Thursday, 15 November 2012

Holiday: @ Terengganu

Salam..

Dah letih sangat la ni.. Bertolak dr Kota Bharu jam 11.45am.. Jam 9.45pm baru sampai Nilai... Huh!!! Amat penat.. Jadi layan la dulu gambaq2 kat Terengganu.. Ok. Ada masa aku masukkan ceritanya..

Bye








Wednesday, 14 November 2012

Holiday: Hari ke-2 dan Ketiga @ Impiana Resort Cherating

Hari kedua dan ketiga aku n family masih di Cherating.. Menunggu mywife abih kursusnya, amat syok sebab aku boleh betoi2 rehat kat bilik.. Fuhh.. Indahnya.. hari ke-2 tu aku join jugak la aktviti utk family.. Boleh la tahan aktiviti game yg pihak resort uruskan... Hahaha.. Kumpulan aku pulak menang.. 1st Prize.. Dasattt...

Aku dah habiskan 3H2M @ Impiana Resort.. Overall.. Memang Terbaik la resort ni.. Kalau ada rezeki, nak jugak aku mai lagi.. SELAMAT TINGGAL Cherating...

Aku meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.. Tunggu artikel seterusnya iyoooo...





BYE-BYE.. JUMPA LAGI NOOO

Saturday, 10 November 2012

Holiday: Hari Pertama di Cherating

Salam hormat semua.. Now 3.30pm.. baru sampai Impiana Resort, Cherating..

Bilik yang dikhaskan utk MyWife amat puas hati.. Sebenonya, mem aku ada kursus merangkap family day di sini.. Aku menumpang tuah laa.. Hehehe.. Badan pun dah ponek.. Nak rileks dulu... Tapi sebelum tu, meh intai bilik utk aku, mywife and Dina rest selama 3h2m di sini..











AMAT BERBALOI.... Bye..


Friday, 9 November 2012

Akhirnya masuk jugak KOSMO

Awat senget niiii? Nak adjust pun tak reti daaa... 

Program lawatan ke Melaka haritu dah tembusi Kosmo.. Terima kasih buat semua...

Thursday, 8 November 2012

Dinner Sempoi @ Sekolah

Sekitar majlis makan malam sekolah aku..

Tahun ni buat kelainan banyak.. Sebelum2 ni buat di hotel.. Tapi 2012 buat disekolah.. Overall, TERBAEKKK!!!..

Tahniah buat org2 kuat Kelab Guru, Bro Hamidi, Isman dan jugak cikgu2 yang banyak membantu dan memberi idea2 terbaekkk... Bertuah jugak malam tadi dapat dengaq satu lagu dr artis AF6, Rini.. Sebab apa, sebab Rini tu wife member aku Joe, cikgu sekolah aku.. Hehehe

Antara menu:
1. Kambing Golek sekoq
2. AYam golek 70 ekoq
3. Sate ayam 70 cucuk
4. Char Koay Teow
5. Cendol
6. Nasi beriani ayam
7.Jelly kelapa

Acara Tambahan:
1. Badut
2. Karaoke

TAHNIAH buat semua!!!!





Patutkah Telefon Bimbit DIbenarkan Dibawa ke Sekolah?

Assalam & Morning..

Berkongsi sedikit ceghita utk pandangan semua.. Persoalannya..?
WAJARKAH PELAJAR SEKOLAH DIBENARKAN MEMBAWA HANDPHONE KE SEKOLAH?

Semalam di sekolah aku, wujud satu kes tengok video lucah melalui telefon bimbit beramai2.. Semua budak Tahun 6.. Mentang2 la depa dah nak tinggalkan sekolah, depa ingat buleh buat apa yang depa suka.. 4 orang budak yang dah disabitkan kesalahan mendownload, membluetooth, menonton serta bergembiran melihat video lucah yang berdurasi 5.06 minit.. Setelah memang terbukti ada video berkenaan dalam telepon depa, maka aku bersama GPK HEM & GPK lain telah memutuskan untuk memberikan sedikit 'habuan' kat depa.. 

Apa nak jadi dengan anak2 sekarang? Kecanggihan teknologi pun kadang-kadang mengundang kerosakan jiwa dan minda anak2 kita.. Renungkan lah.. 

Akhir sekali, semua budak yang sempat aku membuat rampasan telefon depa, aku ambik dan rekodkan.. Kalau nak, bgtau parent jumpa Chegu Disiplin... ada 7 unit semua.. Handphone aku pun tak secanggih handphone depa... Hahaha...


Telefon yang dirampas bersama model Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Cik Dina

Wednesday, 7 November 2012

Cemerlang anakku di Hari Anugerah Cemerlang

Salam.. moga2 kalian sihat dan bertambah sihat serta ceria..

Hari ni nak bercerita sikit tentang anak aku.. Pagi tadi sekolah aku buat Hari Anugerah Cemerlang.. Alhamdulillah.. Anak aku yang sorang ni berjaya mendapat kedudukan ke-2 dalam kelasnya dengan jumlah markah 384/400.. Sebagai parent, bangga jugak la aku dengan kejayaan anak aku serta usaha cikgu-cikgu (kwn-kwn aku la tu) serta kesungguhan isteriku menambahkan ubat tambahan dalam pendidikan anak aku ni.. Selain daripada mendapat tempat ke-2, Dina jugak dapat matapelajaran tertinggi Sains = 100%.. Hebat sungguh budak bucuk ni.. (puji anak sendiri, sapa lagi nak puji kan... Hahaha).. 

Hadiah utk tempat ke-2 tu pihak sekolah bagi plak.. Memang suka la Dina.. Tapi agak kecewa dia bila bukak balutan hadiah matapelajaran terbaik.. Huhuhu.. Buku tulis cop sekolah yang berharga RM0.70 x 5 buah.. Alangkah kecewanya.. Bagi aku, sepatutnya bagi buku yang takdak juai disekolah.. Buku cerita ka, buku mewarna ka atau apa2 saja la selain buku sekolah.. Dia memang frust sangat.. Iya la.. Budak2.. Tapi aku pun memulakan memotivasi sikit kat dia.. aku kata, " Adik, yang penting bukannya hadiah tu, yang penting pencapaian adik dalam pelajaran... Nanti hadiah tambahan abah bagi termasuk set dinner @ Pizza Hut..".... Huhu.. So, dia pun agak ok la... yang bermaksud kena melabur la aku.. Hehehe.. Takpa la.. Anak sorang, apa da hal.. 

Anyway, tahniah utk anak bucuk aku ni.. Moga next year terus cemerlang!!!