Tuesday, 13 October 2015

Claim External Warranty (EWP) Kereta Proton Daripada Syarikat Insurans

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..

Cerita ni dah lama. Cuma sebagai informasi kepada anda pengguna kenderaan Proton / Perodua atau apa-apa saja lah kenderaan kita yang ada EWP masa kita beli kereta.

EWP ni berfungsi sebagai menggantikan jaminan yang diberikan oleh syarikat pengeluar kereta. Sebagai contoh, kereta Proton Exora aku, masa beli Tahun 2010 dulu, memang ada diberikan lanjutan jaminan oleh Proton. Maksudnya, jaminan Proton 2 tahun.. Melepasi sahaja 24 bulan, jaminan part kenderaan akan digantikan oleh syarikat insurans yang dilantik oleh Proton selama 3 tahun lagi atau milage belum mencecah 175,000km. So, total jaminan kereta aku ialah 5 tahun. Kalau ambik contoh aku, insurans yang cover EWP tu ialah syarikat Allianz.

Untuk info jugak, cuma part-part tertentu sahaja yang dicover. Bukan jaminan mcm yang diberikan Proton. Dalam kes aku, yang rosak ialah wiper link dan wiper motor. Masa benda tu rosak, aku masih boleh buat tuntutan sebab kereta aku belum cukup 5 tahun & milage pun belum mencecah 175,000km. Itu kiranya perkara pertama yang perlu kita kenalpasti. Perkara kedua, pastikan kereta anda tu mesti buat service di Proton Service Centre. Jangan ada skip 1 kali pun. Perkara ketiga, pastikan juga tempoh masa service dipatuhi. Contohnya, milage 85,000km kena service, eloklah diservice sebabnya semuanya tu diambil kira walaupun adakalanya kurang sikit masuk akal. Bukan apa, takkan tepat2 milage 85,000km kita terus sampai di SC. Mestilah terlajak sikit. Kalau terlajak 300-400km, bukannya nak jahanam pun enjin kereta kita tu.. 

Mcm kes aku, wiper link & wiper motor rosak. Adakah disebabkan lambat buat service kereta, maka, rosaklah wiper link tersebut. Logik tak?? Errmm.. Mungkin itu SOP syarikat insurans. Aku buat tuntutan wiper link tu melalui Proton Service Center. Apa yang dijanjikan oleh SC, aku bayar dulu kos repair, bila insurans claim approve shj, SC akan bagi refund. So, aku bayar saja lah..

Setelah sebulan kalau tak silap, aku buat claim, dapat call dari SC. Dia kata claim aku reject. Apa????????????????? Reject!!!! Okey.. Tak apa. Aku bgtau SC, aku sendiri akan email ke Allianz..

Betapa susahnya nak dapatkan claim daripada syarikat insurans utk claim EWP ini. Tapi, kita sebagai pengguna, perlu mengetahui selok-belok untuk elakkan diri kita daripada dipermainkan. Oleh itu, jangan kita hanya pandai berkata-kata didalam whatsapp atau facebook atau lain2 media sosial. Hal sebegini lah patut kita gunakan internet dengan semaksimum yang mungkin,

Akhir sekali, walaupun Allianz reject claim aku dengan bersebab, aku juga tidak salahkan syarikat berkenaan 100% kerana ada kesilapan teknikal di peringkat Proton jugak sebab buat submission tak complete. Ada invoice aku yang tercicir. Lagi la berminat syarikat insurans akan buat rejection. Setelah memperjuangkan habis-habisan, akhirnya, aku dapat kembali duit aku yang berjumlah hampir RM400 tersebut. Alhamdulillah..

Boleh lah ikuti kronologi email aku dibawah sebagai panduan. Anda susun sendiri la susunan di bawah. Ayat mesti power & berkualiti..







Akhirnya lulus walaupun mungkin dalam keterpaksaan. Terima kasih Allianz.



38 comments:

  1. Replies
    1. part kereta apa sahaja yg sc tanggung dalam warrant ?

      Delete
  2. salam saya guna kereta proton preve kereta belum tamat warranty tpi mencecah 2 tahun dah battery kong masih boleh claim warranty tak?

    ReplyDelete
  3. Bateri warranty 12 bulan saja tuan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. tuan, tumpang tanya, kereta sy tak sampai lagi sebulan sy pakai, tapi baru saja sy terlanggar tayar lori dan mengakibatkan bumper depan dan belakang kreta sy tercabut.. ape tindak kan dan langkah yg bijak harus sy lakukan.. harap tuan memberi pandangan.. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan boleh buat tuntutan insurans atau baiki sendiri.. Tak boleh Claim Syarikat Pengeluaran kereta sb kesalahan pemilik..

      Delete
  5. salam chegu...
    kereta persona 2016,
    1)ada bunyi angin pintu drive & penupang blakang kiri,
    2)dashboard & absober ada bunyi......
    sudah 3 4 kali pergi pusat service,tapi masih sama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm

      Cadangan:

      1. Pi SC yg lebih Besar Dan berkeyakinan bila dilihat Dr Mata Kadar

      2. Kalau kasih tak selesai, buat report ke Proton via email sb masih dalam warranty

      Delete
    2. saya pun sama , ada bunyi angin dan dashboard bebunyi

      Delete
  6. Assalam Chegu Anuar.. Saya pmilik proton exora cfe turbo... br pakai 1 thn 8bln.. Ada masalah gearbox reverse.. bila masuk r tekan myk.. kereta tak bgerak.. Buleh claim warranty tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya mengalami mslh yg sama esok no bwa ke SC sblm ni dah cek mnta bila2 bwa keta n tggalkn di SC 1 hari utk lanjutan cek.dah 2 thun beli keta tu

      Delete
  7. Wslm.. boleh.. masih dlm warranty inshaallah boleh claim dgn mudah.. tapi kena jugak ada rekod service di Proton SC tanpa prejudis.. hihi

    ReplyDelete
  8. Salam cikgu..pada hari ni 19 september 2017 EB saya wiper x bergerak time hujan..adakah disebabkan wiper link @ motor berdasarkan pengalaman cikgu.motor wiper berbunyi..tp wiper tidak bergerak..EB beli FEB 2015 masih lg dlm warranty..milage 63000..adakah dpt FOC brg tersebut @ kena bayar dulu ke pusat servis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Boleh. Kalau masih dlm warranty memang boleh dpt free.. saya dulu masa pakai Exora, 3 tahun warranty Proton + 2 tahun warranty insurans.. prob yg sy story di atas claim insurans.. kalau masih dlm warranty Proton, no prob.. inshaallah dpt free.

      Delete
  9. Assalam nak tanya, apa je warranty dari proton untuk kereta baru? Ape je proton cover? gearbox brp taun? Enjin brp taun? Servis free 5taun kan xsilap? Blh bg penjelasan?

    ReplyDelete
  10. Salaam . Nak Tanya pada yg pakar. Sy servis myvi haritu dekat SC. Dia kata water pump Ada bunyi. Kira rosak lah tue. Myvi standard 5tahun warranty. Rasa nya Sama lah kot 3+2 . Water pump boleh claims ke? Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Salam chegu. Saya nak tanya adakah kereta (enjin) itu masih under warranty sekiranya ia pernah accident walaupun masih belum sampai 2 tahun? Dlam kes sya ni kereta proton saga flx. Sedangkan dalam agreement ada jaminan untuk enjin selama 5 tahun. Mohon nasihat dari chegu ssangat sebab sya ni pengguna wanita. Rsu jga di permainkan ole pihak2 yg xbrtanggungjawab. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tiada warranty kalau kereta tu dah kemalangan melibatkan kerosakan enjin. Jika minor accident, berkemungkinan boleh cuba.

      Delete
  12. Slm tuan.krta sy prsona 2016.ada kmlgan kecil,krta riverse dan lggar bmper sy.tp bmper smua ok.mslhnya skrg krta sy seolah blackout.bila sy mati kn enjin slpas kne lggar tu,krta sy xbole start lgsg.sy towing ke sc dan tech pun pening xtaw apa krosakan.adkh msih dlm wrrnty?yg mnjd krsauan sy skriranya xdkra sbgai under wrrnty,mslh trsbut sprti anggran kos yg agk besar klu dh setle nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta tuan masih dlm warranty. Cuba cari SC yg lain utk diagnose punca masalah tu. Atau pun ke COE kat Shah Alam.

      Delete
  13. Tuan sy penguna proton pesona vvt 2016 bonet kemek dilanggar lari semasa saya paking.report polis telah sy buat.jadi boleh ka sy claim waranty bonet baru..

    ReplyDelete
  14. Tuan sy penguna proton pesona vvt 2016 bonet kemek dilanggar lari semasa saya paking.report polis telah sy buat.jadi boleh ka sy claim waranty bonet baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau melibatkan kemalangan, memang tak boleh claim warranty Proton. Boleh claim insurans tuan.

      Delete
  15. Cgu klu keta yg alami mslh gear reverse n keta xleh undur langsung blh x kita panggil SC dtg towing keta ke SC adakah kna cas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tgk jenis SC.. kAlau sy di Nilai ni, LHM Proton SC memang baguih.. takdak masalah.. compom boleh mai towing.. kalau ada warranty, lagi lah takdak mslh

      Delete
  16. Salam cikgu..kalau masalah brek berbunyi boleh tukar baharu ke? Lebih2 lagi bila undurkan kereta..disk brek berbunyi seperti bergesel..kereta baru guna 2 tahun lebih

    ReplyDelete
  17. Hi,,
    Saya kerete prevez, dah 3 tahun pakai,, kalau fius board rosak bole claim warranty ke? Tq..

    ReplyDelete
  18. Kereta exora sy tahun 2016 tak boleh reverse langsung Dah setahun tak hantar ke SC. Masih ada waranty ke. Tk

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...saya nak tanya saga vvt saya terlepas tarikh servis tapi belum samapi km..waranty masih ada ka??

    ReplyDelete
  20. Assalamualikum..sye pengguna proton saga, jika sye telah menukar minyak gearbox sahaja di kedai luar adakah warantt kereta sye terbatal ? Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  21. assalam..nak tnya klo kita sudah tukar sport rim , masih adakah warranty untuk diservis di proton, kereta proton saga new (vvt) 2016,pakai x smp setahun lagi

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum nak tanye kereta saya preve cfe tahun 2014 ade gak skip service proton enjin mcm simptom head bengkok ribu2 gak tu kalau nk repair..boleh klim insurans ke

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum , kereta sy preve tak boleh reverse. Langsung tak bergerak. Kereta dah hampir 3 tahun 4 bulan. Masih ada warranty?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum. Kereta bezza saya masih dalam warranty. Saya beli baru, 2 tahun lepas.milage 58 ribu kilometer. Sejak mula beli hingga kini, saya memang hantar ke service centre. Dah 7 kali hantar servis. Boleh tak kalau lepas ni saya hantar mekanik luar pula ? Lebih murah. Saya faham warranty tu. Dulu, enjin ada problem, hantar service centre, alhamdulillah selesai. Tapi kan... dah 7 kali hantar, tak perlu lagi kot. Sebab harganya agak mahal berbanding mekanik luar. Apa pandangan cikgu ?

    ReplyDelete
  25. Tuan, kereta iriz saya overheat tuan, tapi masih dalam warranty tuan, katanya head engine Ada problem, boleh claim warranty Ke tuan?

    ReplyDelete
  26. Salam tuan.. Kereta sy kipas radiator tak jalan la.. Kereta x smpai setahun.. Ade waranti x?

    ReplyDelete
  27. Salam tuan, saya beli saga std auto 2019,4hb september 2019 start guna, 7hb bunyi ratling kt pintu sebelah kiri, pergi sc 2x,depa bukak mudguard kiri dan pasang still tak solve problem,enjin bunyi bearing timing belt - sc cakap tunggu teknikal, aircond lambat sejuk, sc ckp ok padahal lambat sejuk dan ada bunyi bearing sangkut mula mula on air cond kadang-kadang,body bergegar time dalam gear N, sc ckp tunggu teknikal, memang kereta baru ada waranty ni sc macam tu ker? Kita complaint dia cakap takde apa-apa, semua ok

    ReplyDelete
  28. Salam cikgu.. Sy beli exora second,, guna 4 bulan econ x sejuk, kereta sangkut sangkut.. X tahu sebb apa.. Tp kedai kereta kejar suruh bayar ewp Insuran ni.. Boleh tak saya bayar atau macam mna.. Sebb masa tengok kereta mcm smooth ja enjin.. Sekarang dah bunyi kasar sikit.. Rasa tertipu la pulak.. Apa panda ngan cikgu

    ReplyDelete