Friday 6 September 2013

Aircond York Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum w.b.t..

Rasanya dah lama tak masukkan post untuk diceritakan.. Mungkin sebab mood untuk terus berblogger sepi seketika selepas pemergian ibu aku yang tercinta.. InsyaAllah.. Aku akan kembali menulis dalam diari maya ni untuk koleksi peribadi dan sama-sama kita dapat berkongsi mengikut citarasa masing-masing..

Hari ni aku nak berkongsi dengan semua tentang aircond York.. Aku salah seorang pengguna aircond York sejak tahun 2004.. Masa tu masih duduk di Sri Petaling.. Aku cuma nak berkongsi kualiti aircond York keluaran sekarang dengan kualiti York masa aku beli tahun 2004 dulu.. Bulan April 2013 lepas, aku beli aircond York 1.0HP baru untuk gantikan aircond York aku yang lama.. Aircond York yang lama ni aku dah gunakan sejak September 2004 sampai ke bulan April 2013.. Dah berapa tahun tu? Dah 8 tahun 6 bulan lebih kurang.. Jadi, agak berpuashati la dengan yang dulu.. Aku cerita yang aircond lama dulu ok.. Sepanjang aku guna York lama, aku cuma service kalau tak salah aku dalam 3-4 kali sahaja.. Masa di Sri Petaling, aku tak pernah service langsung sejak September 2004 sampai la aku berpindah ke Pajam ni iaitu bulan Julai 2007.. Masa aku nak bukak aircond di rumah Sri Petaling tu, baru la aku suruh orang tu service dan pasang di rumah baru aku di Pajam (yang aku duduk la ni laa).. Maknanya, 3 tahun tak payah service.. Penggunaan aku pun kira dasyat jugak la.. Sehari = 8-10 jam aku bukak aircond tu.. Jadi, kesimpulannya, aircond York yang lama tu memang berkualiti.. Untuk makluman, sampai ke hari ni aku masih gunakan lagi aircond tu. Aku dah transfer aircond tu ke ruang tamu di bawah.. Sejukkkk lagi sampai ke hari ni.. Gambar nya di bawah niii...


Masih hebat bekerja..
Okla.. Itu cerita aircond York lama.. Aku bagi 4/5 bintang.. Ha.. La ni aku nak berkongsi tentang aircond York yang baru aku beli bulan April 2013.. Harga siap pasang tak sampai RM1,000.. Ok la tu.. Aircond ni aku pasang di master bedroom.. Sepanjang aku beli, sampai la bulan posa lepas, dah 2 kali aku bersihkan filter sendiri.. Sebab apa? Sebab aku dengar angin nak keluar pun dah tersemput-semput.. Sejuknya ada, cuma angin tak berapa nak boleh keluar dengan power.. masa pakai dalam sebulan lebih, tak dinafikan kekuatan angin.. Bukak ja pintu bilik, angin dia sampai ke muka aku terasa bak kata flyersnya la.. Boleh mencecah 6 meter anginnya.. Tapi selepas ja pakai dalam 3 bulan lebih, memang dah tak power.. Paling ketara masa lepas raya.. Angin langsung perlahan sangat.. Kalau bukak fan nombor 1, lagi mcm kita off aircond tu.. Dengan hati yang membara, aku terus komplen ke Kedai Weng Hub Elektrik tempat aku beli aircond.. Masa aku kol hari Jumaat petang.. Dia kata akan faks komplen hari Isnin.. Okla.. Smabil2 tu, aku jugak buat komplen online direct ke website York.. Hari Isnin pagi terus Customer Service York dari Seremban call aku.. So, aku bgtau la apa jenis masalah dan terus buat appointment... Hari Selasa petang technician York datang rumah.. Dia pun check.. Memang didapati blower bahagian dalam indoor part dah banyak habuk.. Penuh habuk.. Huh.. Aku kata dengan technician tu, kalau mcm ni punya masalah, lagi 4 bulan saya komplen lagi laa.. So, techincian tu pun buat la kerja dia walaupun, masalah habuk ni bukan masalah dia.. Sepatutnya, dia charge.. Aku buat pekak ja.. Ikutkan aku, mau ja aku komplen lagi dengan York ni.... Eloklah la aircond aku sampai ke hari ni.. Alhamdulillah.. Gambar dibawah ni aircond York yang aku beli April 2013...

Aircond baru tapi ....





Kesimpulannya.. bagi aku secara peribadi.. Keluaran York dulu lebih baik berbanding sekarang.. Perlu ada research yang menyeluruh untuk memberikan kepuasan yang sempurna kepada pelanggan.. Aku sebagai salah seorang pengguna York, sebenarnya yakin dengan kualiti York sehinggakan aku merekemankan kawan2 aku untuk guna York sebagai aircond dirumah depa.. Tapi, bila dah jadi mcm ni, aku punya keyakinan agak terhakis.. Apapun, kita tunggu lagi 4 bulan.. -)

45 comments:

E'in said...

alfatihah utk arwah ibu..

ein xgune ekon.. ein gune kipas je... hihi

Bunda_nora said...

selamat bercuti dan selamat hari malaysia..

Mohd Zainisam Bin Abd Samah said...

huh aku baru beli td 1.5hp L Series selepas consider panasonic dan sharp plasmacluster..harap la takde masalah blower tak kuat. esok installer dah nak dtg pasang

samsul arifin said...

aircond yang lame tu yang second edition memang best punye tapi yang baru tu york cooling king memang banyak masalah banyak customer saya complain. tapi sekarang york ade kuar model baru YORK ECOKING tak tau la de masalah ke tidak..

Unknown said...

hehehe...kekadang rumah kita banyak abuk...ekon york mmg jenama yang ok..cuma tempat acon tu dipasang perlu diambil kira..tambah lagi ruang tamu....nak banding dlm bilik bebeza...ruang tamu lebih terdedah kepada abuk...biasa la tu..

zull lello said...

saya dah pakai Mitsubishi,setahun rosak,skrg guna Anson,pun masalah angin tak kuat,skrg tak tahu nak beli apa..Daikin ok ke.

zull lello said...

saya dah pakai Mitsubishi,setahun rosak,skrg guna Anson,pun masalah angin tak kuat,skrg tak tahu nak beli apa..Daikin ok ke.

Unknown said...

assalamualaikum.. sy cari2 york d kdai xda.. rupanya york dah tukar ke jenama daikin.. daikin vs york, mna lg ok? btul ka coolerking xbgus..xbeli la mcm tu.. bg la pendapat korang..huhu

Unknown said...

assalamualaikum.. sy cari2 york d kdai xda.. rupanya york dah tukar ke jenama daikin.. daikin vs york, mna lg ok? btul ka coolerking xbgus..xbeli la mcm tu.. bg la pendapat korang..huhu

Unknown said...

assalamualaikum.. sy cari2 york d kdai xda.. rupanya york dah tukar ke jenama daikin.. daikin vs york, mna lg ok? btul ka coolerking xbgus..xbeli la mcm tu.. bg la pendapat korang..huhu

Anonymous said...

Cuba mintak aircond second hand kat rumah haji hadi. Dia bagi free kat walaun2 dia kot.

Chegu Anuar said...

York ada lg sebenarnya.. Taktau apa mslh dlm MOU York n Daikin ni sampai bercerai-berai.. Mslh rumahtangga la tu.. Esok lusa ok tu.. York ka Daikin ka, ok ja.

Unknown said...

Cap lama ngan baru xsama..dlu2 okela aircond..saya pakai haier xde masalah je..terbaik..brand china lg up skrang dari brand york ngan daikin..sebab keluaran skrang semua sparepart adalah dari china..diarg jaga jugak la nma brand sendiri..bg kualiti oke..haier berbaloi la org kata...harga xda la mahal sangat..berbaloi baloi..

Unknown said...

Cap lama ngan baru xsama..dlu2 okela aircond..saya pakai haier xde masalah je..terbaik..brand china lg up skrang dari brand york ngan daikin..sebab keluaran skrang semua sparepart adalah dari china..diarg jaga jugak la nma brand sendiri..bg kualiti oke..haier berbaloi la org kata...harga xda la mahal sangat..berbaloi baloi..

Chegu Anuar said...

Ok ka Haier?? Klu ok, boleh try.. Ntah la.. Dah kurang yakin dgn York..

Undertaker said...

Apasal sini cakap suka repeat post 2,3 kali?

Chegu Anuar said...

Ntah. Pening jugak mcm aircond!!

Unknown said...

Jenama baru TCL ok x..sape yg ada pakai

Unknown said...

dah tuuu midea ngn york mane lg ok ? mohon kepakaran semua :)

Chegu Anuar said...

Sorry.. Tak penah dgr pulak.

Chegu Anuar said...

York, Daikin masih relevan utk guna walaupun kualiti York sedikit menurun.. Kalau Midea, tak sure ok atau tak.

Anonymous said...

Saya baru pasang 1.5 air cond jenama york G Series. Sama mcm air cond lama Encik.. harp2 tahan lama lah. Bila Comperasor masuk bunyi senyap. Suhu tarok 29 je cukup kipas no 1. Sejuk bukan main. Benda baru.. maklum. Harp2 bertahan lamalah.. york buatan mana yeh???

Chegu Anuar said...

Mungkin ok kot yang G-Series.. Apa yg sy catat adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakan York dalam 1 dekad.. Yang lama & yg baru

pakcik said...

Saya pernah kerja sbg technician york sekitar tahun 2003 dulu. Kilang OYL kt shah alam yg buat air cond brand ni. satu kilang dgn brand acson. means aircond yg sama dgn teknologi yg sama cuma brand je yg berbeza. York dimiliki syarikat di usa & acson pula malaysia. Di buat under license kt malaysia. Masa tu memang york aircond no. 1. kualiti memang bagus sebab dasar syarikat di malaysia yg menghasilkan produk berkualiti. then lepas daikin take over oyl, aircond york dh x dibuat di malaysia. china pula yg buat. biasa la made in china pakai 2-3 kali problem kualiti entah ke mana.

Chegu Anuar said...

Good info 'pakcik'.. Saya menulis berdasarkan pengalaman..

Anonymous said...

TCL antara syarikat jenama popular dari China. Dorang keluarkan pelbagai jenis barangan elektrik termasuklah telefon bimbit. Boleh dikatakan TCL setanding LG atau Samsung dari Korea. Cuma kita di sini belum kenal dengan brand TCL ni sebab sebelum ni dijual di pasaran tempatan china sahaja dan tak dieksport.

Anonymous said...

TCL antara syarikat jenama popular dari China. Dorang keluarkan pelbagai jenis barangan elektrik termasuklah telefon bimbit. Boleh dikatakan TCL setanding LG atau Samsung dari Korea. Cuma kita di sini belum kenal dengan brand TCL ni sebab sebelum ni dijual di pasaran tempatan china sahaja dan tak dieksport.

Chegu Anuar said...

Thanks for the info..

tuliphijab said...

Untuk servis dan pemasangan aircond yang hebat sekitar lembah klang,
boleh hubungi kami.

Whatsapp :
011 - 33 77 30 29
011 - 33 77 30 29
011 - 33 77 30 29

Sekarang juga ya. :D

Unknown said...

Minta pendapat sikit..klo nk pakai aircond 2.5hp d ruang tamu sy..elok pki jenama apa ye?

Chegu Anuar said...

Pn.Suzana: York masih relevan lagi utk digunakan.. ☺

Unknown said...

bole call@wassup untuk install,repair & services aircond..

petiais,mesinbasuh,wiring&plumbing

hafiz:0182760216

Unknown said...

bole call@wassup untuk install,repair & services aircond..

petiais,mesinbasuh,wiring&plumbing

hafiz:0182760216
0182760216
0182760216bole call@wassup untuk install,repair & services aircond..

petiais,mesinbasuh,wiring&plumbing

hafiz:0182760216
0182760216
0182760216

Unknown said...

Aircond brand apa yg ok ye tuan....penasonic ok ke x?

Unknown said...

Hitachi la ok..quality n design dari jepun

Unknown said...

saya guna acson inverter 1.0hp untuk bedroom, dah setahun tak pernah servis just cuci sendiri indoor filter, penggunaan letrik cukup jimat

Unknown said...

Saya guna Haier dgn Midea.. alhamdulillah..

Anonymous said...

Haier n midea mana better

Qishah said...

Midea ok la ni..dh banyak improvement..antara Top brand skrg ni..murah.

Happy Penguin said...

Ofis saya guna acson jenis inverter 1.5hp dah 2 tahun setakat ni ok. Ada yang boleh komen berkaitan ac maintenance. T.kasih.

Unknown said...

Baru 1 bulan guna Daikin..saya dh komplen 3 kali, angin x sejuk..time guna york dulu, best je 8 tahun rilex jer... Pakar daikindkata kawasan rumah ini ada terlebih panas.. pasang dlm bilik je pun.. dia suruh tukar pd 2.0 hp..wajarkah?

Unknown said...

Saya rasa masalah habuk bkn masalah. Mgkn tmpt tu byk habuk. Bila dia tapis ada habuk, maknanya bagusla. Berhabus servis jela atau buang habuk tu. Melainkan jika masalah rosak. Br kita boleh xckp sesuatu tu xelok. Ini pandangan saya xbrp cerdik. Sy jg york. Setakatni sy berpuashati. Sy beli 2015 atau 2016 dkt lazada.

farah nabiha said...

sebelum ni saya tak tahu nak beli aircond apa lepas dah baca blog ni boleh la pilih yang mana bagus.. lepastu kita ada jumpa tempat servis murah area shah alam.. boleh la try sebarkan Servis Aircond Murah Shah Alam

Unknown said...

Sebenar-benarnya bukan jenama york tu ditukar ke daikin. Mcm ni ceritanya. York tu jenama aircond berasal dari usa & daikin berasal dr jepun. Malaysia dpt lesen utk produce aircond york jenis split unit & kilang yg sama keluarkn jenama acson. Then tahun bila su tk igt production york di malaysia tutup & pindah ke china & diganti dgn daikin. Sbb tu kualiti jenama york dulu & skrg tk sama. Sy dulu keje technician york bahagian service dari split unit smpai chiller.

Acond man said...

Ada byk faktor kurang sejuk / angin x kuat. Filter ni memang kena rajin cuci..sebulan sekali ke..atau 2 bulan sekali..
Blower dalam tu klu hari2 guna acond 8 - 10 jam sehari,ditambah pula dalam bilik yg sempit penuh dgn barang dan berhabuk..memang cepat la dia kotor. Pakai la jenama yg paling mahal sekalipun tetap sama..
Cuma pesanan sy klu nak pasang acond bia ikut kesesuain luas bilik dgn hp acond. Jgn bilik besar tp pakai acond kecik.. x sesuai..
Acond klu nak tahan lama rajin2 la servis.. klu dah tiap2 hari on 6 ke 8 bulan tu dah boleh panggil technician utk buat servis..jgn kedekut sgt..nak cari technician pun cari la yg baik2.. jgn nak yg murah je.. nanti kualiti servis kurang.. acond elok kang jadi x elok..
Sekian..tecnician.. 😊👍