Thursday, 6 March 2025

Bernilainya RM50



Ketika kita dalam situasi kesusahan, nilai RM50 adakalanya sangat² besar bagi diri kita. Tapi nilai RM50 tersebut mungkin macam terlalu sikit bila kita berada dalam kedudukan sedikit senang.. "Ala bang, bukan beza banyak pun, RM50 saja bang..." - kata² orang yang berkemampuan..

Aku teringat dulu masa berfikir² nak beli kereta Proton Waja baru atau yang second hand. Beza nilai tak sampai RM100.. Tapi akhirnya aku pilih beli yang secondhand sebab memandang nilaian RM100 besar jugak bagi aku ketika tu. 😁

Kesimpulannya.. adakalanya, sesetengah nilai wang itu kecik bagi kita tapu besar bagi mereka.

Wallahualam...

Tuesday, 4 March 2025

Suatu Ketika Dulu..

Dulu, sekitar Tahun 2009, aku antara pioner yang berusaha membina kesatuan masyarakat di Perdana College Heights. Bersama² team yang cukup padu dan bertenaga gabungan orang muda dan orang lama berjaya membentuk sebuah komuniti yang diberikan nama Persatuan Penduduk Perdana College Heights.


Ketika tu, hanya ada komuniti Bayan & Orchid sahaja dimana belum dibina lagi perumahan Ivory Villas, D'Camelia, Raflesia dan lain² fasa perumahan. Semangat bermasyarakat sangat kuat ketika itu sehingga banyak masa, tenaga dan wang ringgit dikorbankan untuk komuniti.

Semuanya hampir 15 tahun yang lalu. Kini aku kembali menjadi rakyat biasa yang menjalani kehidupan seharian seperti masyarakat lain yang tiada berkepentingan dalam apa² jawatan komuniti.