Saturday 1 June 2024

Apa Nak Jadi Kesesakan Laluan Nilai ke Batang Benar?

01.06.2024 | Sabtu

Jam 4.30pm harini, dari rumah nak menghala ke Bandar Nilai, baru keluar simpang rumah, dah melekat jem.. kiri kanan laluan ke Nilai dan ke Batang Benar, sangat teruk jem. Biasanya waktu puncak pagi dan petang hari biasa sahaja yang jem, tp akhir² ni, Sabtu dan Ahad pun jem teruk.

Jalan Btg Benar - Nilai


Apa kesudahannya kesesakan jalan raya di kawasan Pajam - Kampung Batang Benar - Taman Semarak? Apa respon pihak berwajib atau kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di kawasan "kampung" ni bukan sahaja pada hari biasa malahan kini, hari Sabtu dan Ahad pun menyebabkan trauma kecil utk warga Pajam keluar menghala Bandar Nilai.

Laluan Nilai - Btg Benar [lampu isyarat]

1. Aku berpindah ke Pajam pada bulan Julai 2007 selepas membeli rumah hasil projek Seri Pajam Development. Perdana College Heights dan Taman Mulia adalah 2 fasa pertama projek perumahan yang dibangunkan oleh pemaju Seri Pajam. Ketika itu, laluan jalan raya bermula dari Kg.Gebok untuk ke Nilai melalui Pajam terlalu tenang dan lengang. Menjelang jam 9.00 malam ke atas, memang jarang kelihatan kenderaan yang melalui jalan raya.


2. Saban tahun, projek perumahan semakin banyak. Anggaran kasar, asalnya jumlah unit kediaman di Perdana College Heights hanya 147 unit Fasa Orchid dan 104 unit Fasa Bayan, kini Perdana College Heights sahaja yang terdiri daripada beberapa fasa kediaman sudah mencecah 1000 unit rumah dan berpenghuni. Selain itu, Pangsapuri Rakyat Pajam juga semakin ramai yang tinggal berbanding 2007 masa aku mula² berpindah ke Pajam dimana 1 unit kedai pun tak ada. Terdapat juga peenambahan unit kediaman di Suria Residence, Taman Bukit Citra yang aku anggaran hampir 3000 - 4000 unit kediaman. Boleh bayangkan daripada 200 unit hingga ke ribuan unit?

3. Di sebelah kanan laluan ke Mantin pula, dimulai projek perumahan di Taman Mulia pada tahun 2007-2008 jumlah unit juga anggaran ratusan sahaja. Kemudian wujud pula unit kediaman di Nada Alam yang anggaran aku juga ribuan unit kediaman. Dibawa ke Mantin, dan Mahkota Hills.. Memang harini kalau dijumlahkan, dibuat bancian dari kawasan Batang Benar sehingga Mantin, Mahkota Hills dan sekitarnya, hampir 10,000 unit kediaman baru [anggaran kasar] dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini. Namun, apa yang tak berubah??

4. Kita berbicara tentang jalan raya. Apa yang ditambahbaik sejak 2007? Kita ambik dari simpang Kg.Gebok menuju ke Nilai. Masih jalan raya satu lorong. Tiada perubahan. Sedikit perubahan selepas laluan masuk ke Tol Pajam [LEKAS] sebab wujud Petronas. Tambahan lorong tersebut cuma 100 meter tak sampai juga membantu menambahkan kesesakan selepas Petronas. Hebat juga perancangan bila wujudkan satu lampu isyarat di laluan masuk kawasan perumahan baru iaitu Nada Alam. Lampu isyarat ini memang membantu penduduk Nada Alam tapi punca utama "heavy traffic jem" waktu pagi hari biasa diwaktu pagi. Jalan raya masih satu lorong di Nada Alam terus menghala ke Taman Semarak. Jadi memang tiada perubahan dari segi pelebaran jalan.

5. Punca kesesakan di kawasan Kg Batang Benar ni juga bila di Lebuhraya PLUS berlaku kesesakan teruk, Waze / Google Maps akan arahkan ke laluan highway LEKAS. Malahan pada hujung minggu atau hari biasa juga, laluan kilang Huolon hala ke Plaza Toll Pajam sesak sangat teruk. Jadi, apa solution yang terbaik untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di sini. Bandar Nilai pun tak sesesak jalan Pajam ke Nilai.

6. Kesimpulannya, sejak 2007 sehingga 2024 [17 tahun], keadaan jalan raya satu lorong masih sama selama 17 tahun walaupun jumlah unit kediaman dibina sehingga ribuan unit. Ambil kiraan ringkas.. ambik saja lah 7,000 unit kediaman baru dibina dan berpenghuni dalam tempoh 17 tahun ni.. 1 rumah= 2 kereta.. maksudnya penambahan lebih kurang 14,000 kereta bertambah pada masa kini tetapi jalan raya masih 1 lorong ditambah pula dengan kelancaran lalulintas terhad akibat lampu isyarat.


Cadangan rakyat marhaen yang bukan jurutera;

1. Penambahan laluan 4 lorong bermula dari lampu isyarat kilang Huolon sehingga lampu isyarat Batang Benar [1.5km].

2. Lampu isyarat di Nada Alam "diblinking"kan pada waktu puncak [hari biasa] antara jam 6.30-8.30am contohnya.

3. Tambahbaik lampu isyarat masuk ke LEKAS Highway terutamanya hujung minggu.

4. Yang paling tinggi kos: Membina laluan bertingkat bermula di hadapan Perdana College Height bersambung ke flyover selepas lampu isyarat Kilang Huolon.

Terkini: Bakal dibina Stesyen minyak & pembinaan unit kediaman bakal menambahkan lagi kesesakan laluan Pajam ~ Nilai

Semoga pihak berwajib, Jabatan Perancang Bandar MBS, atau JKR dapatlah fikirkan sesuatu supaya laluan Taman Semarak - Batang Benar - Pajam - Mantin tidak terlalu sesak pada setiap hari. Kembalikanlah ketenangan yang pernah warga Pajam / Batang Benar nikmati 15 - 20 tahun dahulu. Biarlah pembangunan bergerak seiring dengan sistem jalan raya yang lebih efisien.


Mohd Anuar Saed

Nilai, Negeri Sembilan.