Tuesday, 8 December 2015

Tukar & Beli Tayar Kereta Murah @ Semenyih

Assalamualaikum wbt & Salam Cuti Sekolah..

Aku baru balik dari Semenyih.. Pi tukar tayar kereta Proton Saga mem aku. Disebabkan kebotakan tayar Saga ni agak melampau jugak, jadi, dalam keadaan ekonomi negara merangkap ekonomi poket yang masih tak stabil, terpaksalah tukar jugak demi keselamatan famili aku.. 

Lokasi kedai.. Tepi jalan ja dari pekan Semeyih nak ke Kajang.. Tak jauh dari masjid.


Sebelum tukar tayar Saga ni, aku ada jugak buat survey dalam internet termasuk calling-calling kedai tayar yang pernah aku deal sebelum ni. Banyak biz card kedai tayar dalam koleksi biz kad aku sebab aku memang suka kumpul biz kad. Memang banyak gunanya kalau kita simpan kad ni.. Untuk info, tayar Saga ni rim standard.. Rim 13' ja.. Takdak sport rim.. Tak payah sport2 rim la.. Aku bawak Saga ni dalam range 100-200km saja.. Dekat-dekat ja.. Haha.. So, tayar Saga ni saiz 175/70/R13.. Aku call satu kedai tayar di area Klang.. Nama kedainya Hxx.. Dia bgtau aku harga tayar paling murah brand Corsa = RM135/biji.. Mak aihhh.. Mahainya.. Ingatkan Good Year ka.. Continantal ka.. Klang pun tak murah dah la ni rasa aku.. Kalau kedai papan (yang la ni dah batu) tu aku takdak no.telefon.. Tapi, pada pandangan aku la, takkan lah murah sangat.. Kedai Hxx pun mcm tu punya harga.. Takkan kedai papan RM100 pulak.. Ntah la.. Tengok2 internet pun takdak yang boleh membantu.. 


Proses alligment..

Tanggal 'kasut' lama


Aku ada jugak buat survey kedai tayar area Nilai.. Ada satu kedai tayar Continantal area Desa Cempaka.. Aku tanya.. Tayar Dunlop saiz Saga aku tu RM125/biji.. Not including GST & not including alligment.. Ermm.. Lupakan lah wahai taukey..

 Last sekali, aku call kedai Sri Yoga @ Semenyih.. Kedai ni aku pernah tukar tayar kereta Proton Exora aku.. Bagi aku murah dari kedai lain. Bila aku call, dia kata tayar paling murah brand Viking.. Viking ni dimaklumkan pada aku, kilang Continantal yang buat.. Mcm anak syarikat la kot nya.. Tapi, aku tak berapa berkenan dengan nama yang bukan-bukan ni.. Kalau lah kilang Continantal yang keluarkan, awat tak buh nama Continantal Kambing ka.. Lembu ka.. Jadi, takmau lah.. Aku tanya lagi tayar lain.. Dia kata kalau Continantal RM130/biji.. Dunlop RM110/biji.. Haaa.. Menarik.. 

Tadi pi, terus ja nak Dunlop.. Dia kata RM110/biji mcm harga masa aku call.. Aku tanya lagi, tayar tu keluaran bila? "Baruuu bang...!" hahaha.. Aku nak tengok dulu.. Bila aku tengok, memang betoi baru.. Tagging 4315 yang bermaksud Minggu 43 Tahun 2015.. Kalau minggu 43 ni, hujung bulan Oktober keluaran kilang.. So, aku pun tukarlah sepatu baru untuk Saga aku ni.. Bagi aku, kedai tayar Sri Yoga @ Semenyih ni harga memang OK.. Untuk 2015 ni lah.. Tahun 2016 nanti taktau lah kot harga naik.. 4 biji aku tukar = RM440.00 + RM20 untuk valve tiub tayar 4 biji.. So, Total = RM460.00.. GST pun takdak.. Dia bagi free balancing dan free alligment.. Ok sangat.. Kalau nak buat alligment + balancing kat luar pun mau RM60.00 jugak..

Secara rasminya, aku sangat puas hati. Tak payah aku buang minyak tol nak pi Klang atau Rawang yang ramai kata murah.. Kos nak pi sana tu pun mau RM50.00.. Buang masa & tenaga lagi.. Aku suggestkan, sapa yang dok area Mantin, Pajam, Beranang & sekitarnya, berbaloi jugak lah kalau nak pi Semenyih tu.. sat ja sampai..

Ni dia 'kasut' baru teman.. 

Wah..Wah..Wah.. Bukan main bergaya Saga dengan kasut baru dia.. Boleh runner jauh sikit sebab dapat kasut baru.. 

43 comments:

Ridz Ayeop said...

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Ridz Ayeop said...

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

The Wonderer said...

Salam Boss.. ada number kedai tu tak? saya teringin nak ziarah kedai tu kalau harga tayarnya munasabah. terima kasih kerana membantu saya.

Chegu Anuar said...

Sri Yoga 0126304953, 0129043759

Musz Sabri said...

Salam bos kedai tu ahad bukak x?

Chegu Anuar said...

Try call dulu.. K

hazimjamal said...

Terbaik..mmg murah

Yuslinda Binti Yunus said...

Terbaik saya memang tukar tayar disinI. erea bangi tayar continental rm250 sebiji tetapi disini 3 tahun dulu saya dpt rm180 sebiji..

Chegu Anuar said...

Setuju brader Hazim.. Murah la.. Tak payah lagi pi Klang / Rawang

Chegu Anuar said...

Hahahaha.. Terbaekk nooo..

funriders said...

Terima kasih tuan, baru lepas call, tayar size 195/55/15 Dunlop SP Sport @ RM160, mmg terbaek

Chegu Anuar said...

Alhamdulillah... Sharing is caring.. 2 minggu lepas tukar tayar Exora 205/65/15.. Brand Toyo.. Rm220/biji.. Memang berbabababalooii

Helmie Rosdi said...

Ad jual sportrim x kt sane?

Chegu Anuar said...

Ada bro.. Byk jugak.. Harga okey jugak

Shahrin Keriya said...

Assalam Chegu tayar lori 1 ton depa ada juai tak?

Tq Shahrin

Shahrin Keriya said...

Brande goodyear

hamidihamid said...

sy try call bridgestone potenza 185/60 15 rm175 mmg murah

Chegu Anuar said...

Shahrin: Cuba call tanya

Chegu Anuar said...

Hamidihamid: Murah tu.. Senang hati teman dpt bantu reader beli tayar yg murah dr biasa

Anonymous said...

Dunlop utk myvi 140..murah.tq Chegu Anuar

Chegu Anuar said...

Alhamdulillah.. Kurang2 dpt bantu rakan2 jimatkan aliran tunai keluar dr dompet.. ☺

gaiden said...

Kedai ni area mana ye?

Chegu Anuar said...

Kat pekan Semenyih.. Tepi jalan ja.. Lepas Masjid (arah kajang), nampak kedai signboard Continantal..

Muhamad Izzat said...

Saya baru je tukar tayar sini 4 biji last week tu pon lepas baca review kt sini. Honestly sy rasa xdela murah mana pon harganya. standard je harga. Dunlop Formula D05 195/55 R15 rm170/pcs.

Hari ni pegi lagi sebab tlg bwkkan kereta adik saya buat allignment. Unfortunately layanan yg diterima sangat teruk. Pekerja lain okay cuma ada satu pekerjanya yg tinggi2 ni mmg kurang ajar dgn customer. Cakap dgn customer xde adab langsung bila sy tanyakan sesuatu. Saya ni jenis bila keluarkan duit sy pentingkan kepuasan ati. Biarlah bayar lebih ckit pon tapi ati rasa puas. ni mmg last lah sy pergi sini. lepas ni better cari kedai lain yg treat customer elok2.

Chegu Anuar said...

Muhammad Izzat: Mungkin masa tuan pi tu angin dia tak elok kot.. Tak pasti lah kalau tuan kata harga biasa.. Terpulang lah.. Tapi bagi saya yg dah 3-4 kali pi situ, Mmg murah la.. Kebetulan ke Klang pun ada tanya.. Tak lah murah mana pun..


Dan dari komen2 diatas, semua kata lebih murah dr kedai lain.. Sy pun pelik jugak, tuan Muhammad Izzat dah pi kali pertama, tak rasa murah.. Kenapa masih pi kali ke-2 bawak kereta adik pulak?

Kalau kita pi kali pertama, dan rasa mcm kedai tu kurang mesra alam & kita pun sanggup bayar lebih asalkan layanan sempurna, elok lah tak payah pi lagi kedai tu kan..

Anyway, minta maaf la ya kalau tuan muhammad Izzat rasa tak puas hati dgn harga.. Saya hanya berkongsi.. Keputusan nak beli / tidak tu terpulang lah pada reader post saya ni ya..

#jangankecamsayanooo

Shofriez said...

Bang, elok sgt la terbaca blog ni. sy pun tgh duk igt nk tukar 4-4 tayar alza saya. satu je sy nak tanya kalau abang tau. kedai tu boleh bayor pakai kad kredit tak?

Chegu Anuar said...

Shofiez: Alamak.. Tak sure la.. Hang trg call tgk.. Ada no. dia kat komen di atas.. Ok

de lobster said...

Shofiez..saya baru call..tayar akza original silverstone dan viking kalau tak silap saya td dia kata RM150.00 sebiji..
Chegu:Thx utk info kedai ni.

Chegu Anuar said...

Terbaik. Alhamdulillah

Anonymous said...

trade in terima ke

Chegu Anuar said...

Terima

taib. rojaini said...

Ade lagi ke

Rokiahmanan said...
This comment has been removed by the author.
Rokiahmanan said...

Hai, sy guna hilux tapi tayar sy x penah tahan lebih dari 6 bulan..
sy nak tayar yg tahan lasak tapi harga agak sedikit murah..
ade x bro?? sy x berapa tahu sgt brand2 tayar.. asal guna je tahu hehe

Iman Darus said...

hmmm kalu yng tahan lsak niy agak lah susah nak dapat yng murah
sbab kebanyakkan tayar yng tahan lsak brand mmg mahal2
tapi kalu nak tayar dgn harga mampu milik, awk boley pkai viking
viking sesuai dgn semua kereta

Sandra said...

viking harga berpatutan, banyak org blh afford
tayar ade bayar perbezaan, kena survey dulu baru beli

Kay Ho said...

betul! mintak tanya tayar ape lbh rekomen ya?
cuma nak survey survey.. takut silap beli

yushida said...

awk boleh try pakai michellin or yokohama itu kalau brand punye lah
kang pakai yg x de brand, lain pulak jadinye huhu
tapi kena tahu jgak awk pakai kereta apa baru tahu mana yg sesuai n baru org
berani recommend hehehe

UcopEnsem said...

viking kwn saya pakai, tapi dia xrekemen kan kat saya sbb dia cakap
tyar dia xberapa cantik n xbagus sgt ye la tayar murah kan takot jugak nak guna

Hassan Amir said...

Tengoklah ape yg u concern. Aku pakai tayar biasa cukup dah, xyah beli yg premium punya. Tayar premium seperti Michelin, Yokohama, Dunlop dll harganya tinggi sikit manakala Viking tayar terdapat benda yg sama tp harganya berpatutan, mudah afford oleh korang.

Jameela Syuh said...

Kereta saya Mazda pakai tayar Viking sbb haragnya mmg rendah berbanding ngan brand lain. x pasti berapa lama boleh tahan, tp tayar senyap.. handling xde masalah pun. Viking adalah anak company drpd Continental, so klo nak tayar yg berkualiti ckt, boleh beli tayar Continental.

Rokiahmanan said...

ramai nauuu recomen kat sy viking ni hehehe
first time dgr tapi ape salahnye sy pegi survey workshop mana2
yg ada kan lagipun sy tgk harga market pun agak murah jugak
harap recomen korg boleh tolong lah sy ni

Rokiahmanan said...

kalau pakai tayar biasa ni mcm tak mnjamin keselamatan
lagipun skrg pun sy pakai brand biasa je tapi selalunya x kan tahan lama
paling lama pakai pun 7 bulan kalau selalu mcm ni, boleh bankrupt sy
hahaha tapi thanks ye pd yg recomen tayar viking ni sy cuba prtimbangkan