Saturday 4 June 2016

Jom Renewal Insurans Kereta Anda Dengan Etiqa Takaful Secara Online

Assalamualaikum & Salam Jumaat

Dah renew insurans kereta anda? Kalau belum, apa kata kita try renew insurans kereta kita sendiri secara atas talian atau online.





Mengapa?

1. Paling penting, kita akan dapat rebat 10% on the spot. Macam mana tu? Ha.. Mcm ni, Bukak la website MOTORTAKAFUL...  lepas kita follow instruction semua, bab payment.. Kalau RM1000.00 totalnya, automatik kita bayar cuma RM900.00 sebab kalau Etiqa Takaful, dia bagi rebat 10%. Begitulah ceritanya...

2. Nilai kereta kita dapat kita masukkan sesuka hati kita. Tapi jangan lah melampau sangat undervalue. Masa kita nak masukkan sum-issued, dia ada bagi panduan kat kita. Kita masukkan model kereta kita, maka, akan ada lah anggaran sum-issued kita. Sebagai contoh, kalau syarikat insurans cadangkan RM40,000.00, kita bolehla turunkan sikit ke RM37,000.00 ka.. Jangan pulak sampai under issued sampai RM30,000.00.. Nanti berlaku sesuatu mcm accident ka, susah nak dpt full claim.

3. Dapat jimatkan masa & tenaga kita.. Aku sambil tengok TV pun boleh buat. Tak perlu ke MYEG atau syarikat insurans. Cuma, lepas buat settle semua, bab nak buat roadtax, kalau ada geran, bawak geran ke Pejabat Pos.. Bagitau En.Kerani Pos tu yang kita dah renewal insurans.. Maka, bayaq saja lah charge RM2.00.. Dapatlah roadtax kita.. Tapi kalau geran ada di bank, takdak masalah jugak.. Cuma kena cari Office Insurang Agensi yang ada MYEG la. Tapi charge mahai kat depa. RM20.00 kalau tak silap aku. Ialah kan.. Depa pun cari makan.

4. Untuk pilih syarikat insurans, eloklah pilih TAKAFUL. Aku pilih Etiqa Takaful. Kenapa? Sebab dengan takaful, selepas 1 tahun kita tak buat apa2 claim, depa ada bagi la sikit lagi duit kopi dengan refund mudharrabah profit. Mcm aku, biasanya dapat la dalam RM50.00 mcm tu. Ikut lah berapa kita bayar masa renewal tahun sebelum tu. Biasanya dapat dalam 8-10%.. Ha.. untung dak? Rebat 10% dapat.. Lepas tu, dapat mudharabah profit lagi 10%.. TOTAL = 20%.. Banyak tu..

Tepuk dada, tanya poket anda okey.

SELESAI...

Aku dah mula buat insurans online ni dah 6 tahun. Ada jugak orang yang taktau. Macam aku ni, suka explore apa yang boleh menjimatkan masa, tenaga & yang paling penting, DUIT la boleh jimat. Habis semua kawan2 aku di sekolah aku dah ajar. First year, aku guide depa.. Second year, depa pun buat lah sendiri...

Selamat Mencuba!!


2 comments:

Anonymous said...

time bayar mmemang ok.time nk refund bukan main lembab lagi

Unknown said...

Part kena ambik roadtax tu x paham..knp kena ambik kt pjbt pos..mmg x de org hantarkan ker?