Friday, 19 July 2013

Pelik Tapi Realiti

Assalamualaikum w.b.t...

Taktau nak tulih tajuk apa posting kali ni.. tapi enrty ni base on antara perihal yang berlaku di sekolah yang agak mencabar jugak.. Ada 2 hal aku nak bercerita.. 



Yang Pertama:

Memandangkan aku menjadi salah seorang guru bertugas minggu ni, so ada la jugak kes-kes murid yang menghadapi masalah mcm demam, sakit perut, pening kepala dan sebagainya.. Lebih2 lagi dalam bulan puasa ni.. Yang budak2 sakit ni tak apa la.. nak buat lagu mana dah nak sakit.. Tapi yang menghairankan aku la.. Tahap keprihatinan sikap sesetengah ibu bapa yang mcm tak berapa nak kisah sangat bila dengar anak tu sakit.. Sorry to say laa.. Mcm pagi tadi, sorang murid darjah 1 ni demam.. Aku kol parentnya 2 kali, telefon berjawab tapi aku tak clear dengar suara parent tu.. Pastu aku tunggu la kot2 nak kol aku balik.. Takdak pulak.. Last2, aku sms saja la bgtau suruh mai ambik anak kat sekolah sebab anak tuan demam.. Mesej memang delivered.. Aku tunggu dalam 15 minit jugak kot2 nak respon balik akt aku.. Jangan mimpi laa... Aku rasa mcm tak puas hati pulak, aku sms sekali lagi bunyi agak kasaq sikit laa.. Aku kata, Tuan, minta tolong reply sms saya untuk rekod saya sebagai bukti tuan ada menerima sms dr saya.. Haa.. Baru la nak reply 'OK'.. Bukan aku saja nak mengata, tapi bila aku dah sms tu, telepon la balik.. Tanya la aku mcm mana tahap demam anak tu.. Itu kan tanda keprihatinan terhadap anak.. tapi akhirnya dia telefon jugak aku minta maaf... Aku bukan apa pun, kalau aku sms takdak reply, aku bimbang pasrent tak dapat sms aku tu.. Kang jadi apa2 kat anak, dimarah pulak cikgu sebab tak telefon.. tak sms bgtau.. Skurang2nya aku ada bukti dia terima sms aku tu... Mcm2 hal la.. Moga murid Tahun 1 cepat sembuh...

Yang Kedua:

Aku ada P.A baru bermula semalam di sekolah.. Hahaha.. Disebabkan seorang budak bermasalah yang agak rumit jugak di sekolah aku, aku cuba ambik pendekatan ni untuk cuba mengubah sikap budak ni supaya menjadi lebih disenangi.. Agak luar biasa sikit sikap budak ni.. Budak Tahun 1.. Kelas tak mau masuk, waktu murid lain belajar, dia merayau2 disekeliling sekolah.. main pasir, baling batu, berguling atas tanah dan mcm2 lagi.. Sebelum ni aku memang takmau ambik port sebab kalau aku ada kaedah yang lebih berkesan yang boleh guna.. Tak pakai dah kaedah pujuk-memujuk, sayang-menyayang.. tak makan  punya.. Dengan aku kaedah yang lebih kasaq sikit.. Ialah kan.. Nama pun Chegu Disiplin.. Mulai semalam, aku bawak budak ni ikut aku masuk semua kelas yang aku ajar.. Aku akan tarik dia ke dalam kelas walaupun dia meronta2 takmau ikut aku.. Sampai dikelas aku mengajaq, aku akan pastikan pintu kelas dikawalselia oleh 'pengawal khas' supaya dia tak lari.. Aku mengajar macm biasa la jugak.. Waktu aku kat depan mengajaq, dia duduk bawah meja guru.. Hari ni dah hari ke-2 aku try.. Aku akan cuba selama 7 hari.. Nak tengok sama ada objektif aku tercapai atau tak.. Cuma aku berharap, ada perubahan dalam jiwa murid ni.. Mudah-mudahan.. InsyaAllah...

6 comments:

beta kupu said...

teringat plak msa sy mgajar dlu, di sek mngah n rendah...dua2 ada pahit mnis yg tersendiri....tp tu la, tugas guru zaman skrg sgt2 mncabar...mmg solute dgn tahap kesabaran guru2 smua! :)

Chegu Anuar said...

Hehehe.. Apa nak dikata .. Redha saja lee..

Aida Ismail said...

Pehh memang mencabar kesabaran dengan kerenah budak2 ni kan. Macam2 perangai ada. Ish2~

Chegu Anuar said...

Chegu zaman skrg ni pakej.. Kerani, jururawat, jurulatih, ustaz, tukang kebun dan sebagainya.. Huhuhu

Nur Afridayati said...

Wahhhh....payah juga ye nak control kanak2 macam ni..tapi tu la budak zaman skrg ni boleh blh dimarah@dipukul...silap ari bulan kita plak yg kena balik...bagus jg pendekatan mcm tu...keep it up cikgu..semoga berjaya.

Chegu Anuar said...

Apa nak dikata NA.. Dah nasib badan.. Nasib baik badan ni banyak lemak.. Hahaha