Monday, 11 November 2013

Kedai Makan Paling Tak Sedap @ BBST

Assalamualaikum.. Moga2 hari ini lebih baik dari hari semalam untuk kita semua..



Hari ni aku just nak share tentang satu kedai makan kat Bandar Baru Salak Tinggi (BBST).. Yang bagi aku memang salah satu kedai makan yang paling tak sedap aku makan dalam sejarah hidup aku.. Hahaha.. Lokasinya terletak di deretan kedai makan sebelah kiri selepas kita masuk simpang nak ke BBST.. 

Sebenaqnya aku dah try pi sekali kedai tu sebab teringin nak makan sate.. Nak pi Sate Kajang Samuri sebab dah selalu sangat.. So, nak jugak try sate yg panas-panas baru naik dari pemanggangnya.. Sate kat situ bagi aku OK la walaupun harganya RM0.80 secucuk.. (mahal la tu kan..).. Tapi tak pa lah.. Janji rasanya OK laa.. Selepas 3 hari, aku pi balik kedai makan tu sebab nak dinner kat situ.. Ingatkan sate sedap makanan lain pun sedap lah.. Dengan dalam banyak2 kedai kat deretan tu, kedai dia lah yang paling ramai manusia.. penuh umat kat situ.. Lepas order, lama jugak nak sampai makanan tu.. Kalau lambat takpa lah janji makanan yang aku order tu sedap.. Tapi bila sampai ja makanan aku.. Nasi putih + daging masak merah.. Phuii.. Hampeh mcm ayaq kuah dia.. aku tengok pada mata kasaq aku pun dah agak dah.. Mesti tak sedap.. Lepas sesuap masuk mulut, COMPOM... tak sedap langsung.. Aku makan buat dalam sejarah jugak, TAK HABIH... Huh!! Memang teruk punya kedai makan.. Dia ingat nak bagi makan kambing kaa?? Apa lah manusia yang mcm ni pun ada kat muka bumi Allah ni.. Tak bersyukur langsung dengan nikmat yang Allah berikan.. Masaklah dengan sempurna sikit.. Dengan tawar nam mampuih.. Dengan tak rasa apa langsung.. Dasyat betoi manusia.. Anak aku punya order Nasi Goreng Udang pun sama.. Hampeh.. Tak habis anak aku makan.. Wife aku order bihun goreng.. Lepas 25 minit makanan aku & anak aku sampai, bihun goreng yang wife aku order haram tak sampai2.. Last sekali, cancel ja laa.. sebabnya kalau sampai pun COMPOM TAK SEDAP...

Wahai taukey kedai makan yang lotnya tengah2 sikit tu.. Berniaga lah dengan kasih sayang.. Bagitau lah tukang masak hang supaya masak lah seperti nak jamu anak-anak hang makan sendiri..Aku takmau la nak bgtau nama kedai makan tu.. Kang mengaibkan pulak.. 

Sekian..

Tuesday, 29 October 2013

Akademi Bola Sepak Fireball di Negeri Sembilan dan Selangor

Assalamualaikum wbt..



Hari ni nak mempromosikan Akademi Bola Sepak Fireball yang sehingga ke hari ini telah membuka 14 cawangan.. Tujuan akademi adalah untuk melatih peserta menguasai kemahiran asas dalam permainan bolasepak.. Dan sekiranya peserta Fireball memiliki bakat semualajadi dan layak untuk diketengahkan, pihak pengurusan akademi akan membuat pemilihan bagi peserta untuk mewakili pasukan elit Fireball bagi menyertai tournament yang besar..

Berikut adalah cawangan yang ada:

1) Nilai, Negeri Sembilan
2) Semarak, Nilai, Negeri Sembilan
3) Putrajaya Presint 14, Putrajaya
4) Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
5) Taman Permata, Gombak, Selangor
6) Bandar Baru Bangi, Selangor
7) Seremban 2, Negeri Sembilan
8) Ampangan, Negeri Sembilan
9) Taman Tunku Jaafar, Negeri Sembilan
10) Sungai Pelek, Selangor
11) Beranang, Selangor
12) Seremban @ SK St. Paul, Negeri Sembilan
13) Kompleks KLIA, Negeri Sembilan
14) Putra Perdana, Puchong, Selangor

Bola & Equipment berkualiti yang digunakan..

Klinik Bolasepak @ SK Bandar Tasik Kesuma, Beranang

Kepada yang berminat untuk menyertai Akademi Bola Sepak Firebal, bolehlah mengubungi saya di talian 019.2526444 (untuk center Nilai, Semarak, Seremban 2, Beranang)... Yuran Bulanan cuma RM50.00 sahaja..

JOM BOLA!!!!!!


Thursday, 10 October 2013

Mood Berblogger Kian Pudar

Assalamualaikum wbt..

Tkasih En.Google


Rasanya dah lama tak update story dalam diari aku ni.. Entah pasai apa ntah mood untuk berblogger ni dah semakin pudar rasanya.. Aku harap aktiviti post entry takkan terus luput ditelan laptop aku ni.. Sebenarnya seronok bercerita, berkongsi, berinteraksi dengan rakan2 dalam blog.. Cuma kadang2 masa membataskan aktiviti menambahkan entry.. 

InsyaAllah aku akan dapatkan kembali semangat untuk terus menulis dalam blog aku ni..

Sekian..

Friday, 6 September 2013

Aircond York Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum w.b.t..

Rasanya dah lama tak masukkan post untuk diceritakan.. Mungkin sebab mood untuk terus berblogger sepi seketika selepas pemergian ibu aku yang tercinta.. InsyaAllah.. Aku akan kembali menulis dalam diari maya ni untuk koleksi peribadi dan sama-sama kita dapat berkongsi mengikut citarasa masing-masing..

Hari ni aku nak berkongsi dengan semua tentang aircond York.. Aku salah seorang pengguna aircond York sejak tahun 2004.. Masa tu masih duduk di Sri Petaling.. Aku cuma nak berkongsi kualiti aircond York keluaran sekarang dengan kualiti York masa aku beli tahun 2004 dulu.. Bulan April 2013 lepas, aku beli aircond York 1.0HP baru untuk gantikan aircond York aku yang lama.. Aircond York yang lama ni aku dah gunakan sejak September 2004 sampai ke bulan April 2013.. Dah berapa tahun tu? Dah 8 tahun 6 bulan lebih kurang.. Jadi, agak berpuashati la dengan yang dulu.. Aku cerita yang aircond lama dulu ok.. Sepanjang aku guna York lama, aku cuma service kalau tak salah aku dalam 3-4 kali sahaja.. Masa di Sri Petaling, aku tak pernah service langsung sejak September 2004 sampai la aku berpindah ke Pajam ni iaitu bulan Julai 2007.. Masa aku nak bukak aircond di rumah Sri Petaling tu, baru la aku suruh orang tu service dan pasang di rumah baru aku di Pajam (yang aku duduk la ni laa).. Maknanya, 3 tahun tak payah service.. Penggunaan aku pun kira dasyat jugak la.. Sehari = 8-10 jam aku bukak aircond tu.. Jadi, kesimpulannya, aircond York yang lama tu memang berkualiti.. Untuk makluman, sampai ke hari ni aku masih gunakan lagi aircond tu. Aku dah transfer aircond tu ke ruang tamu di bawah.. Sejukkkk lagi sampai ke hari ni.. Gambar nya di bawah niii...


Masih hebat bekerja..
Okla.. Itu cerita aircond York lama.. Aku bagi 4/5 bintang.. Ha.. La ni aku nak berkongsi tentang aircond York yang baru aku beli bulan April 2013.. Harga siap pasang tak sampai RM1,000.. Ok la tu.. Aircond ni aku pasang di master bedroom.. Sepanjang aku beli, sampai la bulan posa lepas, dah 2 kali aku bersihkan filter sendiri.. Sebab apa? Sebab aku dengar angin nak keluar pun dah tersemput-semput.. Sejuknya ada, cuma angin tak berapa nak boleh keluar dengan power.. masa pakai dalam sebulan lebih, tak dinafikan kekuatan angin.. Bukak ja pintu bilik, angin dia sampai ke muka aku terasa bak kata flyersnya la.. Boleh mencecah 6 meter anginnya.. Tapi selepas ja pakai dalam 3 bulan lebih, memang dah tak power.. Paling ketara masa lepas raya.. Angin langsung perlahan sangat.. Kalau bukak fan nombor 1, lagi mcm kita off aircond tu.. Dengan hati yang membara, aku terus komplen ke Kedai Weng Hub Elektrik tempat aku beli aircond.. Masa aku kol hari Jumaat petang.. Dia kata akan faks komplen hari Isnin.. Okla.. Smabil2 tu, aku jugak buat komplen online direct ke website York.. Hari Isnin pagi terus Customer Service York dari Seremban call aku.. So, aku bgtau la apa jenis masalah dan terus buat appointment... Hari Selasa petang technician York datang rumah.. Dia pun check.. Memang didapati blower bahagian dalam indoor part dah banyak habuk.. Penuh habuk.. Huh.. Aku kata dengan technician tu, kalau mcm ni punya masalah, lagi 4 bulan saya komplen lagi laa.. So, techincian tu pun buat la kerja dia walaupun, masalah habuk ni bukan masalah dia.. Sepatutnya, dia charge.. Aku buat pekak ja.. Ikutkan aku, mau ja aku komplen lagi dengan York ni.... Eloklah la aircond aku sampai ke hari ni.. Alhamdulillah.. Gambar dibawah ni aircond York yang aku beli April 2013...

Aircond baru tapi ....





Kesimpulannya.. bagi aku secara peribadi.. Keluaran York dulu lebih baik berbanding sekarang.. Perlu ada research yang menyeluruh untuk memberikan kepuasan yang sempurna kepada pelanggan.. Aku sebagai salah seorang pengguna York, sebenarnya yakin dengan kualiti York sehinggakan aku merekemankan kawan2 aku untuk guna York sebagai aircond dirumah depa.. Tapi, bila dah jadi mcm ni, aku punya keyakinan agak terhakis.. Apapun, kita tunggu lagi 4 bulan.. -)

Hari ke-24 Perginya Ibu Ku

Assalamualaikum w.b.t..



Hari ni genap 24 hari ibuku pergi mengadap Ilahi.. Kehilangannya masih aku terasa.. Walaupun sebelum ni aku tinggal jauh beratus kilometer, kerinduan terhadap ibu aku dapat dihilangkan bila aku menelefonnya.. Bertanya khabar nya.. Namun, kini dah tak dak lagi kedengaran suara ibu aku.. Teringat aku masa aku sekolah menengah dulu, kalau bapak aku tak ada (ke laut), setiap hujung minggu jam 5.00am aku dengan mak aku akan menghantar bungkusan nasi lemak untuk dijual oleh seorang saudara mak aku.. Kami naik basikal seorang satu ke Kampung Batu Maung.. Itulah kesusahan kami dulu.. 

Sebagai anak, aku akan terus memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga mak ditempatkan didalam golongan orang-orang yang solehah.. InsyaAllah..

Tuesday, 20 August 2013

Majlis Tahlil Untuk Arwah Ibuku Malam Ke-7

Alhamdulillah..



Baru saja balik dari Majlis Tahlil untuk arwah ibuku yang malam ni masuk malam yang ke-7.. Tahlil malam ni aku hanya buat di Surau Al-Falah, Perdana College Heights sebab ketidaksempatan menguruskan rumah kerana hari bekerja.. Aku ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ikmal Zaidi yang memimpin bacaan Yassin dan Tahlil.. Terima kasih jugak kepada Ustaz Talhah, Haji Zainal serta seluruh AJK Surau Al-Falah kerana membantu melancarkan majlis malam ni..

Semoga ibuku mendapat kesejahteraan dan kedamaian di 'sana'.. InsyaAllah...

Kenangan terakhir bersama arwah mak..

Sunday, 18 August 2013

7 Syawal... Perginya Ibuku Menyambut Panggilan Ilahi

Assalamualaikum w.b.t..

Sekalung Al-Fatihah untuk arwah ibuku Allahyarhamah Siti Maryam binti Hj. Ngah yang telah kembali ke rahmatullah pada 14hb Ogos 2013 bersamaan 7 Syawal 1434H jam 10.05am.. Ibuku menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Parit Buntar..

Al-Fatihah...



Memori 1 Syawal 1434H