Friday, 24 July 2015

Menabung Dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN )

Assalamualaikum..



Baru ni baru lah ada kesempatan nak bukak akaun SSPN untuk anak aku.. Punyalah lama merancang, akhirnya berjaya juga.. Alhamdulillah..

Dengan bermulanya tabungan SSPN ni, harap-harap pada masa depan, senang lah untuk anak aku melanjutkan pengajian ke mana-mana universiti tempatan ataupun luar negara.. Menabung dengan SSPN ni kira ok la, sebab payah nak bawak keluar.. Kalau senang nak bawak keluar, susah untuk masa depan kita... Simpanan dalam SSPN boleh dikeluarkan tapi tak boleh dapat on-the-spot laa..

Mcm aku, simpanan SSPN ni aku dah masukkan 4 bulan.. Hanya melalui online.. Gunakanlah kemudahan internet kita tu semaksimum yang mungkin tanpa hanya menghadap FB, Twitter atau Whatsapp.. Tapi nak google pun tak pandai.. 

Cuma bukak lama web PTPTN.. Buat pendafataran online dulu.. Lepas tu boleh login.. Anda akan nampak terus jumlah simpanan yang ada dalam akaun SSPN anak kita tu.. Untuk tambahkan simpanan pun just online shj.. Klik 'simpanan', nanti akan di link kan dengan FPX Payment.. Lepas tu, settle.. Kalau kat Nilai ni, nak daftar SSPN, boleh ja ke 9Avenue sebab pejabat PTPTN Nilai Branch baru saja bukak.. Cari la kat area-area situ..



Moh la kite berghamei-ghamei buat pendaftaran SSPN untuk anak-anak kita.. InshaAllah ada kebaikkannya pada masa hadapan.

TP-Link Wifi Range Extender Memang Terbaik

Assalamualaikum..

Plug n Play saja


Kepada penguni kediaman 2 tingkat.. Ada tak masalah wifi kurang power bila nak akses internet di tingkat atas rumah (modem kat bawah)??

Dah 9 bulan aku langgan TM Streamyx kat rumah aku.. Punyalah nikmat rupanya kalau guna Streamyx ni kalau nak dibandingkan dengan bertahun aku guna Maxis Broadband... Kalau aku tau kenikmatannya, dah lama aku ambik pakej Streamyx ni.. Takdak masalah langsung sepanjang tempoh aku gunakan Streamyx ni.. Cuma masalah sikit ialah tarikan wifi ditingkat atas tak berapa nak power.. Setakat 1 bar saja.. Tu pun kadang-kadang ghuyuuupp mcm tu saja.. Dah tak boleh akses..

Pernah aku complaint dengan TM.. Service TM mmg bagus.. Harini komplen, esok technician dah sampai.. Mcm biasa lah.. Bila komplen, dapatlah modem baru.. Bila aku tanya technician tu, dia kata, modem TM skrg ni mmg kurang umppphhh!! Yang dulu ada antena lagi bagus.. Ermm.. Aku nak kata apa, terpaksalah terima alasan dia.. Cuma dia suggest kat aku supaya pi beli modem yang ada antena atau guna wifi extender..



Keputusan aku, aku bercadang beli wifi entender.. Aku google la benda alah ni.. Memang ada review dalam blog tapi sikit sangat.. Aku buat survey harga di kedai komputer.. Punya la mahal.. Kalau tak silap aku, dalam RM140.00 lebih kurang.. Aku try bukak Lazada & Lelong.my.. Ada la bendanya.. Harga murah gila.. RM74.00... So, tanpa melengahkan masa, aku tak beli online.. Tapi beli kat Ookas (dlm Lelong.my)... Ambik address, pi cari sendiri kedainya sebab aku kurang yakin sikit beli online.. Lokasi kedai ni di South City Plaza, Seri Kembangan.. Lepas aku call, mmg harga dia bagi RM74.00..Terjah..

Balik rumah, aku pun setting ikut arahan.. Ada diberikan manual.. Kalau hangpa beli, ikut saja la manual tu.. Senang saja.. Sorry.. Aku bukan pandai sangat nak bertutorial bab installation ni.. Hahaha..

Finally, mantap.. full bar akses internet kat tingkat atas rumah aku.. Memang terbaik laaaaaa... Aku amat berpuas hati menggunakan TP-Link Wifi Range Extender ni.. Model nya seperti dalam gambar yg aku upload..

Murah???


Selamat mencuba!!

Thursday, 23 July 2015

Salam Aidilfitri daripada Chegu Anuar Famili





Sempena bulan Syawal yg mulia.. kami sekeluarga ucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ,

Maaf Zahir & Batin..




Memandangkan kita masih dibulan Syawal, bolehlah berkonsi cerita tentang sebelum, semasa & selepas raya tahun ni bagi aku sekeluarga..

Persediaan?? Sederhana sahaja.. Semuanya dah dibeli sebelum masuk bulan Ramadhan lagi.. Aku & wife aku jenis manusia yang tak suka akan kesesakan manusia yang berminat nak shopping raya 1-2 minggu sebelum raya.. Sesak kepala otak aku.. Jadi, kami dah buat 85% preparation raya awal-awal lagi.. Bukan prepared apapun, setakat beli baju anak aku 4-5 sets, baju aku selai-dua.. Cuma baju wife aku beli last minit sebab banyak yang tak perkenan di hati.. Aku selalu jugak dengar org kata.. SOGO tengah SALE!! Errmm.. Apa pendapat hangpa?? Entah la.. bagi aku, kalau sale tu maksudnya jual.. Contohnya, Kereta Untuk Dijual = Car For Sale... Maksud SALE tadi tentang SOGO yg aku maksudkan ialah jualan murah.. Murah ka?? Diskaun sampai 70% - 80%.. Mampuih rugi la tokey SOGO tu kan.. Maybe dia bagi jualan murah kot.. Tapi takdak lah sampai 70-80%.. Kalau 10-20% tu aku percaya la.. Strategi marketing.. Biasalah.. Baju yang kalau jualan biasa RM49.90., dinaikkan harga ke RM99.00... Pastu bagi diskaun 60%.. Jadi, harga baju jadi RM39.90.. Padahal diskaun sikit ja.. Terpulang la pada pendapat masing-masing.. Wallahualam.. ( sepanjang dok Lembah Klang, baru 1 kali pi SOGO.. Huhuhu)

Aku balik kampung raya, hari Rabu pagi tu sebab malas balik Selasa sebab compom JEM.. Aku balik jalan OK.. Singgah Felda Soeharto untuk berbuka puasa.. Lepas berbuka, terus aku balik Bagan Serai.. Lebih kurang jam 11.30mlm sampai la Bagan Serai.. Jalan raya.. Lebuh raya.. Semuanya berjalan lancar.. Kawtim.. Alhamdulillah.. Sampai rumah pak aku, apa lagi.. Zzzzzzzzzz dalam kesejukkan...


Anak buah terkecik.. Haziq n Mia


Persediaan raya (juadah), kebiasaannya, arwah mak aku yang sediakan.. Tahun 2015 ni tahun ke-2 kami adik-beradik beraya tanpa mak.. Cuma la ni ada mak tiri.. Mak tiri pun okey.. Yang penting, boleh jaga makan minum, pakai bapak aku pun dah kira OK tu.. Arwah mak aku meninggal pun raya ke-8 masa tahun 2013.. Jadi, bila Hari Raya ni, teringat la kat mak aku.. Ingatan yang tanpa ada putusnya.. Al-Fatihah untuk arwah mak.. Moga bahagia di 'sana'.. Menu raya tahun ni diketuai oleh Chef Jamilah merangkap kakak sulung aku.. Ko-Chef iaitu Chef Surina merangkap kakak kedua aku.. Dibantu oleh wife aku, seterusnya.. Juri tetap iaitu Tok Umi yang bermaksud, mak tiri aku.. Kombinasi kesemua chef tu menghasilkan : Nasi Tomato + Ayam Ros + Ayam Rendang + Rendang Daging + Ketupat palas + Nasi Impit + Laksa + Rendang Tok ( aku order kat Parit Buntaq ) + Kuah kacang ( aku bawak khas dari Sate Kajang Haji Samuri ).. Dan sewaktu dengannya.. Terbungkang makan.. Hahaha.. Terima kasih buat semua chef..

Pagi raya, mcm biasa.. Solat sunat Aidilfitri @ Masjid Sungai Dungun, Bagan Serai.. Diimamkan oleh Tuan Haji Din.. Walaupun balik kampung kadang-kadang, aku biasa jugak dgn Haji Din ni.. Lepas Subuh, selalu ngetea dgn dia kat Warung Karia.. Hahaha.. 

Balik rumah, bergambaq duluuuu.. Pastu seluruh kerabat pi kubuq arwah mak aku.. Aktiviti lain, mcm biasa la.. Balik dari kuboq, bukak baju melayu, pakai singlet rock aku.. Hahahaha.. Panas.. 

Aku ni susah betoi nak mengarang panjang dalam blog.. Ni dah mula jemu menaip.. Okey la kot.. Setakat ni dulu.. 

Haziq.. Mia.. And Dina @ bilik khas aku.. Berhawa dingin.. Haha

Friday, 12 June 2015

Apa Komen Anda Tentang Honda HR-V?

Ada komen? Ok ka?

Kalau OK, ingat nak bungkus 3.. Kuah asing.. Huhu..

Nampak Elegan.. Harga Berpatutan dengan label SUV.. Kedap.. Mantap.. Tapi, lupakan la..

Tukar Minyak Gear CVT untuk Proton Saga FLX

Assalamualaikum wbt..

Ehsan Google.. Thanks

Sejak cuti sekolah ni, ada la masa sikit nak update blog aku yg agak lama tak berupdate.. Hari ni nak berkongsi cerita tentang service gear oil atau dalam bahasa melayunya minyak gear untuk kereta Proton Saga FLX ( Auto Transmission ) dengan kecanggihan teknologi CVT nya.. Kereta Proton Saga FLX ni hak milik wife aku.. Tapi dah nama pun laki bini, kira mcm aku punya jugak la..


Harini, millage Saga dah mencecah 64,000km selepas 3 tahun 6 bulan aku guna.. Yang bermaksud, tiba la masanya untuk membuat penukaran minyak geat CVT ni.. Sebabnya untuk gear CVT, aku difahamkan setiap 60,000km kena tukar minyak gearnya.. Sebelum-sebelum ni pun aku ada bertanyakan service centre Proton (SC) tentang bajet untuk tukar minyak gear CVT ni.. Dimaklumkan pada aku anggaran antara RM400-500.. Huh!! Kereta kecik berjiwa besaq.. Dah mcm pakai BMW pulak aku rasa.. Jadi, aku tangguhkan dulu niat aku waktu minor service 60,000km yang lepas.. Tapi, bila la ni, risau jugak kalau tak tukar, kena jem, naya aku.. Seketui gear box nak kena proses pulak.. 

Jadi, terpaksalah tukar jugak.. Ada hati nak tukar minyak gear tu kat kedai pomen biasa.. Tapi bila review internet, banyak jugak kesan-kesan tak elok bila buat luar daripada Proton SC.. Pergi jugak la aku ke LHM Proton Service Center yang mana dah 5 tahun lebih aku service kereta Exora aku & 3 tahun lebih service Saga FLX ni.. Sebelum pi, dah call boss SC.. Tanyakan harga.. Dia bgtau antara RM500 lebih.. Errmmmm.. Nak buat, bajet tinggi.. Tak buat pun bimbang masalah.. Buat saja la..

Untuk pengetahuan, CVT punya gear box ni mmg kena buat kat Proton SC jugak.. Sebab selepas siap masuk minyak gear, kena setting guna komputer untuk menentukan ketepatan penggunaan minyak gear. Di SC, dimaklumkan kat aku, minyak gear kena guna 5liter + Gear Oil Filter / Valve.. Total minyak gear : RM40 x 5 botol = RM200.00... Gear Oil Filter pulak = RM213.87.. Labour charge = RM120.. Hangpa total la sendiri.. Campuq GST, jumlahnya RM565.00.. Haaaa.. Tersedak jugak la.. Tapi nak buat mcm mana.. Nasib baik la boss LHM bagi aku diskaun RM15.00 + diskaun Crazy Diskaun (pakej di LHM shj) RM40... Jadi, total aku bayar RM510.00..



Aku memang suka tengok masa mekanik buat keja dia a.k.a menyibuk.. Pertama, buang minyak lama dan gear oil filter.. Kedua, pasang gear oil filter & isikan minyak baru.. Ketiga, cucuk komputer, settingkan ketepatan minyak.. Secara automatiknya, minyak yang berlebihan akan dikeluarkan.. Keempat, kereta siap & bayaq laaaaa...

Lepas tu, test drive.. Memang dapat rasa perbezaan daripada segi pick-up dan kelancaran penukaran gear CVT tu.. Kesimpulannya, part kereta Proton Saga FLX ni memang mahal jika nak dibandingkan dengan Proton Exora CPS aku.. Kesian jugak la orang yang sederhana mcm aku ni.. Ingat pakai Proton Saga FLX ni nak bajet, tapi agak mahal jugak untuk sesetengah part.. Kena Proton Exora Bold lagi naya.. Spark plug sebiji RM71.00.... Cuba kali 4 biji.. Dah RM284 untuk plug saja.. Kalau Exora CPS aku baru RM38.00 untuk 4 biji tu..

Tepuk dada, tanyalah nafsu berkereta anda..

Sekian

Thursday, 11 June 2015

Fly To Kota Bharu



Alhamdulillah.. Dengan izin Allah SWT.. Walaupun dalam ketidaktentuan jiwa & emosi disebabkan pelbagai ke kapal terbang sebelum ni, berjaya juga aku membuat booking flight Air Asia ke Kota Bharu.. Sebenarnya, bukan nak pi sangat pun.. Cuma, bila masuk website AA aritu, dapat tiket flight murah sangat.. Tak pernah dalam sejarah aku dpt harga mcm tu..

Berapa?? RM67.00 penerbangan dua hala KLIA2 - KB - KLIA2.. Bukan untuk sorang.. Tapi untuk 3 orang aku anak-beranak..

Hantam saja laaa..
Takpa la.. Hentam saja.. Nanti, sampai masa, nak pi, pi saja la.. Kalau tak mau pi, tak payah pi.. 

Apapun, AA memang bagi harga murah.. Kita sebagai pembeli tiket, kena lah pandai mencari-cari dengan menggunakan pelbagai kaedah & strategi untuk mendapat tiket yang murah.. 

Sekian

Ssssshhhhhhhh!! Diam Lagi Baik..



Adakalanya, kita hanya perlu mendiamkan diri kita lebih baik lagi daripada berkata-kata.. 

Apabila kita berkata-kata, ianya adakalanya, menunjukkan diri kita yang sebenarnya..

Jika hendak berkata-kata, berkata-katalah perkara yang memberikan faedah ke arah yang lebih baik dan bukan hanya berkata-kata nista..

Dan.. Jika nafsu ingin teruskan kata-kata nista, lebih eloklah kita DIAM kerana diam itu lebih sempurnakan diri kita..

Wallahualam..