Saturday, 17 September 2016

Masalah Aircond Proton Exora CPS

Assalamualaikum wbt & Salam Aidiladha..

Rasanya dah tersemakin lemah untuk mengupdate blog aku ni. Semakin hari semakin banyak tugasan. Lebih-lebih lagi sebelum UPSR baru ni. Sekarang, alhamdulillah.. UPSR dah selesai. Anak aku pun dah happy.. Anak murid aku 6K pun dah happy kot nya.. Tunggu ja lah nanti result hangpa nanti.. Yang penting, utk murid Tahun 6, jangan lupa Trip Ke Terengganu kita bulan Oktober nanti.



Harini aku nak story pasai aircond kereta Proton Exora. Ada tak Exorian yang dok pening dengan masalah aircond yang kurang sejuk? Atau langsung tak sejuk? Okey.. Aku akan story based on my experience..

Aku dah pakai Proton Exora ni 76 bulan. Dalam erti kata lain, dah bayaq installment 76x. Dalam 76 bulan pakai ni, baru-baru ni lah Exo aku ada masalah ketidaksejukan aircond. Simpton-simpton ialah:

1) Kadang-kadang kurang sejuk
2) Kadang-kadang terlebih sejuk
3) Keluaq asap kat serombong aircond
4) Bunyi nyaring sebelah bawah dashboard bila kipas aircond berpusing

Jadi, untuk kali pertamanya aku bawak ke Proton SC untuk checking. Mekanik kata, try isi gas dulu. Jalan dulu.. Tengok mcm mana.. Lepas isi gas, masalah settle buat sementara sahaja. Lebih kurang 2-3 minggu aircond tip-top.. Tapi masuk minggu berikutnya, simpton yang aku sebut diatas tu kembali menyerang kepala otak aku. Aduh.. Pening... 

Kali kedua bawak ke Proton SC.. Mekanik kata, kena check.. Aku tinggai lah kereta aku.. Lepas 2 jam, dapat call dari Proton SC.. Katanya, ada leaking kat CONDENSER.. Condensor tu ialah part yang besaq depan radiotor.. 

Ehsan Google: Lebih kurang mcm ni lah condenser


Aku pun iya kan la.. Nak buat mcm mana.. Kena la buat.. Total cost untuk tukar condenser tu cecah jugak RM916.00 termasuk GST. Pening la kena macam tu. Oklah.. Bayaq ja lah.. Dengan harapan takdak masalah lagi.. Barang yang ditukaq ialah :

1) Condenser & Receiver Assy RM664.16
2) Top up Aircond Gas RM90.10
3) Compressor Oil RM50.88
4) Upah RM111.30

Lepas bawak balik kereta, hati ada sikit senang lah. Harap2 ok lah aircond Exora aku ni. Tapi, lepas sebulan, masalah kembali menikam jiwa.. Jadi balik dengan simpton yang sama. Mulalah membara hati.. Aku bawak balik pi check kat Proton SC. Mekanik kata, nut penyambung gas aircond tutup tak ketat.. Errmmm.. Boleh pulak lagu tu noooo.. Gas diisi lagi dengan kapasiti penuh. Mekanik kata, try bawak dulu.. Kalau kurang jugak, bawak lagi.. Aku bawak dalam seminggu.. Langsung hilang semua gas.. Yang keluar cuma lah angin . Sejuk nya takdak.. Hati memang membara.. Aku bawak lagi ke Proton SC.. Cuba hangpa kira, dah berapa kali dah aku bawak ke Proton SC.

Apa katanya?? Kena buat fully check. Maybe cooling coil.. Ermmm.. Katanya, total cost kalau cooling coil problem, lebih kurang RM1,000.00++.. Oh.. Tidak!! Tahap kepercayaan aku terhadap Proton SC ni dah semakin menurun untuk bab aircond ni. Sebab nampak gayanya, tak selesai bila berulang kali ke Proton SC. So, aku ambik keputusan repair kat bengkel luar. Ada satu pusat specialist aircond kereta kat pekan Salak. Aku pun ada tanya 2-3 org kawan aku. Depa kata ok. Aku pun try la bawak. Semalam dah pi tanya dulu. Kena check.. Ayat biasa la kalau bab aircond.

Harini, pagi2 aku dah tercangak kat depan kedai dia. Nama bengkelnya Kuang Aircond Specialist @ Pekan Salak Lama.. Aku bgtau pomen, yang aku dah tukaq condenser. Dia kata, kalau mcm tu, mungkin cooling coil bocor la.. Tapi dia check dulu.. Maka, proses membuka pun bermula.. 

Nasib baik tak tanggal semua dashboard

Selepas ditanggalkan cooling coil, maka direndam pulaklah dalam air. Dan jelas kelihatan, ada bocor.. Blurp..Blurp.. Blurp.. Naik buih masa dalam air tu. Aku puas hati sebab aku tengok sendiri. Ingat dah settle.. Pomen kata, nak kena check lagi satu cooling coil.. Ish.. Ada dua rupanya.. Kat belah belakang.. Aku ingat satu ja kat depan. Maka, proses membuka diteruskan...

Dicelah tu lah ghupa cooling coil belah belakang
Dilakukan proses yang sama.. direndam dalam air.. Aku pun jenuh tengok.. Maka, keputusannya... selamat poket aku.. Tak bocor.. Sah lah sejenis cooling coil ja ditukar..

Cooling coil yang dah bocor


Diambilnya kalkulator, dia bgtau aku, harga Cooling Coil original brand Patco ni RM480/unit. Kalau nak yang murah ada, harga RM300++ mcm tu.. Takmau la aku.. Aku pilih Patco. Lepas tambah lain-lain, total kos termasuk GST = RM816.00.. Terbang melayang lah wang yang dicari.. Tak apalah.. Demi keselesaan keluarga tersayang..

Cooling Coil brand Patco

Siap warranty card (1 tahun warranty / 20,000km ).. Baru lepas pomen tekan calculator. Nampak??


Selepas hampir 4 jam aku tunggu, akhirnya.. Siap semuanya.. So, sekarang, Proton Exora lah menjadi pilihan aku untuk bertugas sepanjang 2 minggu ni untuk uji keberkesanan penukaran cooling coil ni. InshaAllah..

Semoga, story aku dapat dijadikan panduan kepada semua pemilik kereta Proton Exora yang ada simpton-simpton kenakrosakkan aircond kereta hangpa semua.

Sekian

11 comments:

Anonymous said...

Banyak Exora kena ni dari first batch lagi. Masalahnya? Bukan cooling coil atau apa bagai. Tapi cuma thermoamp yang berharga RM98 termasuk GST. Banyak dah kena ni.

Chegu Anuar said...

Thermamp tu dah 3x aku tukaq Masa dpm warranty. Aku yakin bukan masalah thermoamp

Anonymous said...

Dh oke ke ac bro..

Chegu Anuar said...

Dah juai pun Exora tu 5 bulan yg lalu.. Haha.. Kereta ok sikit lepas buat, cuma dpt feel akn berulang balik. Lebih baik juai saja laaa..

Anonymous said...

Pernah kene camni
Slps 7thn pakai exora
G hntr wshop kat
Dia tukar seketul brg rm170..
Alhamdulillah aircon ok
Bertambah sejuk

ahmad munawar said...

Barang apa tu bos. Boleh saya tau. Semua yg berlaku juga terjadi pasa diriku. Ada bunyi nyaring bawah dashboard.

Mhamizane mohd ariffin said...

Barang apa tu bro...exora sy pun simptom mcm tu gak...dah 2 kali topup gas

Mhamizane mohd ariffin said...

Barang apa tu bro....exora sy pun simptom mcm tu gak

Unknown said...

Baru lepas tukaq cooling coil n condenser kat kedai biasa. Pakai 2 3 hari panas balik exora, rupanya cooling coil belakang pulak yg bocor... macam2 pulak ngan exora ni...

Bertabahlah

Chegu Anuar said...

Hahaha.. bukan keta ja panas.. hati lagi panas.. huhu

fadz said...

Sy pun kena mcm bro jugak..tggl kete kt bengkel kelmarin..ari nie pomen call condenser bocor pastu dia check pressure pada cooling coil dpn & blkg mcm kurg tp dia tk buka lg..kalo cooling coil dpn nlkg bocor total semua skali RM2.6k..rasa nk pengsan lak dngar..