Tuesday, 13 October 2015

Claim External Warranty (EWP) Kereta Proton Daripada Syarikat Insurans

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..

Cerita ni dah lama. Cuma sebagai informasi kepada anda pengguna kenderaan Proton / Perodua atau apa-apa saja lah kenderaan kita yang ada EWP masa kita beli kereta.

EWP ni berfungsi sebagai menggantikan jaminan yang diberikan oleh syarikat pengeluar kereta. Sebagai contoh, kereta Proton Exora aku, masa beli Tahun 2010 dulu, memang ada diberikan lanjutan jaminan oleh Proton. Maksudnya, jaminan Proton 2 tahun.. Melepasi sahaja 24 bulan, jaminan part kenderaan akan digantikan oleh syarikat insurans yang dilantik oleh Proton selama 3 tahun lagi atau milage belum mencecah 175,000km. So, total jaminan kereta aku ialah 5 tahun. Kalau ambik contoh aku, insurans yang cover EWP tu ialah syarikat Allianz.

Untuk info jugak, cuma part-part tertentu sahaja yang dicover. Bukan jaminan mcm yang diberikan Proton. Dalam kes aku, yang rosak ialah wiper link dan wiper motor. Masa benda tu rosak, aku masih boleh buat tuntutan sebab kereta aku belum cukup 5 tahun & milage pun belum mencecah 175,000km. Itu kiranya perkara pertama yang perlu kita kenalpasti. Perkara kedua, pastikan kereta anda tu mesti buat service di Proton Service Centre. Jangan ada skip 1 kali pun. Perkara ketiga, pastikan juga tempoh masa service dipatuhi. Contohnya, milage 85,000km kena service, eloklah diservice sebabnya semuanya tu diambil kira walaupun adakalanya kurang sikit masuk akal. Bukan apa, takkan tepat2 milage 85,000km kita terus sampai di SC. Mestilah terlajak sikit. Kalau terlajak 300-400km, bukannya nak jahanam pun enjin kereta kita tu.. 

Mcm kes aku, wiper link & wiper motor rosak. Adakah disebabkan lambat buat service kereta, maka, rosaklah wiper link tersebut. Logik tak?? Errmm.. Mungkin itu SOP syarikat insurans. Aku buat tuntutan wiper link tu melalui Proton Service Center. Apa yang dijanjikan oleh SC, aku bayar dulu kos repair, bila insurans claim approve shj, SC akan bagi refund. So, aku bayar saja lah..

Setelah sebulan kalau tak silap, aku buat claim, dapat call dari SC. Dia kata claim aku reject. Apa????????????????? Reject!!!! Okey.. Tak apa. Aku bgtau SC, aku sendiri akan email ke Allianz..

Betapa susahnya nak dapatkan claim daripada syarikat insurans utk claim EWP ini. Tapi, kita sebagai pengguna, perlu mengetahui selok-belok untuk elakkan diri kita daripada dipermainkan. Oleh itu, jangan kita hanya pandai berkata-kata didalam whatsapp atau facebook atau lain2 media sosial. Hal sebegini lah patut kita gunakan internet dengan semaksimum yang mungkin,

Akhir sekali, walaupun Allianz reject claim aku dengan bersebab, aku juga tidak salahkan syarikat berkenaan 100% kerana ada kesilapan teknikal di peringkat Proton jugak sebab buat submission tak complete. Ada invoice aku yang tercicir. Lagi la berminat syarikat insurans akan buat rejection. Setelah memperjuangkan habis-habisan, akhirnya, aku dapat kembali duit aku yang berjumlah hampir RM400 tersebut. Alhamdulillah..

Boleh lah ikuti kronologi email aku dibawah sebagai panduan. Anda susun sendiri la susunan di bawah. Ayat mesti power & berkualiti..







Akhirnya lulus walaupun mungkin dalam keterpaksaan. Terima kasih Allianz.



7 comments:

Chegu Anuar said...

Bertindak dgn bijak..

nazzrie borneoMs said...

salam saya guna kereta proton preve kereta belum tamat warranty tpi mencecah 2 tahun dah battery kong masih boleh claim warranty tak?

Chegu Anuar said...

Bateri warranty 12 bulan saja tuan

Unknown said...

Assalamualaikum.. tuan, tumpang tanya, kereta sy tak sampai lagi sebulan sy pakai, tapi baru saja sy terlanggar tayar lori dan mengakibatkan bumper depan dan belakang kreta sy tercabut.. ape tindak kan dan langkah yg bijak harus sy lakukan.. harap tuan memberi pandangan.. terima kasih.

Chegu Anuar said...

Tuan boleh buat tuntutan insurans atau baiki sendiri.. Tak boleh Claim Syarikat Pengeluaran kereta sb kesalahan pemilik..

Anonymous said...

salam chegu...
kereta persona 2016,
1)ada bunyi angin pintu drive & penupang blakang kiri,
2)dashboard & absober ada bunyi......
sudah 3 4 kali pergi pusat service,tapi masih sama....

Chegu Anuar said...

Wslm

Cadangan:

1. Pi SC yg lebih Besar Dan berkeyakinan bila dilihat Dr Mata Kadar

2. Kalau kasih tak selesai, buat report ke Proton via email sb masih dalam warranty