Sunday, 27 March 2016

Tukar Timing Belt Proton Saga FLX

Assalamualaikum wbt

Ini lah dia Proton Saga mem aku a.k.a BMW


Agak lama tak menulis blog.. Kesibukan tugas & hal-hal lain kadang2 membuatkan tak sempat nak menulis blog ni.. Ialah kan.. Nama pun hobi.. Kalau ada masa terluang, boleh la buat.. Ini tiap2 hari buzzzzy ja.. Sabtu Ahad lagi bizi.. Nak menulis blog ni bagi aku, kena ada masa yang sesuai.. Baru la seronok nak berkongsi..

Pernah tukar timing belt kereta? Kalau kereta yang pakai timing-chain, ok la kot sebab tak perlu tukar.. Contohnya mcm Myvi, Nissan Sentra & Innova.. Kalau kereta jenama Proton, kena lah tukar. Bab timing belt ni aku ada sikit fobia sebab aku ada pengalaman timing belt putus masa atas highway.. Masa tahun 2006.. Kereta aku masa tu Proton Waja.. Cuba lah hangpa bayangkan..... Beribu-ribuan RM kena korek.. 

Oleh yang demikian, sudah tiba masanya aku menukarkan salah satu bahagian yang penting untuk kereta. TIMING BELT.. Kali ni aku tukar untuk kereta Proton Saga FLX sebab milage dah mencecah 77K++ kilometer.. Kalau nak ikut kata Mr.Ryan, boss Proton SC, 80,000km baru tukar.. Tak pa lah.. Aku tukar awal sikit.. Sedikit tips aku nak berkongsi.. Kita tak boleh tunggu ngam-ngam 80,000km baru tukar timing belt.. sebabnya, kita berhenti kereta, enjin hidup pun kita patut kira.. Contohnya, anak tidoq dalam kereta.. Kita pi makan dalam keadaan enjin dihidupkan (jangan lupa buka cermin tingkap sikit).. Satu jam kita makan.. Kat meter milage tak bergerak, tapi timing belt pusing.. Kalau satu jam tu, aku dari Nilai ni boleh sampai Felda Soeharto.. Milage dalam 100km.. Jadi, 100km tu sepatutnya dikira dalam 80,000km tu walaupun dalam meter tak bergerak.. Jadi, aku syorkan, antara 70,000 - 75,000km boleh lah hantar untuk tukar timing belt tu..

Macam aku, lebih selesa hantar di Pusat Servis Proton.. Masuk tahun 2016 ni, untuk Proton Saga wife aku ni, dah masuk tahun ke-5 aku hantar ke SC Lai Hong Ming (LHM) ni.. Biar mahal sikit, asalkan puas hati.. Macam aku post sebelum ni la.. Bayar mahal, tapi dapat perkhidmatan yang memuaskan hati.. Dapat tengok Astro, Free WIFI, minum percuma, ruang solat, tempat menunggu berhawa dingin.. Sebab tu la bayar lebih.. Dan yang paling penting, kereta kita akan dapat diselenggara dengan baik.. Ada masalah ka apa ka, hantaq balik.. Haha..

Untuk kali ni, aku hantar ke SC untuk tukar timing belt & minor service.. Kalau dia suruh major pun, aku selalunya kata nanti.. Duit tak cukup.. hahaha.. Ok ja LHM ni.. Boss dia pun OK.. Aku pi hantar Sabtu jam 8.15am.. Aku suruh pulak staf SC hantar aku ke sekolah sebab aku ada meeting AJK PIBG. Mau ja dia hantar lepas boss dia suruh.. Itu pun perkhidmatan tu.. Aku malas nak tunggu 2-3 jam.. 

Bercakap soal kos, memang tinggi la untuk costing tukar timing belt ni.. Untuk pagi Sabtu tu saja, aku dah melepaskan RM1,034.00 untuk minor service & tukar timing belt.. Tapi kalau cosing untuk timing-belt sahaja aku rasa dalam RM750++.. Hangpa boleh refer kat bil aku di bawah untuk rujukan... Boleh standby duit.. Murah tak?? Kereta kecik berjiwa besaq.. Inilah dia Proton Saga FLX.. Tak apa lah.. Janji aku berpuas hati.. Dan janji aku & famili selamat gunakan kereta ni.. So, bayar lah dengan hati yang gembira!!

Perkara 1-6 sahaja untuk urusan Timing Belt & tambah RM150 untuk labour charge



26 comments:

5five6six said...

Tensioner tu ape... knp mhl sgt

Zulhelmi Abdul Wahab said...
This comment has been removed by a blog administrator.
alip toron said...
This comment has been removed by the author.
Fatin Suraya Mohd Isa said...

Salam, tumpang tanya.
Saya pun pengguna proton saga flx. Kalau kereta bunyi nyit nyit tu sebab ape ye?
Saya pun tak pernah lagi tukar timing belt ke mounting ke.
Minor services tu encik tukar apa je ye lagi?

Chegu Anuar said...

Timing belt ni tukar kalau milage cecah 80,000km. Tp elok lah tukar bila dah cecah 75,000km..

Bunyi nyit2 tu masa bila?

Minor servis tukar minyak enjin, oil filter.. Kos dalam rm180++

Chegu Anuar said...

Tensioner tu dtg full set dgn timing belt.. Kalau tukar timing belt, mmg kena tukar tensioner tu.. Jangan tension ja nak bayar..

Kalau tukar timing belt kat bengkel luar mmg lah murah.. Kat Proton SC mmg mahal sikit sb dah tentu sekali guna part original.. Yang keduanya, sebarang permasalahan, kita boleh pulang balik kat SC.. Tempat menunggu selesa.. So, tengok la poket masing2..

acot klon said...

Salam tuan,

Klu timing belt ori utk Saga Flx brand apa? Sbb byk brand. MMC, Gates? Tak pernah tukar lagi cadang nak tukar dah. T.kasih

Chegu Anuar said...

Chot: Tak sure pulak.. Tp rasanya box nya semua Proton Brand..

NOraELL said...

Timing belt...harini baru nak buat servis 80,000.bajet tukar sikit dekat sc.sekali cs cakap tukar timing belt sekejap dalam rm600..nasib tak terkejut ingat servis minor je.

Memang wajib tukar nya timing belt ni?.
Tahu tak simptom2 awal kalau saya tak nak tukar timing belt ni?

NOraELL said...

Timing belt...harini baru nak buat servis 80,000.bajet tukar sikit dekat sc.sekali cs cakap tukar timing belt sekejap dalam rm600..nasib tak terkejut ingat servis minor je.

Memang wajib tukar nya timing belt ni?.
Tahu tak simptom2 awal kalau saya tak nak tukar timing belt ni?

Chegu Anuar said...

Timing belt elok tukar selewat2nya 80,000km.. Tak ada signal utk kita kesan keluputan timing belt..

Jangan lewatkan penukuran.. Ikut nasib.. Sy ada pengalaman putus timing belt utk kereta Proton Waja saya.. Amat perit.. Huhuhu

NOraELL said...

salam cikgu anuar..
terima kasih atas maklum balas cikgu.

rasul rasul said...

Kalau kereta jarang jalan pulak macam mana???Ke ada tempoh masa???

Chegu Anuar said...

Kalau jarang Jalan takpa.. tunggu sampai 70k-80k km Baru tukaq

Zai niza said...

Assalamualaikum Cikgu,
Saya pun pakai Saga FLX jugak. sekarang dh sampai 81k tp belum tukar timing belt lg. risau pulak sebab pagi ni kereta bila mula bergerak macam bunyi mcm "tak tak".
Lama lama bunyi hilang... Adakah bunyi tu disebabkan timing belt ke?

Chegu Anuar said...

Waalaikumsalam.. Alamak.. Dah 81K.. Bahaya tu.. Elok Tukaq segera.. Kalau dah putus timing belt, mau kita termenung 3 hari depan pintu rumah.. Haha

Mohd Firdaus Mamat said...

salam ..knapa dlm buku manual tulis tukar setiap 120 ,000 km @72 bulan..kereta saya dah 80 000km..blom tukaq lg ni..

wan din said...

Keta saya exora bru 15k km tpi dah 5thun guna,dari 2012.kne tukar ke bro timing belt tu

Chegu Anuar said...

Kena tukaq bang.. Bahaya Tu.. Kalau nasib baik ok, kalau nasib kurang baik, naya jugak

Chegu Anuar said...

Kalau ikut kawan2 Kita, dlm manual book 80000km / 120 bulan..

+plain-jane said...

Assalamualaikum,

Boleh bagitau kedai ni dekat mana? nampak dekat resit tu Nilai.

Chegu Anuar said...

Wslm. Ya.. Kat Nilai.. LHM One Stop Service Centre..

Redmi My said...

MMC tak de keluarkan timing belt

Unknown said...

Salam..tumpang tanya..tadi sy ade tukar timing belt..water pump..lepas dah siap pasang..nk start x hidup..dah cek pully atas bawah xde lari..seperti yg ditanda sebelum tukar timing belt..sape pernah jadi macam ni..minta pendapat..

Unknown said...

salam tuan...water pump masa tukar timing belt kena tukar tak

Hayati Hamdan Syaiful said...

Timing belt mitsubishi RM 160.00
Water Pump GMG RM 78.00
Upah pasang RM 70.00