Thursday, 7 February 2013

Terima kasih

Salam Khamis.. Esok lastday sekolah... pastu 9 hari cuti.. Yahoooooooooooooo..... Yang kena keja Rabu jangan jeles nooo.. -)



Nak masuk entry baru buat masa ni takdak modai.. Cuma entry ni aku nak ucapkan berbanyak terima kasih, nandri, tocey, tq buat ada blogger2 yang sudi mengomen dalam post2 aku yang tak seberapa niii.. Aku berblogger ni sekadar untuk menjadikan diari yang tak luput sampai ke cucu aku nanti.. At least depa boleh la tgk apa tok depa buat masa muda-muda dulu.. Hehehehe... 

Aku nak ucapkan terima kasih kat :
1. Anum
2. Ayu
3. Ena
4. AJ
5. Dan lain2 yang seangkatan dengannya..

Blog aku ni taklah sepopular blog2 rakan2 blogger yang lain.. Aku saja suka2 ja buat blog ni..Blog pun tak la semeriah kwn2.. Tapi aku tetap berbangga sebab berjaya ada diari internet sendiri untuk berkongsi maklumat dan cerita dengan Geng Bas Sekolah yang ada..  Kadang2 tengok balik entry2 dulu2 best jugak.. So, kepada Anum, Ayu, Ena, AJ dan lain2 aku ucapkan ribuan + jutaan terima kasih sebab sudi memenuhkan ruangan komen aku..

Sekian, happy holiday


Wednesday, 6 February 2013

Wordless Rabu #1


Kenangan..

Memori Genting Highland


Assalam.. (kalau kat Nilai ada 3 restoran yang namanya Restoran As-Salam).. hahaha

Hari ni saja nak imbas memori dulu-dulu.. Semalam masa naik keta, terdengar lagu ni.. Tajuknya Rayuan DI Puncak Genting (kumpulan Alleycats).. Hahaha.. First dating aku dgn wife aku masa tahun 1999 dulu kat Genting Highland la.. Hahaha.. Teringat kenangan dulu-dulu.. Dari Penang ke Tanjong Malim.. Disebabkan Tanjong Malim dah dekat dengan Genting Highland, maka terus la kami menuju ke Genting.. Aku sebelum tu pun belum pernah sampai Genting.. Amat teruja tuuu.. Hahaha.. 

Memang jiwang karat habis la aku dok mengayat bini aku.. Hehe.. Skrg, dah nak masuk tahun ke-11 perkahwinan aku.. Dikurniakan la seorang puteri kesayangan aku.. Tapi adik Dina belum ada rezeki lagi.. Mungkin akan datang kot dengan izin Allah.. 

Lagu ni aku tujukan khas buat isteriku, Noorahzianti Arif.. 

Semoga pertalian suami-isteri kami berkekalan hingga ke akhir hayat.... InsyaAllah..

Tuesday, 5 February 2013

Pandangan Politik Aku @ DUN Nilai Sempena Pilihanraya ke-13

Salam  untuk pagi Selasa..



Hari ni cuma berhajat nak memberi pandangan sikit pasai bab politik semasa yang ada di N.10 DUN Nilai.. Saja bagi pandangan sebab musim PRU-13 semakin dekat dah nii.. Aku boleh bagi pandangan la sebab aku salah sorang pengundi di DUN Nilai kali ni..

Terus terang aku nyatakan sokongan aku terhadap Barisan Nasional sebab sebagai bekas pemimpin masyarakat di kawasan aku, aku dpt lihat perkhidmatan yang dah diberikan oleh wakil BN. Bukan bercakap atas dasar emosi seperti dlm blog2 yang kebanyakan memberi komen mengikut emosi & imaginasi bukannya berasaskan fakta serta realiti... Kepada rakan2 yang bakal mengundi di DUN Nilai ni, berilah sokongan kepada BN yang berkemungkinan besar akan diwakili oleh Mr. Gan Chee Biow yang bagi aku seorang politician yang hebat dan berkerja bersungguh-sungguh demi masyarakat dan rakyat dibawah kawasan pentadbiran beliau. Aku dan rakan2 aku selalu duduk semeja dengan Mr. Gan lebih mengetahui percaturan dan apa yang telah dilaksanakan oleh beliau sepanjang aku kenalinya sejak 2008.. Bukan hari ni beliau bekerja kuat untuk merebut kerusi BN di Nilai, tetapi dah 4-5 tahun sejak BN tumbang di DUN Nilai..

Kenapa sekarang baru nak tunjuk muka?

Aku juga nak sentuh sikit pasai sorang lagi pesaing Mr. Gan yang turut mahukan namanya dalam BN DUN Nilai.. Dulu masa PRU 2008, calon BN Datuk A tumbang di tangan DAP.. Memang aku dimaklumkan oleh pemimpin2 UMNO Nilai, calon BN masa tu ni memang servis kurang memuaskan hati rakyat... Rakyat Nilai memang tolak dia.. La ni untuk PRU ke-13, sejak tahun lepas dia pulak lebih2 promote diri anak buah dia Mr. X.. Aku tak tau mcm mana servis Mr. X untuk rakyat DUN Nilai ni sebab aku sendiri belum pernah rasa perkhidmatan dr beliau.. Yang Datuk A ni sibuk-sibuk dok promote buat apa??? Kenapa bukan dari dulu?? Kenapa bila nak PRU baru nampak batang hidung??? Pemimpin yg mcm ni la kita tolak dia ke tepi.. Pemimpin mcm ni la yang menghancurkan Barisan Nasional.. Merata-rata dia masukkan muka dia, muka Yee dalam banner di sekitar Nilai.. Buat apa? Kenapa tahun 2012 dan 2013? Kenapa tak dari 2008 sejak BN kalah dulu.. Fikir-fikirkanlah wahai pengundi Nilai...

Kita sokong kuat kepada Mr. Gan Chee Biow untuk calon BN DUN Nilai.. Kita sama-sama memberikan kemenangan kepada BN yang berkemungkinan besar diwakili oleh Mr. Gan Chee Biow.. Kepada SB (Special Branch), kepada orang2 MB Tok Mat, kepada orang2 kanan YAB Dato Seri Chua Soi Lek.. Masukkanlah nama Mr. Gan Chee Biow.. Bukan membodek, tapi perkhidmatan yang berkualiti kita perlukan untuk rakyat NIlai..

Hidup BN.. Hidup BN...

Thursday, 31 January 2013

Selamat Datang FEBRUARI 2013

Salam Februari sat ja lagi..



Moga2 bulan Januari 2013 yang kita tinggalkan memberikan kenangan terbaik untuk diri sendiri, serta keluarga kerana ianya tak akan berulang lagi pada masa akan datang.. Kalau ada Januari pun Januari 2104 dan seterusnya..

Dengan harapan, Februari 2013 yang akan muncul sebentar saja lagi memberikan satu harapan baru untuk kita meneruskan kehidupan ini agar lebih baik daripada bulan sebelumnya.. InsyaAllah..

Antara BLOG & FACEBOOK

Salam..

 ATAU


Antara BLOG & FACEBOOK? Mana satu pilihan anda? Dulu aku ada akaun FB.. Tapi rasa2nya dengan berFB ni ada kebaikannya untuk tujuan tertentu.. Tapi yang lebihnya, dok buat dosa kering.. Hahaha.. itu pendapat aku saja laa.. Kalau ada yg kata FB terbaek, silakan... 

Blog bagi aku lebih kepada diari peribadi aku.. Bukan untuk Shock Off, sekadar berkongsi.. Dulu masa ada FB, tgk komen2 / post kwn2 nampak mcm lebih kepada sifat riak saja.. Kdg2 bila anak dia tak boleh tido pun masukkan dalam FB.. Apa tujuan noo? Mungkin dgn FB ni mudah kot.. Tu yg berjuta2 manusia suka berFB.. Kalau blog ni leceh sikit untuk komen dan sebagainya.. Ada jugak yang seolah-olah nak menjadi hero dalam FB Group.. Hakikatnya, tidak la sehebat mana pun.. Ada jugak yang tag kan begini - '@ Universal Studio, Singapura...' Untuk apa? nak bgtau org seluruh dunia dia tu pi Singapore.. Huhhh.. Itu bukan nak berkongsi, itu nak menunjuk2.. Itu la yg aku kata timbul dlm hati kecik tu sifat RIAK... Terpulang laa... Hahaha.. 

Kalau entry dlm blog, kita boleh sharing.. Kan Sharing tu Caring.. Kata wife aku laa.. Hahaha.. Contohnya, pi bercuti ke mana2, kita boleh masukkan hotel apa, harga berapa, kemudahan yang ada, dan sebagainya.. Kalau dlm FB ni biasanya dia bgtau dia tu pi ke mana-mana saja laaa.. No sharing.. Kan.?

Tambahan lagi, bagi aku yang tak berapa nak ceghedik bab komputer/internet la, berblogger ni kita uploadkan entry/post kita.. Sebab tu taip ja kat Google tu nanti boleh disearching.. Contoh kita taip 'Nak buat awning kayu'... Nanti dia keluaqnya listing dr blogspot atau apa2 laa.. Jadi, boleh la kita tengok... Kalau kita cerita bagai nak ghak tentang "awning kayu" sebagai contohnya saja dalam FB, cornfirm tak dapat search kan? So, mana lagi baik utk sharing? Yang bermaksud kita masukkan cerita dan gambar awning kayu tu hanya untuk bgtau kat kwn2 dah upgrade rumah.. Hanya friend saja la yang boleh tengok.. Manusia lain tak dapat la tengok... Huhuhu

Kepada yg terasa, ampun dipinta.. Ini cuma pandangan peribadi aku saja laa.. Kadang2 aku sendiri pun dah jadi riak bila masukkan entry2 tertentu yg berbaur riak.. Aku sendiri tak nafikan benda ni..

Ok laa.. Sekian saja ceramah saya untuk hari ni.. Sekian, bye2..

Mood Baru Rumah @ Perdana College Heights

Salam semua.. sejak akhir2 ni, mood untuk beblogger semakain merundum.. Entah la pasai apa.. Mungkin sebab dalam awal Januari haritu, Maxis BB kat area rumah aku seminggu tak boleh connected kot.. Ahhh.. Lantak laa..

Ni saja aku nak memorikan mood baru aku berkaitan dengan rumah aku.. Rumah aku ni sapa yg tak tau, aku nak bgtau.. Kat Perdana College Heights , kawasan Pajam/Mantin yang jaraknya ke Bandar Nilai dalam 4 km. Haa.. boleh kesan dak?

Baru-baru ni lepas bincang dgn wife aku, kami ambik kata putus buat upgrade sikit rumah aku untuk mood baru 2013 ni.. Bukan buat apapun, buat awning saja.. Sebelum ni mcm2 dok planning nak buat awning jenis biasa la, polycarbonat la, pergola laaa.. last2 aku decide buat awning ala-ala kekampunggan sikit.. Kontraktor pilihan aku ialah Pak Sharip yg jugak dok setaman dgn aku.. Pak Sharip ni tukang import khas dr Palong sebenaqnya.. Hahahaha..Tkasih banyak untuk Pak Sharip yang dibantu oleh anak.. Sapa nak order Pak Sharip, PM mai kat aku.. Hehe

Aku buat awning guna kayu + metal yang jenis EuroBoard.. Bukan takmau pakai genting, tapi aku risau jugak lama-lama nanti melendut pulak sebab genting tu berat.. pakai metal ni ringan sikit.. Untuk hiasan menambah lagi kekampungan, aku beli aksesori tambahan di pintu gerbang rumah aku tu.. Nanti hangpa boleh la tengok sendiri.. Ok.. Kos keseluruhan aku buat adalah +- RM3,200 dengan keluasan binaan awning tu 18 kaki x 12 kaki.. Rasa2nya berbaloi tak?

Layan dulu la gambaq niii..




Aku amat suka jaring kayu tu.. mcm rumah kampung.. Syukur.

Tiles pun aku belasah minta Pak Sharip uruskan..