Tuesday, 8 December 2015

Tukar & Beli Tayar Kereta Murah @ Semenyih

Assalamualaikum wbt & Salam Cuti Sekolah..

Aku baru balik dari Semenyih.. Pi tukar tayar kereta Proton Saga mem aku. Disebabkan kebotakan tayar Saga ni agak melampau jugak, jadi, dalam keadaan ekonomi negara merangkap ekonomi poket yang masih tak stabil, terpaksalah tukar jugak demi keselamatan famili aku.. 

Lokasi kedai.. Tepi jalan ja dari pekan Semeyih nak ke Kajang.. Tak jauh dari masjid.


Sebelum tukar tayar Saga ni, aku ada jugak buat survey dalam internet termasuk calling-calling kedai tayar yang pernah aku deal sebelum ni. Banyak biz card kedai tayar dalam koleksi biz kad aku sebab aku memang suka kumpul biz kad. Memang banyak gunanya kalau kita simpan kad ni.. Untuk info, tayar Saga ni rim standard.. Rim 13' ja.. Takdak sport rim.. Tak payah sport2 rim la.. Aku bawak Saga ni dalam range 100-200km saja.. Dekat-dekat ja.. Haha.. So, tayar Saga ni saiz 175/70/R13.. Aku call satu kedai tayar di area Klang.. Nama kedainya Hxx.. Dia bgtau aku harga tayar paling murah brand Corsa = RM135/biji.. Mak aihhh.. Mahainya.. Ingatkan Good Year ka.. Continantal ka.. Klang pun tak murah dah la ni rasa aku.. Kalau kedai papan (yang la ni dah batu) tu aku takdak no.telefon.. Tapi, pada pandangan aku la, takkan lah murah sangat.. Kedai Hxx pun mcm tu punya harga.. Takkan kedai papan RM100 pulak.. Ntah la.. Tengok2 internet pun takdak yang boleh membantu.. 


Proses alligment..

Tanggal 'kasut' lama


Aku ada jugak buat survey kedai tayar area Nilai.. Ada satu kedai tayar Continantal area Desa Cempaka.. Aku tanya.. Tayar Dunlop saiz Saga aku tu RM125/biji.. Not including GST & not including alligment.. Ermm.. Lupakan lah wahai taukey..

 Last sekali, aku call kedai Sri Yoga @ Semenyih.. Kedai ni aku pernah tukar tayar kereta Proton Exora aku.. Bagi aku murah dari kedai lain. Bila aku call, dia kata tayar paling murah brand Viking.. Viking ni dimaklumkan pada aku, kilang Continantal yang buat.. Mcm anak syarikat la kot nya.. Tapi, aku tak berapa berkenan dengan nama yang bukan-bukan ni.. Kalau lah kilang Continantal yang keluarkan, awat tak buh nama Continantal Kambing ka.. Lembu ka.. Jadi, takmau lah.. Aku tanya lagi tayar lain.. Dia kata kalau Continantal RM130/biji.. Dunlop RM110/biji.. Haaa.. Menarik.. 

Tadi pi, terus ja nak Dunlop.. Dia kata RM110/biji mcm harga masa aku call.. Aku tanya lagi, tayar tu keluaran bila? "Baruuu bang...!" hahaha.. Aku nak tengok dulu.. Bila aku tengok, memang betoi baru.. Tagging 4315 yang bermaksud Minggu 43 Tahun 2015.. Kalau minggu 43 ni, hujung bulan Oktober keluaran kilang.. So, aku pun tukarlah sepatu baru untuk Saga aku ni.. Bagi aku, kedai tayar Sri Yoga @ Semenyih ni harga memang OK.. Untuk 2015 ni lah.. Tahun 2016 nanti taktau lah kot harga naik.. 4 biji aku tukar = RM440.00 + RM20 untuk valve tiub tayar 4 biji.. So, Total = RM460.00.. GST pun takdak.. Dia bagi free balancing dan free alligment.. Ok sangat.. Kalau nak buat alligment + balancing kat luar pun mau RM60.00 jugak..

Secara rasminya, aku sangat puas hati. Tak payah aku buang minyak tol nak pi Klang atau Rawang yang ramai kata murah.. Kos nak pi sana tu pun mau RM50.00.. Buang masa & tenaga lagi.. Aku suggestkan, sapa yang dok area Mantin, Pajam, Beranang & sekitarnya, berbaloi jugak lah kalau nak pi Semenyih tu.. sat ja sampai..

Ni dia 'kasut' baru teman.. 

Wah..Wah..Wah.. Bukan main bergaya Saga dengan kasut baru dia.. Boleh runner jauh sikit sebab dapat kasut baru.. 

61 comments:

  1. Salam Boss.. ada number kedai tu tak? saya teringin nak ziarah kedai tu kalau harga tayarnya munasabah. terima kasih kerana membantu saya.

    ReplyDelete
  2. Sri Yoga 0126304953, 0129043759

    ReplyDelete
  3. Salam bos kedai tu ahad bukak x?

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Setuju brader Hazim.. Murah la.. Tak payah lagi pi Klang / Rawang

      Delete
  5. Terbaik saya memang tukar tayar disinI. erea bangi tayar continental rm250 sebiji tetapi disini 3 tahun dulu saya dpt rm180 sebiji..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih tuan, baru lepas call, tayar size 195/55/15 Dunlop SP Sport @ RM160, mmg terbaek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Sharing is caring.. 2 minggu lepas tukar tayar Exora 205/65/15.. Brand Toyo.. Rm220/biji.. Memang berbabababalooii

      Delete
  7. Replies
    1. Ada bro.. Byk jugak.. Harga okey jugak

      Delete
    2. Assalam Chegu tayar lori 1 ton depa ada juai tak?

      Tq Shahrin

      Delete
  8. sy try call bridgestone potenza 185/60 15 rm175 mmg murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamidihamid: Murah tu.. Senang hati teman dpt bantu reader beli tayar yg murah dr biasa

      Delete
  9. Dunlop utk myvi 140..murah.tq Chegu Anuar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Kurang2 dpt bantu rakan2 jimatkan aliran tunai keluar dr dompet.. ☺

      Delete
  10. Replies
    1. Kat pekan Semenyih.. Tepi jalan ja.. Lepas Masjid (arah kajang), nampak kedai signboard Continantal..

      Delete
  11. Saya baru je tukar tayar sini 4 biji last week tu pon lepas baca review kt sini. Honestly sy rasa xdela murah mana pon harganya. standard je harga. Dunlop Formula D05 195/55 R15 rm170/pcs.

    Hari ni pegi lagi sebab tlg bwkkan kereta adik saya buat allignment. Unfortunately layanan yg diterima sangat teruk. Pekerja lain okay cuma ada satu pekerjanya yg tinggi2 ni mmg kurang ajar dgn customer. Cakap dgn customer xde adab langsung bila sy tanyakan sesuatu. Saya ni jenis bila keluarkan duit sy pentingkan kepuasan ati. Biarlah bayar lebih ckit pon tapi ati rasa puas. ni mmg last lah sy pergi sini. lepas ni better cari kedai lain yg treat customer elok2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhammad Izzat: Mungkin masa tuan pi tu angin dia tak elok kot.. Tak pasti lah kalau tuan kata harga biasa.. Terpulang lah.. Tapi bagi saya yg dah 3-4 kali pi situ, Mmg murah la.. Kebetulan ke Klang pun ada tanya.. Tak lah murah mana pun..


      Dan dari komen2 diatas, semua kata lebih murah dr kedai lain.. Sy pun pelik jugak, tuan Muhammad Izzat dah pi kali pertama, tak rasa murah.. Kenapa masih pi kali ke-2 bawak kereta adik pulak?

      Kalau kita pi kali pertama, dan rasa mcm kedai tu kurang mesra alam & kita pun sanggup bayar lebih asalkan layanan sempurna, elok lah tak payah pi lagi kedai tu kan..

      Anyway, minta maaf la ya kalau tuan muhammad Izzat rasa tak puas hati dgn harga.. Saya hanya berkongsi.. Keputusan nak beli / tidak tu terpulang lah pada reader post saya ni ya..

      #jangankecamsayanooo

      Delete
  12. Bang, elok sgt la terbaca blog ni. sy pun tgh duk igt nk tukar 4-4 tayar alza saya. satu je sy nak tanya kalau abang tau. kedai tu boleh bayor pakai kad kredit tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shofiez: Alamak.. Tak sure la.. Hang trg call tgk.. Ada no. dia kat komen di atas.. Ok

      Delete
    2. Shofiez..saya baru call..tayar akza original silverstone dan viking kalau tak silap saya td dia kata RM150.00 sebiji..
      Chegu:Thx utk info kedai ni.

      Delete
  13. trade in terima ke

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Hai, sy guna hilux tapi tayar sy x penah tahan lebih dari 6 bulan..
    sy nak tayar yg tahan lasak tapi harga agak sedikit murah..
    ade x bro?? sy x berapa tahu sgt brand2 tayar.. asal guna je tahu hehe

    ReplyDelete
  16. hmmm kalu yng tahan lsak niy agak lah susah nak dapat yng murah
    sbab kebanyakkan tayar yng tahan lsak brand mmg mahal2
    tapi kalu nak tayar dgn harga mampu milik, awk boley pkai viking
    viking sesuai dgn semua kereta

    ReplyDelete
  17. viking harga berpatutan, banyak org blh afford
    tayar ade bayar perbezaan, kena survey dulu baru beli

    ReplyDelete
  18. betul! mintak tanya tayar ape lbh rekomen ya?
    cuma nak survey survey.. takut silap beli

    ReplyDelete
  19. awk boleh try pakai michellin or yokohama itu kalau brand punye lah
    kang pakai yg x de brand, lain pulak jadinye huhu
    tapi kena tahu jgak awk pakai kereta apa baru tahu mana yg sesuai n baru org
    berani recommend hehehe

    ReplyDelete
  20. viking kwn saya pakai, tapi dia xrekemen kan kat saya sbb dia cakap
    tyar dia xberapa cantik n xbagus sgt ye la tayar murah kan takot jugak nak guna

    ReplyDelete
  21. Tengoklah ape yg u concern. Aku pakai tayar biasa cukup dah, xyah beli yg premium punya. Tayar premium seperti Michelin, Yokohama, Dunlop dll harganya tinggi sikit manakala Viking tayar terdapat benda yg sama tp harganya berpatutan, mudah afford oleh korang.

    ReplyDelete
  22. Kereta saya Mazda pakai tayar Viking sbb haragnya mmg rendah berbanding ngan brand lain. x pasti berapa lama boleh tahan, tp tayar senyap.. handling xde masalah pun. Viking adalah anak company drpd Continental, so klo nak tayar yg berkualiti ckt, boleh beli tayar Continental.

    ReplyDelete
  23. ramai nauuu recomen kat sy viking ni hehehe
    first time dgr tapi ape salahnye sy pegi survey workshop mana2
    yg ada kan lagipun sy tgk harga market pun agak murah jugak
    harap recomen korg boleh tolong lah sy ni

    ReplyDelete
  24. kalau pakai tayar biasa ni mcm tak mnjamin keselamatan
    lagipun skrg pun sy pakai brand biasa je tapi selalunya x kan tahan lama
    paling lama pakai pun 7 bulan kalau selalu mcm ni, boleh bankrupt sy
    hahaha tapi thanks ye pd yg recomen tayar viking ni sy cuba prtimbangkan

    ReplyDelete
  25. Bleh bg no phone kedai tye kt area klang?thx

    ReplyDelete
  26. Memang murah kedai kat semenyih ni...kalah harga klang

    ReplyDelete
  27. Ade ape jenis jenama tayar yg bagus utk Myvi ku? Biasanya aku perlu lalui jalan yg byk lubang2 utk pergi ke kerja setiap hari jadi x lama masa pun tayar sudah x bagus tu. Mau jenama yg boleh tahan lama.

    ReplyDelete
  28. @Yusuf Kalau keadaan jalan tu x bagus tayar yg berapa bagus pun ku rasa x kan dpt tahan lama lah. Macam tu lebih baik lah beli tayar yg lebih murah tapi kualitinya juga x lah sgt buruk, boleh cuba tayar Viking tu, dpt tahan keadaan yg agak lasak dan stabil di jalan biasa.

    ReplyDelete
  29. i pun pakai viking city tech utk kereta viva i,
    so far ok la. dah setahun tak ada masalah sgt.

    ReplyDelete
  30. @yusuf, klau nak jimat pakai tayar ekonomi je mcm i,
    sebenarnya tayar ekonomi mcm viking tu ok pun.
    vios aku pun pakai viking protech.

    ReplyDelete
  31. @ salleh , tayar ekonomi tak baguslah
    bising sgt dan cepat rosak,
    nanti kena belanja lebih byk utk betulkan tayar.

    ReplyDelete
  32. @lokman Viking tu bukan tyre ekonomi yg biasa, ia buatan dari teknologi Germany tau. Jadi dari segi fungsi ia tak buruk sgt walaupun harganya x begitu mahal. Selesa juga ketika memandu dan brake nya stabil, x perlu takut accident ketika hujan lebat tu.

    ReplyDelete
  33. @Yusuf Boleh guna tayar Goodyear tu, agak tahan lasak tu x boleh takut pancit.

    ReplyDelete
  34. @salleh Viking tu harganya agak murah, sedikit takut adekah kualiti nya bagus x.

    ReplyDelete
  35. Nampak mcm tayar Viking tu byk org yg recommend tu, kalau mcm tu saya akan cuba2 lah. Dari internet tu juga byk org yg review bagus tu, dpt tahan lama serta harga yg berpatutan.

    ReplyDelete
  36. Viking adalah tayar berasaskan keluaran Teknology Germany yg tinggi. Setiap pembelian tayar2 Continental juga Viking ini ada Warranty plus Extended Warranty lagi untuk pembelian selepas 1 Jan 2016. Rujuk di sini :- https://www.carsifu.my/news/continental-tyre-malaysia-introduces-5-year-warranty

    Review http://www.motorsportchannel.com/viking-protech-pt5-tyres-surprisingly-good-value/

    Saya hanya pengguna dan baru sahaja membeli Tayar Viking ini di JB utk Alza saya 195/55/R15 sebiji RM150 trmsk GST, Balancing, Alignment(jika beli 4 tayar).

    Semoga yg sedang mencari cari Tayar baru dpt buat pilihan terbaik Insyaallah......

    ReplyDelete
  37. Tayar Viking size 165/55 R14 berapa harga

    ReplyDelete
  38. Bos... Best price tayar 234/45R18?

    ReplyDelete
  39. Kereta saga flx sy pakai viking dr Dis 2015 hingga Mei 2019. Tayar nie mmg bagus. Tambah lg kerja sy mmg selalu outstation. Bunga masih elok tapi kene tukar sbb dh mkn tepi

    ReplyDelete
  40. bape harga utk saiz 165-65-14

    ReplyDelete
  41. Dunlop... Good year.. Continental.. Mn senyap n lembut

    ReplyDelete
  42. klu Goodyear n Continental dah mmg agak senyap n lembut..

    nak comfort, Continental n isi angin nitrogen..

    tapi Goodyear ada tayar baru extra noise reduction, cuma x pasti bab lembut atau x.. mcm untuk Myvi, RM145 sebiji.. n kebiasan siap balancing n alignment

    ReplyDelete
  43. Ada no pon kedai tak kekawan semua...

    ReplyDelete
  44. Salam bos kedai Kat mnaĵ

    ReplyDelete