Monday 19 September 2016

Antara Pembelian Rumah & Kereta? Mana Yang Diutamakan?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..



Hari ni aku nak share sikit hal rumah & kereta.. Dalam kehidupan kita, kereta & rumah merupakan satu keperluan utama lebih-lebih kepada yang sudah berkeluarga. Kereta sangat menjadi satu keperluan. Cuma kita ada pilihan perlukan kereta jenis apa mengikut kemampuan kita. Ibarat kata pepatah.. "Ukur lah baju di badan sendiri.." Jadi kereta adalah keperluan bagi kita. 



Rumah? Sudah menjadi lumrah manusia terutamanya yang sudah berkeluarga mestilah inginkan sebuah teratak tempat berteduh dari hujan panas demi keluarga tersayang. Pada zaman kini, harga rumah yang sangat melonjak naik menyebabkan ramai golongan tidak lagi berkemampuan untuk membeli sebuah rumah. Jadi, terpaksa lah menyewa rumah. Nilai sewaan rumah teres / apartment masih lagi mampun dibayar oleh kita. Tapi, menjadi persoalannya.. Sampai bila?? Aku sendiri juga pernah menyewa rumah selama 5 tahun di Seri Petaling. Tahun 2002-2007 sebelum berpindah ke Nilai. Dengan nilai sewaan RM500/bulan, boleh lah nak bayar pada masa tu.



Kesimpulannya, bagi yang sudah berkeluarga, sangat-sangat perlukan sebuah kereta dan sebuah rumah demi mencapai kesempurnaan hidup. InshaAllah.. Kepada sesiapa yang belum memiliki kediaman sendiri, masa anda akan datang tidak lama lagi. Cari-carilah rumah mengikut kemampuan kita. Tapi, harga rumah sekarang yang melambung, membuatkan keinginan kita menjadi terbatas.. 

Walaupun kedua-dua benda tadi (rumah & kereta) merupakan keperluan, tapi mempunyai nilaian yang berbeza mengikut masa. Kereta, akan menjadi satu benda yang semakin menurun 'value' walaupun selepas sebulan kita beli. Manakala, rumah pula akan meningkat 'value' walaupun selepas sebulan kita membelinya.

Kiraan di bawah ni merupakan 2 jenis pengiraan yang dapat aku hasilkan daripada tinjauan atau pengalaman sendiri :

Rumah aku : 

Harga rumah    ; RM131,100.00
Tahun siap        : Jun 2007
Nilaian semasa : RM300,00.00
(Jun 2016)

Nilaian peningkatan harga rumah yang aku duduk sekarang ni +- RM170,000.00 yang diambil kira selama 9 tahun dimiliki. 

Dibahagikan jumlah peningkatan tu kepada 9 tahun = RM18,888.00/setahun untuk menunjukkan jumlah 'value' mengikut tahun.

Kereta aku :

Jenis kereta     : Proton Exora
Tahun dibuat   : 2010 (Mei)
Harga belian   : RM60,000.00
Nilaian semasa
(Sept 2016)     : RM20,000.00

Kejatuhan nilaian kereta sangat lah ketara iaitu RM40,000.00 dalam masa 6 1/2 tahun.. Kejatuhan nilai kereta aku tu = +- RM6,154.00/setahun.. Aku dah kerugian RM40,000.00... Belum dikira dengan interest lagi tu.. 

Jadi, walaupun semua sedia maklum, nilai kereta memang lah akan susut nilai yang ketara & sememangnya kita perlukan. Namun, kita masih lagi mempunyai ruang & peluang untuk memiliki sebuah kereta dengan sebuah rumah jika kita bijak mengatur.

Jangan lah kita memiliki sebuah kereta yang 'high-class' yang harganya mencecah RM80,000 - RM100,000 sedangkan kita hanya mampu menyewa disebuah rumah pangsa contohnya. Belilah kereta yang mampu milik (Perodua / Proton ) & beli lah sebuah rumah walaupun sebuah rumah pangsa. InshaAllah boleh..

Nota: Ini adalah catatan peribadi. Tidak ada kena-mengena dengan sesiapapun sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Jadikannya sebagai satu motivasi untuk mencapai impian kita.

Saturday 17 September 2016

Masalah Aircond Proton Exora CPS

Assalamualaikum wbt & Salam Aidiladha..

Rasanya dah tersemakin lemah untuk mengupdate blog aku ni. Semakin hari semakin banyak tugasan. Lebih-lebih lagi sebelum UPSR baru ni. Sekarang, alhamdulillah.. UPSR dah selesai. Anak aku pun dah happy.. Anak murid aku 6K pun dah happy kot nya.. Tunggu ja lah nanti result hangpa nanti.. Yang penting, utk murid Tahun 6, jangan lupa Trip Ke Terengganu kita bulan Oktober nanti.



Harini aku nak story pasai aircond kereta Proton Exora. Ada tak Exorian yang dok pening dengan masalah aircond yang kurang sejuk? Atau langsung tak sejuk? Okey.. Aku akan story based on my experience..

Aku dah pakai Proton Exora ni 76 bulan. Dalam erti kata lain, dah bayaq installment 76x. Dalam 76 bulan pakai ni, baru-baru ni lah Exo aku ada masalah ketidaksejukan aircond. Simpton-simpton ialah:

1) Kadang-kadang kurang sejuk
2) Kadang-kadang terlebih sejuk
3) Keluaq asap kat serombong aircond
4) Bunyi nyaring sebelah bawah dashboard bila kipas aircond berpusing

Jadi, untuk kali pertamanya aku bawak ke Proton SC untuk checking. Mekanik kata, try isi gas dulu. Jalan dulu.. Tengok mcm mana.. Lepas isi gas, masalah settle buat sementara sahaja. Lebih kurang 2-3 minggu aircond tip-top.. Tapi masuk minggu berikutnya, simpton yang aku sebut diatas tu kembali menyerang kepala otak aku. Aduh.. Pening... 

Kali kedua bawak ke Proton SC.. Mekanik kata, kena check.. Aku tinggai lah kereta aku.. Lepas 2 jam, dapat call dari Proton SC.. Katanya, ada leaking kat CONDENSER.. Condensor tu ialah part yang besaq depan radiotor.. 

Ehsan Google: Lebih kurang mcm ni lah condenser


Aku pun iya kan la.. Nak buat mcm mana.. Kena la buat.. Total cost untuk tukar condenser tu cecah jugak RM916.00 termasuk GST. Pening la kena macam tu. Oklah.. Bayaq ja lah.. Dengan harapan takdak masalah lagi.. Barang yang ditukaq ialah :

1) Condenser & Receiver Assy RM664.16
2) Top up Aircond Gas RM90.10
3) Compressor Oil RM50.88
4) Upah RM111.30

Lepas bawak balik kereta, hati ada sikit senang lah. Harap2 ok lah aircond Exora aku ni. Tapi, lepas sebulan, masalah kembali menikam jiwa.. Jadi balik dengan simpton yang sama. Mulalah membara hati.. Aku bawak balik pi check kat Proton SC. Mekanik kata, nut penyambung gas aircond tutup tak ketat.. Errmmm.. Boleh pulak lagu tu noooo.. Gas diisi lagi dengan kapasiti penuh. Mekanik kata, try bawak dulu.. Kalau kurang jugak, bawak lagi.. Aku bawak dalam seminggu.. Langsung hilang semua gas.. Yang keluar cuma lah angin . Sejuk nya takdak.. Hati memang membara.. Aku bawak lagi ke Proton SC.. Cuba hangpa kira, dah berapa kali dah aku bawak ke Proton SC.

Apa katanya?? Kena buat fully check. Maybe cooling coil.. Ermmm.. Katanya, total cost kalau cooling coil problem, lebih kurang RM1,000.00++.. Oh.. Tidak!! Tahap kepercayaan aku terhadap Proton SC ni dah semakin menurun untuk bab aircond ni. Sebab nampak gayanya, tak selesai bila berulang kali ke Proton SC. So, aku ambik keputusan repair kat bengkel luar. Ada satu pusat specialist aircond kereta kat pekan Salak. Aku pun ada tanya 2-3 org kawan aku. Depa kata ok. Aku pun try la bawak. Semalam dah pi tanya dulu. Kena check.. Ayat biasa la kalau bab aircond.

Harini, pagi2 aku dah tercangak kat depan kedai dia. Nama bengkelnya Kuang Aircond Specialist @ Pekan Salak Lama.. Aku bgtau pomen, yang aku dah tukaq condenser. Dia kata, kalau mcm tu, mungkin cooling coil bocor la.. Tapi dia check dulu.. Maka, proses membuka pun bermula.. 

Nasib baik tak tanggal semua dashboard

Selepas ditanggalkan cooling coil, maka direndam pulaklah dalam air. Dan jelas kelihatan, ada bocor.. Blurp..Blurp.. Blurp.. Naik buih masa dalam air tu. Aku puas hati sebab aku tengok sendiri. Ingat dah settle.. Pomen kata, nak kena check lagi satu cooling coil.. Ish.. Ada dua rupanya.. Kat belah belakang.. Aku ingat satu ja kat depan. Maka, proses membuka diteruskan...

Dicelah tu lah ghupa cooling coil belah belakang
Dilakukan proses yang sama.. direndam dalam air.. Aku pun jenuh tengok.. Maka, keputusannya... selamat poket aku.. Tak bocor.. Sah lah sejenis cooling coil ja ditukar..

Cooling coil yang dah bocor


Diambilnya kalkulator, dia bgtau aku, harga Cooling Coil original brand Patco ni RM480/unit. Kalau nak yang murah ada, harga RM300++ mcm tu.. Takmau la aku.. Aku pilih Patco. Lepas tambah lain-lain, total kos termasuk GST = RM816.00.. Terbang melayang lah wang yang dicari.. Tak apalah.. Demi keselesaan keluarga tersayang..

Cooling Coil brand Patco

Siap warranty card (1 tahun warranty / 20,000km ).. Baru lepas pomen tekan calculator. Nampak??


Selepas hampir 4 jam aku tunggu, akhirnya.. Siap semuanya.. So, sekarang, Proton Exora lah menjadi pilihan aku untuk bertugas sepanjang 2 minggu ni untuk uji keberkesanan penukaran cooling coil ni. InshaAllah..

Semoga, story aku dapat dijadikan panduan kepada semua pemilik kereta Proton Exora yang ada simpton-simpton kenakrosakkan aircond kereta hangpa semua.

Sekian