Sunday 5 June 2016

Program Jejak Matematik Tahun 3 Sempena Minggu Matematik SKDJ

Assalamualaikum wbt & Salam Rehat-Rehat..



Anda suka Matematik? Aku? Dulu.. Sangat lah tidak suka. Tapi harini, dah ditakdirkan jadi cikgu Maths. Semuanya ketentuan Allah SWT. Amin..

Sempena Minggu Matematik bulan April lalu, aku ditugaskan untuk ada kan 1 aktiviti untuk murid Tahun 3. Jadi, aku cadangkan buat Aktiviti Jejak Matematik (Ukuran Panjang). Maknanya, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecik.. I kumpulan 3 orang sahaja.. Kena pesan suruh bawak pita ukur sehari sebelum jalankan aktiviti ni.. Baru lah depa ada rasa excited sikit nak jalankan aktiviti.

Budak2 memang la suka kalau boleh buat aktiviti di luar bilik darjah. Memang bersemangat waja & berjiwa kental. Aku bagi masa 30 minit untuk cari & ukur 8 stesen yang telah aku tetapkan. Tapi 8 minit ja depa balik dah mai kelas.. hahahaha.. Bagus!!!

Tahniah kepada semua murid Tahun 3 SK Desa Jasmin yang menjayakan Aktiviti Minggu Matematik. Tak lupa jugak semua guru Maths & juga Ketua Panitia Matematik, Pn. Malah.. 










No comments: