Wednesday, 3 December 2014

Bercuti Di Kota Kinabalu Part 1

Assalamualaikaum wbt..


@KLIA2

Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Allah SWT, sekali lagi dapat aku bawak famili aku bercuti ke Kota Kinabalu.. Kali ni special sikit sebab dapat stay 1 night @ Kundasang.. Kalau 2010 dulu, tak tidoq Kundasang.. Aku ke KK kali ni 4 hari 3 malam.. Rasanya dah cukup dengan tempoh masa tu.. Kecuali, ada bajet berlebih-lebih, boleh lah duduk lama lagi. Aku akan berkongsi cerita pengalaman aku dari hari pertama hingga har terakhir.. Okey.. Ready.. Haha

Hari Pertama ( 29/11/2014 )

Pulau Manukan kalau tak salah aku..

Eden makan dulu yoo..

Hotel Tang Dynasty Park @ KK


Dengan menaiki flight Air Asia, terbang lah kami dalam ketakutan sebab sejak kebelakangan ni, mcm-mcm cerita pasal kapal terbang.. Alhamdulillah penerbangan kami selama 2 jam 30 minit mendarat di KKIA Terminal 2 pada jam 12.50pm.. Pi Sabah ni mcm pi obersea jugak sebab kena melalui Imigresen.. Kat Imigresen, kita akan diberikan slip masuk negeri Sabah.. Kena simpan slip tu masa keluar Sabah, kena serahkan kembali pada Imigresen.. Sampai di KKIA, aku booking sewa kereta selama 3 hari. Penyewa kereta dah ada di airport masa aku sampai.. Aku bayar RM300 untuk 3 hari tu terus aku bawak kereta Myvi Auto. Sebenarnya, dari mata kasar, aku tak rupa perkenan sangat kereta tu sebab air-condnya pun tak kuat. Takpa lah.. Aku malas nak tukar-tukar kereta.. Terus menuju ke Hotel Tang Dynasty Park.. Lebih kurang 10-13 minit saja ke hotel dari airport.. Lagipun aku dah tau jalan sebab 2010 ke KK dulu pun aku stay hotel Tang Dynasty Park ni.. Tang Dynasty Hotel banyak rangkaiannya di Sabah. Di Bandar KK pun ada Tang Dynasty Hotel tapi harganya lebih mahal lagi. Aku booking Deluxe Famili ( 1 katil king + 1 single ) berharga RM124.00 termasuk 3 breakfast.. Ni untuk kakitangan kerajaan.. Kalau bukan, harganya RM126.00 tanpa breakfast.. Kualiti hotel memang OK sangat. Bersih dan tenteram kerana jauh sikit dari Bandar KK ( dalam 6 minit memandu untuk ke Bandar KK ). Mandi - solat, terus cari kedai makan.. Lepas makan ke Muzium Sabah.. Bayaran masuk RM2 (dewasa) & PERCUMA untuk kanak-kanak.. Dalam muzium ada apa?? Ada lah cerita sejarah negeri Sabah untuk pengetahuan anak aku..

Sunset @ Pantai Tanjung Aru

Mengenangkan nasib..



Selesai ke Muzium.. Menuju ke Pantai Tanjung Aru.. Orang kata sunset memang cantik.. So, aku pun pi la terjah Pantai Tanjung Aru.. Jaraknya pun tak jauh dari Muzium Sabah.. Dalam 5 minit.. MashaAllah.. Memang cantik sungguh.. Kebetulan aku ada di Pantai Tanjung Aru tu jam 5.40 petang mcm tu.. Dah nak masuk Maghrib dah kalau di Sabah.. Punya lah ramai orang dah siap dengan kamera yang canggih-canggih untuk ambik gambar sunset tu.. Aku?? Kamera murah ja.. Hahahaha.. Hentam saja lah.. Dapatlah jugak snap 10 - 15 keping gambar yang sunset nya memang cantik. Teruja dengan keindahan ciptaan Allah.

Di Pasar Malam Sinsuran

Hajat tak kesampaian utk beli Terubok Masin

Malam selepas Maghrib, aku terjah ke Pasar Malam.. Area nya di Jalan Sinsuran.. Pasar Malam ni banyak jual mutiara.. Bersaing peniaga ni jual mutiara.. Tapi kita harus berhati-hati kalau nak beli aksesori yang ada mutiara.. Ada 3 jenis.. Mutiara air masin , mutiara air tawar , dan mutiara celup.. Yang mahal sikit ialah mutiara air masin.. Aku pun tak paham bezanya.. Yang aku tau, mutiara yang air tawar ni yg ada berbentuk (maksudnya tak sama rata).. Ada jugak mutiara yang memang asli.. Dan ada jugak yang menipu.. Wife aku beli jugak la sepapan ( 12 pcs ) mutiara aksesori dan gelang mutiara.. Aktiviti malam tu memang target nak belu mutiara saja.. Terubok masin target nak beli masa malam terakhir di KK.



Ada lagi sejenis masakan utk udang ni.. Tapi sampai lambat.. Perut dah menggigil.. 


Selepas beli mutiara, aku menuju ke Medan Makan yang tak jauh dari Pasar Malam tu.. Dari pasar Malam tu, terus saja.. Nampak la sebelah kiri banyak gerai makan.. Menu utama tentulah seafood.. Aku menuju ke Gerai Sinar apa ntah.. Taglinenya masakan Jawa special...  Aku tanya harga dulu.. Udang RM50/kg, Jenahak RM30/kg, Ketam RM50/kg.. Murah kan.. Untuk malam tu, aku order, Ikan Jenahak seekor (RM25), Udang 1/2 kg (RM25) , sup sayur , nasi , air.. Udang tu buat 2 masakan iaitu masak cili & butter prawn.. Total aku makan malam tu = RM73.00... Peh.. Kalau di Bagan Lalang, aku rasa mau jugak RM130 mcm tu.. ergghhh.. Kenyang.. Alhamdulillah...

Abis makan, balik hotel, teruskan misi seterusnya iaitu TIDURRRRRRRR... Hahahaha.. Target esoknya ialah ke Pasar Tamu Gaya yang hanya ada pada hari Ahad sahaja.. Seterusnya ke Kundasang..

Selamat Malam KK ( Dari tingkat 10 Hotel Tang Dynasty Park)

Tunggu next entry..

4 comments:

Zana M said...

Bestnye.. teringin juga gi KK

Roslan Lan said...

Assalamualaiku..
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
Syarikat SUHAZRINAH ENTERPRISE SDN.BHD adalah syarikat ‘Taxi Limousine’ yang beropersi sejak 5 Tahun yang lalu, mempunyai pengalaman yang mendalam tentang tempat-tempat yang menarik di sabah.
Kami menjemput anda ke sabah untuk bercuti dengan kadar Harga yang rendah dan berpatutan,
sila hubungi kami untuk mendapatkan pakej yang lengkap.
+6016 8392919 (whatsApp, wechat, Telegram & Kakao Talk)
email: taxisabahlimo.com
http//:www.taxisabah.com

Anonymous said...

Salam,

Kami menyediakan perkhidmataan kereta sewa Axia Auto RM100/day untuk pengunjung daripada Semenanjung. Berminat boleh call atau watsapp 014 20 11144.

Terima kasih.

Borneo Kinabalu said...

Assalamualaikum..
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

PAKEJ 3HARI 2MALAM

01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*

02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*

03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*

Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
En Roslan 0168392919 (whatsapp)
Email : borneoukinabalutour@gmail.com