Monday 14 December 2015

Beli Voucher Murah Daripada Groupon Malaysia

Assalamualaikum wbt & Salam Isnin..

Groupon Terbaik!!



Just nak share tentang Groupon.. Setakat la ni, aku dah buat 4 kali pembelian voucher dengan Groupon. Bukan la semua barang atau voucher yang Groupon juai ni murah, cuma kita sebagai pembeli kena la buat sikit investigation dulu sebelum beli. Aku dah 2x beli voucher The Lost World of Tambun (TLWOT), 1x beli untuk polish kereta, dan yang terbaru aku beli voucher Ayamas.. 

Cuba kita bayangkan... Tiket masuk ke TLWOT ni, kalau kita walk-in, harganya RM56 untuk dewasa. Dengan Groupon, aku beli dengan harga RM42 untuk dewasa.. Kat situ dah jimat RM14/dewasa.. Kalau lah kita sekeluarga yang ramai anak-beranak, dah banyak dah dapat jimat wooo.. RM14 x 8 orang.. Dah RM112.00... Banyak kan...?

Aku dah redeem.. Not valid lagi!! Jangan Kopi 

Yang terbaru, Sabtu lepas, aku pi redeem voucher Ayamas.. Ayam seekor = RM18.00.. Aku dah lama bertahun-tahun tak beli ayam @ Ayamas. Dalam offernya, ditulis ayam tu kalau walk-in RM28.10/ekor.. Mcm tak percaya pulak aku.. Tapi bila aku pi redeem, memang bertulis kat kedai Ayamas tu seekor ayam RM28.10.. Sah!! Murah betoi.. Jimat RM10.10.. Bagus sekali..

So, aku cuma nak share, boleh kita beli dengan Groupon ni.. Cuma kita kena la buat sikit kaji selidik sebelum beli kupon tu..

Okey.. Selamat mencuba!!

Tuesday 8 December 2015

Tukar & Beli Tayar Kereta Murah @ Semenyih

Assalamualaikum wbt & Salam Cuti Sekolah..

Aku baru balik dari Semenyih.. Pi tukar tayar kereta Proton Saga mem aku. Disebabkan kebotakan tayar Saga ni agak melampau jugak, jadi, dalam keadaan ekonomi negara merangkap ekonomi poket yang masih tak stabil, terpaksalah tukar jugak demi keselamatan famili aku.. 

Lokasi kedai.. Tepi jalan ja dari pekan Semeyih nak ke Kajang.. Tak jauh dari masjid.


Sebelum tukar tayar Saga ni, aku ada jugak buat survey dalam internet termasuk calling-calling kedai tayar yang pernah aku deal sebelum ni. Banyak biz card kedai tayar dalam koleksi biz kad aku sebab aku memang suka kumpul biz kad. Memang banyak gunanya kalau kita simpan kad ni.. Untuk info, tayar Saga ni rim standard.. Rim 13' ja.. Takdak sport rim.. Tak payah sport2 rim la.. Aku bawak Saga ni dalam range 100-200km saja.. Dekat-dekat ja.. Haha.. So, tayar Saga ni saiz 175/70/R13.. Aku call satu kedai tayar di area Klang.. Nama kedainya Hxx.. Dia bgtau aku harga tayar paling murah brand Corsa = RM135/biji.. Mak aihhh.. Mahainya.. Ingatkan Good Year ka.. Continantal ka.. Klang pun tak murah dah la ni rasa aku.. Kalau kedai papan (yang la ni dah batu) tu aku takdak no.telefon.. Tapi, pada pandangan aku la, takkan lah murah sangat.. Kedai Hxx pun mcm tu punya harga.. Takkan kedai papan RM100 pulak.. Ntah la.. Tengok2 internet pun takdak yang boleh membantu.. 


Proses alligment..

Tanggal 'kasut' lama


Aku ada jugak buat survey kedai tayar area Nilai.. Ada satu kedai tayar Continantal area Desa Cempaka.. Aku tanya.. Tayar Dunlop saiz Saga aku tu RM125/biji.. Not including GST & not including alligment.. Ermm.. Lupakan lah wahai taukey..

 Last sekali, aku call kedai Sri Yoga @ Semenyih.. Kedai ni aku pernah tukar tayar kereta Proton Exora aku.. Bagi aku murah dari kedai lain. Bila aku call, dia kata tayar paling murah brand Viking.. Viking ni dimaklumkan pada aku, kilang Continantal yang buat.. Mcm anak syarikat la kot nya.. Tapi, aku tak berapa berkenan dengan nama yang bukan-bukan ni.. Kalau lah kilang Continantal yang keluarkan, awat tak buh nama Continantal Kambing ka.. Lembu ka.. Jadi, takmau lah.. Aku tanya lagi tayar lain.. Dia kata kalau Continantal RM130/biji.. Dunlop RM110/biji.. Haaa.. Menarik.. 

Tadi pi, terus ja nak Dunlop.. Dia kata RM110/biji mcm harga masa aku call.. Aku tanya lagi, tayar tu keluaran bila? "Baruuu bang...!" hahaha.. Aku nak tengok dulu.. Bila aku tengok, memang betoi baru.. Tagging 4315 yang bermaksud Minggu 43 Tahun 2015.. Kalau minggu 43 ni, hujung bulan Oktober keluaran kilang.. So, aku pun tukarlah sepatu baru untuk Saga aku ni.. Bagi aku, kedai tayar Sri Yoga @ Semenyih ni harga memang OK.. Untuk 2015 ni lah.. Tahun 2016 nanti taktau lah kot harga naik.. 4 biji aku tukar = RM440.00 + RM20 untuk valve tiub tayar 4 biji.. So, Total = RM460.00.. GST pun takdak.. Dia bagi free balancing dan free alligment.. Ok sangat.. Kalau nak buat alligment + balancing kat luar pun mau RM60.00 jugak..

Secara rasminya, aku sangat puas hati. Tak payah aku buang minyak tol nak pi Klang atau Rawang yang ramai kata murah.. Kos nak pi sana tu pun mau RM50.00.. Buang masa & tenaga lagi.. Aku suggestkan, sapa yang dok area Mantin, Pajam, Beranang & sekitarnya, berbaloi jugak lah kalau nak pi Semenyih tu.. sat ja sampai..

Ni dia 'kasut' baru teman.. 

Wah..Wah..Wah.. Bukan main bergaya Saga dengan kasut baru dia.. Boleh runner jauh sikit sebab dapat kasut baru.. 

Wednesday 2 December 2015

SK Desa Jasmin @ Jamuan Akhir Tahun 4 Dinamik

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..

Sebelum cuti sekolah akhir tahun baru ni, berjaya jugak lah kelas anak murid aku, 4 Dinamik menjayakan jamuan kelas.. Terima kasih buat semua murid 4 Dinamik / 2015 yang sporting.. Yang rajin, yang malas, yang suka main, yang suka berkhayal, yang suka menyapu sampah, yang suka tolong cikgu, dan mcm-mcm lagi kerenah anak murid aku.. Murid bersama guru bermula jam 7.30am - 5.20pm bagi yang bersekolah agama petang. Maksudnya, masa murid ni lebih byk dihabiskan disekolah.. 




Jamuan kelas kali ni agak hebat menunya.. Hahahahahahahaha... Nasi Beriani, lauk ayam beriani dan lauk-lauk tambahan.. Pastu aku beli Domino's Pizza.. Ha, puas makan... 

Apapun, TAHNIAH lah buat murid yang berjaya dalam exam.. Bagi yang kurang cemerlang, bolehlah berusaha lagi pada tahun 2016. Perjalanan anda masih jauh.. Aku secara peribadi berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan murid kelas aku ni dengan Penguasaan Keseluruhan 97.5% berbanding dengan kelas Bestari 100%.. Cuma 2.5% sahaja ketinggalan.. Kalau nak dibandingkan dengan kelas ketiga iaitu Efektif, jauh lah kelas Dinamik ni tinggal.. Kalau tak silap aku, kelas Efektif cuma 60++% untuk Penguasaan Keseluruhan. Apapun, TAHNIAH murid-muridku!!!






Tahun 2016, diharapkan murid-murid aku mendapat guru yang lebih bagus.. InshaAllah.. Yang penting, kena USAHA..


SK Desa Jasmin @ Trip To Langkawi 2015

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Tu dia... Ada lagi yang depa buat sorok rasa aku.. -)


Cerita dah lama jugak.. Tapi tulis jugak lah.. 6-8hb November lepas, alhamdulillah berjaya bawa 37 murid Tahun 6 & 7 orang cikgu sekolah aku ke Pulau Langkawi.. First time bawak budak ke Pulau Langkawi.. Selalunya, projek lawatan aku dalam range 100-200km saja.. Tapi kali ni, mau 400-500km ke utara tanah air. 

Trip kami bertolak Jumaat petang.. Perjalanan memang rasa lama sungguh.. Tapi bezanya, kali ni aku jadi penumpang.. Selalunya jadi driver.. Hahaha.. 

Ambik feri jam 7.00am.. Itu feri yang mula. Aku dah buat full payment dengan Ferry Ventures Lines sebelum aku bertolak. Maksudnya 3-4 hari sebelum tu, aku dah settlekan payment.So, takdak la susah aku nak beratuq panjang lagi ambik tiket. Tapi.. Masa tengah solat Subuh di masjid kat sebelah jeti, dalam 6.15am, rupanya company feri dah call aku dah. Aku dok ingat, awai lagi, takdak la aku nak pi kaunter grouping untuk ambik tiket. Rupanya, walaupun dah buat full payment, bila sampai jeti, kena pi ambik tiket dulu. Nasib baik aku dengan lajunya jalan pi kaunter & ambik tiket. Kalau tak, time feri pilihan aku jam 7.00am tu dah dia nak bagi kat group lain.. Fuhh.. Nasib baik.. Dah naik feri, 1 jam jugak nak sampai ke Jeti Kuah, Langkawi...

En.Pot.. Are u ready naik kabel car?? Aku tak mau naik.. 

Keletihannnn...

Jejaka kacak Abg Sado, Sir Fairuz bersama adik2 sayang...

Sempat lagi main game dalam bilik hotel


Bila sampai jeti, aku call En.Mail yang uruskan transport aku.. Okey.. Bas ready.. Terus naik.. Tempat pertama pi Kilang Minyak Gamat... Tempat kedua, tempat jual kain batik.. Sebenarnya, berjalan pun tak selesa.. Budak2 aku pun tak selesa sebab perjalanan jauh, terus berjalan.. Dengan tak mandinya.. Adoiii.. Lepas tu kami terus ke Kota Mahsuri.. Dengan ketidakselesa tu, aku call Mr.Alan, maybe boss jugak kot kat Hotel Bahagia.. Aku request untuk check-in awal sebab budak2 dah tak selesa.. Dia kata ok lah.. Apa lagi.. Lepas lunch @ Jom Ikan Bakar, terus menghala ke hotel.. Pi check-in dulu.. Bila dah mandi.. Lega rasa.. Jenuh jugak nak setting bilik untuk budak2 aku.. Tp huru-hara biasa lah.. Depa dah ada group masing-masing untuk masuk bilik.. 

Lepas mandi, solat.. Terus pi Kabel Car.. Punyalah ramai manusia.. Sampai kabel car jam 3.00pm.. Dapat tiket jam 4.15pm.. Mau tak mau, kena lah tunggu.. Dalam tempoh menunggu, ada pulak sorang budak aku tengah main game apa ntah kat sebelah kaunter tiket tu, handphone hilang.. Apa nak dikata.. Aku mencari la jugak tp, handphone dah di off.. Nak buat apa lagi.. Pasrah saja lah..

Panjang lagi cerita aku ni sebenarnya.. Tapi dah segan nak bercerita.. Akhir sekali, sampai jugak kami ke Nilai jam 1.10am (awal pagi Isnin).. Puas lah budak2 ni berjalan.. Lagi puaslah cikgu-cikgu bershopping termasuklah diri aku & mem aku..

Apapun, terima kasih buat semua peserta yang join Trip Langkawi ni.. Terima kasih jugak kat guru-guru pengiring yang sporting.. My AGM (Asisstance General Manager) iaitu Cikgu Fairuz... Cikgu Rohayan.. Cikgu Zulaili, Ustazah Jazimah & husband.. Hangpa semua TERBAIKKK!!! Tahun 2016, kita pi lagi.. Tapi naik flight.. Okey

Sekian