Wednesday, 26 February 2025

365 Hari Di SK Batang Benar

Tiba dah nak habis dah bulan Februari, Tahun 2025..

Harini, ngam ulangtahun pertama di SK Btg Benar.. Last year datang lapor diri bertarikh 26.02.2024 [Isnin]. Sempena ulangtahun pertama, dilampirkan lah sikit catatan kesah 😃

**********************************************

1. Kadang², rasa mcm baru bulan lepas aku di postingkan.. Toleh ke belakang sikit, tak pernah ada perasaan aku nak jadi cikgu dulu.. Apapun, aturan Allah tu adalah benar.. 

2. Tahun 2001, Mei, tamat Diploma Pendidikan Malaysia di M4P [Maktab Perguruan Pesekutuan Pulau Pinang], aku terus tercampak ke Lembah Klang ataupun KL lah.. KL ni tak lah asing sangat bagi aku sebab masa kakak aku posting di SK Tanming Jaya, Balakong, arwah mak bapak aku selalu jugak naik ke KL mai rumah kakak aku di Taman Impian Ehsan, Balakong.

3. Jun 2001 aku dipostingkan ke SK Puchong Jaya, Selangor. Tak sempat nak berjimba² lepas keluaw maktab sb mungkin keperluan segera. Di SKPJP, banyak ilmu baru sebagai guru, aku cedok di SKPJP. Pengalaman tinggal di sekolah selama beberapa bulan mematangkan aku apa erti kehidupan dengan berbekalkan sebuah motosikal bernama Honda EX-5 dan seketul radio buruk sebagai teman diwaktu malam.

4. Tahun 2008, cukup 7 tahun di SK Puchong Jaya, aku minta tukar masuk ke Negeri Sembilan sebab dah beli rumah di Nilai, N.Sembilan. Permohonan tukar ke N9 lulus dan mulai 01.01.2009, aku ditugaskan di SK Desa Jasmin, Nilai. Maka, episod ulang alik Nilai ~ Puchong tamatlah bila dapat mengajar di Nilai. Di Desa Jasmin, aku sempat bersama beberapa org boss yang hebat² belaka. Bermula dengan GB Azizah, kemudian GB Rahimah, GB Azhar, GB Rahayu dan yang terakhir sempat bersama GB Ariffin. Kiranya sempat lah merasa 5 pentadbiran daripada 5 orang guru besar. Alhamdulillah semuanya ada kelebihan masing². Bila sampai merasa 5 orang GB, maksudnya lama lah aku di Desa Jasmin. Bila lama, org tua kata, dah "tepu" sangat dah tu... 😁😁

5. Tahun 2024, lepas cukup 15 tahun di Desa Jasmin, kini di SK Batang Benar. Sekolah kampung yang muridnya lebih kurang 1600 orang dan dalam kariah kediaman aku, Kariah Masjid Batang Benar. Biasanya sekolah kampung, muridnya bawah 500 orang 😁. Itulah uniknya SK Batang Benar. Kawasan Kampung Batang Benar mmg tak asing bagi aku sejak aku pindah ke Nilai Tahun 2007.

6. Berapa lama lah agaknya di Batang Benar? Wallahualam.. Mungkin sampai pencen.. Oh tidak!! 😁😁

Begitulah catatan sebahagian perjalanan ringkas aku sejak berkhidmat sebagai penjawat awam ketika usia belum masuk 21 tahun. Terima kasih byk² sangat pada arwah mak & bapak aku yang memang mahukan aku jadi seorang cikgu. "Senang masa depan hang, walaupun tak kaya-raya", kata arwah bapak aku dulu. Alhamdulillah.. 

Terima kasih jugak byk² semua sahabat² yang pernah membantu aku, bekerjasama dengan aku untuk apa jua program sepanjang 24 tahun sebagai cikgu [banyak sangat nama kalau nak listkan].

#mystory

Friday, 7 February 2025

Proton X70: "Kuda Kiriman Tuhan"

17.01.2025 | Jumaat | Bangsar

Awal bulan Januari, aku ke Pasaraya CS di Bangi Lama depan Bangi Wonderland. Seperti biasa nak cari ikan dan barang² dapur. On d way jalan nak masuk main entrance CS, ada pameran kereta Proton dan kebetulan ada Proton X70 Executive warna grey. Aku pun masuk dan suruh mem aku masuk dan duduk sebelah. Sedap jugak duduk dlm X70 ni. Tapi aku memang tak ada plan nak beli pun kereta baru sebab masih ada loan dengan 2 bijik kereta sedia ada. Lalu aku pun masuk ke CS dan sorong troli sambil mem aku terus pilih ikan sayur dan lain². Otak pun berfungsi lah tentang X70.

1 aset 1 kuda baru utk myfamily

Diringkaskan cerita, Tiktok pun banyak membantu dalam urusan beli kereta X70 ni. Aku jumpa sorang SA dari Bangsar yang bagi better offer. Lepas discuss dengan mem aku, congak sana sini, tambah tolak darab bahagi, terus masuk loan. Jam 3pm submit dokumen ke SA, esok petang loan dah lulus dengan interest 2.48% dari Maybank. Rendah lah rate tu bagi aku.

Alhamdulillah.. 17.01.2025, Jumaat catat lagi 1 sejarah pemilikan kenderaan lepas deliver X70 kat kami sekeluarga. Terima kasih SA Nabil yang uruskan semua urusan belian X70 dengan free tinted (bukan bagi baucer tau) + dashcam DDPAI + Payung + mcm² gift dari Proton serta Petrol RM50.

Tak dinafikan, harini dah 3 minggu aku bersama X70, memang best handling, good performance, nice features dan yang paling utama, sentiasa kacak dan hemsem di jalan raya 😁😁. Petrol RM50 boleh pegi lebih kurang 300km bagi aku ok lah sebab sama saja dengan Proton Persona 2018 kami.

Apapun, syukur alhamdulillah dengan adanya "Kuda Kiriman Tuhan" ni, lebih baik lah untuk perjalanan kami sekeluarga yang selalu jalan melebihi 300km setiap perjalanan naik ke Perak dan Utara. Nissan Almera tetap terbaik dan dah gunakan hampir 9 tahun. Begitulah kehidupan bila kita tinggal jauh dari keluarga.

#mystory
#mynameisanuar