Wednesday, 8 January 2025

Isteri Saya

 08.01.2025 | Rabu 

Apakah uniknya seorang isteri? Isteri ni kadang² bersifat unik dan amat² dasyat. Aku kongsikan sedikit tentang isteri kesayangan aku selama mana aku dengannya sudah melebihi 22 tahun. 

URUSAN KERJA AKU

Isteri aku seorang yang cukup pandai dlm menggunakan komputer. Aku? Memang tahap lembab dan sangat tak pandai serta tak ada masa untuk explore. Jadi, adakalanya, urusan kerja aku terpaksa menggunakan kemahiran isteri utk selesaikan. Dan lebih advantage, isteri memang suka explore software dalam laptop. Akhirnya, dapatlah juga masalah kerja aku tu diselesaikan. 


SAKIT

Isteri aku cukup particular bab anak dan lakinya sakit. Biarlah dia cuti asalkan dapat bersama² anak dan suami kalau sakit sehinggalah dia nampak dan rasa selesa keadaan semasa anak dan suami. 


KEWANGAN

Ini bab yang paling unik. Biasalah.. zaman sekarang ni agak mencabar dengan keadaan ekonomi yang tak menentu. Kos beli barangan rumah meningkat, itu ini semuanya semakin mahal. Kuih 70 sen pun saiznya dikecikkan. 

Yang paling unik, ketika kewangan berada dihujung tanduk lembu, dan tiba² aku berada dalam keadaan kecemasan dan perlukan wang, isteri aku akan tampil dan terus transfer ke akaun aku untuk bayar apa yang kecemasan itu. Mana datang duit tu? Walaupun kita sebaik² perancangan kewangan keluarga, sebenarnya isteri yang memahami keadaan, akan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan dalam membantu suami dan keluarganya. 

Cukup lah itu sahaja sebagai sharing keunikan seorang isteri yang baik walaupun adakalanya yang baik dan manja seperti seekor kucing, boleh bertukar menjadi seekor singa yang kelaparan.😁😁 

Anyway, terima kasih banyak² untuk isteri kesayangan saya ni yang bersama saya sejak 2002. Alhamdulillah.. 

#mystory

Saturday, 4 January 2025

Asam Garam Kehidupan

04.12.2025 | Sabtu 

Salam Tahun Baharu 2025 pembuka ruang cerita. Semoga tahun baru ni memberikan kita azam baru dalam membina kehidupan dunia yang lebih bermakna & lebih menjiwai kehidupan akhirat. 

Maaflah ya. Aku memang jenis manusia yang suka bercerita.. Cerita yang tak berfokus.. Harini cerita kucing, esok cerita kapal, lusa cerita nasi lemak.. 😁😁😁. Jika sebarang "posting" aku yang kurang senang dihati pembaca, aku mintak maaf. Diruangan blog ni lah tempat bercerita tanpa perlu fikirkan sesiapa terasa hati. Tak mcm media social lain yang mana kena pulak fikir supaya "followers" tak terasa hati. Nasib baik lah "friends" aku di FB cuma 59 orang dan di IG cuma 13 orang. Aku memang select. Sorry la nak accept semua yang request lebih² lagi yang aku tak kenal.. No no no!!! 

Cerita harini begini... 

Semalam ada seorang sahabat bertanya.. "Cikgu, dapat jemputan kenduri anak Haji Manan [bukan nama sebenar]?" Haji Manan ni penduduk setaman dengan aku lah cuma aku x kenal sangat tapi tahu lah perwatakannya.. Lalu aku jawab.. "Takdak pulak dpt jemputan...." sambil senyum lah aku jawab.. sebenarnya aku tak lah kisah sangat tak dapat jemputan kenduri daripada orang yang aku tak kenali sgt pun. Tak ada masalah. 

Aku jadi teringat pada seorang sahabat ni. Yang juga setaman dengan aku. Suatu ketika dulu (10 tahun lalu) kiranya agak baik la hubungan sebab selalu bermesyuarat komuniti bersama dan berjawatan dalam NGO yang sama. 

Ketika anak pertama kahwin, ada jemputan untuk aku dan aku pun hadirkan diri ke majlis tersebut. Bila anak kedua kahwin, aku x dijemput tp kenalan lain ada terima jemputan juga. Tapi aku pun tak kisah sebab kebetulan tarikh tu aku ke Pulau Pinang. 

Baru² ni, dalam 3-4 bulan lepas, perkahwinan anak ke-3 nya dan aku pun tak dijemput ke majlis kenduri tu. Bila kawan² mengajak, tapi aku tak dijemput, agak sukar jugak nak bagi jawapan tapi aku terus terang saja lah sebab memang tak dijemput. Conclusionnya, tak apa walaupun tak dijemput. 

Cuma sebagai manusia yang masih berfikiran waras, rasa pelik jugak lah ye.. Bila aku joging / briskwalk, sahabat tu menegur aku sambil naik motor atau kereta, angkat tangan, dan sebagainya. Tetapi, kenapa bila anak nya menikah, tak dijemputnya aku yer? Takkan seperiuk nasik minyak aku nak habiskan kot? 😁😁😁

Begitulah kisah dalam kehidupan. Kadang², sikap manusia ni sukar untuk kita ramalkan. Harini OK, mungkin esok dah berpaling muka. Harini kita pakai keta Axia, muka OK.. Lusa kita pun tukar ke Honda CRV, muka terus beralih 360 darjah 😁. 

Begitulah asam garam suka duka kehidupan. 

#mystory