Sunday, 9 November 2014

Pembangunan Kawasan Sekitar NILAI Sebagai Hub-Pendidikan

Assalamualaikum wbt..







Kalau dulu, nama NILAI susah kita nak dengarkan.. Sekarang ni Nilai dah menjadi satu bandar yang bakal pesat membangun dalam jangka masa 4-5 tahun lagi. Aku pernah datang Nilai masa tahun 2003, memang apa pun takdak.. Jalan raya sunyi sangat.. Sekarang situasinya sangat berbeza.. Ini pernyataan aku masa tahun 2003.. Kalau lah warga asal Nilai, lagi lah depa nampak kepesatan pembangunan terutamanya melibatkan penempatan perumahan baru sangat pesat membangun. Sebab tu lah Nilai hartanah di sekitar kawasan Nilai , Mantin , Pajam , Labu sangat lah tinggi. Pembangunan Lembah Klang telah melanggar kawasan Kajang - Bangi... Seterusnya terus melanggar Bandar Nilai.. Alhamdulillah.. Untung lah kepada yang memiliki hartanah di kawasan Nilai.. Nilai Impian 2 pun tengah bersemangat untuk membangunkan kawasan komersial & berkemungkinan penambahan penempatan baru. Ada jugak aku dengar-dengar yang mengatakan, IKEA ( Zon Selatan ) akan didirikan di kawasan Nilai Impian 2 ni.. Wallahualam..

Sebenarnya aku nak bercerita tentang Nilai - Sendayan yang pesat sebagai hub pendidikan. Baru-baru ni aku saja meronda di sekitar kawasan Enstek - LBJ - Jijan.. Memang sebelum ni aku tau kawasan tersebut sebagai kawasan pendidikan. Tapi tak sempat pusing habis.. So, baru ni sempat lah aku pusing-pusing.. Di kawasan Nilai, terdapat pelbagai institut pendidikan seperti Universiti Sains Islam Malaysia, INTI Universiti College, Nilai University, Universiti Mannipal dan adalah 1-2 lagi.. Terlajak ke kawasan LBJ, ada beberapa insitusi pendidikan kerajaan persekutuan seperti Institiut Pendidikan Guru ( Kampus Pendidikan Teknik ), Koleh Tunku Kurshiah , Institut Aminuddin Baki, Politeknik Nilai , Pusat Bahasa yang dibina di satu kawasan berkelompok.. Alhamdulillah.. Begitu prihatin kerajaan memerintah hari ni yang membina hub pendidikan ini yang majoritinya yang mendapat pendidikan ialah bangsa Melayu yang beragama Islam.. Kalau ada yang tak kena di pihak kerajaan tu, biasalah.. Mana ada manusia yang perfect.. Aku rasa berbangga dengan pembangunan pendidikan yang telah diwujudkan ini demi pendidikan kelas tersendiri untuk rakyat Malaysia.

Secara tidak langsung, NILAI juga telah menjadi sebuah bandar yang disebut-sebut oleh rakyat Malaysia sebagai satu kawasan hub-pendidikan yang terkini yang disediakan oleh kerajaan pusat. Oleh yang demikian, eloklah kita bersyukur dengan nikmat Allah SWT yang diberikanNya kepada kita.

Semoga bandar NILAI terus membangun dengan pesat sebagai penempatan baru & hub-pendidikan yang berteknologi tinggi pada masa kini dan akan datang. Insha Allah

Wednesday, 22 October 2014

Refund Mudharabah Profit dari Etiqa Takaful

Alhamdulillah..




Semalam, dapat sekeping cek dari Etiqa Takaful.. Tak terkejut sangat sebab dah selalu dapat rebat ni.. Kalau ada yang masih renewal insurans kenderaan dengan insurans konvesional, amatlah rugi rasa aku.. Rebat kali ni aku dapat RM67.00 daripada kereta Proton Saga FLX wife aku.. 

Untuk info, Etiqa akan pulangkan rebat ni kalau kita tak buat sebarang tuntutan dalam masa setahun perlindungan dari Etiqa.. Sebagai contoh, Saga wife aku yang dapat rebat ni, tempoh perlindungan dari 05.01.2013 - 04.01.2014.. Jadi sepanjang setahun tak pernah claim apa2, jadi bulan Oktober dah dapat rebat tu.. Walaupun RM67.00, aku tetap rasa berbaloi daripada tak dapat apa-apa langsung.. 

So, dengan perlindungan kereta Etiqa Takaful, aku dapat 10% rebat masa renewal dulu & pulangan keuntungan mudharabah.. Untung dalam RM150.00 juga woooo.. Alhamdulillah...


Thursday, 2 October 2014

Berjaya Lagi Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah.. Dapat lagi untuk tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) @ Port Dickson, Negeri Sembilan.. Dengan Bilik Studio Apartment, sangat lah berbaloi dengan bayaran RM63.55 untuk semalam.. Petrol naik 20 sen memang bukan satu keputusan bijak oleh pihak kerajaan ketika ini.. Tapi berbaloi jugak la dengan dapat rehat di RPP yang pihak kerajaan persekutuan sediakan untuk kakitangan awam..

Ehsan Google.. Contoh bilik Studio

Ehsan Google.. Buleh mandi wooooo.. 

Bukan senang nak dapat booking RPP ni.. Tapi kena pandai ushar line la.. Anyway, alhamdulillah.. Aku pun berjaya tolong booking kan kat kawan setia RPP aku iaitu Pak Din.. Dia dapat Apartment 1 bilik dengan harga RM88.00.. Ok la..

Terima Kasih Kerajaan Persekutuan kerana menyediakan RPP untuk kakitangan awam ni.

Monday, 29 September 2014

Tips Membeli Kereta Second Hand a.k.a Terpakai

Assalamualaikum wbt..



Hari ni just nak berkongsi pengalaman kalau nak membeli kereta second hand atau kereta terpakai.. Berdasarkan pengalaman baru-baru ni dimana bapak aku membeli kereta second hand, jadi aku cuma nak berkongsi la serba-sikit kot2 dapat membantu anda jika berhajat nak beli kereta second-hand..



Tips 1:
Buatlah perbandingan harga dulu jenis kereta yang kita nak beli secara terpakai tu dengan kalau kita ambik baru.. Contohnya kalau Proton Saga Tahun 2009 harganya RM20,000.. Dan yang baru RM35,000.. Buatlah perbandingan bayaran bulanan.. Kalau perbezaan dalam RM100-RM150 sebulan untuk bayaran bulanan, eloklah ambik kereta baru.. Sebabnya kereta second-hand ni kalau bernasib baik, okla.. Kena asyik rosak saja, jenuh jugak laa..

Tips 2:
Check geran yang original daripada kedai used-car tu.. Kalau takdak original, yang photostat pun ok jugak.. Kenalpasti berapa owner kereta tu.. Kalau kereta berumur 1-3 tahun dan 1 owner, ok la.. Tapi kalau beli kereta second-hand yang umur kereta 5 tahun ke bawah, pada kebiasaannya condition masih OK.. Dah puas tengok geran, boleh la pi buat test-drive...

Tips 3:
Kalau ada kwn-kwn yang mekanik, lagi lah elok.. Bukan lah suruh check details sangat, cuma nak gertak tokey kedai tu saja.. Kalau kita buat-buat mcm pandai, tokey kedai used-car tu pun akan hati-hati dengan kita.. Test la dari segi enjin, check sama ada pernah accident atau tak, check milage, kebersihan kusyen, keadaan bunga tayar, fungsi semua lampu signal dan seangkatan dengannya.. Kesimpulannya, check la semua sekali yang ada pada badan kereta tu.. Tapi kalau berhajat cuma nak tengok2 saja, tak payah la check beriya-iya sangat.. Hahaha.. Mcm Proton Saga bapak aku, aku check sekali imbas saja sebab aku nampak keadaan kereta tu sangat bagus..

Tips 4:
Kalau dah puas hati, boleh duduk dan bincang dengan salesman.. Bab pengiraan sangat lah penting.. Kita kena kawal duit yang akan kita keluarkan walaupun RM1.. Sebabnya salesman used-car ni ada pelbagai kaedah dan strategi untuk menyimpang duit kita.. Sebagai contoh, harga kereta yang dia bgtau kita tu bukannya harga ON THE ROAD.. Kalau dia letak harga kereta RM20,000.00, pada kebiasaannya, dia akan up lagi RM1,500.00 lebih kurang.. Untuk charge apa? Dia akan buat calculation insurans ( OK ), pastu PUSPAKOM (+-RM150.00), padahal kalau kita pi sendiri baru RM40.00... Tak apalah sebab dia nak bagi jugak runner dia dan maybe ada charge tersembunyi untuk PUSPAKOM.. Yang seterusnya dia charge agremeent fee dalam RM350.00 tak salah aku.. Seterusnya dia charge tukar nama RM300.00.. Jadi, semua charge tambahan tadi adalah sebenarnya sebagai keuntungan used-car tu saja.. Dlm erti kata lain depa punya income tambahan la untuk syarikat.. Ok.. Untuk tak mudah terpedaya, bagi kereta-kereta second-hand yang harga RM50,000 ke bawah, anda boleh buat anggaran charge tambahan dari used car ni.. Kalau harga kereta RM20,000.00, tambah lah lagi dalam RM1500.00 untuk kos insurans dan lain-lain.. Kalau used-car tu charge lebih dari RM1500.00, eloklah angkat kaki..



Ada jugak used-car yang licik.. Depa iklan dalam mudah.com dgn harga yang murah.. Tapi depa akan mark-up kot pengiraan insurans dan kos-kos tambahan yang aku sebut tadi.. So, janganlah tertipu dengan used-car ni.. Sebagai contoh, masa bapak aku pi tengok 1 lagi Proton Saga BLM (Thn 2008) di Penang, dia letak harga RM18,000.. Tapi dia charge insurans + kos-kos lain = RM2,500.00.. Jadi harga kereta tu ON THE ROAD = RM20,500.00.. Tapi kereta Proton Saga yang bapak aku ambik ni Tahun 2009.. Harg RM19,000.00 + RM1,500.00 insurans + kos lain2 = RM20,500 jugak.. Dapat kereta Tahun 2009... So, used-car memang licik nak pekena kita.. Berhati-hatilah..

Tips 5:
Dah pekenan sangat2 dah kat kereta tu, bolehlah bayar booking fee dalam RM100 - 200 bergantung kat kedai la.. Kalau kedai diam, kita tak payah la bawak keluar duit booking.. Biaq la dia masuk loan dulu..
Kalau lepas 3 hari loan dah lulus, ok.. Buat bayaran deposit sikit.. Dalam RM500.00 untuk used-car rolling urusan depa la.. Kalau kata beli cash, tunggu semua setel baru bayar habis.. Begitu jugak kalau ada downpayment.. Bayar duit muka tu masa hari nak bawak keluar kereta.. Jangan bayar awal-awal kecuali duit hangpa dah banyak sangat laa..

AKhir sekali, pulanglah ke rumah dengan kereta baru anda beli.. Bawalah anak-anak dan isteri naik kereta baru..

Semoga catatan ringkas aku ni serba-sedikit dapat membantu anda membuat perancangan sebelum membeli kereta terpakai.

Sekian.

Monday, 22 September 2014

Ustaz Muhammad Kazim Elias @ Dataran Nilai

Alhamdulillah.. Pada 19hb September lepas, dapat jugak dengar ceramah perdana Ustaz Kazim Elias (UKE) yang diadakan di Dataran Nilai. Majlis dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Nilai. Kredit untuk MPN. Tahniah..

AKu rasa cecah jugak 5000 orang yang hadir nak dengar ceramah UKE sebab UKE melontarkan ceramahnya dengan gaya bersahaja.. Pelbagai ilmu yang disampai oleh UKE dalam masa 1jam 30minit tu.. Terima kasih kepada Ustaz Kazim Elias kerana sudi turun Nilai menyampai ceramah perdana. Semoga boleh datang lagi. InshaAllah..

Sedikit gambar sempat diambil menggunakan kamera amatur.. -)



Buletin 3 @ KRT Perdana College Heights

Assalamualaikum wbt...



Entry ni difokuskan kepada seluruh warga Perdana College Heights (PCH) termasuk Suria Residences yang termasuk dalam persempadanan KRT Perdana College Heights.

Beberapa perkara yang akan sy update kepada pembaca blog saya yang tinggal di PCH dan juga sy yakin anda merupakan silent reader disini. Blog ini adalah catatan peribadi saya yang secara tak langsung memberikan informasi kepada anda. Selain daripada blog ini, pihak KRT PCH juga menggunakan beberapa medium laman sosial seperti Facebook , Whatsapp, Telegram Messenger dan seangkatan dengannya.

Kami Bermula Di Sini.....................
Perkara 1:
Hari ni, dlm whatsaap PCH, penduduk memaklumkan kualiti air sejak akhir-akhir ini kurang baik (kekuningan).. Memang betul.. Air kurang jernih sejak kebelakangan ni. Jam 12.05pm tadi, sy telah sms kepada Pengurus Besar Bahagian Operasi SAINS, En. Nazri memaklumkan permasalahan. Sms telah diforwadkan kpd Menteri Besar N.Sembilan yang bertujuan untuk mempercepatkan proses aduan. Alhamdulillah.. pihak SAINS memberikan respon yang baik dimana antara jam 2 - 5 pm kakitangan SAINS telah membuat flushing ( membersihkan kolam tangki air utama ). Sampel air juga telah diambil drpd rumah Tuan Hj. Azmi dan bacaan telah menunjukkan penurunan kekeruhan. Alhamdulillah.. Selesai satu perkara.. Terima kasih kpd pengurusan SAINS.

MMS dibawah adalah jawapan reply daripada Menteri Besar, YAB Dato Seri Tok Mat tentang keadaan air di kawasan Nilai..



Perkara 2:
Hari ni juga telah sy dapatkan respon tentang begitu lama tiada rondaan anggota polis di PCH. Setelah sms OCS Balai Polis Mantin, sy dihubungi oleh ASP Tuan Rashid memaklumkan bahawa hampir 2 minggu balai TIADA kenderaan peronda (MPV). Banyak MPV sedang diselenggara. Walaubagaimanapun, terdapat 5-6 orang SB ( Special Branch ) yang membuat rondaan berkereta dan bermotosikal di sekitar PCH. ASP Rashid memaklumkan rondaan MPV akan bergerak seperti biasa setelah masalah selesai. Selesai satu perkara.

Perkara 3:
Untuk makluman warga PCH juga, utk tahun 2014 ini geran KRT daripada Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional masih belum dimasukkan ke akaun KRT diatas kesilapan teknikal di peringkat daerah. Oleh yang demikian, semua aktiviti & program dibekukan sehingga geran tersebut dikreditkan. Walaubagaimanapun, bermula Januari, pihak KRT telah menjalankan beberapa aktviti seperti Pertandingan Boling Tertutup PCH, Program Gotong-Royong, Kelas Memasak ( Jiran Wanita ), Majlis Berbuka Puasa, Program Kacau Bubur Lambuk.. Alhamdulillah berjaya dijalankan semua program ini. Anda, warga PCH janganlah segan-segan untuk mengikuti semua aktiviti yang dirancang kerana semuanya untuk kemasyarakatan kita. Aktif bermasyarakat dapat mengeratkan silaturrahim juga merupakan satu amalan yang mulia disisi Allah SWT.

Perkara 4:
KRT PCH pernah membuat permohonan mendirikan sebuah dewan komuniti kepada MPN pada 2010. Setelah 4 tahun berlalu, masih negatif. Jika anda nampak papan tanda mendirikan sebuah dewan serbaguna di Batang Benar, pihak komuniti Batang Benar juga mungkin pernah memohon suatu ketika dahulu kerana mereka terlebih dahulu wujud sebelum PCH. InshaAllah Dewan Komuniti @ Perdana College Heights akan muncul beberapa tahun lagi.

Perkara 5:
Marilah sama-sama kita beramai-ramai mengimarahkan surau kita iaitu Surau Al-Falah @ Perdana College Heights. Bermula langkah pertama akan disusuli langkah kedua dan seterusnya walaupun langkah kita hanya seminggu sekali.. InshaAllah...

Sebarang pertanyaan atau kemushkilan, boleh menghubungi saya melalai emel saya : anuar.krtpch@gmail.com...

Sekian.

Best regards,
Cikgu Anuar
Pengerusi @ KRT Perdana College Heights.


Saturday, 20 September 2014

SABTU Tanpa Kata-Kata

Pemegang Pingat Emas Pertandingan Bina Perut Sukan Komenwel 1998 (baju oren tu)