Tuesday, 17 December 2013

Bercuti @ The Lost World of Tambun

Assalamualaikum wbt..



Saja nak berceghita benda yang dah basi.. Haha.. Bulan lepas masa balik kampung aku, on the way balik ke Nilai, sempat singgah @ The Lost World of Tambun.. Bukannya ada planning awal pun. Cuma last minute ja teringin nak bawak Dina pi.. Kebetulan masa buka Groupon, ada diskaun untuk tiket masuk.. Harga kaunter RM48.00 untuk dewasa.. Harga on-line dalam website Lost World ni RM41.85.. Aku beli melalui Groupon lagi murah, hanya RM37.00.. Save.. Selamat duit aku.. Hahaha.. Layan la dulu gambaq yang sempat snap kat dalam The Lost World of Tambun @ IPOH ni...




Gambaq dalam kolam langsung takdak sebab kamera semua simpan dalam loker.. Huhuhu.. Dan posing paling istimewa sekali ialah.. Gambaq kat bawah ni.. Bila ABANG bertemu ADIK.. Wakakakaka..



Sekian..