Thursday, 14 March 2024

Biar Masa Cepat Berlalu

14.03.2024 | Khamis

Harini hari yang ke-4 aku di stesen kerja baharu ataupun lebih senang nak bgtau iaitu sekolah baru la lepas program hijrah besar²an baru² ni. So far so good. Aku terus bekerja seperti biasa dengan menelan suasana persekitaran kerja yang baharu. Namun, aku terus cuba kuatkan semangat untuk terus berkhidmat di sekolah baru ni sehingga berjumpa satu titik noktah yang dalam perkiraan aku tak terlalu lama aku disini.



Harini juga, genap 27 bulan aku buat keputusan luar biasa bila beli rumah di kawasan Tronoh, Perak yang tak ada kena mengena dengan sejarah kehidupan keluarga. Pada awalnya, aku sangkakan rumah aku beli ni berada dikawasan Seri Iskandar, Perak Tengah tp lepas dapat kunci baru perasan amat² sempadan dengan Perak Tengah saja dimana rumah aku ni dikawasan daerah Kinta Selatan, Perak & dibawah pentadbiran PBT Majlis Daerah Batu Gajah.

Pembelian diluar jangka ni bukan pelik bagi aku sebab beli rumah di Nilai pun agak pelik sebab lagi teruk langsung tak ada saudara mara 😁😁 tp nilai hartanah di Nilai dah naik 2x ganda. Bukan 1x ganda ya, tapi 2x ganda. Di Tronoh ni pun alhamdulillah.. lepas aku beli, agak banyak jugak kemudahan infra dan sistem jalanraya yang ditambahbaik tanpa aku tahu pun sebelum aku beli rumah ni.

Antaranya ialah Hospital Seri Iskandar. Harini Mac/2024, progress pembinaan sangat² lah bagus dimana tembok zink dah pun dibuang sebab dah naik pagar hospital. Bangunan utama hospital pun dah nampak bercat masa aku ke Seri Iskandar bulan Feb lalu. Aku antara warga Perak Tengah & kawasan sekitar yang bersyukur sebab akhirnya hospital Seri Iskandar bakal beroperasi pada Tahun 2025. Gembira terbinanya hospital bukan lah sebab nak masuk hospital, tapi sebagai kemudahan rawatan perubatan bila usia semakin meningkat.

Hospital Seri Iskandar on progress


Baru² ni juga, Kementerian Kerja Raya jugak umumkan, Lebuhraya Pantai Barat, jajaran Berus ~ Changkat Jering dibuka kepada umum bermula 12 Mac 2024. Percuma toll untuk tempoh 2 bulan. Alhamdulillah.. WCE ni memang dah lama dibina dan jajaran terakhir nak disiapkan di exit Changkat Jering. So, dari rumah aku di Tronoh, nak naik ke utara ada banyak opsyen laluan yang boleh dipilih:

1.Laluan PLUS highway ikut Terowong Menora

2.Laluan WCE : Seri Iskandar ~ WCE [Changkat Cermin] ~ Changkat Jering ~ PLUS terus ke Penang

3.Laluan jalan persekutuan : Seri Iskandar ~ Gelung Pepuyu ~ Beruas ~ Changkat Jering

4.Laluan jalan persekutuan : Seri Iskandar ~ Parit ~ Manong ~ Kuala Kangsar ~ masuk PLUS Highway terus ke Penang

Tak lama lagi muncul lagi 1 highway baru elak Terowong Menora. Namanya WISE Highway.. Ikut Kuale Kangso.. tapi lambat lagi la tu.. at least dah lulus diperingkat persekutuan.


Untuk sumbangan Tabung Pembinaan Masjid Baru Tronoh


Selain jajaran lebuhraya WCE dan Hospital Seri Iskandar, di Tronoh tak kurang hebat jugak. Masjid Ar-Rahmaniah Tronoh yang baharu pun hampir siap. Memang cantik. Tahniah kerajaan negeri Perak, jawatankuasa pembinaan Masjid Ar-Rahmaniah serta NGI sekitar Tronoh. Mungkin tak lama lagi boleh lah anak khariah Tronoh memakmurkan Masjid Tronoh tu.

Conclusion.. langkah beli rumah di Tronoh ni pada pandangan peribadi aku, tepat pada masanya. Semua kemudahan infrastruktur disekeliling Uniparkland Residence yang sedang progress sangat² memberikan manfaat untuk masyarakat sekeliling.

Alhamdulillah

#mystory 

Friday, 1 March 2024

01 Mac 2024: Suatu Permulaan Singkat

 01.03.2024 | Jumaat

Salam Jumaat penghulu segala hari. 

Harini secara rasminya aku bertugas di SK Batang Benar, Nilai, NSDK. Sekolah yang jaraknya hanya 2.7km dari rumah aku. Aku bukan mohon berpindah ke sini tetapi dipindahkan kerana berkhidmat di sekolah lama melebihi 15 tahun, walaupun ketika sibuk² hal hantar nama ni, perkhidmatan aku masih belum pun cukup 15 tahun. Prog perpindahan besar²an oleh JPNS dengan istilah mulia "Hijrah".😁😁

Secara takdirnya, aku terima diatas anugerah Allah yang menukarkan lokasi pekerjaan aku ini. Mungkin inilah yang terbaik aturan Allah utk aku ketika ini. Namun, rupa²nya bukan semua guru yang 15 tahun ke atas ditukarkan. Sepatutnya ikutlah priority yg lebih lama didahulukan. Lebih cantik.

Namun, apa yang aku nampak, mungkin aku ni "insan terpilih" kot dimana secara teknikalnya, aku belum cukup 15 tahun atau 12.01.2024 tempoh hari baru cukup 15 tahun. Sepatutnya utamakan yang lebih lama berkhidmat dahulu. Ikut susunan kan lebih nampak matang dan berintegriti.

Dalam dunia ni, bila kita berjawatan, dan boleh membuat keputusan, biarlah keputusan itu dibuat dalam bentuk lebih adil dan telus supaya kehidupan lebih bermakna dan sempurna.

Kadang² pelik la jugak dunia ni.. Orang yang selalu x datang kerja, m.c berbulan², beri masalah kepada rakan sejawat, tapi boleh disimpan dengan pelbagai alasan. Tapi tak apalah.. simpanlah sebagai liabiliti tu.

Rumah kami di Perak

Walaubagaimanapun, aku dah melapor diri di sekolah baru aku. Alhamdulillah.. dapat berjumpa ketua jabatan dan kelihatan sangat positif. Semangat aku tetap ada sebab aku menganggap ini adalah.... 

"Satu Permulaan Yang Singkat" 

kerana mengharapkan kurniaan Allah SWT supaya dapat bertukar ke Negeri Perak dalam masa 3 ~ 4 tahun akan datang. 15 tahun boleh tunggu, takkan 3 ~ 4 tahun tak boleh tunggu. Mudah²an insyaallah.. 

Wallahualam

#mystory