Sunday 27 March 2016

Tukar Timing Belt Proton Saga FLX

Assalamualaikum wbt

Ini lah dia Proton Saga mem aku a.k.a BMW


Agak lama tak menulis blog.. Kesibukan tugas & hal-hal lain kadang2 membuatkan tak sempat nak menulis blog ni.. Ialah kan.. Nama pun hobi.. Kalau ada masa terluang, boleh la buat.. Ini tiap2 hari buzzzzy ja.. Sabtu Ahad lagi bizi.. Nak menulis blog ni bagi aku, kena ada masa yang sesuai.. Baru la seronok nak berkongsi..

Pernah tukar timing belt kereta? Kalau kereta yang pakai timing-chain, ok la kot sebab tak perlu tukar.. Contohnya mcm Myvi, Nissan Sentra & Innova.. Kalau kereta jenama Proton, kena lah tukar. Bab timing belt ni aku ada sikit fobia sebab aku ada pengalaman timing belt putus masa atas highway.. Masa tahun 2006.. Kereta aku masa tu Proton Waja.. Cuba lah hangpa bayangkan..... Beribu-ribuan RM kena korek.. 

Oleh yang demikian, sudah tiba masanya aku menukarkan salah satu bahagian yang penting untuk kereta. TIMING BELT.. Kali ni aku tukar untuk kereta Proton Saga FLX sebab milage dah mencecah 77K++ kilometer.. Kalau nak ikut kata Mr.Ryan, boss Proton SC, 80,000km baru tukar.. Tak pa lah.. Aku tukar awal sikit.. Sedikit tips aku nak berkongsi.. Kita tak boleh tunggu ngam-ngam 80,000km baru tukar timing belt.. sebabnya, kita berhenti kereta, enjin hidup pun kita patut kira.. Contohnya, anak tidoq dalam kereta.. Kita pi makan dalam keadaan enjin dihidupkan (jangan lupa buka cermin tingkap sikit).. Satu jam kita makan.. Kat meter milage tak bergerak, tapi timing belt pusing.. Kalau satu jam tu, aku dari Nilai ni boleh sampai Felda Soeharto.. Milage dalam 100km.. Jadi, 100km tu sepatutnya dikira dalam 80,000km tu walaupun dalam meter tak bergerak.. Jadi, aku syorkan, antara 70,000 - 75,000km boleh lah hantar untuk tukar timing belt tu..

Macam aku, lebih selesa hantar di Pusat Servis Proton.. Masuk tahun 2016 ni, untuk Proton Saga wife aku ni, dah masuk tahun ke-5 aku hantar ke SC Lai Hong Ming (LHM) ni.. Biar mahal sikit, asalkan puas hati.. Macam aku post sebelum ni la.. Bayar mahal, tapi dapat perkhidmatan yang memuaskan hati.. Dapat tengok Astro, Free WIFI, minum percuma, ruang solat, tempat menunggu berhawa dingin.. Sebab tu la bayar lebih.. Dan yang paling penting, kereta kita akan dapat diselenggara dengan baik.. Ada masalah ka apa ka, hantaq balik.. Haha..

Untuk kali ni, aku hantar ke SC untuk tukar timing belt & minor service.. Kalau dia suruh major pun, aku selalunya kata nanti.. Duit tak cukup.. hahaha.. Ok ja LHM ni.. Boss dia pun OK.. Aku pi hantar Sabtu jam 8.15am.. Aku suruh pulak staf SC hantar aku ke sekolah sebab aku ada meeting AJK PIBG. Mau ja dia hantar lepas boss dia suruh.. Itu pun perkhidmatan tu.. Aku malas nak tunggu 2-3 jam.. 

Bercakap soal kos, memang tinggi la untuk costing tukar timing belt ni.. Untuk pagi Sabtu tu saja, aku dah melepaskan RM1,034.00 untuk minor service & tukar timing belt.. Tapi kalau cosing untuk timing-belt sahaja aku rasa dalam RM750++.. Hangpa boleh refer kat bil aku di bawah untuk rujukan... Boleh standby duit.. Murah tak?? Kereta kecik berjiwa besaq.. Inilah dia Proton Saga FLX.. Tak apa lah.. Janji aku berpuas hati.. Dan janji aku & famili selamat gunakan kereta ni.. So, bayar lah dengan hati yang gembira!!

Perkara 1-6 sahaja untuk urusan Timing Belt & tambah RM150 untuk labour charge



60 comments:

5five6six said...

Tensioner tu ape... knp mhl sgt

Zulhelmi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
alip toron said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam, tumpang tanya.
Saya pun pengguna proton saga flx. Kalau kereta bunyi nyit nyit tu sebab ape ye?
Saya pun tak pernah lagi tukar timing belt ke mounting ke.
Minor services tu encik tukar apa je ye lagi?

Chegu Anuar said...

Timing belt ni tukar kalau milage cecah 80,000km. Tp elok lah tukar bila dah cecah 75,000km..

Bunyi nyit2 tu masa bila?

Minor servis tukar minyak enjin, oil filter.. Kos dalam rm180++

Chegu Anuar said...

Tensioner tu dtg full set dgn timing belt.. Kalau tukar timing belt, mmg kena tukar tensioner tu.. Jangan tension ja nak bayar..

Kalau tukar timing belt kat bengkel luar mmg lah murah.. Kat Proton SC mmg mahal sikit sb dah tentu sekali guna part original.. Yang keduanya, sebarang permasalahan, kita boleh pulang balik kat SC.. Tempat menunggu selesa.. So, tengok la poket masing2..

Arntmr said...

Salam tuan,

Klu timing belt ori utk Saga Flx brand apa? Sbb byk brand. MMC, Gates? Tak pernah tukar lagi cadang nak tukar dah. T.kasih

Chegu Anuar said...

Chot: Tak sure pulak.. Tp rasanya box nya semua Proton Brand..

NOraELL said...

Timing belt...harini baru nak buat servis 80,000.bajet tukar sikit dekat sc.sekali cs cakap tukar timing belt sekejap dalam rm600..nasib tak terkejut ingat servis minor je.

Memang wajib tukar nya timing belt ni?.
Tahu tak simptom2 awal kalau saya tak nak tukar timing belt ni?

NOraELL said...

Timing belt...harini baru nak buat servis 80,000.bajet tukar sikit dekat sc.sekali cs cakap tukar timing belt sekejap dalam rm600..nasib tak terkejut ingat servis minor je.

Memang wajib tukar nya timing belt ni?.
Tahu tak simptom2 awal kalau saya tak nak tukar timing belt ni?

Chegu Anuar said...

Timing belt elok tukar selewat2nya 80,000km.. Tak ada signal utk kita kesan keluputan timing belt..

Jangan lewatkan penukuran.. Ikut nasib.. Sy ada pengalaman putus timing belt utk kereta Proton Waja saya.. Amat perit.. Huhuhu

NOraELL said...

salam cikgu anuar..
terima kasih atas maklum balas cikgu.

Unknown said...

Kalau kereta jarang jalan pulak macam mana???Ke ada tempoh masa???

Chegu Anuar said...

Kalau jarang Jalan takpa.. tunggu sampai 70k-80k km Baru tukaq

Zai niza said...

Assalamualaikum Cikgu,
Saya pun pakai Saga FLX jugak. sekarang dh sampai 81k tp belum tukar timing belt lg. risau pulak sebab pagi ni kereta bila mula bergerak macam bunyi mcm "tak tak".
Lama lama bunyi hilang... Adakah bunyi tu disebabkan timing belt ke?

Chegu Anuar said...

Waalaikumsalam.. Alamak.. Dah 81K.. Bahaya tu.. Elok Tukaq segera.. Kalau dah putus timing belt, mau kita termenung 3 hari depan pintu rumah.. Haha

Unknown said...

salam ..knapa dlm buku manual tulis tukar setiap 120 ,000 km @72 bulan..kereta saya dah 80 000km..blom tukaq lg ni..

Wan said...

Keta saya exora bru 15k km tpi dah 5thun guna,dari 2012.kne tukar ke bro timing belt tu

Chegu Anuar said...

Kena tukaq bang.. Bahaya Tu.. Kalau nasib baik ok, kalau nasib kurang baik, naya jugak

Chegu Anuar said...

Kalau ikut kawan2 Kita, dlm manual book 80000km / 120 bulan..

+plain-jane said...

Assalamualaikum,

Boleh bagitau kedai ni dekat mana? nampak dekat resit tu Nilai.

Chegu Anuar said...

Wslm. Ya.. Kat Nilai.. LHM One Stop Service Centre..

Capt Price said...

MMC tak de keluarkan timing belt

Unknown said...

Salam..tumpang tanya..tadi sy ade tukar timing belt..water pump..lepas dah siap pasang..nk start x hidup..dah cek pully atas bawah xde lari..seperti yg ditanda sebelum tukar timing belt..sape pernah jadi macam ni..minta pendapat..

Unknown said...

salam tuan...water pump masa tukar timing belt kena tukar tak

Akhi said...

Timing belt mitsubishi RM 160.00
Water Pump GMG RM 78.00
Upah pasang RM 70.00

Unknown said...

Bos kereta saya dah guna 4thn 8bln tapi mileage baru 37.000 timing belt patut dah tukar atau mcm mana..sbb kereta jarang guna

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan. Dekat Mana ni?Murah tu. Boleh share x location bengkel kt mana

Unknown said...

Sy pengguna kereta saga flx manual 1.3. Dh hampir 80000km..so mmg kne tkr timing belt ye? Brp kos sebenar ye? Sy perempuan dan tak reti sgt pasal kereta ni. Nk tye..perluke saya tambah myk gear box? Sbb sy perlu buat minor servis sekali.

Unknown said...

Sy pengguna kereta saga flx manual 1.3. Dh hampir 80000km..so mmg kne tkr timing belt ye? Brp kos sebenar ye? Sy perempuan dan tak reti sgt pasal kereta ni. Nk tye..perluke saya tambah myk gear box? Sbb sy perlu buat minor servis sekali.

Rizal said...

Salam tumpang tanye....kerete saye baru 40k lebih x sampai lg 50k... tp penggunan dah hampir 4 tahun...
Kete jarang gune.....skrang dah ade bunyi nyit3 skit...perlu tukar atau tidak yer?

Anonymous said...

salam, saya pengguna proton saga flx plus cvt , bulan lepas saya ada tukar minyak gear cvt tetapi filter dia sy tidak tukar , akan jadi masalah ke jika saya tidak menukar filter ,

Anonymous said...

better tukar dan beli timing belt dkat proton..kalau beli barang diluar,dikhuatiri x sesuai..hari ni 19.1.2018 jam 12.00 tghari dah terkena,beli brg kat luar,bwa ke SC die bgtau tensioner x boleh guna..sudahnya bganda kos..nasib..

Anonymous said...

Salam..sy da tukar timing belt masa 70K 7KM..sekarang nak masuk 14K KM..bila saya perlu tukar lagi..major service tukar apa? enjin perlu top dan major overhaul bila yer?

Unknown said...

Salam Hayati Hamdan syaiful kat mana kedai ni ea.. Murah

Unknown said...

Salam... saya pengguna saga fl 1.3 tahun 2013... mileage tak cecah 60k lagi..tpi kereta dh 5 tahun.. kena tukar tak timing bekt

kulislave said...

Saya ada soalan sama mcm mohd fiedaus mamat kat atas tu... walaupun dah lebih setahun soalan dia...

Dalam buku, saya tgk 120K baru tukar... untuk engine IAFM+... xkan buku service ni salah... ke saya yg salah paham...
Yg 80K kena tukar tu yg engine D4F. D4F ni bila google keluar savvy je... saga IAFM+... saya nak consult dgn pomen proton tp baru nak cari..tanya sini dlu la...

kulislave said...

Waja dulu tu, berapa km timing belt tu putus? Dan kalau timing belt tu putus, dengar kata engine rosak... mcm pelik juga klu putus jd rosak... betul ka...?

Unknown said...

ya..kalau putus banyak nk pakai duit..klu motor skuter yg pakai timing belt,kalau putus tetiba kne overhaul jwp nye..klu kereta pulak serupa juga..bayangkan moto overhaul banyak juga pakai duit nak baik pulih balik,itu yg cikgu annuar ckp klu kereta putus tengah bawa mau menung dpn pintu rumah pakej 3hari 3mlm..bilantukar pulak pastikan part original jgn saving untuk timing belt kerana bila reput atau nk putus dia x bagi isyarat..terus putus

Unknown said...

alamakk saya nya kereta dah 94k+++ dah xtukaq lagi..

Unknown said...

lama tak kalau tukar timing belt dekat proton center ??

Amy said...

Kalau keta x jalan berapa lame..?kalau ikut 5 tahun da bleh tukar..sebab getah bleh kembang trus reput bila kene minyak..

Amy said...

Kalau ramai orang kene la tunggu sikit..lau xde orang sekejap je kerja tukar t/belt ni

Mietam said...

Salam.selain timing belt,apa lg belt yg perlu ditukar 80k mileage.tq

Azrul said...

Kalau tukar kat sc proton confirm ke barang ori

msyafiq07 said...
This comment has been removed by the author.
msyafiq07 said...

assalamualaikum sy pengguna saga flx plus cvt...sy smlm bru ja tkar timing belt brand gaido(siap ada register warranty pkai sms[3 years/100000km]),alternator(fead) belt dan water pump (GMB)... total kos krugian rm540 (trmasuk upah)
timing belt rm340
belt alternator rm80
waterpump rm120
sy buat kat bengkel luar...
milage kereta 74888 xberani lajak 80k
sbb nk dkat raya ni...ngadap jem lg..pkir2 la bosku,wlaupon timing belt ori proton boleh lajak smpai 80k till 120k...keta xjln pon..njin still running(timing belt duk pusing)
usia kereta 3tahun 3 bln
ni dikatakan kereta kecik,berjiwa besar...klu ada modai tkar ja part2 ni...yg len next pon xpa
terima kasih,just share pendpt

Riedz said...

Saya pon pakai timing belt gaido,ada warranty jika putus sebelum sampai masanya kita akan dpt claim kerosakan kereta kita dari gaido.

naz said...

Saga flx tukar bleh tukar 100k km..

Adam said...

Rm1034 murah lah... Aku tnya proton kat kuantan kurang2 1400 jugak kalau nk servis timing belt..

Perujuk_Manual said...

Saya ada soalan sama mcm kulislave & mohd fiedaus mamat kat atas tu... walaupun dah lebih setahun soalan dia...Persoalannya dlm manual timing belt tukar setiap 120k atau 72 bulan... any comment?

Unknown said...

Sy kereta baru beli kt used car,, proton saga flx,, mileage baru 48k jadi wajar ke sy untuk tukar timing belt sbb usia kereta dah 8 tahun mintak pencerahan sikit kwn2 ,,, lagi 1 kalau nk buat servis kt luar pon ok ke?

rino said...

skuter saya timing belt putus xdelah kene overhaul.cuma belting tu melilit kat pully jer.

Unknown said...

Sya pn sama

Unknown said...

Maaf la nak tanya setiap taming belt ada nombor dan jenis macam mana nak tahu jenis no tu ya kereta saga flx

Anonymous said...

Mana Yang beli user car Tu klu Ada luck resit owner lama tinggal resit maintenance ok la..biasala kereta bila masuk use cars millage tak boleh anggap betul kedai dah calibrate.nasihat kereta second hand tanpa record maintenance tukar la timing belt dan belting Yang lain pastu pelan2 tgk menda lain plak.ikut budject.

Unknown said...

Lost compression

aziz said...

nak ta.tanya satu je..kereta saga BLM tapi tersalah beli timing belt saga FLX sebab seller promot over kot,bearing FLX beza BLM kena beli bearing saga BLM yer...so pertanyaan sy timing belt saga FLX bole X pakai pada BLM sebab saiz sama je 1440x25mm..

kereta proton said...

terima kasih atas perkongsian. boleh ke saya tahu, apa kelebihan untuk timing chain dan timing belt? saya percaya dua2 ada kelebihanya. harap dapat memberi pencerahan. terima kasih.

perodua said...

terima kasih, atas perkongsian.semoga dipermudahkan