Tuesday, 31 March 2026

Jamuan Raya @RumahTronoh

24.03.2026 | 04 Syawal 1447H | Selasa

Alhamdulillah.. Raya ke-4 dapat buat Majlis Tahlil, Jamuan Raya dan Buzzday Dina.. Yang paling best, semua adik beradik, saudara mara yg dijemput hadir, sudi melapangkan masa datang ke Tronoh.

Keluarga besar

My family


Apa yang seronoknya buat jamuan raya kali ni, dapat dihadiri oleh adik beradik sendiri, pakcik makcik, sedara mara sebab buat kat rumah Perak. Dirumah Nilai sebelum2 ni pun pernah buah tahlil, doa selamat, jamuan raya tapi hanya dihadiri kawan2 setaman dan sekerja. Adik beradik memang tak datang lah sebab jauh. Bila buat di Tronoh, alhamdulillah ada sedara mara yang datang. Terima kasih semua yang hadir ke rumah kami yang x lengkap tu 😁😁.

Asalnya nak order katering saja. Tapi bila tanya katering yang kami target, dah fully booked. Jadi, lepas discuss aku dan mem, kami decide masak lah ikut kemampuan. Terima kasih mama Dina masak sedap2 belaker. Antara menu:

Nasi putih
Ayam masak merah
Kari daging batang pisang (order)
Ikan goreng
Ulam dan salad
Ayaq asam
Mee kari padu
Cheese Tart
Iceberg Cheese Kek
Buah Tembikai
Buah oren (Chu taja)
Kuih koci (Maklong taja)
Kuih Raya








Alhamdulillah.. Majlis selesai jam 5.00pm.. Syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk bertemu saudara mara di Syawal yang indah. Semoga ikatan jalinan berkekalan. Insyaallah

#mynameisanuar 

Wednesday, 4 March 2026

Salam 14 Ramadan

04.03.2026 | Rabu | 14 Ramadan

Harini berbuka puasa berdua di The Chicken Rice Shop, dekat kawasan Giant Nilai. Nampak budak2 waiter ni ke hulu ke hilir hantar makanan utk berbuka, fikiran aku kembali zaman remaja dulu masa kerja di Restoran Tambuah Mas. 

Memang sibuk betul antara 30 minit sebelum berbuka. Ada yang ok dan ada yang marah kami sebab lambat dapat makanan. Depa tak tau perut aku pun menggigil jugak masa depa dah mula boleh berbuka puasa. 

Semuanya tu pengalaman indah.. 😁😁

#mynameisanuar 

Sunday, 22 February 2026

Nilai Wang Pada Seseorang

Salam 04 Ramadan 1447H

1.Selepas Subuh, sambil rehat2 skroll2 apa yg sepatutnya.. Terkenang kisah2 lama zaman muda remaja dulu.. Tentang nilai wang.. Betapa bernilainya setiap nilai wang yang dimilikinya pada satu2 situasi. Mungkin pada seseorang yang kaya, nilai RM10 tiada apa baginya tetapi utk orang susah, RM10 sangat bernilai bagi diri mereka.

2.Aku teringat pada zaman pakai kereta Proton Iswara Sedan 1.3 buatan 1993. Pada ketika tu, nilai RM9.50 sangat bernilai bagi aku dan keluarga. Kenapa aku kata begitu? Setiap kali balik ke kampung mama Dina di felda, aku jarang ikut highway PLUS yang bermula dari Toll Jalan Duta (ketika tu aku tinggal di Seri Petaling). Kami akan ikut jalan Selayang - Rawang - Serendah - Kuala Kubu Bharu - Kalumpang - Kerling - Tanjong Malim - Behrang dan akhirnya Felda Soeharto. Kalau harini aku kenang balik, padahal nilai toll tu cuma RM9.50 sahaja. Tetapi mungkin ketika tahun 2002-2007 tu, nilai RM9.50 sangat berharga bagi aku dan keluarga aku. Mungkin lah kan. Sama jugak kalau balik Bagan Serai. Kadang2 aku ikut laluan Lumut sebab tak ada toll (WCE belum ada waktu tu 😁) 

3.Selepas aku kahwin tahun 2002, aku menyewa di rumah flat kawasan Seri Petaling (Castlefield) yang mana dekat sangat dengan Pekan Sungai Besi. Sewa rumah flat ketika tu RM450 sebulan. Owner nya, CK Chong sangat baik.. Ada used car di Jalan Klang Lama. Lepas 3 tahun duduk disitu, ada plan nak pindah ke Seri Petaling jugak tapi side belah kiri Lebuhraya KL - Seremban arah ke KL (rumah flat yg disewa belah kanan). Rumah baru yg nak disewa ni RM500 sebulan. Beza cuma RM50. Tapi untuk aku dan mama Dina buat keputusan, jenuh mengakaun 😁😁. Disini aku cuma share lah betapa besarnya nilai wang yang kecil bagi sesetengah orang tp sangat bernilai tinggi bagi sesetengah orang pula.

4.Kesimpulannya, dalam kehidupan kita ni, tak perlulah kita menghakimi nilai wang itu kerana setiap kita datang dari latarbelakang yang berbeza. Jika hari ini, aku tertanya2, kesusahan apakah aku 20 tahun yang lalu sehingga RM9.50 toll pun aku cuba berjimat dibandingkan dengan kehidupan harini yang lebih baik dari sebelum ini. 

Bersyukurlah kita dengan apa saja kurniaan dan rezeki yang Allah SWT telah aturkan untuk kita sekeluarga dalam perjalanan kehidupan.

#mynameisanuar 

Thursday, 19 February 2026

Salam 01 Ramadan 1447H

19.02.2026 | Khamis | 01 Ramadan 1447H

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog teman.. 

Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan ini diterima oleh Allah SWT serta dapat membersihkan hati dan menguatkan iman kita.. Mudah2an insyaallah

#mynameisanuar 

Wednesday, 11 February 2026

Renewal Passport di UTC

10.02.2026 | Rabu

Info dari VTT

Video Tiktok aku buat utk proses renewal passport di UTC Seremban dapat tontonan 12,000+- view. Semoga dapat bantu masyarakat yg berhajat untuk renew passport yer..

Kepada yang berhajat nak tengok VTT tersebut, klik link - - > SINI

#mynameisanuar 


Monday, 9 February 2026

Kuarters Jabatan Perikanan, Gelugor

09.02.2026 | Isnin

Rumah kuarters Jabatan Perikanan di Gelugor tempat aku hadir selepas dilahirkan. Rumah yang hanya ada 1 bilik tapi kami dibesarkan dengan cukup baik oleh arwah mak dan bapak. 

Tak silap aku masa ni minggu Hari Raya.. Dengan Abg Chik anak Mak Uda aku

Aku masih ingat lagi.. Rumah kuarters ni No. 1, Blok I, Kuarters Jabatan Perikanan, Gelugor.. Kini dah dirobohkan utk pembangunan. Rumah aku ni ditambah belah ruang belakang dengan naikkan dinding dapur tu guna zink saja. Pintu dapur pulak kalau bukak tutup memang dengar bunyi serekan zink..

Ruang depan pulak ditambah buat ala2 bilik. Maksudnya bilik dan ada sebelahnya ruang tamu. Ruang tamu asal yg kecik sgt tu diletakkan katil untuk aku tidur. Begitulah keadaan rumah kuarters yang kami sekeluarga duduk ketika zaman 80an-90an sebelum pindah ke Batu Maung.

Dapat merasakan kesusahan ketika tinggal di Gelugor ni walaupun aku masih sekolah rendah, aku tetap faham akan makna kesusahan mak dan bapak aku. Selain bapak aku bekerja, mak aku ambik upah menyiang ikan di Warung Mak Minah (betui2 sebelah rumah aku). Selain tu, mak aku pun buat kuih seri muka dan lepat liat (dlm ada inti kelapa) dan Pak Brahim akan ambik kuih mak aku setiap petang. Adakalanya pulak mak aku goreng kacang botak dan dipaketkan kecik2 dan diletakkan di kedai mana aku pun tak ingat.

Boleh gambarkan kesusahan keluarga aku ketika itu. Iya lah.. Zaman budak sekolah rendah lagi aku masa tu, nak tolong macam mana kan.. Kadang2 sesekali datang kenangan akan lalu diruang mata aku dan ada kalanya, bergenang jugak air mata aku kenangkan kehidupan dulu2. 

#mynameisanuar 

Sunday, 8 February 2026

Rumah di Perdana College Heights, Pajam.

07.02.2026 | Sabtu

Kadang2.. Kita hanya merancang.. Hanya Allah yang menentukan segala2nya.. Harini lepas sarapan di Nasi Lemak Haji Noor, Mantin.. Sembang2 dengan mama Dina dalam kereta sambil perjalanan balik ke rumah.. 

Rumah pertama kami

"Kita beli rumah di Pajam ni Allah yang tentukan...." - kata mama Dina..

Ya.. Memang betui la pun.. Aku dan mama Dina tak ada kena mengena dengan Negeri Sembilan. Aku asal utara dan mama Dina asal KKB.. Kerja masa tu aku di Puchong dan mama Dina di Seri Petaling.. Pun tak ada kena mengena dengan Negeri Sembilan tapi kenapa kami decide beli rumah di Negeri Sembilan? Semuanya dah ketentuan Allah SWT 😁😁

2005 aku pernah masuk Nilai sebab ambik Borang Permohonan kerja USIM untuk adik aku dan mama Dina kalau x silap aku la. Masa tu USIM baru beroperasi di Nilai, N9. Masa nak balik nampak bunting projek perumahan SERI PAJAM dan nampak gambar rumah 2 tingkat dengan harga RM131,100 masa tu lah.. Call nombor di bunting.. Salesman cakap show unit di Pajam.. Aku pun taktau dimana Pajam.. 🤣🤣🤣

Akhirnya setahun kemudian (2006), beli jugak rumah pertama kami diusia aku 26 tahun ketika itu dan tanpa ada kena mengena kami dengan N.Sembilan. Pindah ke Pajam tahun 2007 pun mama Dina belum kerja di USIM. Semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT.. Syukur dengan aturan Allah dimana nilai rumah aku skrg ni hampir RM400K selepas 20 tahun beli nyer. 

#mynameisanuar 

Monday, 2 February 2026

Jarak Rumah Tronoh

02.02.2026 | Isnin (Cuti Hari Thaipusam)

Myhouse Perak 😍

Semalam baru balik dari Tronoh.. Singgah Felda Soeharto sat jenguk mak mentua aku. Dalam perjalanan balik ke Nilai lepas Maghrib semalam, teringat pulak sejarah beli rumah di Tronoh sambil aku berkongsi cerita dengan anak aku tentang ketentuan Allah bila mana beli rumah di Tronoh. Kenapa?


Aku berkongsi dengan Dina tentang ketentuan jarak perjalanan diantara 4 point penting. Rumah kami di Nilai, rumah mak mentua aku di Felda Soeharto, rumah kami di Tronoh dan rumah adik beradik aku di Nibong Tebal, Penang. Secara kebetulan atau sudah suratannya begitu aku pun tak pasti. Keempat-empat lokasi ni mempunyai jarak yang lebih kurang sama kilometernya.

Rumah Nilai ke Rumah Felda Soeharto

136km


Rumah Felda Soeharto ke Rumah Tronoh

132km


Rumah Tronoh ke Nibong Tebal

141km


Yang bermaksud, pembelian rumah di Tronoh tu ada titik keadilan sebab kalau dari Tronoh ke Felda Soeharto dan dari Tronoh untuk jumpa adik beradik aku di Nibong Tebal jaraknya sama. Sementara masih duduk di Nilai, Soeharto boleh jadi transit untuk berehat dan jenguk mak mentua aku kalau dari Nilai sebelum sambung perjalanan ke Tronoh. Begitulah jugak sebaliknya kalau dari Tronoh nak ke Nilai, boleh la jenguk sekejap mentua aku di Felda Soeharto.

Segala2 penentuan jarak sebegini sebenarnya Allah yang tentukan dan kadangkalanya tak ada perancangan pun. Diizinkan pula oleh Allah beli rumah di Tronoh yang zahirkan jarak titik tengah antara mentua aku dan adik beradik aku satu keputusan yang unik yang dilorongkan oleh Allah SWT. Terima kasih Allah atas percaturan ini yang sangat gembirakan kami sekeluarga.

By the way, dapat bermalam 3H2M di Tronoh semalam ni pun okey sangat bila mana dapatlah rileks2 dengan keluarga kecil aku dirumah kami yang selesa di Tronoh. Sejak dulu lagi, keluarga adalah keutamaan aku.. Inikan pula dah semakin tua, offcoz lah keluarga kekal jadi keutamaan aku. Pergilah ke mana2 pun, pasti bersama2 keluarga. ❤️❤️

#mynameisanuar 

Sunday, 1 February 2026

MIKER Food di Ipoh

01.02.2026 | Ahad

Pizza MIKER memang sedap.. Ditambah dengan tomyam nyior ni.. Tersentak perut teman..

Pizza RM22

Tomyam campur Nyior RM15.90

Nasi putih RM2.20

Telo dadar RM1.80

Dan lain2...


Teman kalau ke Ipoh dan kena masanya, singgah juga la makan di MIKER Food ni. Lokasi tak jauh Kinta Riverfront Hotel & Suites.



Legacy MIKER sekitar Ipoh ni memang sedap2 belaker.. Boleh cuba kalau nak cuba..

By the way, thank you Edina Mohd Anuar belanja dinner semalam sebab dapat close deal job (bilis tapi paus😁) sepanjang 4-5 hari lepas.. Semoga murah rezeki anak teman & Allah permudahkan segala urusan miker..

#mynameisanuar

#mystory

#mas

Friday, 30 January 2026

Nasi Kandaq Tak Sedap

 30.01.2026 | Jumaat

Minggu ni ada cuti 3 hari. Maka, langkah panjang sikit balik rumah Perak 😁😁. Lagipun memang ada urusan yang belum selesai dengan kedai perabot dan SSF di Ipoh.


Apa fungsi mic ni aku x sure 😁😁

Saja teringat kedai nasi kandaq. Kat Nilai ada satu kedai mamak yang menjadi sebutan masyarakat Nilai. Kalau dulu2, Restoran Al-Salam jadi tumpuan ramai, tapi kini pelanggan Al-Salam tak semeriah dulu dan jumlah restoran pun hanya tinggal 2 cawangan di kawasan Nilai.

Dah lama aku dengar org kata kedai mamak ni sedap.. Aku pun pi la kedai mamak ni di cawangan yang baru beroperasi. Nak cari parking susah. Maka, jauhlah aku parkingkan kereta aku. Bila tengok keadaan pelanggan, macam sedap lah nasi kandar. Sampai beratur lah aku nak makan. Aku mcm biasa ambik nasi kuah mesti banjir.. Bubuh ayam goreng dada seketul.. Mem aku teruih takmau makan sebab dia dah dapat rasa perasaan taste kedai mamak ni.

Maka, selepas suapan pertama.. Sesungguhnya ternyatalah tak sedap.. Full stop. 

Macam mana lah org boleh ramai mcm tu sekali sampai nak cari meja pun susah. Nasi Kandar Pelita sedap 10x dari kedai mamak ni. 

By the way, ni tekak aku yang berkata. Kalau hangpa OK, silakan.. Untuk aku, kalau nak ngetea pun belum tentu lagi untuk masa akan datang. 

Sekian. 

Sunday, 4 January 2026

Selamat Tahun Baru 2026

 01.01.2026 | Khamis

Salam Tahun Baru 2026!! 😁😁

Melihat Dina tengah mesin rumput² renek di laman rumah aku di Tronoh, kadang² tak sangka dengan izin Allah SWT, kami sekeluarga secara tak merancang pun, dapat memiliki sebuah rumah di negeri Perak. Sampai harini kadang² masih tak percaya.

Januari Tahun 2026 ni, genaplah 5 tahun kami buat keputusan untuk beli sebuah rumah ni. Memang tak pernah terlintas pun di benak fikiran nak beli rumah di Tronoh atau Seri Iskandar ni. Tapi la ni, lega sangat² la... bila ada rumah singgah ni.. Nilai ke Tronoh 275km.. memandu dalam 3 jam 30 min.. singgah rehat.. tido rumah sendiri.. esok nya boleh la ziarah rumah adik beradik di sekitar Nibong Tebal.

Pemilihan rumah ni pun diluar jangkaan dari sudut jarak.. Tronoh ni titik tengah antara Nibong Tebal (keluarga belah aku) dan Felda Soeharto (kampung mama Dina). Memang ngam 140km+- dari Tronoh nak ke kedua lokasi ni. Semuanya perancangan Allah.. 😁😁😁

Untuk cuti sekolah hujung tahun 2025 ni, thanks Mama Dina sebab ambik cuti tahunan yang panjang utk rileks bersama keluarga di rumah Perak. Nikmat bercuti di rumah sendiri yang kelengkapan rumah yang lengkap ni, tak tau nak ckp macam mana. Alhamdulillah.. cuti kali ni rasa lengkap sangat.

Nak cuci baju, ada mesin basuh

Nak masak, ada dapur

Nak beli ayam ikan, ada peti sejuk

Nak duduk rileks, ada set sofa

Nak makan, dah ada meja makan cantik

Nak simpan baju, ada wardrobe cantik

Nak tidur, ada katil dan tilam empuk

Nak healing² kat dapur, ada bar table

Nak mesin rumput, ada mesin rumput bateri

Syukur alhamdulillah.. serba-serbi serba lengkap. Semuanya ni pun dengan izin Allah..

So, 8-9 hari di Tronoh, banyak habiskan masa disekitar rumah, pekan Tronoh, Seri Iskandar, Ipoh dan sekitar. Seronok sangat lepak dirumah sendiri mcm ni.