Saturday, 20 September 2014

Projek Cat Rumah Aku @ Perdana College Heights

Assalamualaikum..wbt..

Mengarang ceghita dalam blog ni memang kena ada mood.. Kalau tak mengarang, memanjang senyappp.. Kalau dah mula mengarang story, memanjang nak berceghita.. 

Ni nak cerita tentang rumah aku yang dimodified sikit.. 

Disebabkan nakkan mood baru, lepas discuss dengan CikIsteri, kami decide untuk cat rumah.. Last aku cat rumah sebelum aku masuk rumah ni dalam bulan Julai 2007.. Maknanya, dah 7 tahun tak cat la.. Nak kata dah buruk, idok lah jugak.. Cuma saja nak ambik mood baru.. Sebelum-sebelum ni ada jugak survey nak pasang wall paper.. Tapi lepas 28x buat calculation, tak payah la.. Mau beribu-ribu RM jugaklah kalau nak bagi nampak elok.. Lebih baik lah aku mengecat sendiri.. Ada jugak tanya Wak Indon utk upah mengecat.. Punyalah demand Indon sekarang ni.. Upah cat sahaja untuk ruang tamu, dapur sikit & laluan tangga, dia nak charge aku RM700.00... Gila ka apa ka?? Baik aku cat sendiri.. Duit upah tu aku boleh buat mcm-mcm benda lagi.. 

Projek mengecat rumah ni dah mula sebelum raya lagi.. Cuma aku tak sempat nak tulis dalam blog ni.. Bermula dengan ruang tamu, aku cat dapur.. Last sekali bahagian laluan tangga.. Untuk keseluruhan ni saja, aku ambik masa dalam 3-4 hari.. Itu termasuk kerja over-time sampai jam 2.00am... Hahaha.. Dengan bermodalkan dalam RM250.00, aku dapat belikan cat 5 liter 2 tong ( 2 warna ).. Pastu topup beli berus, dan lain-lain.. Tenaga aku, bayarannya RM0.00... Selamat duit aku daripada bagi upah orang.. Bukan susah sangat nak mengecat ni.. Cuma perlukan kekuatan mental & fizikal.. Kekuatan mental tu maksudnya tahap kesabaran kita dok tunggu, bilalah nak siap cat semuanya niii.. Kekuatan fizikal pulak, urusan menonyoh dinding dengan roller tu.. Fuh.. Berbinau jugak la bijik mata.. Ok.. Yang tadi semuanya aku buat sebelum bulan puasa.. Jadi, inilah hasilnya........................

Dah setel... Lega dok ada..



Dalam cuti sekolah la ni, aku cari lagi keja.. Akhirnya aku cat pulak dalam master bedroom.. Sebenaqnya bukan la rajin sangat, tp mengenangkan balance cat yang dok simpan saja, baik aku clearkan.. Cat bilik ni memang ambik masa sebab, hasil discussion dgn CikIsteri, kami ambik keputusan nak cat belang-belang.. Kalau dari jarak 100m, nampaklah mcm wall paper.. Tapi hakikatnya bukan.. Hahahaha.. Mcm Hagemaru pulak..

OK TAK??

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT.. Aku dan famili aku ada tempat berteduh daripada hujan dan panas.. Selesa betoi dok rumah sendiri.. Alhamdulillah.. 





Friday, 19 September 2014

Makan @ Ikan Bakar Bagan Lalang

Assalamualaikum..

Kesibukkan tugas aku menyebabkan dah bersawang blog aku ni.. -)




Teringin makan ikan bakar?? Kalau duduk kat Nilai ni, tempat nak makan ikan bakar yang terhampir tak lain tak bukan ialah Bagan Lalang.. Walaupun harganya memang mahal kalau dibandingkan dengan ikan bakar di Pulau Pinang dan di Jeram, Selangor.. Ikan siakap saja dah RM55/kg.. Kalau seekoq mau jugak RM35 ke atas.. Kesimpulannya sekali duduk mau jugak RM60-70 untuk aku 3 beranak..

Dalam tahun ni, aku dah 3 kali try makan kat satu kedai makan yang bernama Restoran Ikan Bakar D'Bagan.. Aku memang rekeman kan kalau sapa2 nak pi makan, cari kedai ni.. Lokasinya.. Sebelum sampai tepi laut, mesti jumpa restoran ni dulu.. Sebabnya kebanyakkan restoran ikan bakar lain semuanya tepi laut.. Restoran ni sebelah kiri dalam 300m sebelum sampai tepi laut @ Bagan Lalang tu.. 

Pasai apa aku rekemankan kedai ni?? 1) Bersih.. Memang bersih.. 2) Harga memang sama tapi kuantitinya rasa aku lebih baik jika dibandingkan dengan kedai Wxx Lxx yang selalu aku makan.. Contohnya sotong goreng tepung, memang anggaran jumlahnya sama seperti yang kita pilih.. 3) Aman dan tenang.. 4) Rasanya memang sedap sedap kedai ni orangnya tak ramai ( sebab baru buka ).. 





Aku dulu memang suka makan di satu restoran ni.. Aku namakan restoran ikan bakar X.. Tapi sejak kebelakangan ni, aku rasa tak puas hati dengan service dia.. Terutamanya bab kuantiti.. Tapi tak kesah sangat.. Tapi dalam bulan puasa haritu, dia menipu aku bab pengiraan.. Hati aku sebenaqnya memang tak lah kesah sangat sebab aku boleh pi argue dia.. Tapi memang cashiernya tak rasa bersalah langsung... MINTA MAAF dengan aku pun TIDAK.. Memang teruk!!!! Bukan sikit bezanya, sampai berbelas-belas ringgit jugak lah.. Start dari tu,aku BOIKOT kedai tu...

So, kepada rakan-rakan pembaca blog aku ni, aku suggestkan ke Restoran Ikan Bakar D'Bagan @ Bagan Lalang untuk dapatkan keselesaan dalam menikmati ikan bakar anda...


Monday, 1 September 2014

Kisah September..

Assalamualaikum..


Ogos 2014 dah meninggalkan kita.. 2 peristiwa yang pasti aku kenang forever.. 

Pertama : Tarikh lahir aku.. 29hb OGOS... 

Kedua : Tarikh arwah ibu aku meninggal dunia .. 14hb OGOS 2013...

Kini, dah masuk bulan September.. masih lagi ada beberapa tarikh penting yang pasti jugak akan aku kenang sampai bila-bila..

Pertama : Tarikh aku menikah .. 29hb SEPTEMBER 2002

Kedua : Tarikh aku bertunang .. 30hb SEPTEMBER 2001

Ketiga : Tarikh arwah ayah mertua aku meninggal dunia .. 24hb SEPTEMBER 2003

Aku berdoa kepada Allah SWT agar bulan SEPTEMBER Tahun 2014 ni akan memberikan hari ingatan untuk hari-hari bahagia aku bersama keluarga aku.. Insha Allah.. 

Sunday, 31 August 2014

Sejarah Beli Rumah @ Perdana College Heights

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-57.. Alhamdulillah kita dilahirkan ditanah air yang aman dan harmoni.. Boleh kerja dgn selesa.. Makan dengan selesa.. Tidoq dengan selesa.. Ke sana ke sini dengan selesa.. Sama-sama lah kita kekalkan kebahagiaan ini untuk masa mendatang.. Insha Allah..

Ni la flyers yang menambat jiwa aku.. Huhuhu


Baru ni saja selak-selak fail masa dulu beli rumah yang aku tinggal la ni.. Teringat kembali sejarah 8 tahun lepas.. Aku beli rumah di Perdana College Heights pada bulan April 2006. Bukan berhajat pun nak beli rumah, cuma bila lalu jalan Pajam ni, nampak projek yang pemaju nya Seri Pajam Development.. Singgah bertanya.. RUmah yang dibuat oleh Seri Pajam ni memang cantik design nya.. Masa aku beli, LEKAS Highway masih lagi tanah merah.. Dengan harga yang sangat berbaloi, aku beli rumah aku ni dengan harga RM131,100.00 masa tahun 2006 tu la.. Murah tak?? Sangat murah.. Keluasan lantai 1560 sqf memang puas hati la jugak.. Dengan 4 bilik 3 bilik air, terasa sangat bersyukur dapat tinggal di kediaman sendiri.. Masa tahun 2006 tu, aku hanya layak buat pinjaman kerajaan RM130,000.00.. Kira OK la.. 

@ RUmahku Syurga Duniawi..


Hari ni, 2014.. Sapa yang nak beli rumah Seri Pajam Development, memang sangat mahal.. Bukan sebab Seri Pajam jual mahal, tapi memang nilai hartanah di sekitar NILAI dan MANTIN ni dah naik sangat.. Ada rakan aku yang baru-baru ni membuat penilaian untuk rumah dia yang sama dengan rumah aku.. Bank berani up hingga RM290,000 harga rumah dia.. Fuh.. Kalau aku tau, aku bungkuskan 5 unit rumah mcm aku ni masa beli dulu-dulu..  Baru-baru ni aku nampak signboard projek perumahan Seri Pajam @ Nada Alam, di tulis HARGA DARI RM565,XXX.00 kalau tak silap aku.. Tapi dia tulis jugak KELUASAN MAKSIMUM 2882 sqf... Sangat BIJAK.. Paham-paham sendiri la maksudnya.. 

Seri Pajam ni kalau kita nak beli rumah, tak cukup tanah dia berlari mengejar kita.. Tapi dalam urusan nak support komuniti Perdana College Heights terutamanya team aku ni yang boleh dikatakan Generasi Pertama @ Perdana College Heights, kalau boleh dia nak larikan diri saja.. Ada permohonan kami Team KRT Perdana College Heights yang masih pending tanpa apa2 keputusan.. Kalau aku sms nak beli rumah @ Nada Alam 2 unit, cornfirm sejam kemudian sampai depan rumah aku.. Itu la .....

Ni rumah di Taman Mulia.. berdepan dgn taman aku.. Murah tak??? Ni masa 2006 la.. 

Apapun, kepada bakal-bakal pembeli rumah, sebelum beli rumah, buatlah research seadanya untuk kebaikan jangka masa panjang.. Sekian

Thursday, 14 August 2014

Felda Soeharto Yang Tenang..




Rasa rileks dan tenang bila balik Felda Soeharto rumah mak mentua aku.. Dengan suasana yang aman damai, memang kool... Mungkinkah suatu masa nanti aku bersama famili aku akan menetap di sini? Wallahualam.. 

Tapi aku suka dengan keadaan dan suasana di Felda Soeharto.. Mcm rumah mak mentua aku, landskap memang terbaekk.. Dengan adanya pokok durian, pokok buah cempedak, pokok buah rambutan.. Memang best.. Dulu masa arwah pak mentua aku ada, arwah lah yang tanam pokok-pokok tu.. La ni dia dah takdak, baru la nak berbuah.. Pak mentua aku dah meninggal 11 tahun lepas.. Aku cuma sempat setahun saja dengan pak mentua aku lepas aku bernikah.. Al-Fatihah untuk pak mentua aku...




365 Hari Kembalinya Ibu Ku Menghadap Ilahi



Hari ni genap 365 hari perginya ibu aku menghadap panggilan Ilahi.. Masih terbayang wajah ibuku, masih terngiang-ngiang ucapan salam ibuku tatkala aku menelefon ibu ku.. Allah lebih menyayanginya.. Tanggal 14hb Ogos 2013 tahun lalu, jam 10.15am, ibuku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Parit Buntar akibat masalah paru-paru yang dihidapinya sejak bertahun lamanya..

Aku redha dengan ketentuan Ilahi sebab kadang-kadang sebagai anak, aku dapat merasakan kesakitan yang cuba ditahan sepanjang riwayat ibuku.. Walaubagaimanapun, sehingga hari ni, menitis jugak air mata kalau teringatkan jasa dan pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anaknya.. 

Akhir kata, aku mendoakan kesejahteraan ibuku di sana.. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa ibu dan menempatkannya dikalangan orang-orang yang beriman disisi-Nya.. 

Ya Allah Ya Tuhanku.. Cucurilah rahmat ke atas roh ibuku di sana.. Amin


Wednesday, 6 August 2014

Perkhidmatan MAYBANK @ Tanjong Malim Yang Sangat Teruk

Assalamualaikum..



Hari ni cuma nak berkongsi cerita tentang Maybank Cawangan Tanjong Malim. Aku ni dah lama dah jadi pelanggan Maybank.. Sejak keja kilang BOSCH di Penang tahun 90-an dulu aku dah bukak akaun Maybank.. Sehingga hari ni aku selesa menggunakan perkhidmatan Maybank terutamanya online banking.. Bagus betul Maybank.. Ikhlas ni..

Cuma pada 01.08.2014 hari Jumaat raya ke-5 minggu lepas, aku sangat panas hati Maybank cawangan Tanjong Malim.. Tujuan aku ke Maybank Tanjong Malim tu sebab wife aku nak tolong mak mentua aku mohon kad ATM ( akaun dah ada dah ) sebab selama ni dok pakai buku bank leceh kalau emergency nak pakai duit.. Okey.. Aku nak start ceghita..

Jam 2.20pm wife aku dengan mak dia dah masuk ke kaunter untuk ambik number.. Utk buat kad ATM, tempatnya tak sama dengan urusan withdraw duit ka atau lain-lain.. Kalau urusan lain, ada sorang staf akan picit number untuk pelanggan.. Utk mohon kad ATM, number dia special sikit sebab guna kad manila yang dipotong segi empat.. Ah.. Tak kisah la.. Mak mentua aku dapat number 20. Ok la.. Kena berdiri pulak sebab kerusi untuk menunggu ada 8 unit sahaja kat area tu.. Dalam 15 minit tunggu, aku dengaq staff kaunter tu panggil "NOMBOR 6".... Phuhhh.. Manual tu.. Tak kesah lagi la.. Yang aku nampak, ada 2 kaunter yang aktif panggil customer.. ada lagi 3 kaunter sebelah kiri tu, ada ja staf nya, aku tak tau la depa buat apa.. Tunggu punya tunggu.. Punya la lamaaaaaa.. Aku dah mula panas hati.. Dari satu number nak ke satu number, ambik masa sampai 20 - 30 minit.. Apa ni..??? Aku dah mula nak tanya la staff yang tercongok bagi number kat customer tu.. Tp wife aku kata, sabaqq... Untuk info, akhirnya number mak mentua aku tu dipanggil jam 4.10petang.. Sampai pintu masuk ke bank pun dah dikunci oleh Tuan Jaga pun masih tak panggil lagi.. Punya la teruk Maybank Tanjong Malim niii.. Mentang-mentang la lokasi area kampung, berani hangpa buat keja LEMBABBBB!! Cuba kat Lembah Klang.. Sah dah kena maki punya.. Selesai urusan dalam 4.25pm.. Itu pun nasib baik lah banyak number yang dipanggil tu customernya dah hilang sebab meluat kena tunggu lama kot.. Kalau dak, aku rasa mau jam 5pm baru selesai... Memang tak patut Maybank ada staf yang mcm ni.. 

Cuba la hangpa bayangkan, tak ka gila namanya?? Mak mentua aku tu umuq dia dah 65 tahun.. Patutnya bila nampak warga emas, tolonglah buat sesuatu untuk mempercepatkan.. Dah la lembab, kot la masa mak mentua aku tu pi kaunter, staf nak kata MINTA MAAF MAKCIK, TERPAKSA TUNGGU LAMA... Mampuih la depa nak bersopan-santun mcm tu.. Secara kesimpulannya, aku sangat tidak berpuashati dengan perkhidmatan Maybank Cawangan Tanjong Malim, Perak.. Branch Manager pun tak alert.. Sepatutnya Branch Manager pantau aktiviti staff.. Oooo.. Masih cuti Raya kot.. Wpun cuti, mesti la ada yang cover.. Kalau dah rasa lembab buat keja, sediakanlah kerusi tu banyak-banyak, takdak la pelanggan berdiri lama.. Buat malu nama Maybank saja.. Maybank yang dah establish ni boleh lingkup kalau ada staff yg mcm ni dengan jumlah yang ramai.. 

Aku tak pernah nak marah dengan Maybank cawangan2 lain yang pernah aku dapatkan perkhidmatan.. Mcm di Nilai dan Mantin, bagus.. Cepat.. Aku harap kalau ada staff Maybank yang baca cerita aku ni tak pulak melenting.. Sebab aku bercakap based on fact.. Pengalaman.. Takkan lah nak mohon Kad ATM sampai 2 jam 05 minit nak menunggu.. Sangat tak patut.. 

Sapa yang marah tu, sempena Hari Raya Aidilfitri ni, aku minta maaf zahir dan batin..

Sekian.