Sunday, 25 November 2012

Sapa ada planning nak beli kereta baru & trade-in kereta lama?

Salam...



Panjang betoi tajuk kali nii.. Entah la.. Dah tak boleh adjust lagi dah.. Masa aku dok cari2 market value kereta aku, tiba-tiba terbaca blog dr sorang brader ni.. Memang info yang sangat berguna kepada sapa yang berhajat nak beli kereta baru tapi dengan trade-in kereta lama.. Kalau takat beli kereta baru saja, takdak masalah.. Informasi dia bagi sangat2 aku saluteeee... Thanks brade..

So, kalau berhajat, sila buka blog dia dengan klik SINI... Selamat beli kereta baru..

Bye.. & Good Nite..

Jom try pekena durian Mantin

Sambung satu lagi kisah..

Sapa nak try durian baik punya, mai la Mantin.. Mantin ni memang banyak buah durian memang pokoknya dikawasan sekitar perkampunggan di Nilai, Manti, Beranang, Lenggeng, Pantai dan sekitarnya.. Bukan mcm di bandar sana, buahnya mai dr kampung jugak.. kurang menyentak.. Hahaha..

Setakat hari ni, aku dah 3 kali beli durian kat sini.. tapi semua main timbang kilo punya.. Sekilo = RM2.00 untuk durian kampung.. Boleh la tu.. Ha.. Sampai ke petang tadi, masih belambak2 durian disekitar Mantin.. Datang jangan tak datang.. Datang jangan tak datang.. Datang jangan tak datang.. Hehehe




Pekana Sate Kajang Haji Samuri

Salam semua.. 

Hari ni hari sudah happy sikit sebab semua assigment udah siap disubmit.. Hehe..


Petang tadi tak ada arah tujuan.. Last2 pi shopping sikit kat Mydin USJ.. Jauh bukan main pi shopping.. Mydin USJ ni selesa sikit kalau nak beli-belah.. Sampai2 Mydin tuuuu diaaa.. tengah dok upgade.. Abih semua kiosk yang dok meniaga kat luaq Mydin tu dipindahkan ke kawasan parking, maka tinggai sikitlah rezab paking. Rezeki aku jugak la sebab 3 minit tunggu dapat jugak parking berbumbung.. Hahaha..

Balik Mydin terus pi pekena sate Kajang.. Bulan November ni saja dah 3 kali aku pekena Sate Samuri ni.. Sapa yang belum try, boleh la pekena.. Secucuk sate ayam & daging masih dijual 70sen walaupun ada sesetengah sate Kajang dah naik harga 80sen.. Dok makan teringat masa dulu-dulu punya sate Haji Samuri ni.. Masa tu secucuk 50sen.. Ada tisu basah.. Pastu kita sampai ja duduk kat meja dia mai hantaq.. Banyak mana makan, dia akan mai kira jumlah lidi.. Sempoi kan.. Hehe.. La ni dah canggih.. Semuanya pakai sistem.. Aku order kat kaunter, pastu baru nak letak buntut ayaq dah sampai.. Betapa canggihnya Sate Kajang Haji Samuri la niii.. Tahniah la buat pengurusannya..





Bye..


Friday, 23 November 2012

Bandar Nilai sekarang dah sibuk..

Assalam...

Dataran Nilai
Hari ni just nak tambah satu info tentang Bandar Nilai.. Kalau sebut Nilai, semua orang tau ialah Nilai 3.. Itulah trademark Nilai..

Aku mula masuk atau berhijrah ke Nilai bulan Julai 2007.. Kenapa berhijrah ke sini? Sebab aku beli rumah kat Pajam.. Kalau orang tanya, "Hang dok mana?".. Kalau jawab Pajam, memang Pejam la bijik mata orang tu.. Tapi kalau kata Nilai, memang orang tau laa.. Sebenarnya memang takdak kena mengena langsung diri aku, wife aku dengan Nilai ni ataupun Negeri Sembilan.. Kampung aku di Bagan Serai, Perak dan wife aku Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu.. Jadi, kenapa aku beli rumah kat Nilai? Sebabnya aku saja yang tau masa depan aku dan family aku.. Tentang kampung di mana, tak la penting sangat sebab aku bukan beli rumah kat Kanada.. Kan..?


Apa yang ada di Nilai? Masa aku pindah dulu, jalan dari Tol Nilai ke rumah aku di Pajam ( dlm 8km ) punya lah lengang.. Kereta tak banyak.. Kalau nak mai rumah aku, silalah.. Dari Tol Nilai, ikut signboard Pajam atau Mantin akan melalui stesen komuter Batang Benar dan Kampung Batang Benar.. Tak jauh dr situ nampak lah rumah aku, Perdana College Heights.. Projek perumahan ni dibuat oleh pemaju Seri Pajam Development.. Banyak rumah2 baru yang dibuka untuk jualan.. Tapi harganya dah melampau laa... Boleh bukak website Seri Pajam dan cuba2 lah tengok harga rumahnya.. semuanya dah RM350K ke atas.. Huhuhu... Akses lagi satu boleh ikut Highway LEKAS dari Kajang - Senawang exit Tol Pajam.. Dari rumah aku cuma 1km ke Tol Pajam.. Dekat kan? Kalau nak pi Kajang dalam 15 minit boleh sampai dah...

Simpang jalan masuk taman Perdana College Heights

 La ni kalau pagi2 nak pi keja , mak aihhh,,, jalan tersengguk-sengguk.. banyak sangat kereta.. Aku dok rasa dah ramai penduduk dah yang mula menetap di Nilai dan kawasan sekitarnya.. Harap2 kepesatan pembangunan kat Nilai akan bertempias la harga rumah aku nanti.. Kawasan taman aku memang aman.. pagi2 siap berkabus lagi sebab masih dikelilingi kawasan bukit dan kampung.. Best oooooo.. 

Tentang kedai makan, boleh la tahan.. Kalau sapa suka nasi kandaq, boleh try Nasi Kandar Lawood.. Nasi kandaq dia memang terbaek di pasaran.. Aku memang kaki nasi kandaq dapat meNILAI kesedapannya.. Kalau pi tengah hari, beratur panjang sangat sebab staff dari airport pun sanggup mai.. Tapi ni bukan mamak nooo.. oraang Kelantan yang buat.. Nah cuba tengok gambar bwh ni...




Kalau makan malam pulak, boleh pi Restoran Aunty aini's.. Mak kepada Zarina An-Juli (pelakon pontianak tu).. Pekena masak lomaknya, perrhhhh.. melekat.. Lebih2 kena inkan tenggiri masak lomak.. RM10 semangkuk = seketul ikan tenggiri.. Aku pernah dua kali pi kedai ni.. Memang sempoiii..



Kemudahan asas yang patut ada di Nilai ialah hospital dan penambahan sekolah rendah & menengah.. aku berharap pihak kerajaan dpt mendirikan sekolah lebih banyak supaya seimbang dengan pembangunan serta penempatan yang semakin bertambah.. Hospital jugak amat diperlukan di kawasan Nilai kerana hospital yang berdekatan ialah Hospital Tunku Jaafar di Seremban... Mcm IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Nilai dah ada walaupun di bangunan sementara di Mantin.. Satu pembaharuan la tu.. IPD Nilai mula beroperasi pada bulan Mac 2012 dengan menggunakan kuaters polis di Mantin sebagai pusat operasi.. Senang la sikit.. Dulu kalau ada kes, kena tunggu IO (Investigate Officer) dari IPD Seremban turun.. mau jugak 2-3 jam baru sampai.. La ni sekejap saja dah sampai..

Sekian saja dulu cerita saya tentang Nilai.. Ok.. Bye and Good Nite








Dulu Aku Aktif.. Now..?

Salam to uolls.. (ewah.. ckp orang putih..) Hahaha

Saja takdak apa nak dicerita.. Cerita pi la jugak wpun org takmau baca..

Dulu, aku aktif kat taman aku.. Tak senang duduk.. Malam mesti hilang.. kadang2 sampai 1-2am baru balik rumah sampai kena tidoq luaq bilik laaa.. -).. Hal-hal taman ni semua aku ambik tau.. Lampu jalan tak nyala ka, longkang tersumbat ka, sampah tak kutip ka, anjing liaq ka dan mcm2 lagi laaa.. dari bab aduan sampai la ke permohonan dewan, sekolah, tadika dan mcm2 lagi.. 

Tapi, hari ini... Humm.. Aku terus diam seribu bahasa.. Duduk rumah dgn family.. tak keluaq malam lagi.. best jugak kdg2.. Tapi kdg2 teringin jugak nak aktif balik mcm dulu-dulu.. dengan kwn2 taman aku yang sentiasa ada jika aku perlukan depa..

Skrg ni, kalau Mr.Gan ajak minum waktu malam, baru aku merayap keluaq.. kalau tak, duk ja la rumah.. Hahaha.. Tentang Mr.Gan ni.. Aku harap dia jadi calon BN untuk PRU-13 akan datang.. bukan sebab bodek tapi kesungguhan dia menyelesaikan masalah rakyat sejak Nilai jatuh ke tangan DAP PRU-12 (2008) dulu.. Aku puji cara dia bekerja.. Malam2 jumpa dia memang sempoi.. dengan baju pagoda & seluaq pendek beserta jaket pun dia boleh pekena teh tarik... Hopefully Mr. Gan Chee Biow, my friend jadi calon.. Masa jumpa Dato' Seri Chua Soi Lek haritu pun aku dah highlightkan nama dia.. Moga PM pilih calon pilihan rakyat.. Cewahh.. Berbicara politik sikit..

So, semoga aku kembali aktif tapi tunggu 2013 nanti la sebab nak habiskan study aku dulu.. La ni dah last sem.. Kaau semua ok dan mendapat keizinanNya.. InsyaAllah Disember 2012 tamatlah pengajian aku di OUM.. 

Kenangan masa aktif Februari dulu...

Dengan Dato' Dr. Yeow, Ahli Dewan Negara.. Mr.Gan yang belakang tu.. -)

Thursday, 22 November 2012

Cuti Sekolah.. Lalalalala..


Yehaaaaa... Cuti sekolah dah 12 hari bermula... Rasa mcm baru ja cuti.. Aku ni kira mcm budak2 sekolah jugak la.. Cuti budak sekolah, bapak budak mcm aku ni pun sama la cuti... Best betoii.. Hampir 2 bulan jugak la merasa cuti hujung tahun ni.. Kepada yg bukan cikgu, jangan jelesss noooo.. Hahahaha

Aktiviti cuti? Apa lagi.. Berkhidmat sebagai suri rumah tangga la.. Hahaha.. Bukan apa, wife aku keja, apa salahnya buat sikit2 keja rumah.. Setakat vakum rumah, upgrade sikit ruang2 rumah yang tertentu.. Apa la salahnya.. Kan..Kan.. 

So, cuti ni aku tengah berpikir2 nak buat perubahan sikit kat rumah aku ni.. 

1) Nak tambah awning depan rumah.. Tentang awning ni, aku nak guna material atap genting.. Tapi aku baru perasan, kawan aku seorang haji kat taman aku ni baru sebulan pasang atap porch guna genting, tapi semalam aku ronda2, tengok atap dah meleding sikit kat bahagian tengah.. So, aku pun tak tau nak pasang awning apa... Tengokla nanti..

2) Bilik tetamu ke-2 pun aku dah buat perubahan semalam.. Katil dah pasang, tunggu tilam baru sampai.. Selama ni pakai kipas berdiri sahaja.. Tapi dalam seminggu lagi aku nak bubuh kipas siling la.. Jimat sikit ruang dalam bilik tu...

3) Ruang TV: Aku bercadang kat wife aku nak bubuh wall paper kat dinding ruang TV rumah aku.. Kawasan tu saja dalam 10 kaki x 9 kaki.. Tadi dah kol satu orang ni, dia kata RM700.. Mahal jugak laa.. Aku rasa ada yg murah lagi.. Maksud aku letak wall paper pastu gantung TV supaya jadi lebih kurang mcm niiiii :

Ni celok Google ja.. Ok tak?
Haaa.. tengok la nanti mcm mana noooo... Sapa nak mai jalan rumah aku bgtau naa, boleh pekena nasi daging special punya.. Hehehe..

So, sepanjang cuti ni, agak rileks sikit tapi tertekan jugak dgn assigment yg tak siap2 lagi dan nak submit Sabtu 24/11 ni.. Pastu 8 & 9 Disember pulak final exam... Ntah laa.. Selalu jugak wife aku nasihat belajaq sungguh2.. Tapi iya laa.. dah jadi student tua ni susah jugak kan...

Huhuhuhu..

Oklaa.. nak sambung buat assigment.. Bye

Wednesday, 21 November 2012

Hari Terakhir Bercuti di Pantai Timur

Salam semua rakan2 blogger.. 

4-5 hari ni memang tak sempat nak update blog ni sebab agak sibuk dgn mcm2 urusan di dunia ni.. Kesian kat blog aku ni.. 

Kali ni aku nak bercerita keseluruhan percutian kami sefamily ke negeri di Pantai Timur bermula di Cherating - Kuala Terengganu - Kota Bharu.. Cherating dah abih bercerita.. Aku sambung balik la ke Terengganu..

Dr Cherating ke K.Terengganu boleh tahan jugak jarak dan masa nya. Aku tgk dr segi kilometer tak la jauh sangat, lebih kurang 150km ke KT. Tapi perjalanan ambik masa mau 3jam lebih jugak ooo.. Tapi boleh la tahan sebab jalannya menyisir pantai.. Banyak la pemandangan yang dpt ditengok..

Dalam pukui 4.30pm aku sampai ke KT. Terus check-in di Hotel Felda Residence.. Harga di Felda Residence kalau walk-in RM220.. Tapi aku dah booked awai.. RM150.00 untuk semalam standard room.. Harga tu utk Kad Pengenalan beralamat Felda.. So, aku guna la nama wife aku.. Harga tu bilik termasuk breakfast utk 1 orang.. Saja aku ambik b/fast utk 1 orang sebab aku nak tgk apa menunya dulu esok pagi.. Pada aku rugi bayaq mahai2 dengan makanan yg tak seberapa, baik aku makan pagi kat warung..

Masuk bilik.. agak mengecewakan.. aku bagi 2 bintang saja.. TV pun 21 inci saja.. Aku dok tgk website gambaq bukan main lawa lagi.. Phuuiiii!!.. Utk kwn2, tak payah dok kat Felda Residence ni.. Memang nampak lekeh laa... 

Habis mandi solat semua, aku teruih keluaq.. Pi mencari udann sotong celup punya satu hal daaa.. merata aku mencari, maklumla takdak GPS.. Akhirnya jumpa kat Pantai Kepayang jalan nak ke Lapangan Terbang.. Pekena la aku dan anak bini.. Boleh la tahan.. 

Kat Terengganu ni selesai la cerita.. Yang paling banyak dibeli ialah , huhu.. Sutera.. 6 pasang.. aku 2 pasang, wife aku 4 pasang.. Harga sepasang antara RM150 - RM230.. Sutera saja RM1040.. Tak pa laa.. bukan selalu nak mai Tganu pun.. Yang lain2 tu beli kopok dan sikit souvenir...

@Tune Hotel KB - 2 malam

@Ikan Bako Tok Bali

Dina dengan sepupu dia @ Pantai Cahaya Bulan

Oh my darling.. tengah menyoal selidik adik yg dok colour batik tu

Ha.. Tuu diaaa kakak2 aku dr Penang.. Dok ready nak follow aku ke Nilai dr KB

Pilih sayang.. Pilih... Abg bayokan,,, Huhu
Ish.. banyak keja la nak buat, assigment pun tak siap lagi.. Esok la aku sambung.. Bye..