Thursday 14 March 2024

Biar Masa Cepat Berlalu

14.03.2024 | Khamis

Harini hari yang ke-4 aku di stesen kerja baharu ataupun lebih senang nak bgtau iaitu sekolah baru la lepas program hijrah besar²an baru² ni. So far so good. Aku terus bekerja seperti biasa dengan menelan suasana persekitaran kerja yang baharu. Namun, aku terus cuba kuatkan semangat untuk terus berkhidmat di sekolah baru ni sehingga berjumpa satu titik noktah yang dalam perkiraan aku tak terlalu lama aku disini.



Harini juga, genap 27 bulan aku buat keputusan luar biasa bila beli rumah di kawasan Tronoh, Perak yang tak ada kena mengena dengan sejarah kehidupan keluarga. Pada awalnya, aku sangkakan rumah aku beli ni berada dikawasan Seri Iskandar, Perak Tengah tp lepas dapat kunci baru perasan amat² sempadan dengan Perak Tengah saja dimana rumah aku ni dikawasan daerah Kinta Selatan, Perak & dibawah pentadbiran PBT Majlis Daerah Batu Gajah.

Pembelian diluar jangka ni bukan pelik bagi aku sebab beli rumah di Nilai pun agak pelik sebab lagi teruk langsung tak ada saudara mara 😁😁 tp nilai hartanah di Nilai dah naik 2x ganda. Bukan 1x ganda ya, tapi 2x ganda. Di Tronoh ni pun alhamdulillah.. lepas aku beli, agak banyak jugak kemudahan infra dan sistem jalanraya yang ditambahbaik tanpa aku tahu pun sebelum aku beli rumah ni.

Antaranya ialah Hospital Seri Iskandar. Harini Mac/2024, progress pembinaan sangat² lah bagus dimana tembok zink dah pun dibuang sebab dah naik pagar hospital. Bangunan utama hospital pun dah nampak bercat masa aku ke Seri Iskandar bulan Feb lalu. Aku antara warga Perak Tengah & kawasan sekitar yang bersyukur sebab akhirnya hospital Seri Iskandar bakal beroperasi pada Tahun 2025. Gembira terbinanya hospital bukan lah sebab nak masuk hospital, tapi sebagai kemudahan rawatan perubatan bila usia semakin meningkat.

Hospital Seri Iskandar on progress


Baru² ni juga, Kementerian Kerja Raya jugak umumkan, Lebuhraya Pantai Barat, jajaran Berus ~ Changkat Jering dibuka kepada umum bermula 12 Mac 2024. Percuma toll untuk tempoh 2 bulan. Alhamdulillah.. WCE ni memang dah lama dibina dan jajaran terakhir nak disiapkan di exit Changkat Jering. So, dari rumah aku di Tronoh, nak naik ke utara ada banyak opsyen laluan yang boleh dipilih:

1.Laluan PLUS highway ikut Terowong Menora

2.Laluan WCE : Seri Iskandar ~ WCE [Changkat Cermin] ~ Changkat Jering ~ PLUS terus ke Penang

3.Laluan jalan persekutuan : Seri Iskandar ~ Gelung Pepuyu ~ Beruas ~ Changkat Jering

4.Laluan jalan persekutuan : Seri Iskandar ~ Parit ~ Manong ~ Kuala Kangsar ~ masuk PLUS Highway terus ke Penang

Tak lama lagi muncul lagi 1 highway baru elak Terowong Menora. Namanya WISE Highway.. Ikut Kuale Kangso.. tapi lambat lagi la tu.. at least dah lulus diperingkat persekutuan.


Untuk sumbangan Tabung Pembinaan Masjid Baru Tronoh


Selain jajaran lebuhraya WCE dan Hospital Seri Iskandar, di Tronoh tak kurang hebat jugak. Masjid Ar-Rahmaniah Tronoh yang baharu pun hampir siap. Memang cantik. Tahniah kerajaan negeri Perak, jawatankuasa pembinaan Masjid Ar-Rahmaniah serta NGI sekitar Tronoh. Mungkin tak lama lagi boleh lah anak khariah Tronoh memakmurkan Masjid Tronoh tu.

Conclusion.. langkah beli rumah di Tronoh ni pada pandangan peribadi aku, tepat pada masanya. Semua kemudahan infrastruktur disekeliling Uniparkland Residence yang sedang progress sangat² memberikan manfaat untuk masyarakat sekeliling.

Alhamdulillah

#mystory 

Thursday 7 March 2024

Seronok Aku Tengok

 07.03.2024 | Khamis

Alhamdulillah... Aku terima bilik RBT ni 5-6 tahun lepas dalam keuzuran.. Harini bermanfaat untuk mereka walaupun tidaklah sempurna..

Semoga apa yang aku buat sebelum ni dapat manfaat kepada pelajar dan guru² SKDJ.


Wallahualam..

#mystory

Thursday 29 February 2024

Hidup Di Perantauan

 29.02.2024 | Khamis | 9.35am

Sambil² aku tunggu AEON Nilai ni bukak

Harini hari ke-29 utk bulan Februari yang akan hadir 4 tahun sekali di tahun lompat. Benda yang selalu aku ingatkan budak² bila masuk topik Masa dan Waktu. 😁😁 .. Bila usia dah jejak separuh perjalanan antara 40an ke 50an, semakin sayu memikirkan perjalanan usia.

Bila tgk group wasap kawan² maktab yang dah berkhidmat di kawasan asal, rasa seronok tengok depa.. Dapatlah duduk dekat dengan mak ayah. Nasib kita semua berbeza². 

Tahun 2001, tamat diploma perguruan di Maktab Penang, batch kami semua posting ke seluruh negara. Tapi lokasi paling ramai dipostingkan di Klang Valley la iaitu Selangor dan KL. Masa tu seingat aku opsyen English majoriti ke Terengganu. Aku opsyen Matematik memang ramai ditempatkan di KL Selangor termasuk aku yang posting di SK Puchong Jaya bermula Jun 2001. Harini dah Tahun 2024.. Sedar tak sedar dah 23 tahun aku berada di perantauan. Sebelum bermaustatin di Nilai, Negeri Sembilan ni, 6 tahun aku menyewa di Sri Petaling, KL. Begitulah cepatnya perjalanan hidup kita.



Bercerita ttg nasib baik bekerja, berkediaman dekat rumah mak ayah.. Ada kenalan aku yang habis belajar degree pendidikan terus dapat posting negeri kelahiran.. bukan saja posting negeri kelahiran tapi jarak sekolah dengan rumah mak ayah hanya 5 minit. Seronoknya mcm tu kan.. Maksudnya dari muda sampai bersaralah duduk sekolah area rumah parent..

Sebab tu aku kata, nasib kita berbeza².. Wallahualam

#ceritasaya

Wednesday 28 February 2024

Lepakcation rumah sendiri @ Tronoh, Perak

 24 ~ 27 Februari 2024 


1. La ni sejak anak dah keluaw belajaq, aku jarang² dah pi makan angin.. Tambahan pulak bila rumah di Perak dah boleh bermalam sambil² slow² masuk brg sikit sebelum soft landing ke sini dengan izin Allah SWT [belum ada tahun yang sesuai nak pindah masuk 😅😅 tapi kalau boleh, hujung tahun ni nak pindah mai sini 🤣🤣🤣]. Last pi makan angin Feb 2023 pi Langkawi & Okt 2023 pi Cameron Highland.. selain daripada tu, bila tinggai berdua, makan angin di Seri Iskandar saja ler.. 😁🤣😁🤣😁 

2. Smlm 4H3M aku di Seri Iskandar. Patut la rakyat yang susah hidup di bandar, balik ke kampung kerja² kampung. Kalau nak ckp soal makan, apa yg aku rasa disini la, memang amat² dasyat.. makan kedai murah sangat. Contoh: Nasi putih 2, ikan nyok² masak kari 1 ketui [bahagian ekoq], tolo masin 1/2, daging masak hitam, begedil, sayur, air sirap 1, air kosong 1 = RM15.. Normally di bandar dgg + ikan kari saja pun mau RM15. Pandangan aku, memang murah la.. lagi satu, rasa ikan, udang memang segar dan fresh [segar & fresh tu sama la maksud]. Agaknya supplier mai dari Pantai Remis kot.. 

3. Ketenangan.. hari bekerja Isnin dan Selasa, lebuhraya Ipoh - Lumut, kedua² arah ke Lumut & ke Ipoh, banyak jugak la kenderaan dlm jam 7.40am masa aku pi cari breakfast tp aku still rasa tenang tak kalut, x serabut.. aku rasa la.. kat Tronoh / Seri Iskandar ni antara bandar mesra pencen 😅😁😅😁. 

4. Sepanjang di S.I minggu ni, dapat la aku siapkan pasang zebra curtain yg x complete.. Dan D.I.Y tanam rumput carpet Japanese dalam saiz 8 x 8 ft lebih kurang walaupun kawan² advise susah nak jaga, tp aku teringin nak tanam jugak sb rumah la ni xdak tanah. Hihihi.. Ada rezeki, hidup.. takdak rezeki, kita kasi tukaw.. 😁😁 Penat jugak la nak proses nya wpun cuma 8x8.. kalau nak buat seluruh kawasan, aku rasa 1 tahun baru siap.. kalau x mau penat, upah saja tp x merasa cara tanam rumput la kan. Selain tu, settle mesin rumput seluruh kawasan. Bermodalkan beli mesin rumput RM80, dah byk kali dah aku mesin rumput sendiri. Kalau tak upah org RM100 sekali mesin. Jiiiimat!! 😁😁😅 



5. Selesai percutian "Rahmah" di rumah sendiri di Perak. Lepas ni, ghaya pulak la kot baru balik sini. 

#mystory

Thursday 1 February 2024

Jilid Akhir @ SKDJ: Bukit Merah Penutup Bicara

 01.02.2024 | Khamis 

Part 2: Program Gemilang Jasmin 2023/2024 [The Last High Profile Project]

12 hingga 13 Januari 2024

Khamis malam, susah nak lelapkan mata sebab tanggungjawab besar keesokkan hari bawak 189 pelajar + 24 org guru pengiring termasuk aku. Sebaik ibubapa lepaskan tangan anak depa esok pagi dan kami sambut, maknanya 2 hari 1 malam dibawah tanggungjawab aku dan kawan².

Jam 3.00am: Diikeheningan pagi yang sunyi aku hanya mampu menunduk bersujud menghadap Allah SWT memohon dipermudahkan segala urusan dan selamat pergi ke Perak dan kembali ke Nilai.

Jam 4.00am dah standby 👍👍

12.01.2024 | Jumaat

1.Seawal jam 4.00am, bila aku tiba disekolah, dah nampak hampir 70% pelajar dah sampai ke sekolah. Sebab, sudah berkali² aku berpesan dengan pelajar supaya berada di sekolah antara jam 4.00am - 4.30am. Aku bukannya sengaja nak suruh bangun awal sangat, tapi hal ni pun mampu bentuk disiplin pelajar supaya patuhi pengurusan masa yang ditetapkan & paling penting "time management" kena jaga betui².. Alhamdulillah.. Tahniah untuk semua 189 pelajar dan 24 guru serta ibubapa yang sangat memberikan sokongan. Begitu juga dengan 5 buah bas yang tiba di sekolah lebih kurang jam 4.30am. Sambil² guru pengiring merekod kehadiran murid, diedarkan roti dan air [untuk Meals No.1] untuk alas perut murid sebelum sarapan pagi yang aku plan di R&R Tapah.

2. Selepas semua hadir [walaupun 1 org pelajar baru bangun tidur], tepat jam 5.10am, roda mula berputar untuk mencari 330km menuju ke Taiping dan Bukit Merah Resort sebagai diberikan "pengalaman" kepada pelajar menikmati perjalanan yang panjang. Bukan sahaja kita warga dewasa yang teringin beratur panjang dapatkan nasi kandaq Penang yg femes, desert² / makanan viral, malahan, anak² juga ada keinginan mereka menikmati pengalaman berharga. 😁😁

3. Jam 6.05am tiba di Restoran Jejantas Sungai Buloh, untuk kami solat Subuh disitu. Alhamdulillah.. pengurusan masa masih sentiasa menyebelahi aku sebab memang tentatif menunjukkan jam 6.00am di Restoran Jejantas Sungai Buloh utk solat Subuh. Dengan jumlah pelajar yang besar, maka, penuhlah surau.. beberapa kali lah solat berjemaah Subuh dapat ditunaikan untuk semua dapat bersolat Subuh. Dalam berjalan menuju ke bas, masih ada yang sempat nak singgah kiosk² jajan utk bawak masuk bas. Inilah pengalaman namanya yang tak ada disekolah kan tuan² puan². Berilah mereka peluang bersama rakan² mereka.

4. Jam 6.45am, perjalanan diteruskan lagi menuju ke Taiping sebab memang lokasi pertama ialah Zoo Taiping. Tetapi kami berhenti di R&R Tapah untuk menikmati sarapan pagi [Meals No.2]. Aku sudah sediakan nasi lemak & air sebagai sarapan pelajar. Dah diorder siap² dari Nilai supaya tak susah cari makanan yang sedap. Alhamdulillah.. nampaknya kenyang perut murid² aku ni lepas sarapan pagi. Seperti biasa, walaupun pesan tak perlu beli jajan², tapi ada juga la yg singgah.. kadang² aku bagi chance saja la.. bukan selalu.. Walaupun perut dah kenyang makan nasik lemak, nak jugak beli waffle sebab apa tuan², sebab kuasa membeli ditangan depa.. "Dunia ini ana yang punyaaaaaaa" 😆😅😅😅

Solat Subuh di Restoran Jejantas Sg Buloh

5. Jam 9.00am+-, 5 buah bas kami bergerak terus menuju ke Zoo Taiping. Estimated Time Arrival [ETA], aku target jam 10.30am sampai di Zoo Taiping. Tanpa berhenti mana² pun dari Tapah, terus ke Taiping dan sampai di Zoo Taiping jam 10.45am terlewat 15 minit dari sasaran. Takdak masalah lewat sikit sebab bukan 1 buah bas.. 5 buah bas gais.. Lepas dapatkan tiket [aku dah deal awal dengan pihak Zoo], pelajar dan guru² terus masuk ke Zoo Taiping. Eksplorasi dalam Zoo Taiping aku anggarkan lebih kurang 1 jam. So far so good. Selepas 1 jam, dah nampak sebilangan murid yang dah keluar dari Zoo sebab aku memang orang No.1 yang keluar. Dalam zoo, banyak binatang yang bagi aku menarik. Binatang lebih fresh.. mcm orang utan, harimau, singa nampak lebih muda dan bertenaga. Harap² budak² semua happy. Ini lah pengalaman yang tak ada disekolah. Pengalaman yang boleh tercatat hanya melalui aktiviti luar sekolah... Jom next....





6. Bertolak dari Zoo Taiping, pi lunch [meals No.3] di Restoran yang hanya 900m dari zoo. Alhamdulillah.. set nasi putih [nasi + ayam merah + telo sos + sayur + buah + kordial + aiskrim Malaysia] insyaallah mampu mengenyangkan perut pelajar sebab makanan seterusnya jam 5.30pm+- untuk minum petang pula di Bukit Merah Resort.





7. Jam 2.30pm tiba di Bukit Merah Resort. Alhamdulillah.. perjalanan jauh dah tiba didestinasinya. Proses check-in bilik aku decide utk sahabat aku Ustaz Toha incharge. Pada awal communication dengan reception, bilik tersedia pada jam 2.45pm hanya ada 9 bilik daripada total 61 bilik yang aku bayar. Rasa nak terkentut teruih sebab banyak lagi bilik yang belum ready. Jam 4.30pm budak² dah kena siap² turun ke Sebarau Hall [dewan utama] utk majlis pertama iaitu Majlis Khatam Al-Quran. Aku mula risau tapi dengan bantuan dan semangat kawan², aku terus berdiri teguh. 😁😁😁 

Sambil menunggu bilik, aku berjalan pi ke dewan nak tengok urusan penyediaan PA Sistem dan dekorasi dewan kena make sure dapat diuruskan dengan sempurna. Alhamdulillah.. Ustaz Izwan, Cikgu Fadli dan Cikgu Shaq memang cekap urusan siaraya ni sebab depa kena jugak setup live FB untuk tontonan parent dari Nilai dan seluruh dunia 😊😊😊

Aku kembali ke reception +-3.15pm, alhamdulillah.. ustaz Toha bgtau semua bilik clear.. Lega aku dengaw.. Jam 3.30pm kelihatan semua murid & guru termasuk driver dah bergerak ke bilik masing². Cuma aku yang kembali ke dewan, masih tunggu dan lihat [sb nak tolong aku x reti 🤣🤣🤣].. Akhirnya, semua persiapan decoration, PA Sistem, menu minum petang, berjaya disediakan dengan jayanya. Kredit jugak utk kakak aku, yang tolong hantar bunga tambahan dan alatan decoration untuk cantikkan lagi photobooth.. Tqvm.. 👍👍👍




8. Jam 5.00pm, berlangsung Majlis Khatam Perdana anjuran Panitia Agama Islam dan dibawa secara langsung terus melalui channel Youtube. Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan jayanya dan cemerlang. Selepas majlis khatam, semua hadirin menikmati minum petang [meals No.4] yang disediakan oleh pihak resort.









9. Jam 6.15pm, selesainya majlis khatam, semua peserta terus berkumpul di tepi Tasik Merah untuk bergambar sambil memakai jubah. Momen ni semestinya indah dan tak mungkin akan berlaku lagi pada diri pelajar pada masa akan datang. Seandainya bergraduasi lagi pun, mustahil dapat beramai² bergambar berlatarbelakang sebuah tasik yang cantik dan luas. Momen ni lah peluang untuk anak² menikmatinya bersama kawan². Terima kasih ibubapa yang memberikan sokongan demi kebahagian anak² tanpa prejudis.





10. Selepas maghrib, semua peserta kembali ke dewan untuk Majlis Apresiasi Jasmin Gemilang yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.00malam. Alhamdulillah.. sebelum bermulanya upacara penyampaian sijil, kami semua menikmati hidangan dinner [meals No.5] yang sedap dan menyelerakan. Majlis graduasi berlangsung dengan cemerlang dan berjayanya. Guru² yang bertugas yang diketuai Cikgu Rohayan, dapat uruskan majlis sehingga selesai. Cantik dan indah kelihatan sepanjang majlis berlangsung.









11. Tamat majlis jam 11.00mlm, semua kembali ke bilik dan berehat untuk aktiviti riadah esok paginya. Aku yakin, pelajar² aku dapat berehat dengan selesa di bilik masing² sebab semua kemudahan ada didalam bilik. 


13.01.2024 | SABTU

12. Jam 7.30am.. Semua pelajar aku dah pesan malam sebelumnya supaya bersarapan di kafe bermula jam 7.30am. Semua mengikut perancangan. Menu sarapan yang BMR sediakan, memang puas hati sangat. Pengalaman bersarapan di hotel pun satu momen indah buat pelajar aku sebab bukan semuanya datang dari keluarga yang senang. Ada yang keluarganya susah, tapi alhamdulillah berpeluang merasai untuk sarapan, dinner dan minum petang di hotel. Sekurang² mereka yang dari kumpulan kurang berkemampuan dapat semangat untuk belajar bersungguh² untuk memberikan keselesaan pada keluarga mereka pada masa akan datang.













13. Jam 10.00am.. aku dah arahkan untuk semua orang check-out hotel dan letakkan beg masing² didalam bas siap².. Hanya bawa beg kecil untuk mandi mandi di Taman Tema Air Bukit Merah Resort. Inilah saat² yang dinantikan oleh pelajar aku. 4 jam aku bagi peluang depa mandi sepuas²nya di taman tema air tu. Haa.. puas betoi kan.. 😁😁






















14. Lebih kurang jam 3.30pm.. bertolak kami 5 buah bas pulang ke Nilai.. dalam keletihan, ramai antara pelajar yang lepas 20 minit bergerak, terus tidur dengan jayanya.. Penyediaan meal ke-8 ikut planning asal di R&R Tapah sebab dah janji dengan supplier dinner utk ambik di situ jam 5pm.. Tapi jadual terawal 30 minit. Lepas bincang² dgn kawan², perjalanan terus balik ke Nilai sebab sempat solat Maghrib di Nilai.


15. Alhamdulillah.. lebih kurang jam 7.45mlm, kesemua 5 buah bas tiba di perkarangan SK Desa Jasmin dengan selamat. Bersyukur pada Allah kerana Allah memudahkan segala urusan kami semua dari segi cuaca yang baik sangat, tanpa ada masalah kesihatan pelajar, pengurusan masa yang 95% sangat baik.. kerjasama guru² yang sgt ohsem dan bersyukur kerana 2 majlis utama iaitu Apresiasi & Khatam Perdana dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Penutup:

Aku selaku organizer ucapkan jutaan terima kasih yang pertama kepada ibubapa yang sangat² menyokong usaha kami untuk wujudkan momen indah anak² bersama kawan² di luar kawasan. Yang bermaksud ibubapa beri peluang kepada anak² menikmati dan enjoy dengan aktiviti yang dirancang oleh penganjur. Kami guru² hanya berusaha yang terbaik utk anak² tanpa prejudis demi kebahagian, keseronokan, kepuasan serta pengalaman berharga yang tiada nilainya.

Juga terima kasih kepada 189 peserta yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang program. Paling penting, dapat menepati masa yang telah ditetapkan. 👍👍👍

Tak lupa kepada 24 orang krew [guru pengiring] yang bertungkus lumus membantu menjayakan majlis yang gilang gemilang ini terutamanya Cikgu Rohayan selaku penyelaras Graduasi dan Ustazah Sailah selaku penyelaras Khatam Perdana.

Segala yang baik dan sempurna itu sesungguhnya dari Allah SWT dan yang khilaf itu hadir dari diri sendiri selaku insan yang lemah.


4 kotak jubah graduasi




Exclusive lanyard


Exclusive mug


Terima kasih byk² utk kerjasama hebat sahabat²

Cikgu Rohayan - Penyelaras Graduasi

Ustazah Sailah - Penyelaras Khatam Perdana

Cikgu Isman 

Cikgu Masni 

Teacher Aesha 

Cikgu Bad

Cikgu Zulaili

Ustazah Adilah

Teacher Arifah

Cikgu Farah

Cikgu Saadiah

Cikgu Hazili

Cikgu Fadli

Cikgu Sharuddin

Ustaz Toha

Ustaz Izwan

Ustazah Ruzilah

Cikgu Joe

Ustazah Zawiyah

Cikgu Kamsiah

Cikgu Laila

Ustazah Rosmalina

Cikgu Zulhelmi


Kerjasama berpasukan kita sangat² amat² dasyat!!! 😁


Goodies beg utk pelajar

Fail exclusive utk pelajar

Edited: Rupa²nya pernyataan projek terakhir aku di SKDJ menjadi kenyataan. Mujur lah sempat aku turunkan ilmu kepada sahabat utk teruskan legasi memartabatkan industri pelancongan negara & meningkatkan pengalaman berharga kepada generasi kanak² zaman kini.

Anyway, all the best geng.. Dimana jua kita berada, tetap menjunjung langit yang luas.. 

Hakcipta terpelihara: cheguanuar.nilai