Tuesday, 31 March 2026

Jamuan Raya @RumahTronoh

24.03.2026 | 04 Syawal 1447H | Selasa

Alhamdulillah.. Raya ke-4 dapat buat Majlis Tahlil, Jamuan Raya dan Buzzday Dina.. Yang paling best, semua adik beradik, saudara mara yg dijemput hadir, sudi melapangkan masa datang ke Tronoh.

Keluarga besar

My family


Apa yang seronoknya buat jamuan raya kali ni, dapat dihadiri oleh adik beradik sendiri, pakcik makcik, sedara mara sebab buat kat rumah Perak. Dirumah Nilai sebelum2 ni pun pernah buah tahlil, doa selamat, jamuan raya tapi hanya dihadiri kawan2 setaman dan sekerja. Adik beradik memang tak datang lah sebab jauh. Bila buat di Tronoh, alhamdulillah ada sedara mara yang datang. Terima kasih semua yang hadir ke rumah kami yang x lengkap tu 😁😁.

Asalnya nak order katering saja. Tapi bila tanya katering yang kami target, dah fully booked. Jadi, lepas discuss aku dan mem, kami decide masak lah ikut kemampuan. Terima kasih mama Dina masak sedap2 belaker. Antara menu:

Nasi putih
Ayam masak merah
Kari daging batang pisang (order)
Ikan goreng
Ulam dan salad
Ayaq asam
Mee kari padu
Cheese Tart
Iceberg Cheese Kek
Buah Tembikai
Buah oren (Chu taja)
Kuih koci (Maklong taja)
Kuih Raya








Alhamdulillah.. Majlis selesai jam 5.00pm.. Syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk bertemu saudara mara di Syawal yang indah. Semoga ikatan jalinan berkekalan. Insyaallah

#mynameisanuar 

Wednesday, 4 March 2026

Salam 14 Ramadan

04.03.2026 | Rabu | 14 Ramadan

Harini berbuka puasa berdua di The Chicken Rice Shop, dekat kawasan Giant Nilai. Nampak budak2 waiter ni ke hulu ke hilir hantar makanan utk berbuka, fikiran aku kembali zaman remaja dulu masa kerja di Restoran Tambuah Mas. 

Memang sibuk betul antara 30 minit sebelum berbuka. Ada yang ok dan ada yang marah kami sebab lambat dapat makanan. Depa tak tau perut aku pun menggigil jugak masa depa dah mula boleh berbuka puasa. 

Semuanya tu pengalaman indah.. 😁😁

#mynameisanuar