Monday 2 December 2013

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Kerajaan Malaysia @ Langkawi & Cameron Highland

Assalamualaikum wbt..

Hari ni punya la kelam-kabut dok buat tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) untuk kakitangan kerajaan.. Aku sebenarnya fokus untuk Rumah Peranginan Persekutuan Federal Villa di Langkawi.. Tapi pagi ni saja aku dah buat tempahan satu lagi untuk ke Cameron Highland.. Hehe.. Alhamdulillah..


Kenangan tahun 2012..

Ni la contoh bilik RPP Langkawi.. Nampak tak sapa dok posing tu??

Untuk berkongsi info, RPP Pulau Langkawi adalah di Hotel Federal Villa.. Federal Villa ni pulak, dah diambil alih pengurusan oleh Hotel Holiday Villa.. Yang bermaksud, apabila kita sampai Langkawi, nak pi check-in kena lah check-in di Holiday Villa.. Tapi menginap di Federal Villa.. Segala fasiliti yang ada di Holiday Villa boleh kita gunakan.. Selain itu, kita jugak layak untuk mendapat sarapan 'Malaysian Breakfast' dengan harga RM8.00/pax (Dewasa) & RM5.00/pax (kanak-kanak)... Dengan bayaran RM55/malam, memang lah berbaloi..baloi..baloii sangat lah dengan resort yang bertaraf 5 bintang ni.. Swimming pool pun ada.. Tahun lepas, aku dah pernah dok kat sini.. Yang nak tergelaknya, masa aku balik Island Hoping dulu, van yang bwk aku & family berenti la di lobi Holiday Villa.. Semua penumpang yg dok ada, punya la bukak laluan kat 2 orang mat salleh yang ada dalam van tu.. Tiba-tiba, aku, mem aku dan anak aku yang turun.. Agaknya la.. depa mesti tak percaya kan..? Dok ingat mat saleh tu yg dok Holiday Villa.. Tu la nak bgtau 'class' nya dok kat Holiday Villa ni.. Terima Kasih la buat Tok Jib & Kerajaan Malaysia.. So, aku dah booking untuk Februari 2014.. 2 malam = RM110.00.. Murah betoiiii... Hari ni (1-3/12/2013) , kakak2 & adik aku pun dok di RPP Langkawi.. Aku yang tolong boking kan untuk depa.. Abislah cerita pasai RPP Pulau Langkawi..


Bercerita pulak tentang RPP Cameron Highland.. Lagi la murah.. RM25/malam.. Murah la betoi.. Aku dah booked sekali untuk Mac 2014.. Sekali 3 bilik aku booked sebab termasuk dgn family kakak2 aku & adik aku.. Patutnya nak booking 4 bilik.. Tapi hanya dapat 3 bilik.. Untuk booking jumlah bilik, maksimum 2 bilik ja boleh dalam satu2 masa (setahu aku laa).. Mcm tadi aku booking 2 bilik atas nama aku dan lagi 1 bilik atas nama kakak aku.. Masa aku guna nama kakak aku, klik saja 2 bilik, terkeluaq la nota kat bawah.."HARAP MAAF, TARIKH PILIHAN ANDA CUMA ADA 1 BILIK SAHAJA LAGI..".. Adoiii.. Kesian pulak kat adik aku.. Aku nak booking bilik ke-4 tu untuk dia la.. Tapi takpa.. Bilik di RPP Cameron Highland ni luas sangat.. Ada 2 katil.. 1 double + 1 super-single.. Okla.. Kat adik aku, aku bgtau dia, hang bawak ja la toto.. Hahahaha.. Boleh ramai-ramai kami melepak malam tu nanti.. So, dengan bayaran RM75, aku dah booking 3 bilik di RPP Cameron Highland.. Konsep booking melalui website BPH ni, SAPA CEPAT, DIA LA YANG DAPAT sebab di Cameron Highland cuma ada 16 bilik biasa (kalau tak salah aku laaa).. Alhamdulillah.. Kalau dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki, 3 destinasi pelancongan dah tersedia aku aku & famili aku termasuklah ke Kota Kinabalu.. 

Bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah SWT berikan kepada kami semua..



Jumpa di Langkawi.. Hahahahaha


17 comments:

Anum said...

bestnya

shef said...

bleh tlong tempah tuk sye d rpp langkawi

maizun said...

assalamualaikum..tumpang lalu..
di rpp langkawi ada kemudahan memasak tak macam di tasik kenyir?

Unknown said...

Salam..mcm mana senang sangat dapat booking ni...
saya punyalah susah asyik full manjang,,

Unknown said...

Salam..mcm mana senang sangat dapat booking ni...
saya punyalah susah asyik full manjang,,

Unknown said...

salam camne senang2 dapat booking ni....
kna online slalu la yer..

Admin said...

Saya dan isteri antara suka layan RPP ni .. banyak juga kami dah pergi, dan banyak juga yang ulang2 ... :)

firhat.othman said...

Booking masa peak-season memang mudah. Tapi masa 'peak-season' spt cuti sekolah dan hujung minggu memang payah dapat.

salmizah said...

bestkan..tu untungnya jd kakitangan kerajaan..tgh survey gak ni kot ada kekosongan..

amry benelli moped said...

Saya first time cube booking..luckily dpt gak rrp cameron blik rm25..ngat nk stay 2 hari..tp hye 1 hari je kekosongan..hri ni 3/11/14 open booking utk bln 2/15..pkl 8.30 website buka utk booking..check blik dlm kul 12 je..smua blik full booked..kna alert n keep trying klo nk booking sbb sistem dia..sapa cpt dia dpt..kita kn ikut tarikh dia..bkn dia ikut tarikh kita..huhuhu..mne tk nye..rm25 utk bilik yg ada 1 queen n 1 single bed complete astro..heater n freezer smua..giler..rm25..mura gila babeng..tp kn berebut ngan ratusan ato ribuan yg nk booking..perghhh

Unknown said...

Bestnyer

azizulbinmohamed said...

hahaha....tempat panas vmacam cameron,fraser,morib memang payah,kekadang sampai hang computer,alhamdulillah kami sekeluarga dapat ke cameron dua kali dan morib sekali pada 2014,insya allah akan ke fraser 1/1. kemudian set target ke fraser sekali lagi pada bulan 4,jom kita berebut booking sama-sama.

Anonymous said...

tlg book utk sy kt federal villa langkawi bole utk bln 11..asyik xdpt2 pun masuk website dia..stress tul

Unknown said...

Nk tnya..klu nk buat byrn tu cmna ye.saya nk bank in ja,pastu buat cmna..huhu

Chegu Anuar said...

Bayaran buat melalui FPX.. Tp ikut Lah RPP mana yg ditempah.. Ok

ROBBI said...

Halo,
Nama saya ROBBI dari Cirebon Jawa Barat Indonesia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Alicia Radu untuk membantu saya memperoleh pinjaman yang baik setelah saya banyak mengalami pinjaman dari pemberi pinjaman online palsu yang menipu saya untuk mendapatkan uang tanpa memberikan pinjaman kepada saya telah memerlukan pinjaman untuk 3 tahun yang lalu untuk memulakan perniagaan saya sendiri di kota Cirebon di mana saya tinggal dan saya jatuh ke tangan sebuah syarikat palsu di Turki yang telah menipu saya dan tidak menawarkan saya pinjaman. dan saya sangat Frustrasted kerana saya kehilangan semua wang saya untuk sebuah syarikat palsu di Turki, kerana saya berhutang kepada bank saya dan rakan-rakan saya dan saya tidak ada sesiapa pun untuk menjalankan, sehingga satu hari setia bahawa seorang kawan saya memanggil Siti Aminah setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu, jadi saya terpaksa menghubungi Siti Aminah dan dia memberitahu saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi Ibu Alicia Radu bahawa dia seorang ibu yang baik dan saya terpaksa menunaikan keberanian dan saya menghubungi Ibu Alicia. Radu dan saya terkejut dengan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam tempoh 3 jam pinjaman saya dipindahkan ke akaun saya dan saya sangat terkejut bahawa ini adalah satu keajaiban dan saya mesti memberi keterangan mengenai kerja baik Ibu Alicia Radu
jadi saya nasihat semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi e-mel Ibu Alicia Radu: (aliciaradu260@gmail.com) dan saya memberi jaminan bahawa anda akan memberi keterangan seperti yang telah saya lakukan dan anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai Ibu Alicia Radu email saya : (robbi5868@gmail.com) dan anda masih boleh menghubungi Siti Aminah yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui e-mel: (sitiaminah6749@gmail.com)
semoga Allah terus memberkati dan mengasihi ibu Alicia Radu untuk mengubah kehidupan kewangan saya

Expert Funding said...


Hello Pelanggan,
Pembiayaan Pakar Adalah penyelesaian pembiayaan yang pasti yang menawarkan semua jenis Perniagaan Besar/kecil dan pinjaman peribadi daripada $5,000 hingga 250,000 atau lebih dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2% tanpa penalti pembayaran balik awal atau lewat, kelulusan 24 jam.

Tawaran istimewa
Sila hubungi kami hari ini
melalui E-mel: expertinfoq@gmail.com