Wednesday, 31 December 2025

Selamat Tinggal 2025

Harini 31.12.2025.. hari terakhir kita di Tahun 2025. Terasa sekejap sangat berakhirnya 2025 ni.. macam² kisah suka, duka, sedih, pilu, gembira, hampa, teruja dan pelbagai mimik muka yang muncul. Harini juga post terakhir didalam ceritasaya2u.blogspot.my utk Tahun 2025.

Kehidupan dan keluarga

✅️Bila diimbas semula, pembukaan 2025 dengan penuh bergaya bila daftar kereta baru.. Proton X70 TGDI 1.5 Turbo yang dibeli tanpa ada apa² planning pun sama ada aku ataupun Mama Dina. Ada satu haritu dihujung Tahun 2024, pi beli bahan mentah di Pasaraya CS Bangi Lama. Ada salesman buat showroom Proton. Kebetulan ada X70. Aku try duduk. Memang rasa selesa dan berteknologi sangat. Diskaun RM9,000 mamat tu bagi. Biasa lah.. bila buat carian tambahan, ada salesman dari Bangsar yang sanggup bagi diskaun RM11,000 masa tu. Apa lagi, congak lo congak mai, terbeli lah Proton X70. Harini dah hampir setahun pakai. Memang berbaloi² la bagi aku. Terlalu sedap untuk aku ceritakan kat hangpa 😁😁😁. Terima kasih Allah diatas rezeki ini.



✅️MAKAN ANGIN: Sepanjang 2025 ni, aku rasa tahun yang paling banyak makan angin. Tahun ni dah ke:

●Johor Bahru 

● Singapore

● Betong, Thailand

● Hat Yai, Thailand.

● Pulau Langkawi

● Cameron Highland tapi x bermalam

● Ulang alik Nilai - Tronoh ada 11x aku rasa 

● Pulau Pinang 5-6 kali rasanya

Paling kerap balik ke Perak sebab dah ada rumah nak berehat.. dan ambik feel jauh dari bandar. Begitulah nikmatnya bila ada rumah singgah di Perak. Alhamdulillah.. Terima kasih rezeki dari Allah SWT 🤲.

✅️UPGRADE SIKIT² RUMAH PERAK.. Alhamdulillah.. sepanjang 2025 ni, ada lah aku dan Mama Dina buat sikit² yang termampu untuk rumah Tronoh. Antaranya:

● Beli dapur

● Buat kitchen kabinet

● Beli peti sejuk

● Beli mesin basuh dan penyidai baju

● Meja makan khas dari KL

● Set bilik tidur lengkap termasuk tilam

● Microwave

● Oven

Saban hari, semakin lengkap keperluan di rumah Tronoh. Kalau pindah, silap² bawak kain baju saja.. Tiada lagi keraguan rezeki Allah SWT.. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.

✅️Banyak yang Allah berikan kepada kami sekeluarga.. Bila bercakap hal kesihatan, aku dan Mama Dina sentiasa mendoakan dikurniakan kesihatan yang baik² dan sempurna. Tahun 2025 ni, ada sedikit yang kurang sedap didengar tapi kami terus mengharapkan semuanya baik² sahaja. Aku mohon bantuan anda (pembaca post ni), doakan lah daripada Allah SWT supaya kami sekeluarga sihat tubuh badan bagi mengerjakan amal ibadah dan diberikan kehidupan yang baik² sahaja.

✅️Tahun 2025 juga menyaksikan puteri kami utk bakal menghabiskan baki pengajiannya di IPGM lebih kurang 18 bulan lagi ataupun 1 tahun 6 bulan. Tahun 2026 setahun penuh di IPGM dan baki 6 bulan seterusnya untuk praktikum 2.0 dan intern sebelum tamat pengajian ijazah perguruannya. Sebagai ibubapa yang dikurniakan anak tunggal semestinya berdoa dan mengharapkan penempatan di kawasan yang sesuai untuknya. Amin³ yra..

✅️KEBAJIKAN - Alhamdulillah.. tahun 2025 banyak jugak infak, sedekah dan wakaf yang dah dilaksanakan mengikut kemampuan.

Banyak lagi kalau nak diceritakan. Alhamdulillah.. semoga Tahun 2026 lebih baik dari Tahun 2025. Insyaallah.


#mynameisanuar

#mystory 

Tuesday, 16 December 2025

Selepas 2 musim di Batang Benar

1.Diam tak diam, sedar tak sedar, esok Jumaat last day persekolahan musim ke-2 aku di SK Batang Benar.. sekolah kampung yang tak rileks.. Banyak jugak benda yang aku belajao kat sini sepanjang 2 musim di Kampung Batang Benar.. Ya lah.. Semakin serasi dan ok2 saja.. Sekolah kampung yang bandar 😁😁. Ada sungai, ada pokok rambutan, ada pokok durian, ada port minum tepi sungai, keretapi lalu dan dekat dengan rumah. 

Kwn2 yg hebat 👍👍

2.Rasa mcm baru ja kena perambat (redep) ke SKBB ni. Sakit redep ni makan berbulan nak hilang. Memang kena imbas balik lepas kena redep, mula² masuk sini, perasaan tu Allah saja yang tahu. Macam post aku sebelum ni la, bertukar & ditukarkan lain maksudnya. Cuma kena ada kekuatan dalam dan sokongan dari keluarga. Terima kasih byk buat wife dan anak aku yg byk semangat waktu tu. Kebetulan pula (walaupun sebenarnya tak ada istilah kebetulan 😁) masa 2024 dibuat "Program Hijrah" (bab nama sedap² konon ni serah kat depa) yg kononnya 15 tahun ke atas perlu hijrah (walaupun ramai yang lebih 15 tahun masih stay). Sekarang ni ada jugak hijrah ni cuma bukan berskala besar. By the way, aturan Allah itu ada sebabnya dan memang elok dah aku rasa. Memang patutnya Julai 2023 aku dah keluar dari DJ masa dpt tawaran GPK, bila menolak, Feb 2024, aturannya kena keluar jugak.. Padan muka 😁😁😁. 

Rasanya mcm tak perlu aku dtg masa ni.. 

3.Harini..aku boleh dikatakan semakin baik lah di SK Batang Benar.. kerja dalam suasana yang bagus.. kawan² yang bagus.. dan kepercayaan antara satu sama lain yang bagus.. Buat setakat mana yang mampu. Bagi aku, apapun, kepercayaan org tu penting.. Ya, penting.. tapi bila org percaya, kita pulak yang penat.. Walaupun penat, dapat team yg bagus, tak ada masalah. Macam aku di SKDJ dulu la.. nak buat Graduasi di luar.. Dapat team yg bagus, bagus lah jadinya walaupun bukan benda yang mudah..

4.Tahun ni, sekali lagi ada yg nak libatkan aku jugak dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2025. Tak diangkat sebagai Penyelaras, tp dilantik sebagai Floor Manager. Masa HAC 2024, lantik aku sebagai penyelaras. Tapi ok la.. FM ka, penyelaras ka, asalkan boleh bekerjasama, no problem. Walaupun aku dah menolak, tapi nak jugak Cikgu Anuar bersama2 team.. Boleh la.. Aku bantu sikit mana2 yg boleh.

5.Sampai harini, masih ada yg suruh aku apply lagi sekali sebagai pentadbir.. Tapi, memang aku dah tak mahu rasanya.. Beberapa kali jugak sorang GB ni, usaha nak bawak aku naik GPK, tapi aku memang taknak.. Tak payah jadi boss la.. Mungkin hingga harini aturan hidup aku macam tu.. aku selesa dengan kerja harini. Aku selesa mengajar Maths sampai 6 kelas di sekolah.. sebab aku yg mintak nak ajar Maths saja.. So, utk seketika, aku mmg lupakan utk apply jadi pentadbir.. In future, taktau la.. 

6.Betul.. bila berjawatan ni, org sekeliling sanjung kita sebab ada berjawatan tinggi (wpun gaji lebih kurang).. Tapi itu bukan keperluan dalam hidup aku.. Mcm dulu aku dalam komuniti taman.. Aku tak nak pegang jawatan Pengerusi KRT, Pengerusi Persatuan Penduduk dalam tempoh masa yang lama.. Sampai masa, undur la diri.. Bagi peluang utk org lain.. Tak perlu org sanjung kita dengan jawatan walaupun ada yg suka begitu. Tapi itu bukan aku. 😁😁

7.By the way, esok last day sekolah tp aku ada urusan di hospital. Semoga yang baik2 untuk kami sekeluarga. 

Selamat bercuti kepada anda2 yg bergelar guru. Yang bukan guru, ambik ler cuti. Pi holiday. Mcm mem aku yg ambik cuti 5-6 hari utk balik rumah Perak. Rileks2 kat sana.. 

#mynameisanuar

#mystory

Monday, 1 December 2025

Wakaf Tempat Wuduk di Masjid Jamek Sungai Dungun, Bagan Serai

27.11.2025 | Khamis

Seronok hati dan jiwa aku, mama Dina dan Dina sebab tercapai hajat nak wakafkan sesuatu di masjid tempat arwah bapak aku solat 5 waktu sehari semalam.. Dari Subuh sampai Isyak, kat masjid ni lah arwah solat jemaah.... Kubur kedua2nya pun kat sini.. Masjid Jamek Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak.

Proses awal

Hajat asal nak upgrade tempat basuh kaki orang ziarah kubur. Tapi bila nak buat di masjid, tak boleh la main terjah. Aku call Hj Zul, Pengerusi Masjid.. Mintak kebenaran untuk buat wakaf dalam bentuk binaan. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan. Haji Zul dan AJK masjid setuju utk aku buat wakaf. Wakaf mmg khusus utk arwah mak dan bapak aku.

Mintak tlg abg ipar aku carikan indon/bangla.. Alhamdulillah.. Senang.. Dapat indon yg bagus bekerja.. Tkasih abg Zul..

Rabu semalam (26/11) start kerja.. Khamis complete job!! Padu.. Syukur alhamdulillah.. Senang hati aku.. 


Alhamdulillah.. Siap sepenuhnya

Ada satu benda lagi aku nak wakafkan utk masjid.. Insyaallah.. Aku cuba usahakan dalam minggu depan..

Semoga anak aku dapat buat sepertimana yang aku dan Mama Dina buat utk ibu ayah jika aku sudah tiada suatu hari nanti..