Aku teringat zaman budak² dulu. Aku melalui proses kanak² ke alam remaja di dua lokasi yang berbeza tetapi masih dalam Pulau Pinang. Ketika kanak², membesar di Gelugor, PP dan ketika remaja (bermula Form 1), aku di Batu Maung, PP. Aku sebenarnya nak bercakap dalam erti kata kejiranan.
Kebanyakan jiran² aku ibu² kawan aku semuanya tak bekerja. Suri rumah sepenuh masa termasuk lah mak aku. Bila masuk bulan Ramadan, selalu dapat juadah berbuka dari jiran². Begitu juga dengan keluarga aku.. memberi jiran² terdekat merasa. Maksudnya jiran kiri kanan depan belakang la. Bila aku ditugaskan untuk hantar juadah, mak aku ada pesan.. "Kalau boleh jangan bagi jiran yang jauh sikit tu nampak.. sebab kita masak pun tak banyak sangat.. hang sorok² sikit..." pesan mak aku la..
Kesimpulannya.. malu kalau jiran lain nampak sebab mak aku pun setting makanan utk anak beranak makan.. buat la lebih sikit bagi jiran 3-4 pintu merasa.
Aku nak cakap tentang zaman sekarang. Apa yang berlaku zaman sekarang. Situasinya:
● Jam 8.30am: Zainab bawak kuih koci 3 bekas ke opis dan bagi kat Latifah, Zana dan Munirah kuih koci sorang sebekas tu.
● Jam 9.15am: Latifah, Zana dan Munirah ambik gambar kuih koci tu dan up kan dalam status wasap. "Alhamdulillah.. Syukur dapat kawan yg baik.. bagi saya rasa kuih koci yang sedap ni.. Semoga Allah murahkan rezeki Kak Zainab.."
● Jam 10.00am: Kak Zainab share pulak dalam status wasap apa yg Latifah, Zana dan Munirah up dalam status wasap.
● Jam 10.01am: Kat opis tu ada lagi 12 orang kawan lain yg nampak status wasap keempat perempuan ni. Yang 12 orang ni cuma dapat lihat gambar dalam status saja.
Utk apa up status begini? Jawapannya.. Supaya pemberi kuih tadi berasa bangga bila kawannya beritahu masyarakat online ttg terima kuih dari dia. Tapi dia x fikir pulak, org yg x dpt kuih tu, tahu dia hanya bagi kuih utk selected person sahaja.
Berbeza dengan zaman dulu yg malu jika org lain tahu bahawa kita x mampu bagi kuih utk semua org. Jadi terpaksa sorok2.
Orang zaman harini, nak maklumkan satu dunia.
Kesimpulannya.. Pada pandangan peribadi aku:
Bila kamu bersedekah secara kecil²an mengikut kemampuan kamu, alhamdulillah.. tapi tak perlu share benda yang diberikan itu kerana ramai hati lain akan terasa hati kerana kita bukan nak berikan kepada semua. Tak fikirka kamu perasaan orang lain? (Tapi mmg manusia zaman harini terlalu nipis common sense dalam kehidupan seharian.. hanya mementingkan diri sendiri..)
Pelik² manusia zaman teknologi sekarang ni. Up status tu tak ada masalah sebenarnya.. Tapi up kan status benda² mcm ni, bagi aku tak sesuai langsung. Kadang² pandai ckp tangan kanan memberi tp tangan kiri tak tahu.. Tapi sebaliknya berlaku pada diri sendiri.
Macam² dunia harini.
#mystory

