Thursday, 23 October 2025

Plat Number Sama

 23.10.2025 | Khamis

Balik sekolah tadi teringat nak basuh kereta Nissan Almera sebab dah teruk sangat kotor. Walaupun cuaca nampak nak hujan, basuh jugak la sb mmg dah niat nak basuh. 

Tengah basuh kereta, terpandang nombor plat kereta aku 2344. Keluarga aku, sejak 2005 dah guna no. plat 2344. Kalau beli kenderaan baru, mmg kami akan pilih 2344 sebab kami masa 2005 dulu, beli Proton Waja secondhand dengan plan no.2344. Jadi, dah 20 tahun guna no.plat 2344.


Teringat pulak satu kisah kenalan jugak la. Sembang2 dengan dia, dia cerita, kereta dia no.plat sama. Ada 2 atau 3 bijik kereta memang no.plat sama. Aku senyum saja la sebab cara dia story tu, teruja sangat sedangkan aku dah 20 tahun pakai nombor plat kereta yg sama. Tapi, layankan sajer. 

#mystory

Friday, 10 October 2025

Batang Benar: Kampung yang "Bandar"

 10.10.2025 | Jumaat

Jalan Persekutuan.. Bukan jalan negeri

1. Township planning daripada PBT (MBS) dah bagus sebab kemajuan Nilai boleh dikatakan hampir mengalahkan atau menyamai Bandar Seremban skrg ni. Tapi mungkin sedikit tertinggal untuk memikirkan keperluan jaringan jalan raya yang lebih efisien, maka berlaku lah kesesakan trafik yang melampau di kawasan pinggir bandar Nilai seperti di area Pajam & Batang Benar. Bina rumah ribuan unit, tapi keadaan jalan raya masih sama, berlaku deretan kenderaan berpusu-pusu waktu puncak (pagi dan petang). Begitulah yang berlaku di "Golden Triangle of North N9" : Mantin - Pajam - Nilai

Laluan di lampu isyarat Batang Benar

2. Bermula dari simpang Kg Gebok, Mantin hala ke Taman Semarak, sepatutnya dah siap laluan 4 lane untuk elakkan kesesakan waktu pagi dan waktu petang. Tahun 2009, Ahli Majlis MPN (Haji Mohd Noor) waktu tu, ada maklum kat bagitau kami komuniti PCH, akan dibina laluan 4 lane dari Kg Gebok ke Taman Semarak, Nilai.. Tapi dah 16 tahun berlalu, jumlah rumah kediaman semakin bertambah, stesen petrol bertambah, Mr. DIY bertambah, 99 Speedmart bertambah tp laluan jalanraya kekal 2 lane sejak puluhan tahun dulu. 

3. Pembinaan jalan raya perlu seiring dengan pembangunan fizikal perumahan dikawasan sekitar. Jalanraya lingkaran luar memang perlu ada kerana ketika ini, pengguna yang datang dari Beranang/Mantin tak ada pilihan laluan lain selain laluan Pajam - Nilai. 

4. Sepatutnya, Jabatan Perancang Bandar, MBS dah boleh nampak dengan pertambahan penduduk dan kenderaan antara laluan Mantin - Nilai melalui jalan Pajam/Batang Benar.. Tapi mestilah lah nampak sebab setiap projek perumahan baru mestilah mendapat kelulusan pelbagai agensi kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan. Belum lagi diambil kira Taman Nusa Cengal, Mantin yang masih belum dapat kunci rumah. Kalau disitu dah mula diisi dengan penduduk baru, maka semakin 'berat' lalulintas area sini.

5. Sebagai alternatif paling segera dan paling menjimatkan kos, mengikut fahaman marhaen, empat (4) lampu isyarat jalan, di Citra Hill + LEKAS + Batang Benar + Nada Alam di"blinking" pada waktu sibuk antara alternatif yg paling bagus sementara siapnya projek MANILEX (Mantin Nilai Expressway) tahun 2041. 😁😁 Banyak kawasan bandar lain yang sesak diwaktu puncak gunakan alternatif begini untuk kurangkan kesesakan diwaktu puncak. Pernah di'hin' kan ke YB Nilai, tapi tak ada respon.

6. Aku hampir 20 tahun tinggal di Pajam, masih belum nampak laluan alternatif Mantin - Pajam - Nilai yang akan dibina oleh kerajaan. Kalau lah ada pun, mungkin antara 5 - 10 tahun yang akan datang.

Mohd Anuar Saed

Bandaraya Pajam, N9😁