Friday, 12 June 2015

Tukar Minyak Gear CVT untuk Proton Saga FLX

Assalamualaikum wbt..

Ehsan Google.. Thanks

Sejak cuti sekolah ni, ada la masa sikit nak update blog aku yg agak lama tak berupdate.. Hari ni nak berkongsi cerita tentang service gear oil atau dalam bahasa melayunya minyak gear untuk kereta Proton Saga FLX ( Auto Transmission ) dengan kecanggihan teknologi CVT nya.. Kereta Proton Saga FLX ni hak milik wife aku.. Tapi dah nama pun laki bini, kira mcm aku punya jugak la..


Harini, millage Saga dah mencecah 64,000km selepas 3 tahun 6 bulan aku guna.. Yang bermaksud, tiba la masanya untuk membuat penukaran minyak geat CVT ni.. Sebabnya untuk gear CVT, aku difahamkan setiap 60,000km kena tukar minyak gearnya.. Sebelum-sebelum ni pun aku ada bertanyakan service centre Proton (SC) tentang bajet untuk tukar minyak gear CVT ni.. Dimaklumkan pada aku anggaran antara RM400-500.. Huh!! Kereta kecik berjiwa besaq.. Dah mcm pakai BMW pulak aku rasa.. Jadi, aku tangguhkan dulu niat aku waktu minor service 60,000km yang lepas.. Tapi, bila la ni, risau jugak kalau tak tukar, kena jem, naya aku.. Seketui gear box nak kena proses pulak.. 

Jadi, terpaksalah tukar jugak.. Ada hati nak tukar minyak gear tu kat kedai pomen biasa.. Tapi bila review internet, banyak jugak kesan-kesan tak elok bila buat luar daripada Proton SC.. Pergi jugak la aku ke LHM Proton Service Center yang mana dah 5 tahun lebih aku service kereta Exora aku & 3 tahun lebih service Saga FLX ni.. Sebelum pi, dah call boss SC.. Tanyakan harga.. Dia bgtau antara RM500 lebih.. Errmmmm.. Nak buat, bajet tinggi.. Tak buat pun bimbang masalah.. Buat saja la..

Untuk pengetahuan, CVT punya gear box ni mmg kena buat kat Proton SC jugak.. Sebab selepas siap masuk minyak gear, kena setting guna komputer untuk menentukan ketepatan penggunaan minyak gear. Di SC, dimaklumkan kat aku, minyak gear kena guna 5liter + Gear Oil Filter / Valve.. Total minyak gear : RM40 x 5 botol = RM200.00... Gear Oil Filter pulak = RM213.87.. Labour charge = RM120.. Hangpa total la sendiri.. Campuq GST, jumlahnya RM565.00.. Haaaa.. Tersedak jugak la.. Tapi nak buat mcm mana.. Nasib baik la boss LHM bagi aku diskaun RM15.00 + diskaun Crazy Diskaun (pakej di LHM shj) RM40... Jadi, total aku bayar RM510.00..



Aku memang suka tengok masa mekanik buat keja dia a.k.a menyibuk.. Pertama, buang minyak lama dan gear oil filter.. Kedua, pasang gear oil filter & isikan minyak baru.. Ketiga, cucuk komputer, settingkan ketepatan minyak.. Secara automatiknya, minyak yang berlebihan akan dikeluarkan.. Keempat, kereta siap & bayaq laaaaa...

Lepas tu, test drive.. Memang dapat rasa perbezaan daripada segi pick-up dan kelancaran penukaran gear CVT tu.. Kesimpulannya, part kereta Proton Saga FLX ni memang mahal jika nak dibandingkan dengan Proton Exora CPS aku.. Kesian jugak la orang yang sederhana mcm aku ni.. Ingat pakai Proton Saga FLX ni nak bajet, tapi agak mahal jugak untuk sesetengah part.. Kena Proton Exora Bold lagi naya.. Spark plug sebiji RM71.00.... Cuba kali 4 biji.. Dah RM284 untuk plug saja.. Kalau Exora CPS aku baru RM38.00 untuk 4 biji tu..

Tepuk dada, tanyalah nafsu berkereta anda..

Sekian

225 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 225 of 225
Mamal Didin said...

Assalamualaikum. Tumpang tanya cikgu. Kalau beli minyak cvt kat proton,tapi tukar kat luar boleh tak?

Chegu Anuar said...

Mamal Didin: Wslm.. Beli CVT gear oil kat Proton tu sy tak pasti sama ada boleh atau tak? Tapi kalau nak beli sparepart pun ada jual.. 1 liter = +-rm40 rasanya

Unknown said...

salam...nak tya,sy last service di SC lpas 3kali...pastu 3kali dh service lua...nk jdkn cerita,CVT ni mcm ade problm..bile gear reverse rpm kne tekan tgi mcm clutch abis..CVT oil dh tukar...sama gak..klau anta SC dia cover x gearbox lgi buatnya gearbox ni prblm..?kete baru 60k km..huhu

Unknown said...

salam...nak tya,sy last service di SC lpas 3kali...pastu 3kali dh service lua...nk jdkn cerita,CVT ni mcm ade problm..bile gear reverse rpm kne tekan tgi mcm clutch abis..CVT oil dh tukar...sama gak..klau anta SC dia cover x gearbox lgi buatnya gearbox ni prblm..?kete baru 60k km..huhu

Chegu Anuar said...

Wslm.. cornfirm takdak warranty bro.. sb dah buat kat luar.. sedangkan kalau kita service kat SC pun, depa check betoi2 syarat kita pi service.. kalau cth patut 40,000km kena service, kita pi buat 40,350km, ikut2 nasib la

Ni kes bro yg dah service kat luar, lagi la takdak harapan.

Tp boleh cuba..

Ahmad Asyraf said...

Tq..arini sy g SC tgk ape trjadi..pape sy akn kongsi nnt...

Anonymous said...

Sy nk share n nak tanya.. Sy pakai Keta flx da 4 tahun.. Engine kadang2 semput time nak start awal pagi.. Lama kelamahan tombol kelajuan meter tu tak gerak dah jem.. Lepas tu timbul pula masalah lain.. Lampu warning lambang batri tu menyala bila pasang signal da macam signal ikut kelip2..tapi kalau pasang aircon atau pijak break;tak menyalah bila off aicon.menyala ..lampu tu ikut lampu signel tu kelip2..mula2 ingat batri seb batri pn kong lari cas.. Lepas tukar batri masih juga sama.. Apa masalah lain tu ar..?? Da tukar batri cek altanitor. Siap g restart kemputer box.. Semput tu da ok cuma kat meter tu masih tak gerak tombol kelajuan.. N lampu warning batri tu masih ada kalau on signel.. Pegi cek kat sc dorg cakap nak cek cabel tingalkan keta 4 hari untuk cek.. Sy tnya kat begkel2 luar lain dorg cakap meter rosak..nak buat yg mana 1 dulu tukar meter atau maintanance cabel.. Berapa kos tukar meter n maintance cabel..?? Mana yg lagi mahal.. Sapa2 pernah mengalami mohon share.. Tq

Lady Crepe said...

Kereta saga sy dah hampir 6 thn.
Masa awal2 dulu pernah lampu cvt nyala and kereta susah hidup. Bw gi sc dia ckp spark plug kotor. Lepas tu elok dah tak nyala.
Tiba2 semalam, lampu tu menyala..
Mcm dlm ni ckp, mungkin sebab 3rd brake. Tp lepas kita brake, nk speed up dia macam xnak laju..
Mungkin sebab plug lagi ke...bulan lepas baru tukar masa servis. 3rd brake lamp x cek lagi..

Lady Crepe said...

Dah try2 godek pagi ni..
Lampu 3rd brake mcm ok..tp just nampak reflection.xtau kalau ada bulb yg terbkr.
Yg pasti, bila headlamp on, tekan brake, dia x release semula brake tu. Jadi lampu cvt tu menyala. Off headlamp baru dgr bunyi brake release.lampu cvt pun padam. Kalau tak on headlamp dia ok.dgr bunyi brake release tu..

taq debwilluv said...

Sy alami mslh yg sama..br bbrpa hr ni perasan..klau bhnti kat traffic light nnt gear tukar jd n sndiri..td ms membelok sy break mengejut sbb hmpir tlepas simpang..sm jg krta xnk masuk gear..nsb baik hrni raya n kereta x bnyak..

Agel Tiger said...

Tukar minyak cvt rm500++. . Emmm koyak juge poket. . . Itu baru proton. . . Macam mana kalau kereta jenama selain proton. . . Eg. Vw ke apa ke. . .cmne. .

azman adnan said...

Cvt oil jgn tukar luar buat kat proton sc jika x nak gearbox problem dan lampu cvt menyala dan keta jadi semput.jgn lupa service throtle kalau dah lama

Ismail Ahmad said...

Salam.apa beza flx 1.3 cvt dgn saga new yg terbaru 1.3 cvt .dr segi gear box dia ada kah dia berbeza? Ada lg satu dr segi engin dia apa yg beza?saga flx 1.3 dgn saga new yg terbaru 2017..

Nita Wati said...

Salam..sy br mengalami mslh yg sama (Lampu amaran CVT menyala)...

Keadaan :-

15hb Ogos semasa otw blik kerja lampu amaran CVT mnyala & padam lbh kurang 5 kali..tp sy ttp menerus kan perjalan..kelajuan dlm 40km/j xbrani bwk laju..Alhamdulillah slmat smpai..
Mlm tu jgk suami sy cube test pusing2 tp xde lg lampu tu mnyala..

16hb Ogos otw ke office pg td..xde ape2 berlaku..lampu pon dh x mnyala..

** millage kereta sy br 38k++
** 1st time je pg service dkt CS..lps tu xde dh..sbb service dkt CS mhl..


Soalan :-
1) perlu ke sy pg check kreta dkt CS..?
2) klo dh x service dkt CS..bleh ke claim warranty utk kes lampu CVT nie..?

Unknown said...

Assallam..sy bru pkai saga fl..gearbox cvt..bli used car..ad cra x nk taw owner lame cvt oil pna tukar ke x?sbb mlage da 73k km

Anonymous said...

Chegu, tumpang tanya. Sya baru 3tahun guna saga flx ni,tapi baru2 ni, kreta buat hal, kat oil pump. So sya tukar oil pump. Tapi lepas tukar, dalam 1minggu mcm tu.. kreta da mula semput, lagi RPM dah tak normal. Nk tekan minyak, kreta tros nak mati enjin pula..mohon pencerahan, thx.

Unknown said...

Salam bro.. Kete sye bru kne td..ape punce jd mcm ni ye

Unknown said...

Salam bro.. Kete sye bru kne td..ape punce jd mcm ni ye

Wilson said...

Saya punye flx lampu sensor cvt menyala. Bila cek, lampu brek ketiga terbakar. Bila dah tukar lampu brek, sensor padam. Pelik juga. Dalam setahun dah tiga kali tukar lampu brek ketiga. Terima kasih kepada lampu sensor cvt.

Rizal said...

salam. sejam lebih tadi datang proton sc semambu bawa exora bold turbo niat datang nak servis minor biasa jer. mileage 60,873 km. sc advice tukar minyak gearbox cvt dan yang perlu sekali tu macam ikut jadual sebab belum pernah tukar. ditunjuk kos rm1,120. uhuk2 batuk tengok kos. tetapi memikir kesan2 kalau tak tukar jadi buat la juga. jadi major servis. ni tengah tunggu kreta siap sambil google terjumpa entry chegu ni. tadi mcm rasa nak demam dah.. huhu

bagus info kat sini.

Anonymous said...

assalam..
kereta saya saga flx 1.3 Auto (2012) dari gear N nak masuk ke D, rpm tiba2 drop dan enjin terus mati. sy cuba dari gear N masuk ke R tiada masalah lansung. dari gear P ke D pon xda masalah. harap ada yg sudi membantu

Zharqie Zharqie said...

Syg kan ..lelaki xtau pegang spanar kena tipu aje lah.. Minyak gearbox kt kedai bru bpe puluh. Lg 1 lbih milege xkn jem pon gearbox tu.. Kecuali lah kering tros.. Ahahaa cuba lah lpak dgn pomen2 ambik ilmu mereka..aku pomen skm diploma automotif.. Myak gearbox lebih xape ni aku nk gtau cuma myk kurg akn dtg kn masalah.. Nk cek minyak gear kt bwah tu kn ada stik siap dgn marking skali ..tuka myak gear smpai rm800..alahai malang korang kn kesian..wtpe cucuk kt computer.. Kt stik tu nk wtpe plak? Wt sukat jubo.ahahaa kelab kete ramai tp pengalaman xde..yela lain bidang kn..tp korg kena tahu sbb zaman skrg org melayu kite tertipu..kahkahkah mujur aku ni pomen..jgan marah

NOraELL said...
This comment has been removed by the author.
NOraELL said...

dah lama tak stalk blog encik anuar ni. masalah signal cvtmenyala. yelah saya dah kena haritu. jawapan SC lampu break ketiga dan SC reset balik. total kena bayar dekat SC rm55.

encik pertanyaan saya:

1.kalau dah habis warranty dengan proton better kita servis dekat SC atau bengkel luar?.
2.kalau nak jugak servis dengan Proton ni ada masalah besar contoh gearbox dorang akan layan ke?walaupun dah habis warranty

cK edin said...

As Salam, nk tnya la..minyak cvt tu kena tukar pas 3 tahun ke 60k km..sebab masa ritu sy ada la tanya kat staff sc..dorg kata da bole tukar da sbb keta da 4 tahun..tp milage baru 40k km..adoiii pening daaa..lg 1,pass sy service kat sc,ttba bau habgit masa tekan brek ada..sape2 bole bg solution x

«Oldest ‹Older   201 – 225 of 225   Newer› Newest»