Thursday 21 January 2016

Alhamdulillah.. 8A untuk Dina @ UPKK 2015

Assalamualaikum wbt..

Tak ada kata-kata yang lebih bermakna selain ALHAMDULILLAH syukur pada Allah SWT sebab dengan izin-Nya, anak aku dapat 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang diambik tahun 2015 lepas..

Syukur sangat.. Berkat usaha anak aku sendiri.. Mama Dina.. Ustaz Ustazah sekolah KAP @ SK Desa Jasmin & semua sekali lah..

You are THE BEST Dina!!! Jangan lupa usaha yang gigih untuk UPSR 2016 niii.. 

Abah nak bagi hadiah apa?? Huhu.. TAHNIAH Dina..

35 orang murid yang dapat 8A

Terima Kasih Cikgu Azhar #GuruBesarSKDJ

Wednesday 20 January 2016

Demam Filem "Dilwale"

Assalamualaikum wbt & Salam Rabu..

Nah.. Baik punya Hindustani!!! Terbaik..

Dilwale.. Filem hindustan yang best jugak aku layan.. Tak pernah dalam sejarah aku tgk wayang, pi tgk hindustan.. Tapi mmg puas hati la.. Sebab bayaq tiket, dapat layan filem dekat 3 jam.. Fuh.. Puas hati laaa...



Sempena Negeri Sembilan cuti Hari Keputeraan Yang DiPertuan Besar NS, aku & anak bini aku bawak pi layan panggung wayang.. Cerita Dilwale.. Dok dengaq adik beradik, kawan-kawan ceghita mcm best ja.. Tu yang aku layan.. Tapi memang best laa.. Hero Sharukh Khan add-on dengan Kajol.. Mau kojol sapa yang kaki feeling.. Bagi aku, filem ni okey.. Jalan cerita ok, lagu ok, pelakon ok, ada humor, gangsters, cinta.. Mcm biasa.. Nama pun hindustan.. Tapi lagi baik la pada filem melayu..



Sikit ceghita pasai panggung TGV @ AEON Cheras Selatan ni.. Show aku beli jam 11.55am.. Kiranya 1st show la.. Aku org pertama yang tiketnya dikoyak.. Hahaha.. Masuk ja panggung no.3, aku rasa panas.. Skrin pun belum ON.. Aku ckp dengan wife aku, mungkin aircond belum buka atau baru buka.. Okla.. Sambil skrin menayang iklan-iklan.. Masih lagi rasa panas.. Peluh kat dahi dah mula keluaq.. Hero tamil ni dah mula naik hangin.. 

Aku bangun.. keluaq panggung. Ada Bangla dok sapu.. Aku tanya dia.. Panas la.. Dia kata, SEKEJAP BANG.. Aircond baru buka.. Ok la.. Aku pi duduk balik.. Dalam 5 minit, aku rasa takdak perubahan langsung.. Aku bangun sekali lagi.. Aku teruih pi cari india yang koyak tiket aku.. Ha.. Ambik hang!!! Aku kata, AWAT BILIK 3 PANAS?? Dia pun bergegas naik atas.. Dia masuk & kata betoi panas.. Dia jawab.. BANG, AIRCOND BARU BUKAK.. Ok la.. Sambil tu, dia dok ckp kot walkie-talkie.. Aku pun pi masuk bilik No.5.. Pehhhh.. Sejuknya.. Hampeh betoi.. 

Kalau kata aircond baru buka, semua bilik la panas.. Sedap la aku nak sound dia.. Aku pi cari dia balik.. Jumpa.. Aku kata: Halo bang.. Bilik 5 sejuk.. U cakap aircond baru buka, kenapa bilik 5 sejuk bilik 3 panas.. Dia pun dok buat kalut dia sambil ckp walkie-talkie.. Last sekali, dia bgtau aku. OK BANG.. Sudah ON.. Sudah OK.. Tadi ada prblem sikit.. Haaa.. Aku pun bagi ayat last.. LAIN KALI, KALAU AIROND PROBLEM, CAKAPLA PROBLEM.. JANGAN CKP BARU BUKA.. Hambik hangggg..



Dok dalam 5 minit.. Peh.. Sejuk tahap peti ais.. Ambik Aku... Hahahahahahahaha



Beli tiket 3 orang RM34.50.. Beli makanan dekat sama dengan harga tiket.. Popcorn & Minis Hotdog RM29.50.. Tapi, seronok jugak sekali sekala layan wayang dengan famili.. Boleh repeat..

Jom layan.. 




Wednesday 6 January 2016

Jalan-Jalan Labu Sayong @ Sayong, Perak

Assalamualaikum wbt & Salam Rabu..



Kebetulan masa on the way nak balik Bagan Serai haritu, sempat jugak aku cari labu yang asalnya dari Sayong, Perak.. Bukan apa.. Saja nak tunjuk kat anak aku proses buat labu ni.. Kalau dak, depa tak tau nak buat ceghita dalam karangan nanti. Hehe..

Lokasi Kampung Sayong idok lah susah sangat.. Ikut PLUS Highway, exit Tol Kuale Kangso.. Bayar tol, ambik je kanan.. Hah.. Kome teghuih aje.. Tak jauh dah tu.. Cari lah Sayong kat Waze kome tu.. Senang ceghitey.. Hahahahaha.. Senang ja kalau nak cari.. 

Bila dah sampai area Sayong, memang ada trade-mark labu.. Besaq bukan main labu nya tu.. Aku puas jugak memusing la nak cari tempat proses labu ni.. Jumpa jugak la satu tempat.. Tepi Sungai Perak ja.. Hantam sajalah.. Asalkan dapat tengok mcm mana depa buat labu ni..



Bak kata brader yang buat labu a.k.a taukey nya. Laa ni depa dah pakai acuan.. Tak mcm dulu 'pure' handmade.. Tanah liat kat Sayong ni ja lah yang elok utk buat labu.. Hebat sungguh!! Nampak terer la depa dok main tanah liat tu.. Aku layan saja lah.. Aku suruh anak aku tengok proses buat labu ni..





Akhirnya.. lepas belek-belek, ambik jugak lah satu labu Sayong ni buat kenang-kenangan.. Aku pilih yang dah siap syelek siap ada lampu.. Aku rasa mesti lawa kan letak kat ruang tamu (tapi sampai la ni dok dalam kotak lagi.. Hahaha). Harganya RM80.00 ja.. Okey la.. Yang x bersyelek, murah la sikit.. Dah yang mahai lagi pun ada.. Yang RM5.00 pun ada. Nak minta kurang pun serba-salah jugak sebab tengok, leceh jugak depa buat. Tapi aku minta jugak diskaun, taukey kata tak dapat la.. Cuma dia bagi free kat aku labu saiz kecik utk anak aku letak pensel kat meja study dia.. Terima kasih nooo taukey..

Kepada yang minat dengan labu Sayong ni, moh kite pi Kuale Kangso..



Monday 4 January 2016

Selamat Datang 2016.. Selamat Tinggal 2015

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..



Hari ni dah masuk 4 hari dalam tahun 2016. 4hb Januari 2016 hari pertama aku masuk sekolah. Dari aku kecik, sampai ke tua la ni pun masih lagi duduk dalam kawasan sekolah.. Tak apa lah.. Lokasi yang sama tapi situasi berbeza.. Hahahaha..

2015 dah berlalu dengan 1001 atau mungkin 10001 cerita suka duka kehidupan. Yang indah tu boleh lah kita jadikan memori & yang tak baguih / yang sedih tu biarlah terbenam di lubok jiwa yang paling dalam.. Kalau di sekolah dan kerjaya aku sebagai chegu, alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna walaupun berlaku jugak lah keciciran yang tak disangka.. Sekolah aku pulak, keputusan UPSR nya sangat cemerlang. 44 oran murid mendapat 5A & 32 orang murid mendapat 4A. Di pihak PIBG, dapat lah bonus utk murid2 yang berjaya ni RM50.00/murid. Tahniah semua murid yang berjaya, semua guru SKDJ yang cemerlang & ibu bapa yang bertungkus lumus berusaha untuk kejayaan anak-anak.

Untuk 2015 juga, kalau di taman aku.. Tamatlah perkhidmatan aku sebagai Pengerusi KRT Perdana College Heights. Bermula 01.01.2016, Abang Masri akan mengemudi KRTPCH bersama AJK yang baru. Aku rasa cukuplah aku & rakan2 generasi pertama PCH yang bermula 2008 berusaha membantu aktviti kemasyarakatan di PCH. Semoga kesepakatan yang jitu dapat dibina diantara semua fasa di dalam komuniti PCH tanpa prejudis.

Zam Zam.. Ala Khazammmmm.. Jom 2016

Semoga 2016 akan menjadi tahun yang lebih cemerlang dunia & cemerlang akhirat untuk kami sekeluarga.. InshaAllah