Thursday 31 October 2024

Beginilah Kehidupan

Masa muda sudah lama berlalu. Harini, bekerja setiap hari untuk meneruskan sisa² perkhidmatan dalam perkhidmatan awam yang berbaki 1/3 lagi lebih kurang 11 tahun lebih. 

Walaupun aku pernah memohon jawatan sebagai pentadbir sekolah, dan juga telah diterima untuk berkhidmat sebagai guru penolong kanan, tapi terpaksa menolak atas sebab² yang tertentu dan tak dapat dielakkan. Tiada langsung penyesalan dalam diri aku sendiri kerana mungkin ini takdir yang dilorongkan Allah SWT untuk diri aku. Mungkin memikirkan dan menguruskan hal manusia dewasa lebih memberikan tekanan kepada aku daripada menguruskan atau memikirkan hal pelajar aku. 

Sebagai contoh, seorang sahabat aku, memikirkan kakitangan yang selalu cuti sakit.. Staff ni bukan tahun semasa saja cuti sakit, malahan dah bertahun².. mungkin dalam 7-8 tahun yang mana purata punch in kerja setahun cuma sekitar 40-50 hari. Aku tak dapat bayangkan keadaan ni kalau aku sebagai pentadbir. Bila ditegur, katanya sakit lah kan. Tapi biasanya kalau sakit yg cuti sakit macam ni, antara 2 saja. Sama ada lepas buat rawatan atau pembedahan, terus sihat atau sebaliknya. Bila kes macam ni, biasanya pentadbir atau ketua perlu mengambil tanggungjawab untuk sesuatu tindakan. 

Macam isteri aku dulu, buat operation buang hempedu.. tebuk perut.. dapat m.c tak sampai 2 minggu. Pergi kembali bertugas dengan kain pun tak boleh kunci sebab sakit. Sebab atas dasar tanggungjawab dan memikirkan dia seorang kakitangan awam yang bekerja. Itu pun dah 'ada' yang bunyi². Inikan pembedahan. Bukan sakit kepala, sakit perut, sakit pinggang, sakit telinga, sakit kaki macam orang yang selalu m.c tu... kadang² itu lah.. bila jadi ketua ni, perlulah waras dalam membuat penilaian. Penilaian berasaskan pada realiti kehidupan bukan berpaksikan pada emosi. 

Berbalik pada kisah aku, tak jadi masalah untuk aku tak terima jawatan sebagai salah seorang pentadbir sekolah. Mungkin itulah yang terbaik Allah salurkan untuk aku cuma banyak berurusan dengan pelanggan aku iaitu murid² aku. Lebih baik rasanya...

By the way, harini 31.10.2024, genap 8 bulan aku diredepkan ke sekolah baru. Alhamdulillah semakin baik dan ok perjalanan kerja aku. Kepada yang masih disekolah semasa lebih 15 tahun tu, jangan lah gembira sangat yer.. Kalau kena redep, nikmatilah redep tersebut.. 😁😁😁

#mystory

#mynameisanuar.nilai.n9

Tuesday 29 October 2024

Balik Tronoh, Perak

 26.10.2024 | Sabtu 

Sepatutnya nak berehat rileks² ke Melaka celebrate buzzday mama Dina. Tapi atas request mama Dina, nak rileks di rumah kami di Tronoh, Perak. Katanya duduk hotel pun mahal sekarang ni. Nak booked hotel yang biasa² memang ada, tapi faham² la mcm mana keadaan. Daripada bayar hotel RM250 utk 1 malam, lebih baik la balik Tronoh, rileks healing² rumah sendiri. Nak check in atau check out jam berapa pun tak kisah 😁😁😁. 

Begitulah rutin aku dan famili kecik aku sekarang. Bila boring di Nilai, Jumaat atau Sabtu, balik ke Tronoh. Berehat. Bukan nak kata la, feel nak balik ke Tronoh tu sentiasa ada. Mungkinlah sebab suasana dan keadaan di area Perak Tengah ni lebih santai dan tak kalut mcm di Nilai. Kami la ni memang jarang sangat nak duduk di mana² hotel. Kalau dulu, memang selalu check in sana sini. Cuma kalau betul² nak duduk hotel, biarlah percutian yang terancang. Lebih membahagiakan aku rasa. Alhamdulilllah lah.. Allah bagi pinjamkan sebuah rumah lagi yang selesa di Perak untuk aku menginap atau menyinggah. Ada jugak cadangan utk aku buat homestay... Mula² ok jugak, tapi lama² memikir, macam tak ada privacy bila aku balik Tronoh. Tengok keadaan perabot, bilik tidur dan lain² area rumah, dah ramai org gunakan. Bagi pandangan aku la. Mungkin tak ada masalah bagi orang lain. Kang bertompok sana sini bilik aku. Tak mahu ler.. 😁😁😁

Sempena dah balik ke Perak date buzzday mem yang aku sayang ni, aku dan Dina buatlah simple surprise di Hayyi Cafe. Sesesesesesekali kannn bagi terkejut sikit mama Dina ni. Alhamdulillah usia menambah lagi 1 angka. Semakin cepat tambah, semakin cepat rasanya aku nak pindah ke Tronoh ni. Jiwa aku kadang² nak saja segera duduk di Perak sebab tempoh 24 tahun di KL / Nilai tu terlalu lama. Tambahan di Nilai sekarang ni pun dah sesak setiap hari. 

Hayyi Cafe, Seri Iskandar


Anyway, happy buzzday "Sayang".. Semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan sihat untuk buat amal ibadat.. diberikan kehidupan yang bahagia dan hidup dalam kasih sayang sejati. Insyaallah..

Merenung masa.....

Merumput ler teman...


Hai rumah Tronoh.. Kita jumpa lagi di lain masa. Planning bulan Disember.. Tapi aku rasa November ni akan sampai semula ke Tronoh ni. 🤣🤣🤣🤣 


#mystory
#ceritasaya

Friday 25 October 2024

Puaskanlah Hati Sendiri

25.10.2024 | Jumaat

Buatlah apa yang dirasakan nak dibuat selagi tak menyalahi undang²

 Bila aku ada kelapangan, aku selalu akan "selak²" semula akaun media sosial aku.. FB, IG, TikTok, Youtube, termasuklah Blogspot aku yang masih lagi bertahan sampai ke hari ini. Selak² kisah lama adakalanya mencuit hati jugak. Lebih² lagi bila nampak gambar aku dan keluarga 10-15 tahun yang sudah. 

Tengah selak², aku baru perasan.. Aku sangat jarang nak post story tentang isi kandungan kerjaya aku. Aku masih bercerita tentang aktiviti aku di sekolah, tapi terlalu sedikit. Aku lebih suka bercerita tentang kehidupan, realiti yang berlaku dan semestinya kehidupan keluarga aku sejak aku zaman kanak-kanak sampailah zaman aku dah semakin berusia ni (makin tua lah senang 😁😁) 

Waktu kerja, aku kerja dengan bersungguh²😁

Aku kalau sebut hal kerja ni, sebaik aku keluar dari sekolah, aku "sangkut" beg aku kat pagar sekolah dan akan ambik semula beg yang aku sangkut tu esok pagi. Kadang² memang lah ada jugak terpaksa bawak balik tp dalam 1 tahun, boleh dikira dengan jari. Bagi aku, kerja tu habis setakat tamat aku punch out saja. Jadi, bukan lah menjadi keutamaan aku utk "share" apa aktiviti aku di sekolah. Itu bagi aku lah.. Maybe orang lain tak macam aku. Terpulang lah 😁😁 

Penutup kisah.. Tak salah kita nak upkan apa² kisah kehidupan kita di media sosial tapi bergantunglah pada penerimaan si pembaca. Kita hampir pasti tidak mampu memuaskan hati semua orang, jadi hati siapa yang kita nak puaskan? Semestinya lah hati sendiri. 

#mystory

#1bulan1post