Wednesday 21 December 2016

Bercuti Ke Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Assalamualaikum wbt ..

Cuti sekolah dah dekat end of story.. Cuti lebih kurang sebulan.. Tolak Sabtu Ahad, cuti Maulidur Rasul & Hari Krismas, kiranya ada la lebihan 18 hari beza cuti dengan kakitangan awam lain.. Dulu org kata, keja cikgu cuti banyak.. La ni tak boleh kata cuti banyak.. Cuti cikgu ni lebih sikit saja dari orang lain.. Belum lagi kira duty Sabtu terpilih sepanjang tahun.. Kan.. Takpalah.. Redha saja lah apa org nak kata nooo..

Ok.. Just nak share cerita pi makan angin baru ni. Dari sebelum cuti sekolah punya lah dok cari mana tempat nak pi.. Pening jugak lah.. 2016 ni, Terengganu 2x pi, Johor, Melaka, Cameron Highland, Perak semua dah pi.. Last sekali, aku balun pilih Sungai Petani (SP) tempat bercuti rileks2 buat aku sefamili. Bukan apa sangat, cuma ada 2 kenduri kahwin sedara aku kat SP selang sehari.. Jadi, tak payah lah balik Bagan Serai, pastu naik pulak SP.. Baik aku check-in SP ja.. Boleh tenang2.. 





Bab hotel.. Mcm biasa, dengan bantuan Mr.Agoda, aku dapat duduk Hotel Park Avenue @ SP. Lokasi yang sangat mudah. Keluaq highway Plus Sungai Petani (Selatan) , terus nampak hotelnya. Agoda bagi aku harga RM266 nett untuk 2 malam check-in situ without breakfast. Ok la kan.. Tak breakfast kat hotel pun takpa sebab keliling hotel tu, mcm-mcm makanan ada waktu pagi. Jimat.. Review tentang hotel, bagi aku ok hotel Park Avenue ni.. Nampak hotel bertaraf 4 bintang.. Masuk ja, ada orang bukak pintu.. Mau ja depa bawak barang aku.. Tapi aku ni rasa mcm kesian pulak suruh depa bawak sedangkan aku pun boleh bawak sendiri.. Bilik?? Terbaik.. Fully carpet.. Aku la ni memang suka bilik hotel yang fully carpet.. Nampak ada class nya tersendiri.. Katil saiz king dan ada satu sofa.. Boleh la aku lepak kat sofa tu sambil goyang kaki tgk TV.. Huhu.. Fasilitis lain, ada swimming pool (tapi kami tak pi pun.. iyalah.. anak aku dah besaq).. Ada gym.. Yang gym ni aku masuk jugak.. Staff pun peramah.. So far, overall aku bagi 8/10 bintang untuk Park Avenue.. 


Jom Gym

Sungai Petani ni ada apa nooo? Aku memang plan nak rileks2 ja.. Lokasi yang aku pi:

1) Pantai Merdeka
2) Tanjong Dawai
3) Puncak Gunung Jerai
4) Memorial Tsunami @ Kota Kuala Muda
5) Bandar Sungai Petani

RM10.00


View cantik punya

Itu saja lah kot.. Yang lain2 tu aku ronda-ronda pusing Yan, Kg.Pulau Sayak pekena Mee Udang & Nasi Goreng Udang.. Memang terbaik.. Kalau sapa ke SP, boleh try cari Mee Udang Pulau Sayak.. Udang dia taklah banjir mcm Kuala Sepetang.. Tapi, saiz 5XL.. Terbaik lah.. Harga pun cuma RM10.00/sepinggan. Selamat mencuba..

Tanjong Dawai.. Memang lokasi yang aku target nak pi.. Kalau sapa2 nak pi Tg.Dawai dari Pantai Merdeka, boleh naik bot.. Tapi disebabkan baru-baru ni (Oktober) ada bot terbalik dan 2 orang meninggal dunia, tak jadi lah aku naik bot.. Kalau hangpa dah ada di Pantai Merdeka, tapi nak pi Tg,Dawai naik kereta, kena pi balik naik Sungai Petani.. Mcm tu la lebih kurang walaupun dari Pantai Merdeka tu, kita dah nampak Tg.Dawai.. Kat Tanjong Dawai ni, orang ramai beli hasil lain.. Macam kat Pulau Pangkor / Lumut.. Tapi, menurut kata mem aku, harga ikan bilis mata biru di Tg.Dawai jauh lebih murah dari Pulau Pangkor.. Cuma 1kg=RM48.. Kalau di Pangkor, 1kg=RM70-80.. Ok lah kan.. Murah.. 

Aku nak cerita pasai restoran ikan bakar.. Sebelum ke Tg.Dawai, aku ada searching bab ikan bakar sebab aku memang suka ikan bakar.. Disebabkan nak try ikan bakar Tg.Dawai, aku batalkan hasrat aku nak pekena ikan bakaq Teluk Tempoyak, Penang.. Lepas beli ikan bilis & lain-lain, aku nampak 2 kedai makan ikan bakar.. Restoran Ikan Bakar Mak Njang & Restoran Ikan Bakar Anjung Muara.. Aku pi tengok yang Mak Njang ni dulu.. Bila tanya, harga main lumsump.. Ikan Siakap Merah RM45.00 sekoq.. Pastu nampak ikan tu mcm berlendir.. Tanya ikan lain pun sama.. Aku batalkan hasrat makan di Mak Njang ni walaupun orang review OK.. Aku bukan apa, merata tempat ikan bakaq aku dah pekena, tak pernah nampak ikan yang tak best mcm ni..

Chalet Terapung @ Merbok.. Untuk kaki pancing


Pastu aku pi kedai Anjung Muara.. Sebelah kedai ja.. Nampak ikan ok sikit.. Harga siakap RM40/kg.. Okla dari segi harga walaupun Ikan Bakar Adnan Teluk Tempoyak RM35/kg.. Tapi Bagan lalang RM55/kg.. Aku rasa ok la kot.. Sebelum aku komen bab makanan, aku nak sentuh sikit bab kebersihan.. Apalah punya kedai.. Dari luar nampak Ok.. Masuk belah dalam.. Tu dia.. Kotor.. Tak kemas.. Bangku meja buat lebih kurang ja.. Pondok2 kat tepi pantai tu tak rasa nak upgrade ka wahai taukey.. Tapi, tak apa lah.. Maybe akan datang kot.. Bab order air, bagus.. Cepat sampai.. Makanan aku order, hangpa nak tau mai pukui berapa? hampir sejam lepas aku order walaupun waktu aku sampai kedai tu (lebih kurang jam 6.15pm), ada la kot 2-3 meja belum dpt makanan.. Aku kecewa betoi.. Sampai aku naik angin aku pi tanya kaunter.. Mana makanan aku ni?? Memang serabut.. Lepas tu, sinki basuh tangan.. Sat ada air.. sat takdak air.. Apa punya kedai laaa.. Ikan bakaq nya tak setanding dengan Teluk Tempoyak & Bagan Lalang.. Muara Sungai Duyung Melaka pun lagi sedap.. GAGAL lah Ikan Bakar Tg.Dawai.. Bila nak bayar, aku tanya cashier.. "Kat sini memang takdak ayaq ka..??" Dia jawab apa tau.. "Ish.. Taktau nak kata lahhhhhh..." Mcm tu ka dia jawab dengan aku sebagai customer.. Minta maaf makanan aku lambat???? Jauh api dari panggang.. So, overall.. Ikan Bakar Tg,Dawai GAGAL.. Aku suggestkan kalau ada yang berhajat nak makan ikan bakar, eloklah ke Ikan Bakar Adnan di Teluk Tempoyak.. Memang sedapppp... Minta maaf lah tuan taukey.. AKu harap boleh upgrade.. Aku bayar semua makanan.. Bukan free.. So, boleh diperbaiki pada masa akan datang.. Balik dari Tg.Dawai, balik hotel.. Tidoq laaa.. 

Malam kedua aku makan western ja kat area Taman Sejati area hotel yang aku duduk tu ja.. Dekat.. Sedap.. Murah.. Mantop.. Aku rasa, yang buat biz ni geng-geng tabligh kot.. Tapi makanan semua sedap.. Char Koay Teow pun sedap.. Western OK.. Nasi lemak daun pisang pun ok.. Terbaik Tuan..

Aku pi utara ni asyik cari makan ja.. Sedap makanan belah utara ni sedap2.. Lepas 3 hari 2 malam ni SP, aku check-out dan balik semula rumah pak aku.. (sebelum pi SP dah check-in rumah pak aku dah.. hahaha).. Check-in kat Bagan Serai pulak..

Sekian..

Monday 19 December 2016

Rumah Untuk Dijual Di Nilai Mantin Pajam , N.Sembilan

Assalamualaikum wbt & Salam Isnin..

Kepada reader yang berhajat memiliki rumah sendiri, boleh ambik peluang ni.. Rakan sekerja aku, ada nak jual rumah teres dua tingkat di kawasan Pajam? Tau ka di mana Pajam ni? Pajam ni terletak ditengah-tengah antara Nilai dan Mantin. Lokasi yang sangat strategik..

Boleh layan dulu gambar-gambar yang owner rumah kirim untuk di iklankan :-

Rumah untuk dijual di Taman Mulia, Pajam, NILAI...

Ruang dapur

Ruang Tamu

Ruang antara ruang tamu ke dining hall

Lawa...

Menarik

Moden

Mini bar

Cun





Ok tak?? mcm mana?? Menarik tak rumah ni?? 

Untuk info, rumah ni teres 2 tingkat.. Pelbagai kemudahan yang ada di dalam taman.. Seperti tempat main futsal, taman permainan, surau, dewan dan lain-lain...

Berikut adalah kelebihan nya kalau anda beli:

1. Rumah yang moden ( 22 x 70 ) - 4 Bilik 4 Bilik air
2. Kawasan perumahan yang aktif
3. 2 minit ke Speedmart
4. 5 minit ke Sekolah Kebangsaan Batang Benar
5. 3 minit ke Highway LEKAS (Pajam)
6. 10 minit ke Nilai 3 (jalan shortcut)
7. 20 minit ke Kajang
8. 35 minit ke KLIA & KLIA2
9. 45 minit ke Kuala Lumpur
10. 25 minit ke Seremban
11. 15 minit ke Pasaraya Giant & Tecso & 2018 nanti ada AEON Shopping Mall
12. Dan banyak lagi laaaa...

Ok.. Kepada yang berminat nak tengok rumah, boleh whatsapp saya : 019.2526444.. Harap maaf ya jika anda agen.. Kawan saya ni takmau guna agen.. Hanya direct buyer sahaja boleh menghubungi saya & saya akan maklumkan pada owner..

Setakat semalam 18/12/2016, belum ada sesiapa lagi yang masuk loan.. Lupa nak bgtau harga..

Harga rumah ni = 

-RM420,000.00 ( TERMASUK BARANGAN PERABOT YANG ADA DALAM RUMAH)

-RM405,000.00 ( rumah sahaja)


Cepat.. Cepat.. Jangan melepaskan peluang keemasan ini..

Thursday 8 December 2016

Antara Kolej Tunku Kurshiah atau MRSM atau SMK Dato' Mohd Said?

Assalamualaikum.. Salam Khamis.. Salam Cuti Sekolah.. 



Alhamdulillah.. Hasil kejayaan Dina dapat 6A, dengan automatiknya Koleh Tunku Kurshiah (TKC) menjemput anak aku tu ke sana sesi persekolahan 2017. Aku sebagai abah Dina & isteri aku sebagai mama, sedikit sebnayak berasa bertuah dengan kajayaan anak aku ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di TKC. Bukan senang nak dapat. Anak aku dipilih berdasarkan kuota KPM / Pengetua TKC kalau tak silap aku lah seperti makluman kawan2 aku. Bukan guna kabel Alumni pun seperti mana yang pernah aku dengar.. Isnin lepas, aku dapat call dari TKC.. Punyalah rasa happy aku.. Walaupun belum lagi staf TKC bgtau aku tujuan dia tepon, aku dapat rasakan memang Dina diterima masuk TKC sebab takkan la pulak saja-saja TKC nak call aku.. Alhamdulillah.. Hebat anak aku..!!

Persoalannya: Adakah Dina nak duduk asrama?? Hahaha.. Semestinya lah jawapan anak aku tu.. OH!! TIDAK SAMA SEKALI!!... Hahahaha

Dina nak pi TKC tu tapi nak ulang-alik.. Errmmm. Mcm mana pulak tu?? 

Isnin semalam (5/12) Dina pi pulak temuduga MRSM di MRSM Kuala Klawang. Walaupun hasrat dia nak duduk asrama tu 0%, wife aku suruh jugak Dina pi temuduga tu utk bagi rasa suasana temuduga walaupun aku dulu langsung tak berpeluang nak temuduga mcm ni.. 

My soul.. Hebat u Dina!!


Akhir sekali, sekolah pilihan terakhir ialah bersekolah di SMK Dato' Mohd Said (DMS) di Nilai. Aku pilih DMS ni untuk pengesahan sekolah menengah Dina sebab DMS ada Kelas Rancangan Khas (KRK). Dan juga boleh mengikuti bahasa tambahan iaitu Bahasa Perancis. Boleh dok rumah.. Huhu..

Kesimpulannya, sekolah SBP / MRSM memang lah tak dinafikan kebagusannya. Cuma, aku tak mau paksa anak aku untuk ke sekolah asrama tu. Melainkan jiwa anak aku sendiri yang berhajat nak duduk asrama. Kalau nak berjaya, di mana-mana pun boleh berjaya asalkan dengan usaha yang gigih.

Sehingga ke hari ini, belum ada keputusan muktamad.. 

Apapun, aku sebagai parent sangat berbangga dengan kejayaan anak aku dalam UPSR yang lalu. Tahniah Dina!!

Tuesday 22 November 2016

Dimanakah Lokasi Ini??

Assalamualaikum wbt..

Dimanakah lokasi 👇 ?


Harini malas jadi penulis.. Nanti lah aku story naaa.. Wassalam

Monday 21 November 2016

Nissan Almera Sangat Jimat Minyak

Assalamualaikum wbt..

Nun Singapore belakang tu.. Bila la aku nak masuk Singapore??

Harini nak berkongsi penggunaan petrol untuk Nissan Almera.. Ujikaji a.k.a kajiselidik yang aku buat ni adalah berdasarkan penggunaan petrol RON95 (Shell) dengan tarif petrol RON95 RM1.95/liter yang berkuatkuasa pada 01.11.2016..

Untuk info, full tank petrol Nissan Almera ni = 41 liter. Jika kita ambil kira harga petrol sekarang, untuk full tank ialah = RM79.95 (RM80,00 la senang kira kan..)

Penggunaan jarak dekat:

Kebiasaannya, aku isi petrol Almera ni pada jumlah RM50.00 setiap isian. Untuk jarak dekat, maksud aku ialah pi keja, balik keja, pi main jalan area Nilai saja.. Penggunaan isian RM50.00 ni boleh pi sehingga 340km.. Bagi aku, dengan pemanduan biasa dan jarak yang dekat, menjimatkan jugak lah dengan milage begitu untuk isian RM50.00 pada masa harga petrol November 2016.

Penggunaan jarak jauh :

Ada lagi 3 bar petrol lepas sampai rumah.. Lebih kurang 100km boleh jalan tu..

Aku dah try penggunaan jarak jauh. Dari Nilai - Johor Bharu, milage long distance lebih kurang 300km.. Sampai JB aku pusing-pusing JB.. Esoknya aku terus ke Desaru.. Dari Desaru aku ke Tanjung Piai.. Balik JB.. Dan balik Nilai.. Total milage aku bila sampai rumah ialah 1108km.. Dengan 3x isian RM50.00 petrol RON95 yang bermakna total isian = RM150.00.. Rasa2nya berbaloi tak dengan harga petrol sekarang RM1.95/liter.. Lebih kurang RM0.13/km.. Ermmm..

Bagi aku, sangat berbaloi..

Dulu aku pernah pakai Proton Exora CPS (Manual).. Kalau isian petrol RON95 ketika harga petrol RM1.75/liter, kalau isi RM150.00, milage boleh pi takat 950km mcm tu kalau aku balik kampung..

Jadi, berdasarkan pengiraan aku yang tak berapa nak ceghedik sangat ni & juga berdasarkan pengalaman pemanduan harini, bagi aku, pengguna petrol untuk Nissan Almera sangat efisien & jimat petrol.. Jom bertukarlah ke Nissan Almera.. Dari luar nampak saiz L.. Masuk dalam rasakan kenikmatan saiz XXL.. Sangat berbaloi dengan nilai wang anda dikala ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

Saturday 19 November 2016

SK Desa Jasmin @ Trip Tahun 6 Ke Kuala Terengganu

Assalamualaikum..



Cerita dah sebulan berlalu.. 14-15/Oktober lalu, aku telah membawa 80 orang murid & 8 orang guru ke Kuala Terengganu.. Rombongan Che'Kiah Ke Terengganu ni merupakan kali pertama bawa murid aku ke Pantai Timur.. Idea daripada Cikgu Rohayan selaku Penyelaras Tahun 6. Aku belasah saja lah.. Asalkan boleh makan angin.. Selain daripada tu, aku memang kena buat sebab aku Ketua Unit Lawatan & Rekreasi..

Bertolak ke Kuala Terengganu dari SKDJ jam 4.00am sepatutnya ikut perancangan. Tapi terpaksa lewat jugak sebab tunggu murid yang lewat.. So, jam 4.45am baru boleh bertolak. Driver bas kali ni ikut jalan dalam.. Nilai - Senawang - Kuala Pilah - Keratong - Muadzam - LPT2 - Kuala Terengganu..

Berhenti solat Subuh di masjid area bandar Kuala Pilah.. Perjalanan lancar.. Jam 12.30pm sampai Kuala Terengganu.. Lokasi pertama: Taman Tamadun Islam / Masjid Kristal.. Okla.. Nak kata best, ermmm.. Boleh la.. Cuma aku cadangkan kat Kerajaan Negeri Terengganu.. Jagalah 'ikon' pelancongan Negeri Terengganu.. Sorry nooo.. Ikhlas.. Seolah-olah tiada maintanance.. Semoga lain kali aku sampai Kuala Terengganu, semuanya dah OK..

So, hari pertama, dapat pi pulak Muzium Negeri Terengganu.. Memang rushing time kami.. Hahaha.. Nak buat mcm mana.. Dah trip 2 hari 1 malam.. Rugi kalau slow pergerakan.. Sebaik lepas melawat Muzium Terengganu, terus ke ICT (Ikan Celup Tepung).. Kalau ikutkan review internet, banyak kata kat Batu Rakit.. Tak payah la jauh2.. Aku decide ke Pantai Ketapang.. Pun dah terbaik aku rasa.. Sotong sepinggan = RM7.00.. Ikan kembung = RM3.00 sekoq.. Punyalah fresh ikan. Aku saja bantai 4 ekor.. Hahaha.. Budak2 pun belasah tapi bayar sendiri la.. Sebab tak termasuk dalam pakej 5x makan yang aku sediakan..

Lepas ICT, barulah kami pi check-in hotel,. Bukan main hebat jugak kami.. Menginap di Hotel Seri Malaysia , K.Terengganu.. Dapat pakej promosi.. termasuk breakfast & dinner.. Belasah.. Oklah Hotel Seri Malaysia ni.. Nak kata mewah tu tidaklah.. Nak kata lekeh pun tidaklah.. Sederhana..





Kredit Foto: FB Dokumentasi Online SK Desa Jasmin (Pn.Jazimah)


Lepas solat Maghrib & dinner.. Bawak budak2 jalan2 ke Kampung Cina.. Pun mcm tak best ja.. Tapi okla kan.. Masa digunakan sebaik mungkin untuk jejakkan kaki di bumi KT. Maybe ada jugak murid yang tak pernah sampai ke Kuala Terengganu.. 

Keesokkannya, terus ke Noor Arfa Batik.. jam 9.00am tepat, dah terpacak kami di Noor Arfa Batik.. Person in-charge, Cik Nurul Suhada dah tunggu dan sambut kehadiran kami.. Okla.. Banyak aktiviti yang aku dah order untuk murid. Kami warnakan corak batik bersaiz 2 m. Harganya RM130.00/banner.. Aku tempah 4 banner.. Jadi, adalah aktiviti murid-murid aku nak buat selain daripada membeli-belah..

Habis ja aktiviti Noor Arfa, terus ke Pasar Kedai Payang.. Kalau tak pi, memang lah tak sah.. Budak2 pun ada yang membeli.. Baguih la.. Ingatan kat famili.. Aktiviti seterusnya & yang terakhir ke Kopok Lekor Losong.. Jenuh jugak la beli kopok lekor.. Alhamdulillah..

Semuanya berjalan dengan lancar.. Terima kasih kepada 80 murid yang join.. Terima kasih kepada cikgu pengiring.. Terima kasih kpd driver bas yang bawak kami pi dan balik selamat..

Apapun, aku hargainya kebagusan / kejujuran kakitangan Noor Arfa Batik yang menyimpan telefon murid aku yang tercicir.. Cik Suhada dah pun pos kan telefon tu kat aku.. T.kasih kpd Cik Suhada & staff Noor Arfa Batik yang bagi aku jujur.. 

Jumpa lagi Kuala Terengganu..

Friday 18 November 2016

SKDJ @ Alhamdulillah 6A Untuk Nurul Nabilla Irdina

Assalamualaikum wbt..

Bangganya aku sebagai abah & isteri aku sebagai mama Dina.. Terharu


Semalam.. keputusan UPSR 2016 diumumkan.. Banyak ibubapa yang agak tidak berpuashati dengan keputusan UPSR anak masing-masing.. Walaubagaimanapun, berbeza dengan aku.. Alhamdulillah.. Bersyukur kepada Allah SWT.. Ada 2 KPI yang aku berjaya capai sasarannya :

Pertama: KPI anak sendiri.. TAHNIAH buat anak aku.. Tergolong dalam 4,896 orang calon daripada jumlah keseluruhan calon sebanyak 452,721 murid. Alhamdulillah.. 6A untuk anak aku.. Dina.. Dina memang terbaik!! Tak pi tuisyen pun. Cuma tak pernah ponteng kelas tambahan petang SKDJ.. Keputusan yang sangat membanggakan aku dan wife aku sebab jumlah straight A tahun 2016 cuma 1.1% dan anak aku tergolong dalam 1.1% tu.. Ya Allah.. Hebat betul perancanganMu Ya Allah.. Terima kasih Allah..

Guru tuisyen Dina yang setia..


Kedua : KPI murid aku ( Kelas 6 Kreatif ).. Alhamdulillah.. Seramai 32 orang calon UPSR dari kelas 6K.. 27/32 calon telah LULUS subjek Matematik.. Aku sasarkan 20 orang lulus Matematik.. Tapi depa bagi aku lebih.. Bayangkanlah.. Ujian Diagnostik bulan Januari, hanya 1 orang murid saja yang lulus.. Alhamdulillah.. TAHNIAH buat semua murid kelas 6K yang lulus Matematik.. Anda hebat!!

Dan dikesempatan ni jugak, tahniah buat semua guru SK Desa Jasmin, yang berusaha bertungkus-lumus untuk mencapai target sekolah. Walaupun sasaran tersasar, tapi harus diingat. bukan kita saja yang tersasar, seluruh negara keputusan UPSR menurun kerana calon UPSR 2016 merupakan kohort pertama menduduki UPSR berteraskan format peperiksaan yang baru serta dan pengaplikasikan KSSR.

SK Desa Jasmin, mencatatkan kejayaan cemerlang kerana 7 orang calon UPSR mendapat 6A dan 17 orang calon mendapat 5A.. Selain itu, peratusan lulus setiap subjek kesemuanya melebihi 90% dimana SAINS telah melonjak kepada 98% lulus.

Dengan kejayaan anak aku dan anak murid SKDJ, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru SK Desa Jasmin bermula guru Pra-Sekolah, Tahun 1 - Tahun 6 yang bukan sahaja mengajar anak aku, malahan mendidik menjadi insan yang cemerlang. Terima kasih banyak.. Anda TERBAIK!!

Kepada wife aku a.k.a mama Dina, terima kasih darling.. Yang bertungkus-lumus setiap malam meneman Dina study dan memberikan tunjuk ajar serta motivasi.. Kejayaan kita semua..

TAHNIAH!!


Tahniah jugak buat kawan2 Dina yang cemerlang 6A.. Izzatul Ilmuna, Ezzaty Natasya, Izza Nelly..
Kawan baik Dina yang tak dapat 6A pun cemerlang jugak sebab dapat 2A, 3A, 4A & 5A.. Tamara, Diandra, Shahirah, Marisa.. Anda HEBAT!!



Ini lah group "Unikikyos.."





Friday 21 October 2016

Dari Proton Exora bertukar ke Nissan Almera 2016

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat..



Harini genap sebulan aku tak merasa naik PJR2344 iaitu Proton Exora aku yang dah 6 tahun 5 bulan merata bawak aku sefamili berjalan seluruh Semenanjung Malaysia.. Oleh sebab 'kesakitan' yang semakin parah, aku terpaksa membuat keputusan yang berat untuk melepaskan Proton Exora aku.. Semoga Exora aku dapatlah tuan yang baru yang pandai jaga kereta.. Sayonara wahai Exoraku..

Nissan Almera.. Lepas aku congak darab bahagi tambah & tolak, akhirnya.. Aku & wife aku decide untuk ambik kereta jenama Jepun (walaupun pasang kat Malaysia) iaitu Nissan Almera. Dengan harga yang agak OK untuk kereta segmen B, aku pilih Almera sebab murah, banyak diskaun, luas & banyak review kata jimat petrol.. Nak ambik Honda HRV, susah jugak sebab value kereta Exora aku di Honda boleh pi takat RM19K mcm tu ja..

Selain tu, kelebihan trade-in kereta kat Nissan ni agak menyenangkan hati kita sebab baki settlement kereta kita akan dibuat oleh Nissan dalam masa 2-3 minggu sahaja. Jadi, dalam masa tersebut, nama kita untuk loan kereta lama, dah 'clear'.. Kalau tolak used-car, belum tentu nama boleh clear sebab used car pada kebiasaanya akan tunggu buyer beli kereta kita, baru depa akan tukar nama & buat full settlement kereta lama kita. Lagipun, aku dapat diskaun untuk Nissan Almera ni RM7,500.00.. Oklah tu.. Alhamdulillah..

Bertuahnya aku diketemukan dengan sorang sales advisor Nissan yang sangat-sangat memberikan nasihat berguna walaupun kita sedia maklum depa ni mesti lah nak kan sales.. Alex.. Salesman yang agak otai, berjaya mempengaruhi jiwa aku untuk terus ambik Almera walaupun pada asalnya, aku bukanlag beriya sangat nak ambik kereta baru. Tapi memandangkan, masalah air-cond Exora aku yang tak dapat diselesaikan, maka, bertukar juga aku ke Nissan Almera. Bercakap pasal Alex.. Harga Nissan Almera ni semuanya sama.. Pi lah kat mana2 dealer atau branch, sama ja lah harganya.. Bagi org yg nak trade-in kereta mcm aku, mestilah perlukan penilai bagi harga yang tinggi. 

Asalnya, sebelum MUV (Nissan Used-Car lebih kurang) membuat penilaian, Alex ni dah bukak website depa (utk salesman check value kereta) untuk tgk value kereta aku. Memang dah diduga, Alex kata, Nissan punya vallue maksimum RM19K mcm tu ja sedangkan aku aku settlement RM22.5K.. Aku pun mcm tak seronok la sebab nak kena topup banyak jugak.. Sayang duit woiii.. Tapi Alex kata.. "Bang, ini Alex aaaa.. Alex boleh ambik RM21K..." Alamak.. Betoi ka orang tua ni??? Nissan valuer belum bagi harga lagi.. Esoknya, aku bawak Exora aku untuk valuer buat penilaian.. Nah.. Betoi.. Teruih RM18K saja.. Menyedihnya.. Tapi Alex kata.. "Bang.. U kena percaya sama Alex.. Alex kan cakap Alex ambik RM21K...".. Hahahaha..

Lawak sungguh.. Okla.. Aku percaya dengan Alex.. Ahad aku hantar dokumen.. Isnin pagi jam 11.00am bank call.. Petang dapat sms loan approve.. Selasa pi sain aggrement.. Rabu terus daftar kereta.. Fuyoooo.. Cepat betoi.. Alhamdulillah..

Harini, genap sebulan aku guna Almera.. Aku akan cerita performance Nissan Almera aku ni untuk next story..


Saturday 1 October 2016

Biar Gambar Bicara.. Lawood.. Nasi Kandar Terbaik di Nilai

Assalamualaikum wbt & Salam Maal Hijrah


Terbaik Parjoe..

Alhamdulillah.. Terlaksana hajat nak belanja kawan2 cikgu laki SKDJ pekena Nasi Kandar Lawood.. Berkongsi kejayaan naik pangkat & anugerah-anugerah lain akhirnya aku, Ali, Dzul, Anas & Megat tong-tong belanja geng laki kenduri Nasi Kandar Lawood.. Sharing is Jimat Duit.. Huhuhu


Wak Mil turut serta.. Bravo Muzammil.



Monday 19 September 2016

Antara Pembelian Rumah & Kereta? Mana Yang Diutamakan?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..



Hari ni aku nak share sikit hal rumah & kereta.. Dalam kehidupan kita, kereta & rumah merupakan satu keperluan utama lebih-lebih kepada yang sudah berkeluarga. Kereta sangat menjadi satu keperluan. Cuma kita ada pilihan perlukan kereta jenis apa mengikut kemampuan kita. Ibarat kata pepatah.. "Ukur lah baju di badan sendiri.." Jadi kereta adalah keperluan bagi kita. 



Rumah? Sudah menjadi lumrah manusia terutamanya yang sudah berkeluarga mestilah inginkan sebuah teratak tempat berteduh dari hujan panas demi keluarga tersayang. Pada zaman kini, harga rumah yang sangat melonjak naik menyebabkan ramai golongan tidak lagi berkemampuan untuk membeli sebuah rumah. Jadi, terpaksa lah menyewa rumah. Nilai sewaan rumah teres / apartment masih lagi mampun dibayar oleh kita. Tapi, menjadi persoalannya.. Sampai bila?? Aku sendiri juga pernah menyewa rumah selama 5 tahun di Seri Petaling. Tahun 2002-2007 sebelum berpindah ke Nilai. Dengan nilai sewaan RM500/bulan, boleh lah nak bayar pada masa tu.



Kesimpulannya, bagi yang sudah berkeluarga, sangat-sangat perlukan sebuah kereta dan sebuah rumah demi mencapai kesempurnaan hidup. InshaAllah.. Kepada sesiapa yang belum memiliki kediaman sendiri, masa anda akan datang tidak lama lagi. Cari-carilah rumah mengikut kemampuan kita. Tapi, harga rumah sekarang yang melambung, membuatkan keinginan kita menjadi terbatas.. 

Walaupun kedua-dua benda tadi (rumah & kereta) merupakan keperluan, tapi mempunyai nilaian yang berbeza mengikut masa. Kereta, akan menjadi satu benda yang semakin menurun 'value' walaupun selepas sebulan kita beli. Manakala, rumah pula akan meningkat 'value' walaupun selepas sebulan kita membelinya.

Kiraan di bawah ni merupakan 2 jenis pengiraan yang dapat aku hasilkan daripada tinjauan atau pengalaman sendiri :

Rumah aku : 

Harga rumah    ; RM131,100.00
Tahun siap        : Jun 2007
Nilaian semasa : RM300,00.00
(Jun 2016)

Nilaian peningkatan harga rumah yang aku duduk sekarang ni +- RM170,000.00 yang diambil kira selama 9 tahun dimiliki. 

Dibahagikan jumlah peningkatan tu kepada 9 tahun = RM18,888.00/setahun untuk menunjukkan jumlah 'value' mengikut tahun.

Kereta aku :

Jenis kereta     : Proton Exora
Tahun dibuat   : 2010 (Mei)
Harga belian   : RM60,000.00
Nilaian semasa
(Sept 2016)     : RM20,000.00

Kejatuhan nilaian kereta sangat lah ketara iaitu RM40,000.00 dalam masa 6 1/2 tahun.. Kejatuhan nilai kereta aku tu = +- RM6,154.00/setahun.. Aku dah kerugian RM40,000.00... Belum dikira dengan interest lagi tu.. 

Jadi, walaupun semua sedia maklum, nilai kereta memang lah akan susut nilai yang ketara & sememangnya kita perlukan. Namun, kita masih lagi mempunyai ruang & peluang untuk memiliki sebuah kereta dengan sebuah rumah jika kita bijak mengatur.

Jangan lah kita memiliki sebuah kereta yang 'high-class' yang harganya mencecah RM80,000 - RM100,000 sedangkan kita hanya mampu menyewa disebuah rumah pangsa contohnya. Belilah kereta yang mampu milik (Perodua / Proton ) & beli lah sebuah rumah walaupun sebuah rumah pangsa. InshaAllah boleh..

Nota: Ini adalah catatan peribadi. Tidak ada kena-mengena dengan sesiapapun sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Jadikannya sebagai satu motivasi untuk mencapai impian kita.

Saturday 17 September 2016

Masalah Aircond Proton Exora CPS

Assalamualaikum wbt & Salam Aidiladha..

Rasanya dah tersemakin lemah untuk mengupdate blog aku ni. Semakin hari semakin banyak tugasan. Lebih-lebih lagi sebelum UPSR baru ni. Sekarang, alhamdulillah.. UPSR dah selesai. Anak aku pun dah happy.. Anak murid aku 6K pun dah happy kot nya.. Tunggu ja lah nanti result hangpa nanti.. Yang penting, utk murid Tahun 6, jangan lupa Trip Ke Terengganu kita bulan Oktober nanti.



Harini aku nak story pasai aircond kereta Proton Exora. Ada tak Exorian yang dok pening dengan masalah aircond yang kurang sejuk? Atau langsung tak sejuk? Okey.. Aku akan story based on my experience..

Aku dah pakai Proton Exora ni 76 bulan. Dalam erti kata lain, dah bayaq installment 76x. Dalam 76 bulan pakai ni, baru-baru ni lah Exo aku ada masalah ketidaksejukan aircond. Simpton-simpton ialah:

1) Kadang-kadang kurang sejuk
2) Kadang-kadang terlebih sejuk
3) Keluaq asap kat serombong aircond
4) Bunyi nyaring sebelah bawah dashboard bila kipas aircond berpusing

Jadi, untuk kali pertamanya aku bawak ke Proton SC untuk checking. Mekanik kata, try isi gas dulu. Jalan dulu.. Tengok mcm mana.. Lepas isi gas, masalah settle buat sementara sahaja. Lebih kurang 2-3 minggu aircond tip-top.. Tapi masuk minggu berikutnya, simpton yang aku sebut diatas tu kembali menyerang kepala otak aku. Aduh.. Pening... 

Kali kedua bawak ke Proton SC.. Mekanik kata, kena check.. Aku tinggai lah kereta aku.. Lepas 2 jam, dapat call dari Proton SC.. Katanya, ada leaking kat CONDENSER.. Condensor tu ialah part yang besaq depan radiotor.. 

Ehsan Google: Lebih kurang mcm ni lah condenser


Aku pun iya kan la.. Nak buat mcm mana.. Kena la buat.. Total cost untuk tukar condenser tu cecah jugak RM916.00 termasuk GST. Pening la kena macam tu. Oklah.. Bayaq ja lah.. Dengan harapan takdak masalah lagi.. Barang yang ditukaq ialah :

1) Condenser & Receiver Assy RM664.16
2) Top up Aircond Gas RM90.10
3) Compressor Oil RM50.88
4) Upah RM111.30

Lepas bawak balik kereta, hati ada sikit senang lah. Harap2 ok lah aircond Exora aku ni. Tapi, lepas sebulan, masalah kembali menikam jiwa.. Jadi balik dengan simpton yang sama. Mulalah membara hati.. Aku bawak balik pi check kat Proton SC. Mekanik kata, nut penyambung gas aircond tutup tak ketat.. Errmmm.. Boleh pulak lagu tu noooo.. Gas diisi lagi dengan kapasiti penuh. Mekanik kata, try bawak dulu.. Kalau kurang jugak, bawak lagi.. Aku bawak dalam seminggu.. Langsung hilang semua gas.. Yang keluar cuma lah angin . Sejuk nya takdak.. Hati memang membara.. Aku bawak lagi ke Proton SC.. Cuba hangpa kira, dah berapa kali dah aku bawak ke Proton SC.

Apa katanya?? Kena buat fully check. Maybe cooling coil.. Ermmm.. Katanya, total cost kalau cooling coil problem, lebih kurang RM1,000.00++.. Oh.. Tidak!! Tahap kepercayaan aku terhadap Proton SC ni dah semakin menurun untuk bab aircond ni. Sebab nampak gayanya, tak selesai bila berulang kali ke Proton SC. So, aku ambik keputusan repair kat bengkel luar. Ada satu pusat specialist aircond kereta kat pekan Salak. Aku pun ada tanya 2-3 org kawan aku. Depa kata ok. Aku pun try la bawak. Semalam dah pi tanya dulu. Kena check.. Ayat biasa la kalau bab aircond.

Harini, pagi2 aku dah tercangak kat depan kedai dia. Nama bengkelnya Kuang Aircond Specialist @ Pekan Salak Lama.. Aku bgtau pomen, yang aku dah tukaq condenser. Dia kata, kalau mcm tu, mungkin cooling coil bocor la.. Tapi dia check dulu.. Maka, proses membuka pun bermula.. 

Nasib baik tak tanggal semua dashboard

Selepas ditanggalkan cooling coil, maka direndam pulaklah dalam air. Dan jelas kelihatan, ada bocor.. Blurp..Blurp.. Blurp.. Naik buih masa dalam air tu. Aku puas hati sebab aku tengok sendiri. Ingat dah settle.. Pomen kata, nak kena check lagi satu cooling coil.. Ish.. Ada dua rupanya.. Kat belah belakang.. Aku ingat satu ja kat depan. Maka, proses membuka diteruskan...

Dicelah tu lah ghupa cooling coil belah belakang
Dilakukan proses yang sama.. direndam dalam air.. Aku pun jenuh tengok.. Maka, keputusannya... selamat poket aku.. Tak bocor.. Sah lah sejenis cooling coil ja ditukar..

Cooling coil yang dah bocor


Diambilnya kalkulator, dia bgtau aku, harga Cooling Coil original brand Patco ni RM480/unit. Kalau nak yang murah ada, harga RM300++ mcm tu.. Takmau la aku.. Aku pilih Patco. Lepas tambah lain-lain, total kos termasuk GST = RM816.00.. Terbang melayang lah wang yang dicari.. Tak apalah.. Demi keselesaan keluarga tersayang..

Cooling Coil brand Patco

Siap warranty card (1 tahun warranty / 20,000km ).. Baru lepas pomen tekan calculator. Nampak??


Selepas hampir 4 jam aku tunggu, akhirnya.. Siap semuanya.. So, sekarang, Proton Exora lah menjadi pilihan aku untuk bertugas sepanjang 2 minggu ni untuk uji keberkesanan penukaran cooling coil ni. InshaAllah..

Semoga, story aku dapat dijadikan panduan kepada semua pemilik kereta Proton Exora yang ada simpton-simpton kenakrosakkan aircond kereta hangpa semua.

Sekian