga..

Tuesday, 30 July 2013

Teringin Beno nak Pekena Nasi Kandar

Teringin betoi..

Teringin betoi niii..

Teringin nyaaa... Hahaha




Nasi Kandaq Line Clear Satuuuuuuuu!!!!! Tunggu.. Ghaya ni aku pi sana...

Sesaknya Jalan dari Nilai - Batang Benar - Pajam - Mantin

Assalamualaikum wbt..



Hari ni just nak berkongsi tentang kesesakan lalulintas yang semakin ketara di laluan utama Nilai - Batang Benar - Pajam - Mantin.. Kalau masa zaman aku baru pindah dulu sekitar pertengah tahun 2007, jalan raya di sini lengang sangat tambahan lagi bila waktu malam.. Sebab masa aku pindah ke Pajam ni, lebuhraya LEKAS belum beroperasi lagi.. Tapi sekarang ni keadaan lalulintas memang teruk sangat jem.. Lebih-lebih lagi pada hari Jumaat petang.. 





Lampu isyarat di Batang Benar merupakan salah satu penyumbang kepada keadaan kesesakan lalulintas ni.. Tapi sebelum sesak, memang dah ada lampu isyarat tu.. Sebagai antara komuniti pertama yang menghuni di Perdana College Heights , aku dah mula terasa kesibukan jalanraya di sini tak mcm mula-mula aku pindah sini.. Ketenangan & kedamaian masih boleh dikecapi bila dah sampai depan pintu masuk rumah aku.. Hahahaha..

Semoga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dapat merangkan satu pelan jangka panjang untuk mengatasi kesesakan lalulintas ini memandangkan peningkatan jumlah kediaman telah meningkat. Maka pelan pengstrukturan semula kemudahan prasarana seperti meningkatkan taraf jalanraya, longkang, sekolah, balai polis, klinik kesihatan dan sebagainya perlu direncanakan demi kestabilan pembanguna pada masa akan datang..